Wednesday, September 30, 2020

City Staycation at Sunway Hotel Georgetown | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang

City Staycation at Sunway Hotel Georgetown | Tempat Penginapan Menarik Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang. Untuk entry kali ini dengan penuh rasa terujanya saya ingin berkongsi satu tawaran menarik dengan para pembaca kesayangan saya iaitu promosi  City Staycation yang cukup istimewa dari Sunway Hotel Georgetown.




Saya pasti sekarang ini setelah agak beberapa lama berada di dalam tempoh fasa PKPP, ramai diantara kita telah mula keluar dari sarang kan3. Kini sudah tiba masanya untuk kita memulakan kembali fasa kehidupan yang penuh riang gembira dengan bercuti bersama keluarga atau merehatkan diri sendiri dengan percutian kan3. Iyerlah, setelah sekian lama terperap semasa dalam fasa PKP, kemudiannya di awal fasa PKPP masih lagi memendam rasa kan3. Sebenarnya, kalau nak diikutkan, memang kenginginan untuk bercuti di merata tempat berkobar-berkobar. Tetapi kerana masih lagi memikirkan ancaman Covid-19 masih di luar sana, makanya kita masih perlu berhati-hati. Dengan itu, sebelum membuat sebarang keputusan sudah pastinya aspek jaminan keselamatan dan kebersihan akan diutamakan. Selain itu aspek tawaran harga dan pakej menarik tetap juga menjadi titik pengukur kita dalam merancang percutian bersama keluarga kan3.


Pulau Pinang merupakan destinasi pilihan para pelancong untuk bercuti bagi menikmati keindahan pantai, membeli belah, menikmati keistimewaan makanan tempatan serta yang paling menarik iainya menjadi destinasi pilihan untuk menerokai UNESCO World Heritage Site. Dengan ini, pihak Sunway Hotel Georgetown mengambil inisiatif untuk menggalakkan ekonomi serta sektor pelancongan dalam negeri dengan menawarkan pakej menarik di dalam promosi City Staycation-nya. Lokasi hotel yang strategik dan terletak di tengah kota bandaraya Pulau Pinang, sudah semestinya memberikan kemudahan bagi para pengunjungnya.


Denan ini, di sini saya akan berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan tawaran menarik ini, sebagai rujukan para pembaca semua. Ajoooommmm layan ceritera di bawah.


Sunway Hotel Georgetown
*gambar kredit dari laman web sunwayhotels.com

Ruangan Lobi yang luas dan selesa untuk pendaftaran masuk dan keluar para pelanggan yang sudah semestinya mamatuhi SOP yang ditetapkan

Pssttt, kaunter dilengkapi dengan hand sanitizer serta transparent shield

Ruangan menunggu di lobi turut disediakan dengan mematuhi SOP, penjarakan sosial

Lif turut mematuhi SOP, penjarakan sosial dengan menetapkan hanya 4 orang untuk satu-satu masa

Diruangan tepi lif bagi setiap tingkat disediakan hand sanitizer untuk kegunaan pelanggan

Pssttt, memang wangi sungguh tau hand sanitizer Sunway Hotel Georgetown ni, suka3

Ruangan walkway koridor yang sentiasa di kekalkan kebersihan

City Staycation di Sunway Hotel Georgetown menawarkan penginapan serendah dari RM140.00 nett semalam untuk satu bilik. Pilihan bilik yang ada adalah seperti Deluxe King Room dan Deluxe Twin Room serta Premier King Room dan Premier Twin Room. Apa yang membezakan Deluxe dan Premier adalah mini bar baverages. Kesemua bilik boleh memuatkan sehingga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Setiap bilik juga boleh request extra rollaway bed ataupun crib (dengan bayaran tambahan minimum serendah RM50.00 sahaja). Bilik memang luas (28sqm), bersih, selesa dan yang paling penting selamat. Nak tahu kenapa saya sangat yakin dengan bilik di Sunway Hotel Geogretwon, ajooommm sambung baca ceritera bergambar di bawah sebagai satu bukti nyata. 

 Tadaaaaaaa, luas, bersih, sejuk mata memandang kan3

Psssttt, yang di atas ini merupakan bilik Premier King Room. Luas terbentang sungguh katil king itu tau3. Kalau nak diikutkan, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak pun muat baring bersama-sama atas tu tau3

Tadaaaaaaa, ini merupakan bilik kami 3 beranak di sepanjang staycation kami di Sunway Hotel Georgetown

Psstt, kemudahan asas setiap bilik adalah serupa yang mana ianya turut merangkumi kemudahan seperti tv satelite, telefon ISD, seterika, peti simpanan, torch light (kecemasan), kemudahan penyediaan teh/kopi, penghawa dingin boleh dilaras, mini cooler, dan wi-fi. Para pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan pesanan makanan ke bilik yang diinap. Di entry yang berasingan, saya akan berceritera pula tentang tawaran makanan istimewa terus ke dalam bilik anda tau3, so tungguuuuuuuuuuuu........

Tadaaaaaa lagiiii

Psssttt, nampak dak Boboboy seketul ber-landing dengan penuh gaya mutu keunggulan itu he3

Ibu mengambil kesempatan untuk posim sebentar buang 2 -3 keping gambar selfie :P

Paling OHSEEEEMMMM view siang dan malam dari bilik kami

Psssttt, saya memang betul-betul menyukai view yang terbentang pabila saya menyelak langsir di bilik. Terpampang menara kebanggaan Pulau Pinang a.k.a KOMTAR

Tandas dengan standing shower

Pssttt, kemudahan lain termasuklah pengering rambut, peralatan dan keperluan mandian. Yang menarik perhatian saya juga adalah di dalam bahagian standing shower, ada side bench ok. Boleh mandi air panas sambil duduk merehatkan diri yang membuatkan kita terus berasa selesa tau3. Saya suka he3

#SunwaySafeStay

Psssttt, haaaa nampak dak tag berwarna hijau di pemegang pintu ini. Ini merupakan tanda ataupun bukti bahawasanya bilik anda adalah SELAMAT untuk diinapi. Tidak perlu risau tentang ancaman virus dan Covid-19. Ini kerana tanda tag ini menunjukkan bahawasanya bilik anda telah di cuci dan disanitasi dengan sebaiknya. Ini bukan saja-saja sukaaaa dok letak tag bagai ni tau3. Ini merupakan satu audit yang diiktiraf antarabangsa. Para pelanggan akan merasa gembira dan yakin dengan keselamatan dan kesejahteraan hotel dengan #SunwaySafeStay; yang mana ianya menggabungkan lima teras keselamatan dan kebersihan dengan mengambil kira lebih daripada 30 protokol amalan pembersihan, standard jaminan dan kesejahteraan yang dipertingkatkan, dan ini yang memberi ketenangan kepada pelanggan setiap kali memilih untuk menginap di Sunway Hotel Georgetown

Clean & Green practice by Sunway Hotel Georgetown

Non-Smoking room

Pin point and USB plug point

Kolam renang

Psssttt, sila ambil maklum, difasa PKPP, untuk memastikan SOP dilaksanakan dengan berkesan, pihak pentadbiran hotel telah menghadkan bilangan pelanggan yang menggunakan kolam renang dalam satu-satu masa. Ini adalah penting untuk memastikan penjarakan sosial adalah optimum pada setiap masa. Para pelanggan perlu membuat tempahan slot untuk menggunakan kolam renang terlebih dahulu. Demi kebaikan semua kan3

Gym

Pssstt, selesai sesi kolam renang, sambung pula ke sesi gym. Ini adalah untuk Ayah dan Boboboy sahaja naaaaaaa. Ibuuuuuu.....
v
v
v
v
v
v
Sesi posim sajia he3

Inilah wajah keriangan kesayangan Ibu Ayah setelah selesai staycation 2hari 1malam di Sunway Hotel Georgetown

Untuk menikmati tawaran City Staycation boleh klik terus link :

sunway-georgetown/offers/city-staycation

Sunway Hotel Georgetown,

33, New Lane (Off Macalister Road), George Town, 10400 Penang, Malaysia

Tel : +604 229 9988

Laman Web : www.sunwayhotels.com

FB : SunwayHotelGeorgetown

IG : sunwayhotelgeorgetownpenang



~~~ The End ~~~

8

Wednesday, September 16, 2020

Normal Baharu | Wordless Wednesday #9/2020

Normal Baharu | Wordless Wednesday #9/2020 | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Tingkek ke 2 WW untuk hari ini.


Ibu VS anak

Cycling

Barber visit

Shopping

Ke sekolah

Kenduri

Makan luar



~~~ The End ~~~

5

Instagram