Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Peringkat Akhir | Event Review by #projekbloggerutara

10:00:00 AM

Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Peringkat Akhir | Event Review by #projekbloggerutara

Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Peringkat Akhir | Event Review by #projekbloggerutara

Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Peringkat Akhir | Event Review by #projekbloggerutara | Assalammualaikum & selamat pagi uols. Pada 9hb December 2016 yang lepas, telah berlangsungnya Cabaran Raja Kuah Knorr (RKK) 2016 : Pertandingan Peringkat Akhir. Iols dah pernah up entry Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Peringkat Separuh Akhir (Zon Utara). So kali ini tibalah sudah pertandingan untuk peringkat akhir gitew. Pertandingan ini berlangsung secara gilang gemilang di MAHA 2016, Serdang, Selangor. 


 Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Pertandingan Peringkat Akhir

Kehangatan Dapur Pertandingan | Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Peringkat Akhir 

Kehangatan Dapur Pertandingan | Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Peringkat Akhir | Cabaran Raja Kuah  Knorr (RKK) ini diadakan julung kalinya pada tahun 2016 bagi memberikan penghargaan lebih tinggi untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Cabaran ini bergiat mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia sekaligus menghargai pengendali makanan yang kreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah kari, masak kicap dan masak lemak.

Kini munculnya satu trend penggunaan stok ayam yang merangsangkan citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions mengakui segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr.

Bagi Pertandingan Peringkat Akhir RKK, juara bagi setiap zon (Sentral, Selatan, Pantai Timur dan Utara) telah berentap untuk memenangi gelaran Raja Kuah Knorr 2016 & membawa pulang hadiah berjumlah RM144,000. Lumayan keeeennn. Jom kita layan gambor berceritera di hari kejadian he3.

En. Raie Mahidin (Juara Zon Sentral)  
Tema: Hantaran & Hidangan Perkahwinan.

En. Mohd Salezahrin Mohd Salleh (Juara Zon Selatan)  
Tema: Santapan D'Raja Sri Menanti Istana

En. Mohd Hilmi Mohd Alia Ahmad (Juara Zon Pantai Timur)  
Tema: Warisan Kampung Knorr.

En. Budiman Bistari Mohamed (Juara Zon Utara)     
Tema: Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia.

Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan diadili oleh Chef Celebriti Chef Jo, Chef Profesional UFS, Chef Mohd Hadzrin Mohd Din, Food Blogger terkenal dan Pengasas Projek Blogger Utara, Nor Ariffin Hamzah serta Penulis Buku Resepi dan Blogger, Ruzita Idias Ismail. Barisan juri inilah yang akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan, persembahan dan citarasa.

Barisan juri professional Cabaran Raja Kuah Knorr : Peringkat Akhir 2016

Wakil dari team #projekbloggerutara a.k.a Cik Pinz dalam sesi spot check penjurian gitew :P

Pssttt : Alhamdulillah, team PBU diberi sekali lagi kepercayaan untuk turut serta memeriahkan Cabaran RKK 2016 

Pengakhiran Penentu Juara | Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Peringkat Akhir 

Pengakhiran Penentu Juara | Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 : Peringkat Akhir | Juara Cabaran Raja Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara. Encik Budiman, 41 merupakan pengusaha trak makanan dari Selangor. Cayaaaaalaaaaaa, orang UTARA gitew he3.

Tema masakannya pada hari itu adalah Hidangan Port Luck Knorr 1Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan.

JUARA
Cabaran Raja Kuah Knorr
En. Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara

Hidangan JUARA

Barisan pemenang, peserta, juri serta penganjur

Tahniah pada pemenang dan perserta Cabaran Raja Kuar Knorr 2016. Cabaran Raja Kuah Knorr dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap. 

Tahniah pada pihak UFS atas penganjuran pertandingan ini & sekali lagi terima kasih yang tak terhingga sebab masih sudi memberi kepercayaan kepada team #projekbloggerutara untuk turut serta & menjadi salah seorang juri di hari yang penuh bersejarah gitew. Kami team #projekbloggerutara betul2 terharu. Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan untuk terus mencipta menu2 yang kreatif dan terbaik.



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

1 comments

Blog Dekat di Hati

Blog Archive