Monday, November 2, 2020

Naked Bike VS Super Bike | Motor Berkuasa Tinggi

Naked Bike VS Super Bike | Motor Berkuasa Tinggi

Naked Bike VS Super Bike | Motor Berkuasa Tinggi | Assalammualaikum dan selamat pagi Isnin semua. Permulaan minggu yang baru bagi bulan yang baru di tahun 2020. Pejam celik, pejam celik, kita telah menjengah ke bulan kesebelas bagi tahun ini a.k.a bulan November kan3. Hanya berbaki lagi satu bulan, iaitu bulan Disember dan kita akan menyambut tahun baru 2021. Semoga ada sinar lebih cerah tanpa wujudnya ancaman Covid19 di masa itu, amiiiinnnnnn.


Baiklah untuk kali ini saya ingin membebel sepatah dua kata (seperti biasa sepatah dua kata la sangat kan3 :P), tentang hobi seketul lelaki kiriman Tuhan kepada saya ni haaaaaaa. Sebenarnya masa sebelum kahwin, Mr Hubby ni minat make-up kereta. Motor ni hanya sebagai kenderaan pengangkutan harian dia untuk urusan kerja sahaja. Tup2 elok dah berkahwin, bertukor pulop minat eh kepada permotoran. Motor pertama yang mencetus kepada bidang permotoran ini adalah dari SINI. Haaaaaaa, itu sahaja yang termampu pada masa itu. Ini kiranya pada tahun 2012. Masa tu Boboboy baru berusia 7bulan tau3. Masa tu dah berasa best sgt dah dapat naik motor ala2 cungit dengan suami tau3, he3. Takut tu memang takut, tapi tetap ada perasaan terujaaaaaa tak tau nak bagitau. Untuk makluman, saya ni sejenis manusia yang penakut bila naik motor ya. Sehingga kini masih takut sebenarnya. Memang kalau naik motor dengan Mr Hubby, memang BIG NO untuk mencelah ka, rapat diantara 2 kereta ka apa ka. Memang tak boleh laju-laju ok, he3. Tetapi kerana sayang kuturutkan juga gitcheeewww he3. Takkanlah tak nak naik motor dengan suami, kang orang lain cungit naik belakang Mr Hubby kang haaaaaaa, simpang malaikat 44 he3.


Sesudah itu, minat Mr Hubby telah mula terarah kepada motor berkuasa tinggi. Allah berikan peluang, ruang dan rezeki, so saya layankan saja. Ajjoooommm, layan ceritera bergambar di bawah untuk kronologi perjalanan minat permotoran Mr Hubby dari dulu sehingga yang terkini.


Naked bike Kawasaki ER6N
650cc
Tahun 2013 - 2014

Naked bike Kawasaki  Z8
800cc
Tahun 2014 - 2016

Naked bike Kawasaki  ER6N
650cc
Tahun 2017 -2020

NEEWWWW BABY
Super bike Kawasaki  Ninja ZX-6R
600cc
Tahun 2020 (terkini)

Psssstttt, hat tu Ayah eh kan3. Meh sini tengok anak seketul eh pulop
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Ya aaammpuuuuuunnnnn
Dari kecik haaaaaaaaaaa Boboboy seketul tuuuuu, sampai sekarang ok
Menurun Ayah eh
Bertabahlah seketul Ibu, sekian



~~~ The End ~~~

4 comments:

  1. Lawaklah sis! Tergelak saya baca tang takut orang lain cunggit 😂

    ReplyDelete
  2. dapat moto ni bini sah lupa. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. berani dia lopaaaaaa
      setakat ni dah 8tahun dok kaki motor, xlupa lagi la bini eh seketul ni :P

      Delete