Ramadhan Buffet Di Olive Tree Hotel | Buffet Ramadhan Best 2017

11:48:00 AM

Ramadhan Buffet Di Olive Tree Hotel | Buffet Ramadhan Best 2017

Ramadhan Buffet Di Olive Tree Hotel | Buffet Ramadhan Best 2017

Ramadhan Buffet Di Olive Tree Hotel | Buffet Ramadhan Best 2017 | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Hari ini saya akan sambung lagi review buffet Ramadhan. Kali ini bertempat di Olive Tree Hotel.

Untuk makluman anda semua, Olive Tree Hotel terletak di Bayan Baru, Pulau Pinang. Secara lebih terperincinya ianya terletak bersebelahan dengan SPICE Arena. Ramadhan Buffet ini bermula dari 27 May 2017 sehingga 2 July 2017, di Sukkah Coffe House. Tanpa melangahkan masa lagi, jom layan ceritera saya menikmati Ramadhan Buffet di Olive Tree Hotel.


Bersama-sama rakan blogger Penang pada malam Ramadhan Buffet Review di Sukkah Coffee House, Olive Tree Hotel


Pelbagai Juadah Bertemakan Tempatan & Minangkabau | Ramadhan Buffet Di Olive Tree Hotel

Pelbagai Juadah Bertemakan Tempatan & Minangkabau | Ramadhan Buffet Di Olive Tree Hotel | Selain mengetengahkan pilihan hidangan berbuka yang bertemakan masakan tempatan, pihak Sukkah Coffee House turut menawarkan satu lagi tema masakan yang unik iaitu yang bercirikan Minangkabau. Secara asasnya hidangan Minangkabau ini menggunakan cili padi dan santan dengan meriah didalam setiap masakan. Jadinya, hidangan itu sudah pasti pedas serta lemak berkrim disukai ramai la kan3 he3.

Selain itu, secara keseluruhannya boleh dikatakan hidangan berbuka yang ditawarkan di Sukkah Coffee House memang penuh dengan ciri-ciri traditional Melayu. Untuk gambaran yang lebih jelas di mata tekak anda semua, jom layan ceritera bergambar di bawah he3.

View sebahagian 'Buffet Line' yang ada

Bufeet Line 1 : Hidangan utama
v
v
v
Pelbagai jenis lauk-pauk : Sambal Hijau Petai dengan Ikan Bilis, Daging Rendang Minang, Hati Lembu Masak Kicap Berempah, Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api

Psssstttt, antara semua menu di atas, paling WIN adalah Hati Lembu Masak Kicap Berempah dan juga Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api. Kuah masak lemak memang cukup rasa lemak & pedas. Hati lembu pun memang terasa segala rempah sehingga isi dalamnya tau2. Hilang terus bau hanyir dia tau3.


Pelbagai jenis lauk-pauk : Kari Ikan Bersama Bendi, Sayur Campur, Kambing Masak Kerutuk dan Ayam Percik

Pssstttt, untuk yang ini pula, menu yang paling WIN di tekak saya ialah Kambing Masak Kerutuk. Memang layan betul bila dimakan dengan nasi panas dan juga lemang/ketupat. 


Pelbagai jenis lauk-pauk : Ketam Masak Lemak Merah, Begedil Isi Ketam, Otak-otak, dan Udang Goreng Kunyit

Pssssttt, untuk lauk pauk terakhir ini, menu paling WIN adalah Udang Goreng Kunyit. Untuk makluman anda, pada malam kejadian memang ini adalah 'hot item' tau3. Manakan tidak, asal letak sahaja licin, asal refill sahaja licin. Memang kena sentiasa peka kalau nak merasa hidangan ini tau3. Nasib baik meja saya pada malam kejadian bersebelahan dengan kuali Udang Goreng Kunyit ini. So, elok setiap kali dihidang, sepantas kilat saya cedok ke pinggan saya he3. Memang berhantu :P.

Bihun Goreng Putih

Pssstttt, selain nasi putih yang panas-panas, terdapat jugak bihun goreng seperti diatas.

'Action Stall' ; Penang Pasembor, Murtabak Mamak dan Sate

Antara seleksi item untuk Penang Pasembor

Sate Ayam


Kuah Kacang, Bawang Merah (Murtabak), Timun dan Nasi Impit


'Kids Corner'
v
v
v
Bubur Lambuk, Soto Ayam Madura dan 'Cream of Mushroom'


Buffet Line 2
v
v
v
Buah-buahan dan Kurma

Keropok Ikan, Keropok Sayur dan Papadom

Kaunter Salad

Ulam-ulaman dan pelbagai jenis sambal

Buffet Line 2
v
v
v
Nasi Ulam, Kerabu Daging Seri Menanti, 'Tomato Couscous Salad with Roasted Eggplant', Jelatah dan Acar Rampai


'Grilled Cajun Shrimp with Corn Relish & Tomato Vinaigrette', Acar Buah, 'Tomato Salad with Hard Boiled Egg' dan 'Grilled Chicken & Olive Salad with Lemon Dressing'


Tauhu Sumbat, Ikan Masin dan Telur Masin


Rojak Buah dan Jeruk Buah

Ketupat Pulut dan Lemang

Dessert Buffet Line
v
v
v
Aneka kuih muih tempatan

Coffee Mouse, Bread Butter Pudding dan Jelly


Orange Sponge Cake, Banana Toffee Cheese Cake dan Assorted French Pastries


Bubur Hitam

Pssstttt, Memang WIN ya amat bubur hitam ni. Cukup manisnya, cukup lemaknya, cukup lembut pulut hitamnya. Adduiiiii teringat semula he3.

The cookies

Coffee dan Tea Corner

'Action Stall' di luar coffee house
v
v
v
Aiskrim

Pelbagai pilihan minuman sejuk dan panas (air tebu, roselle, orange, teh ais dan kopi tarik)

Pssstttt, memang WIN dia punya teh ais tau3. Saya ni sepanjang Ramadhan tidak minum ais tau3. Tpi pada malam kejadian, dekat 4 gelas teh ais saya bedal. Hilang segala pantang sya he3.


ABC

'Action Stall' Kambing Golek
v
v
v
Nasi Beriyani dan Kambing Golek


'Action Stall' Kebab
v
v
v
Daging kebab (ayam)


'Action Stall' Popia
v
v
v
Popia Basah

Alhamdulillah, muka saya sekeluarga yang gembira bertingkek-tingkek selepas menikmati segala hidangan  Ramadhan Buffet di Sukkah Coffee House, Olive Tree Hotel

'Last but not least' saya belanja sekali lagi menu pujaan hati semua pada malam kejadian iaitu Udang Goreng Kunyit

Maklumat Buffet dan Lokasi | Ramadhan Buffet Di Olive Tree Hotel

Maklumat Buffet dan Lokasi  | Ramadhan Buffet Di Olive Tree Hotel | Dengan ini, sila jangan lepaskan peluang untuk menikmati juadah berbuka puasa di Sukkah Coffee House, Olive Tree Hotel yer sayang-sayang semua. Sempat lagi ni tau3. Untuk maklumat terperinci boleh rujuk di bawah :


Ramadhan Buffet
Tarikh : 27 May - 2 July 2017
Masa : 6.30pm - 10.00pm
Harga : 
RM120+ (Dewasa) RM60+ (Kanak-kanak) RM80+ (Senior) 
Lokasi : Sukkah Coffee House, Olive Tree Hotel
Tingkat 2, No 76, Jalan Mahsuri, 
11950, Bayan Lepas, Pulau Pinang
No tel : +604 637 7856
Email : life@olivetreehotel.com.my




~~~ The End ~~~

You Might Also Like

1 comments

Blog Dekat di Hati