Friday, December 3, 2021

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh | Kembali Bersiaran Sesudah PKP/PPN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh | Kembali Bersiaran Sesudah PKP/PPN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh | Kembali Bersiaran Sesudah PKP/PPN | Akhirnya, pada tanggal 18 Oktober 2021, sesudah hampir 5bulan, atau lebih tepatnya 4bulan 2minggu 3hari, saya melangkah kembali untuk kembali bekerja di pejabat. Syukur Alhamdulillah.


Ucapan syukur ini bukan semata-mata kerana dapat kembali berkerja di pejabat semata-mata, sememangnya banyak nikmat Allah yang saya wajib syukurkan. Syukur kerana diberi peluang untuk bekerja dari rumah, syukur kerana diberi peluang untuk meluangkan lebih masa dengan keluarga semasa bekerja dari rumah, syukur kerana dapat enjoy semasa berkerja dari rumah, syukur kerana masih mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang stabil, syukur kerana mempunyai majikan dan bos yang prihatin, dan syukur kerana masih lagi bernyawa dan bernafas dimuka bumi Allah ini. Alhamdulillah, Alhamdulilah, Alhamdulillah.


Jika hendak diimbau kembali, ini merupakan tempoh Berkerja Dari Rumah (BDR) paling lama bagi diri saya. Dahulu semasa permulaan PKP 1.0, tempoh BDR dalam 2bulan (dari 18 Mac hingga 12 May 2020). Kemudiannya kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dan bermula Julai 2020, kembali BDR dengan 'rotation'. Maksdunya dalam seminggu 2@3hari di pejabat dan bakinya BDR. Sehingga PKP 2.0, kembali sepenuh masa BDR selama lebih 2bulan (dari 13 Januari hingga 8 Mac 2021). Dan sesudah itu saya kembali berkerja sepeuh masa di pejabat, dan sekali lagi BDR semasa PKP 3.0 dan inilah tempoh BDR paling lama, iaitu hampir 5bulan.


Sememamgnya saya tahu dan saya dapat lihat ramai yang terkesan sejak dari PKP pertama dahulu, dibawa kepada PKP 2.0 dan sekali lagi PKP 3.0. Dengan itu saya amat bersyukur kerana bagi diri saya dan keluarga secara peribadi, Allah memberikan perlidungan dan mencurahkan RahmatNya kepada kami sepanjang bermulanya PKP. Dari segi pekerjaan, dari segi pendapatan, dari segi kesihatan dan juga dari segi kehidupan secara keseluruhannya. Bukanlah tiada dugaan langsung, cumanya semua dugaan itu didatangkan dengan RahmatNya, syukur Alhamdulillah. Bagi mereka-mereka yang sedang diuji, saya mendoakan semua urusan akan dipermudahkan dan kehidupan akan kembali bersinar, amiiiiinnnn.


Sebenarnya, tujuan entry kali ini sebagai mukadimah untuk saya kembali membebel dan mencoret di dalam blog kesayangan saya ini. Punya berkurun tidak membebel, iyerla, kali terakhir bulan April 2021. Beginilah al-kisahnya seorang blogger picisan, sekejap timbul sekejap tenggelam he3. Kekadang tu yang tenggelam lebih lamaaaaa dari yang timbul he3. Dan seperti biasa juga, saya sentiasa berharap untuk terus istiqamah untuk mencoret di dalam blog kesayangan ini. Doa-doakan yer. Ajiiooomm kita layan beberapa keping gambar di hari pertama dan minggu awal setelah kembali bekerja pada Oktober 2021 yang lepas.


Tediaaaaaaaaaaa, di hari pertama melangkah masuk ke ruang pejabat dan melihat bertimbun dokumen di atas meja sendiri. Ini yang di atas meja naaaaa, tetapi bukan ini sahaja hasil dari tenpoh 5 bulan itu taaaaauuu. Ada belambak lagiiii di dalam almari di belakang kaunter saya ini sebenarnya. Mengambil masa 3hari juga nak sort semuaaaaaaaa tau3

Masa ni baru setel sanitize semuaaa kelengkapan yang sudah ditinggalkan hampir 5bulan, so kita take a break sekejap dgn Berocca & enjoy view pejabat ku sayam, gitcheewwww

Sebagai penutup entry ini, meh sini velanja selfie sekeping dua tuan tanah
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment