Wednesday, September 16, 2020

Normal Baharu | Wordless Wednesday #9/2020

Normal Baharu | Wordless Wednesday #9/2020 | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Tingkek ke 2 WW untuk hari ini.


Ibu VS anak

Cycling

Barber visit

Shopping

Ke sekolah

Kenduri

Makan luar



~~~ The End ~~~

4

Pokok Nan 3 Batang | Wordless Wednesday #8/2020

Pokok Nan 3 Batang | Wordless Wednesday #8/2020 | Assalammualaikum dan Selamat Hari Malaysia.


39 tahun hidup, pertama kali menanam pokok nan 3 batang weeeiiiii
Moga terus panjang umur pokoks ini di tangan saya



~~~ The End ~~~

2

Tuesday, September 15, 2020

Percutian Keluarga Kecilku Di Kala Fasa PKPP | Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang

Percutian Keluarga Kecilku Di Kala Fasa PKPP | Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi Selasa para pembaca semuaaaaaa. Seriously, sekarang ni masa cepat sungguh berlalu. Pejam celik dah hari Isnin, pejam balik celik balik dah hari Jumaat, pejam lagi dan celik sekali lagi dah Isnin semula. Sesungguhnya masa sepantas kilat kan3, dan inilah yang dikatakan akhir zaman. Apa pun kita sebagai umat manusia yang menumpang sementara di muka bumi ini harus teruskan kehidupan yang ada serta menyiapkan diri seadanya untuk alam kekal nanti kan3. 


Hargailah apa adanya ketika ini. Setiap kita punya bahagia yang berbeza, punya ujian yang berbeza kan. Bagi diri saya, keluarga kecil saya merupakan segalanya. Dahulu berempat, sekarang hanya bertiga. Sememangnya terasa pabila Opah sudah tidak lagi bersama, terutama semasa percutian keluarga. Pasti arwah Opah eh teruja kalau dapat pergi Lexis Suites Penang ni, sob3. Dah memang tahu, mesti arwah akan pulun sakan bilik sauna itu dan tidak berhenti-henti melayan cucunya nan seketul berendam dalam pool itu, sob3. Memang pernah plan untuk ke Lexis bersama kakak sekeluarga, tetapi apakan daya, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Al-Fatihah Opah, Norsiah binti Dahanan.


Dari entry INI, saya ada menceritakan review tentang Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang. Makanya untuk kali ini saya akan kongsi pula sesi berjimba-jimba kami 3 beranak semasa percutian 2hari 1 malam di Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang. Ajoomm, layan ceritera bergambar di bawah.


Hanya 3 tempat menjadi pujaan hati kami 3 beranak iaitu kolam renang, bilik sauna dan juga tub mandi

Pssttt, pusing pi pusing mai, pi mai pi mai, ke sana ke sini, tetap 3 lokasi ini yang utama naaaaa he3

Boboboy seketul tu, elok-elok masuk bilik terus pulun kolam renang tau3

Sesajer gatal kenkonon long belated birthday celebration untuk Boboboy seketul di Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang

Pssstt, birthday Boboboy seketul bulan Januari nuuuunnn hoooiiii. Masa tu rakyat marhaen ken, so tak dapat la celebrate dekat Lexis. So dapat la merasa seperti orang kayangan sambut birthday dekat bilik ada kolam renang sendiri kekdahnya, walaupun loooongggg postpond he3. Order bronies dengan family set KFC, celebrate la kami 3 beranak saja dalam bilik di tepian kolam renang Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang. Alhamdulillah

Boboboy seketul tu asyik usik Ayah eh saja tau3

Pssstt, sakan la anak seketul tu dok berkepit dengan Ayah eh dari siang ke malam. Iyer la, kalau tidak, Ayah eh sibuk kerja. Ni memang 24 jam mengadap muka dia seketul, habis hati la kan3. Ibu ni Boboboy pandang sepiiiii jaaa haaaa weeeiii :P

Mandi buih dalam tub mandi pula

Pssstt, kalau ikutkan anak seketul ni, mahu ja dia Ayah eh teman sama dalam tub mandi tu wweeeeeiiii, he3. Dia ingat muat agaknya, mahu pecah dibuatnya tub mandi tu kalau 2 ketul lelaki kiriman tuhan iols ni masuk bersama-sama he3 :P

Untuk dinner kita Grab Food-kan aja dengan Golden Bowl

Pssstt, dah namanya jika duduk di Lexis Suites Penang, memang tak keluar bilik la jawabnya. Rugiiiii weeeeeeiii. Sepenuh masa luangkan di dalam bilik baru berbaloi-baloi, he3

Ninjiaaaaa hasil sesudah jam 11.00 malam

Pssssttt, Boboboy tak mau lena atas katil. So gigihlah Ibu selitkan side sofa bench tu ditengah-tengah antara 2 katil king size. Makanya Ibu Ayah tidur atas satu katil, Boboboy tidur atas satu sofa bench, dan satu lagi katil king size dan sofa bench kosooooooonggggg

Muka puas hati anak nan seketul Ibu Ayah masa check out dari Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang


~~~ The End ~~~

2

Thursday, September 10, 2020

Resepi Arwah Opah Eh Ikan Cencaru Belah Belakang | Resepi D'Dapor

Resepi Arwah Opah Eh Ikan Cencaru Belah Belakang | Resepi D'Dapor | Assalammualaikum dan selamat hari Khamis semua. Cuaca di Penang sekarang ni hujan lebat. Walaupun baru sahaja sudah menikmati makan tengah hari, perut mulai berkeroncong semula apabila hendak menaip entry ini he3.


Ikan cencaru belah belakang ni merupakan menu pujaan hati kami sekeluarga, kecuali si Boboboy seketul la kan3 (sebab pedas :P). Dulu masa arwah Opah ada memang keraaaappp sangat request Opah buat. Terpaling sedap di dunia bagi kami suami isteri. Dulu memang tidak pernah saya buat sendiri, mesti nak air tangan mak kan3. Lagi satu sebab saya rasakan macam renyah sangat nak buat menu ni tau2. Tetapi nasib baiklah saya memang sempat belajar cara-cara menyediakan bersama arwah, walaupun tidak menyediakannya sendiri, kecuali part goreng ikan tu ja la yang saya buat he3 :P. 


Makanya untuk entry kali ini, meh sini saya sharekan resepi penuh untuk rujukan sesiapa yang teringin menyediakan sendiri menu ikan cencaru belah belakang. Ini merupakan resepi turun temurun dari Opah eh tau3, insyaAllah dijamin enak sehingga menjilat jari.


Ikan cencaru belah belakang


Bahan-bahan sambal sumbat ikan cencaru belah belakang (untuk 4-5ekor ikan):
Bawang merah (kecil) 4-5biji (dimayang halus)
Bawang merah (besar) 1-2biji (dimayang halus)
Bawang putih satu labu (dimayang halus)
Halia 2inci (dimayang halus)
Kunyit hidup 1inci (dimayang halus)
Serai 4-5batang (dimayang halus)
Cili kering 7-8tangkai
Air asam jawa (secukup rasa/agak2 ikut tekak sendiri saja :P)
Gula (secukup rasa/agak2 ikut tekak sendiri saja :P)
Garam (secukup rasa/agak2 ikut tekak sendiri saja :P)

Cara-cara penyediaan :
Setiap bahan dimayang halus, kecuali cili kering
Goreng @ saute (guna minyak sedikit sahaja) satu2 bahan (secara berasingan) sehingga layu dan naik bau
Angkat dan letak tepi (seperti gambar di atas)
Bole mula menumbuk bahan-bahan (guna lesung batu) tetapi jangan sehingga hancur ya
Hasil tumbukan biar ada tekstur baru sedap
Mulakan dengan menumbuk serai, diikuti halia, cili kering, bawang putih, dan bawang merah (besar dan kecil)
Ingat tau, hasil akhir bahan ditumbuk tu jangan halus, biat bertekstur
Seterunya bolehlah perasakan dengan gula dan garam
Kemudian masukkan air asam jawa
Haaa, part air asam jawa ni bancuh dgn air yg sedikit sahaja na, biar ia pekat tak mengapa
Ini supaya sambal kita tu tidaklah jadi mcm berkuah, barulah senang nak sumbat dalam ikan nanti dan kejadiannya akan lebih cantik hat gitcheeewww
Boleh rujuk gambar di bawah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sila sumbat secara tamak haloba :P

Hasil ikan cencaru belah belakang yang telah berjaya disumbat dengan sambal eh

Pssttt, sudah siap begini bolehlah digoreng

Tadaaaaaaaaa
Ninjiaaaa ikan cencaru belah belakang resepi arwah Opah eh

Psssttt, saya sejenis yang suka goreng garing. Kiranya akan ada tekstur kriuk kriuk (ikan dan sambal). Setengah orang suka yang tidak garing. Makanya tepuk dada tanyalah selera anda dan gorenglah mengikut pilihan tekak masing-masing ya.

Selamat mencuba



~~~ The End ~~~

2

Wednesday, September 9, 2020

 Choco VS Caramel Dip | Wordless Wednesday #7/2020

Choco VS Caramel Dip | Wordless Wednesday #7/2020 | Assalammualaikum dan selamat petang. Moh ke tingkek kedua WW untuk hari ini dengan aiskrim McD gitchew.




~~~ The End ~~~

1

Steamboat & Grill Set VS Buffet | Wordless Wednesday #6/2020

Steamboat & Grill Set VS Buffet | Wordless Wednesday #6/2020 | Assalammualaikum dan selamat pagi. Ajoommm layan WW untuk steamboat & grill set. Tapinya untuk details steamboat & grill buffet, boleh la rujuk entry the-golden-mushroom-house-of-steamboat


Basic Set
For 2-3 pax

Psssttt,air tu asing naaaaaaa :p

Additional plates



~~~ The End ~~~

0

Tuesday, September 8, 2020

Yang Remeh Dan Yang Temeh | Kisah Blogger Nan Seketul

Yang Remeh Dan Yang Temeh | Kisah Blogger Nan Seketul | Assalammualaikum dan selamat petang selasa para pembaca kesayangan. Baiklah, untuk hari ni silalah benarkan saya membebel sepatah dua (sepatah dua la sanggaaaattt kan3), tentang liku-liku, perit getir, suka duka dan yang remeh dan yang temeh seorang blogger perlu hadapi di dalam menghasilkan sesebuah karya a.k.a entry.


Sedar tak sedar saya telah berblog sedari tahun 2014, dan telah memasuki tahun ke 7 dah pun. Dari sekadar menyahut seruan dari seorang blogger untuk berubah dari hanya seorang silent blog reader kepada seorang penulis blog. Dari sekadar berkongsi kisah peribadi keluarga serta pengalaman sendiri, sehinggalah terjebak dengan segala jenis review secara rasmi. Sememangnya jika anda mengenali diri saya secara nyata a.k.a personal, saya akui saya seorang yang banyak mulut, suka membebal dan comel #eh3 mudah mesra. Ada juga kadang-kadang tu kemaluan #eh3 malu-malu diperingkat awal, seperti sekor kucing a.k.a malu-malu kucing, tapi sekejapan sahaja, kerana sesudah 5 minit saya akan bertukar he3 :P. Dengan itu ianya seakan sesuai untuk saya membebel serta berceritera secara penulisan di dalam blog.


Peringkat awal berblog memang tidak pernah meletakkan watermark untuk gambar, bahasa pun tunggang terbalik, design blog ala-ala zaman tok kadok serta sudah semestinya tidak terlibat dalam menjana pendapatan berblog. Manakan tidak, saya memang tidak mempunyai pengetahuan langsung di dalam bidang ini terutama design ataupun coding segala tu haaa. Namun, Alhamdulillah semakin lama semakin cuba memahami erti sebenar di dalam berblog (giittcchhhewww). Walaupun masih belum mahir, tetapi saya sudah berani untuk mendapatkan nasihat serta servis dari rakan blogger yang pakar. Sejujurnya saya sedar sehingga kini masih banyaaaakkk lagi saya ketinggalan, tapi pelan-pelan kayuh la yer dop. 


Dah nama pun part time blogger. Pelbagai kekangan dok melintas kesana kesini kesana kesini kekdahnya he3. Sebab tu sekejap tenggelam, sekejap timbul, tapinya saya tetap akan kembali kan3. Doakanlah saya terus istiqamah dalam berblog yaaaaaa.


Ni saja ja saya nak kongsi total blog PV (semalam) yang saya rasakan macam cantik sahaja nombornya he3

1, 294, 000


Waiting to be an entry gitchew

Pssstt, ni semua entry ni belum ada sebarang bebelan lagi yaaaa. Baru setel letak tajuk serta susun gambar sahaja :P

Hat ni waiting to be watermark pulop he3 :P

Psssstt, haaa semua gambar dalam folder ni pula belum di'watermark'kan tau3


Jika anda lihat senarai waiting list entry di dalam blogpost list serta folder gambar yang didalam waiting list untuk di'watermark'kan di atas ini, paham-paham la na. Inilah merupakan holding factor bagi kebanyakan blogger dalam menghasilkan entry secara konsisten, termasuklah saya yang merupakan seorang blogger marhaen #eh3 picisan :P. 

Dari nak kumpulkan, tapis dan sort gambar-gambar peringkat awal sehingga meng'watermark'kan gambar yang terpilih, serta seterusnya membuat entry dengan tajuk yang menarik. Ini merupakan kerja belakang tabir yang perlu setiap orang blogger lalui dalam menghasilkan sesuatu entry yang boleh anda baca, fahami dan yang penting adalah rasai. 

Seperti diri saya, sejak dari dulu memang saya kerap kali tersangkut diperingkat meng'watermark' tu tau3. Oleh itu untuk memastikan momentum entry saya berada in the right track, saya akan cuba untuk setelkan part watermark itu sebanyak mungkin. Ini kerana pabila ada mood, saya boleh terus pilih yang mana satu pujaan hati untuk disiapkan bebelannya pula. Bebelan ni kena ikut mood. Kekadang nak bebel tentang makanan, kekadang tentang resepi, kekadang cuti-cuti malaysia, kekadang malas nak membebel :P. Bukan mudah ya. Tapi kerana minat kuturutkan juga gitchew.




~~~ The End ~~~

0

Thursday, September 3, 2020

Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang

Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Sudah agak lamaaaaaa saya tidak membuat coretan review tempat penginapan kan3. Sebenarnya ada lagi beberapa tempat penginapan serta ceritera percutian yang ingin saya coretkan di dalam blog kesayangan ni tau3. Tetapi kekangan masa dan idea membantutkan segalanya sehinggakan terperam sudah ceritera itu. Ada yang telah saya ingat-ingat lupa dah pun haaaaa he3. Nak kena recall and refresh semula la jawabnya nanti :p.


Makanya sebagai pembuka jalan semula kearah review tempat penginapan dan cuti-cuti didalam blog saya ini, dengan ini marilah kita mulakan dengan percutian keluarga yang terkini, hiburan sensasi #eh3, iaitu di Lexis Suites Penang. Saya bersama keluarga kecil saya telah bercuti di Lexis Suites Penang pada cuti hari raya Aidiladha baru-baru ini. Oleh kerana kita masih lagi dalam fasa pemulihan dari wabak Covid-19 dan negara masih lagi di dalam fasa PKPP, kami membuat keputusan hanya untuk bercuti 3 beranak dalam menyambut hari raya Aidiladha. 


Hari Raya Aidiladha kali ini, masih sama seperti hari raya Aidilfitri yang lepas, iaitu memang betul-betul satu norma baharu dalam pengisian perayaan. Hanya Ayah seorang sahaja yang pergi solat hari raya di masjid, Ibu dan Boboboy sekadar bersedia dirumah dan menunggu kepulangan Ayah. Sesudah itu kami bermaaf-maafan 3 beranak dan kemudian terus menikmati juadah simple pagi raya yang saya sediakan. Seterusnya kami menuju ke rumah ibu saudara saya yang terletak berdekatan dengan kediaman kami. Inilah satu-satunya rumah yang yang saya ziarah raya tau3. Iyerlah, dari hari raya Aidilfitri, ibu saudara saya (adik arwah Opah eh) jemput beraya, tetapi diwaktu itu memang saya belum bersedia untuk berziarah raya. Makanya kali ini kira sebaai cover balik haaaa gitcheeww, he3. Selesai ziarah raya kami terus ke Lexis Suites Penang untuk check in dan memulakan percutian 2hari 1 malam.


Bagi penginapan kali ini, saya telah menempah Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang. Kalau hendak diikutkan harga published rate bilik ini adalah RM808 semalam tau3. Tetapi boleh juga diperoleh dengan harga diskaun pada kebiasaannya dengan nilai serendah  RM400 atau sehingga RM500 semalam. Nak dijadikan rezeki kami sekeluarga, akibat dari pengaruh rakan sebaya yang membawa kebaikan, saya telah terjebak membeli voucher promosi  harga runtuh di laman web rasmi Lexis Hotels & Resorts, pada awal September 2020. Dengan hanya RM280, untuk penginapan 2 hari 1 malam (tanpa sarapan), di Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang, Alhamdulillah.


Voucher ini sah sehingga Mac 2021 dan kerana itulah saya berani membeli voucher ini tau3. Iyerlah, perasaan memang membuak-buak hendak bercuti bersama keluarga, tetapinya masih juga risaukan dan takut dengan penularan Covid-19. Alhamdulillah, setelah yakin dengan keselamatan semasa, yang mana Pulau Pinang sudah lama berada dalam zon hijau, barulah saya memberanikan diri confirmkan tarikh untuk menginap. Tambahan pula setelah mendapatkan kepastian dari pihak pengurusan hotel dalam melakukan SOP dengan baik serta memikirkan ianya lebih selamat jika semua kemudahan seperti kolam renang dan sauna adalah secara individu di dalam bilik masing-masing kan3.


Untuk makluman, waktu check in adalah jam 3petang dan check out 11pagi, tetapi, oleh kerana ianya merupakan hari pertama hari raya, so guest tidak ramai dan saya dapat check in awal he3 (dalam 1.30 tengah hari). Ini merupakan pengalaman pertama saya menginap di Lexis Suites Penang atau mana-mana hotel di bawah pengurusan Lexis Hotels & Resorts (PD atau Putrajaya). Terujanya kami 3 beranak. Iyerlaaaaaa, kan kalau dapat menginap di hotel ini pasti akan terasa seperti orang ada-ada gitew he3. Oklah ajooooommm kita sambung dengan ceritera bergambar di bawah untuk lebih feel.


Inilah pemandangan pertama yang akan anda lihat pabila membuka pintu bilik

Psssttt, memang terbuntang biji mata bila mula-mula memasuki bilik ini he3. Almaklum la kan3, kami ni rakyat marhaen, dapat bilik nalaaaaaa besar (katanya luas 875 sq ft) macam ni terasa seperti orang kayangan pula he3.

Ruang pertama di dalam bilik Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang, iaitu ruang tidur dan ruang istirehat/menonton

Pssstt, sila abaikan dua ketul penampakan cap Ayah dan anak. Katil king size 2 biji untuk kami 3 beranak. Dengan side sofa bench pun ada 2 biji. Nampak tak seketul Ayah atas katil, seketul Boboboy atas side sofa bench yang terbuntang landing tu haaaaaaa????? Tak sempat Ibu nak snap gambar suci murni bersih :P.

Kali ni Ibu join melanding disisi Ayah pula :P

Ini merupakan ruang kedua dalam bilik Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang iaitu ruang yang menempatkan tandas, almari dan juga bilik mandi

Pssstt, ruang ini juga luas. Di bahagian tengah terletak sinki bersama kelengkapan mandian, dan pengering rambut. Terdapat juga suis bilik sauna dibahagian dinding. Untuk bahagian lain yang terdapat di ruang kedua ini boleh lihat dibawah :
v
v
v
v
Bahagian disebelah kiri terdapat almari yang turut terdapat kelengkapan menyimpan/menggantung pakaian dan barangan, iron, iron board serta peti keselamatan. Bersebelahan dengan almari adalah tandas


Bahagian di sebelah kanan pula terdapat tab mandi yang luas berserta shower

Pssttt, walaweeeeeeeiii, memang teruja sungguh melihat didepan mata tab mandi dengan reka bentuk eksklusif begini tau3 he3. Dengan shower dia nalaaaaaaa punya besar, serupa air hujan meneruuuuuuu turun bila kita mandi he3. Sekali lagi rakyat marhaen ini terasa di kayangan :P

Ruang ketiga di dalam bilik ini iaitu balkoni yang menempatkan kolam renang dan bilik sauna persendirian serta ruang duduk/rehat
 
Pemandangan yang seluas mata memandang

Psssttt, untuk bilik Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang, pemandangan yang boleh didapati adalah partial seaview berserta sebahagian lagi adalah pemandangan bandar/bukit di Pulau Pinang

Upah sedikit gambar berjimba anak nan seketul itu di dalam kolam renang Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang

Ini view di malam hari bahagian balkoni Executive Pool Suite, Lexis Suites Penang


Sememangnya secara peribadi, ini merupakan kenangan yang akan sentiasa terpahat di dalam ingatan. Sudah semestinya ini bukan kali terakhir kami menginap di Lexis Suites Penang. InsyaAllah kalau ada rezeki dan panjang umur sudah pasti kamai akan repeat menginap disini. 


Untuk entry seterusnya nanti saya akan kongsi pula gambar berceritera tentang aktiviti kami 3 beranak bersuka ria menikmati percutian 2 hari 1 malam di Executive Pool Suites, Lexis Suites Penang. So tungguuuuuuuuu naaaaaaa.......



~~~ The End ~~~

2

Instagram