Friday, August 1, 2025

Bossa Nova Churrascaria | Chill & Grill Saturdays Di Lexus Suites Penang

Bossa Nova Churrascaria | Chill & Grill Saturdays Di Lexus Suites Penang

Bossa Nova Churrascaria | Chill & Grill Saturdays Di Lexus Suites Penang | Assalammualaikum dan selamat petang. Kembali bersiaran setelah lama menyepi ditelan dengan kesibukan hakiki duniawi. Inipun dek kerana tidak sabar untuk berkongsi dengan para pembaca sebuah tawaran buffet makan malam yang menarik tau3. Tidak lain dan tidak bukan semestinya buffet makan malam hujung minggu yang ditawarkan di Lexis Suites Penang la kan3.


Melihat pada title buffet itu sendiri sudah membuat kita semua tertanya-tanya dan ingin tahu, apakah, sedapkah, dimanakah, sedapkah, kan3........ Nama diberi, Bossa Nova Churrascaria, Chill & Grill Saturdays di Lexus Suites Penang. Tudiaaaaaaaaa, namaaaaaaa. Meh sini saya cerita serba sedikit apakah ianya. Churrasco meats merujuk kepada daging yang dimasak menggunakan teknik barbeku tradisional Brazil yang dikenali sebagai churrasco, di mana daging ditusuk menggunakan besi panjang dan dipanggang secara perlahan di atas arang atau api terbuka. Daging ini sering kali diperap dengan rempah khas dan dipotong terus dari tusukan besi ke piring pelanggan di restoran gaya churrascaria. Ini memberikan pengalaman makan yang unik dan segar.


Baiklah, tanpa terus membebel panjang tanpa bukti nyata, meh sini kita sambung ceritera perkongsian pengalaman menarik yang dinikmati sewaktu menikmati Bossa Nova Churrascaria, Chill & Grill Saturdays di Lexus Suites Penang.


Bossa Nova Churrascaria, Chill & Grill Saturdays di Roselle Coffee House, Lexus Suites Penang

PEMBUKA SELERA
Barisan pembuka selera antaranya aneka jenis salad bersama dressing, serta cold cuts

Seafood on ice

Pssttt, port yang menjadi rebutan tiap kali berkunjung ke buffet di Roselle Coffee House


MENU UTAMA
Antara barisan menu utama adalah seperti Galinhada rice, seafood stew, fried calamari rings, cheesy potato baked,  ratatouille, dan mash yam

Pssttt, secara asasnya barisan menu utama turut menampilkan menu yang bercirikan masakan Brazil, contohnya seperti Galinhada rice yang merupakan masakan nasi bersama ayam dengan cara tradisi Brazil. Begitu juga menu-menu lain diatas, yang mana ianya dihasilkan dengan sentuhan citarasa Brazilian, gitchew


CHURRASCARIA
Antara barisan daging yang ada ialah seperti daging brisket berlada,  kaki kambing panggang mesquite, smoked duck, daging tri tip bakar berherba, stik flank pedas, stik picanha, paha ayam lemon masam, kepak ayam bbq, ayam madu mustard, jantung ayam shoyu, sosej daging dan ayam pelbagai perisa, nanas panggang kulit kayu manis

Psssttt, inilah dia main highlight untuk buffet makan malam ini. Barisan pelbagai jenis menu panggang yang dihidangkan terus ke meja para pengunjung
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dihidang terus ke meja anda tanpa had yaaaaaaaaaaaaaaa

Psstt, hidangan grill akan terus dihidang tanpa had selagi anda inginkannya. Setiap meja akan dibekalkan sekeping kad notis dengan dua side berwarna, iaitu hijau (keep coming), dan merah (stop @ break).


KAUNTER SUSHI, MAKI & SASHIMI

Aneka jenis sushi, maki dan sashimi yang disediakan segar atas permintaan tau3

Pssttt, seriously ini juga menu terbaik dari Rosselle Coffee House, Lexis Suites Penang tau3. Semua, semuaaaaa sushi, maki dan sashimi yang ditawarkan sangat segar, berjus dan enak. Dijamin anda akan ulang, dan ulang, dan ulang ke kaunter ini tau3. Sehingga saat ini saya masih tidak dapat lupakan kesegaran, keharuman dan keenakan hirisan salmon, tuna dan white tuna itu tau3. Cravings satisfied betul 


KAUNTER PASTA
Aneka jenis pasta dan topping bersama sos bolognese dan carbonara


KAUNTER SUP
Aneka jenis roti bersama sup, butter spread


PENCUCI MULUT
Barisan pencuci mulut antaranya ialah aneka jenis kek, puding, mouses, creme brulee, tart, buah buahan serta chocolate fountain

Pssttt, terpaling sedap tak terkata adalah creme brulee ituuuuuuu


KAUNTER CHURROS
Freshly fried churros bersama aneka jenis topping

Aiskrim


MINUMAN PANAS DAN SEJUK
Barisan minuman panas dan sejuk


Tadaaaaaa, seperti biasa inilah dia antara barisan hidangan pilihan dimalam kejadian


Lokasi: Mezzanine Floor, Roselle Coffee House 
Waktu: 6:30pm - 10:30pm (Setiap Sabtu)
Harga: RM158 nett (Dewasa) | RM108 nett (Warga Emas, 60thn keatas) | RM68 nett (Kanak-kanak,7–12thn, Percuma untuk setiap pembelian dewasa) 
No. tel.: +604 628 2888 ext. 2858 | Email: fbm@lexissuitespenang.com

20% Off for In-House Guests & Corporate Booking 
10% Off for Groups of 10 pax & Above 
Free Entry for Birthday Star



~~~ The End ~~~

No comments:

Post a Comment