Resipi D'Dapur PIZZA Homemade | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

10:05:00 AM

Resipi D'Dapur PIZZA Homemade | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur PIZZA Homemade | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur PIZZA Homemade | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Berjumpa lagi kita :). Cuti hujung minggu lepas yang panjang, NIKMAT sungguh kan3. Tetapi apabila masuk kerja semula memang keluarlah segala tangan sotong he3. Memang tidak berkesempatan menjenguk blog. Hari ini sudah hari Jumaat, dan esok kita bertemu lagi dengan hujung minggu. Yiippiiiieeeeeee he3.

Makanya sebelum kemalasan dan kebz-an melanda semula, baik saya up satu lagi resipi dengan periuk ajaib Noxxa. Bolehlah para pembaca mencuba dikala hujung minggu kan3. Kali ini kita layan tekak ala-ala western pulak, dengan homemade PIZZA.

Pizza Homemade Periuk Ajaib Noxxa

Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur PIZZA Homemade

Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur PIZZA Homemade | Sebenarnya ini merupakan kali pertama saya mencuba untuk mambuat doh pizza sendiri tau2. Pada kebiasaanyya doh pizza saya beli yang frozen sahaja. Ready made untuk mudah kan3. Tetapi kali ini terasa nak mencuba kaedah baru. Semangat kononya dengan periuk Noxxa he3. Rupa-rupanya memang MUUUDAAAHHH. Masih tema yang sama iaitu 'pejam mata pun boleh masak" :P. Tanpa membuang masa jom kita layan ceritera resipi Pizza Homemade Periuk Ajaib Noxxa.

Bahan-bahan doh pizza :

~ 5 cawan tepung gandum
~ 1 1/2 cawan air
~ 2 sudu yis segera
~ 1/2 sudu garam
~ 2 sudu minyak masak (untuk disapu pada doh)

Kaedah penyediaan doh pizza :

~ campurkan tepung gandum, yis dan garam
~ gaul sebati
~ masukkan air sedikit demi sedikit sambil gaul sebati adunan sehingga membentuk adunan doh seperti di bawah
v
v
v

~ sapukan minyak masak pada permukaan doh dan bentukkan menjadi doh seperti di bawah
v
v
v

~ tutup adunan doh dengan tuala basah 
~ rehatkan doh dalam 20-30 minit
~ adunan doh akan mengembang sehingga dua kali ganda (seperti gambar di bawah)
v
v
v

~ bahagikan doh kepada dua dan ianya sudah sedia untuk digunakan
v
v
v


Bahan-bahan untuk 'topping' pizza :

~ sos prego (saya pilih perisa marinara + cendawan)
~ sosej (dipotong)
~ chicken meatloaf (dipotong)
~ cendawan butang dalam tin (dipotong)
~ bawang besar sebiji (dipotong)
~ Cheese dua jenis (emborg pizza topping dan juga beqa cheddar blok)

Pssttttt, topping pizza ni boleh sahaja nak bubuh apa sahaja yang disukai yer. Nak tamak, nak haloba, nak penuhkan dengan segala macam topping boleh sahaja. Iyerla, yang nak makan tu kita sendiri kan3 :P he3


Kaedah penyediaan Pizza Homemade Periuk Ajaib Noxxa:

~ ratakan satu doh pizza ke dalam periuk ajaib Noxxa

~ ratakan sos preggo di atas permukaan doh

~ susun bahan-bahan topping satu persatu (cendawan, sosej, meatloaf, bawang dan lain-lain)

~ akhir sekali meriahkan topping anda dengan taburan segala jenis cheese yang ada

~ setkan timer steam selama 12minit dan mula memasak

Nindia HASILnyaaaaaaaaaa

Nah saya belanja lagi satu gambar hasil akhir Pizza Homemade Periuk Ajaib Noxxa

Pssstttt, memang meleleh2 cheezy weezy diatas pizza saya. Kerak doh dibawah tu RANGUP tau3. Adduuuuiiii, ni saya dah terliur sendiri he3. Balik nanti nak kena repeat buat he3. So, selamat mencuba yer :).



~~~ The End ~~~~

You Might Also Like

2 comments

Blog Dekat di Hati

Blog Archive