SAKIT KEPALA ~ PETUA & UBAT

5:53:00 PM

Assalammualaikum & Selamat Petang Uols,




Iols ni dah dekat seminggu dok ON OFF SAKIT KEPALA
Kejap blah KANAN, kejap blah KIRI, kejap KIRI KANAN, kejap ATEH pala, kejap BLAKANG tengkuk
Iols ni dari anak dara memang kuat ANGIN dalam badan
Pantang silap makan ka, lambat makan ka
ANGIN, SAKIT PALA menyerang
Sampai dah beranak pun SAMA
Makan tak pantang pun sama :P
Yang iols perasan bila iols bedal segala petai la, pucuk ubi la, teh ais la, kacang panjang la, ubi kayu la
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....yang tu memang MENGUNDANG la kan3
Ni semalam iols bedal UBI KAYU :P
Makanya dengan rasmi HARINI SAKIT KEPALA BERANGIN dari pagi
Dok BELAHAK berpuloh kali, KENTOT pun berpoloh kali, TAPI ANGIN dok penoh situ la
GERAM pun ada dah ni haaaaaaaaaaaaaaa
Doktor memang dah pi jumpa
TAPI sebolehnya tak mau bergantung pada ubat
Ingat ujung minggu ni nak kena berURUT la
Dedolu iols panggil akak urut mai rumah
TAPI sekarang TAKLEH dah
Hubby tak bagi sebab ada ritu akak tu urut sampai LEBAM he3
So kena ke SPA ler jawabnya
Ni bawah ni iols ada GOOGLE jenis sakit kepala & petua yang boleh digunapakai untuk atasinya
Meh kita CECUBA reramai nak????? :)
Meh iols kong si petua dari http://gigitankerengga.blogspot.com/: 

1.  Letak kain basah di dahi
Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.

2.  Letak kain basah di dahi
Anda juga boleh meletakkan kain basah yang sejuk di atas dahi anda sambil baring. Seperti cara gunakan pek ais, cara hilangkan sakit kepala ini dapat mengecutkan saluran darah dan mengurangkan pengaliran darah ke kepala supaya ia tidak berasa terlalu tertekan. Sambil baring, anda boleh cuba untuk bertenang dan berehat selama beberapa minit sehingga anda berasa lega.

3. Urut dengan minyak panas
Aambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga. Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.

4. Guna pek ais
Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

5. Rehatkan diri
Orang kata, tidak elok makan ubat selalu. Apa kata kita tahan buat sementara waktu. Apabila sakit kepala menyerang dan anda berada di tempat yang sesuai untuk berehat seperti di rumah, apa kata anda baring seketika di tempat yang gelap dan bebas daripada sebarang bunyi yang bising. Walaupun anda hanya dapat rehat selama 30 minit sekalipun, ia sedikit sebanyak dapat melegakan sakit kepala tersebut. Cara hilangkan sakit kepala ini nampak mudah, tetapi sukar untuk berehat jika berada di pejabat.

6.  Rendam kaki dalam bekas air panas
Dengan ini anda boleh menarik pengaliran darah ke bahagian bawah badan dan dapat mengurangkan tekanan ke atas bahagian kepala anda. Selepas rawatan rendaman kaki selama 30 minit, anda dapat rasakan kelegaan dari sakit kepala tadi. Cara hilangkan sakit kepala dengan cara rendam kaki ini sesuai dilakukan di rumah sahaja.

7. Minum air elektrolit
Tidak kurang juga ada orang melaporkan dengan meminum air elektrolit, seperti 100 Plus dan Revive. Ia dapat mengembalikan bendalir dan tenaga dalam badan, dan merupakan salah satu cara untuk hilangkan sakit kepala. Memandangkan air tersebut mengandungi gula dan kandungan tenaga yang agak tinggi, elakkan dari mengambilnya dalam kuantiti yang banyak. Cukuplah sekadar dapat mengatasi sakit kepala tadi dan bukan jadikannya minuman harian.

8. Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar)
Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan. Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak. Alternatif lain, letakkan 3-4 sudu cuka epal dalam air suam. Basahkan tuala dengan air suam bercampur cuka epal tadi dan letakkan di kepala yang terasa sakit.

9. Guna limau kasturi
Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

10. Jauhi MSG
Monosodium glutamat (MSG) ditambah dalam makanan untuk meningkatkan rasa. Ia berasal dari asid amino, dipanggil asid glutamik, yang wujud secara semula jadi dalam pelbagai jenis makanan. Ramai orang yang mengalami sakit kepala mendapati bahawa makanan yang mengandungi MSG mencetuskan migrain atau lain-lain jenis sakit kepala, mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa ia merangsang neuron.

11. Rawatan akupuntur

Bagi mereka yang sering sakit kepala secara berulang-ulang, anda boleh mendapatkan rawatan akupuntur sebagai cara untuk hilangkan sakit kepala. Mengikut fahaman akupuntur, jarum kecil yang dimasukkan di bawah permukaan kulit dapat menyelaraskan kembali aliran tenaga atau qi di dalam badan. Ia juga dapat mencegah sakit kepala daripada berlaku serta merupakan rawatan yang mempunyai kesan sampingan yang sedikit. 


Hat ni pulop petua dari http://tentangboolan.blogspot.com :

1. minum segelas air isotonik (100+, revive, dll) pas2 sulam lak dengan segelas air masak...insyaAllah lega...biasanya mOon akan muntah..pas2 lega la sket...laen org mungkin laen tindakbalasnya...

2. melalui urutan pun bley...picit bawah tapak ibu jari...itu titik akupuntur untuk kepala...untuk buang angin kamu picit kat tepi ibu jari...picit jugak kat atas kening dan di tengah2 antara kening kira dan kanan..

3.  melalui teknik pernafasan pun bley try jgk...cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , insyaAllah sakit kepala akan sembuh...jangan tutup dua2 hidung lak...kang semput lak yang mai...hehehe

Last sekali ni petua cara Islam :



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

17 comments

  1. singgah sini, kak ana selalu juga amalkan minum air limau kasturi tu, lega juga rasanya, nice sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam kak ana,
      yer ker
      nanti iols nak try jugak la :)

      Delete
  2. Mungkin waktu subuh boleh sujud lama sikit..atau setiap kali sujud waktu solat..biar peredaran darah dekat kepala lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam didie,
      haah pernah dengar jugak peta tu :)

      Delete
  3. Saya pun selalu sakit pala Boleh cuba cara di atas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam lela,
      tu la
      bila kerap sangat risau jadiknya kan3

      Delete
  4. Replies
    1. Assalam yui,
      akak pun dok google ja haaaa he3

      Delete
  5. Salam...

    orang bagi nasihat, saya pun nak bagi nasihat lah.... okay kalau rasa makanan2 sayur2an seperti petai atau uobi dan pucuk ubi atau sekeluarga dengannya tu berangin, masa merebus atau memasak, wajib .... ulang WAJIB masukkan sepotong halia... halia akan keluarkan angin2 pada sayuran tersebut... dan WAJIB juga atas apa juga sayuran yg dirasakan tak berangin termasuk sawi ke kubis jer... asal sayur wajib masuk... dan setengah2 orang jugak wajib masukkan kepada semua lauk sebab bawang pun sebenarnya berangin dan hampir setiap masakan ada bawang...

    kedua nya ialah sejenis minuman di farmasi nama Gaviscon... lepas makan jer teguk lah sesudu gitu... dia akan legakan angin dalam badan ni...

    cuba yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam najib,
      waaaaaaaaaaaaaaaaaa..
      thanx bebanyak la yer
      ni iols wajib coba ni
      thanx a lot again yer

      Delete
    2. wah... pandai gak najib ni dalam bab petue2 camni eh.... hehehe

      Delete
  6. hubby iols pun sllu ngadu sakit kepala
    iols letak je ice pack kat blkg kepala dia..mujur berkesan kurang skit sakit nya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam El,
      tu la ingat nak kena beli spare la ice pack tu :)

      Delete
  7. sbb CT dak suka minyak
    panas huhuhu nanti pijar.. so slalu amek ice ketoi balut dalam tuala goodmorning then letak kat kepala.. lumur2 kat rambut.

    tak pun mandi air ice..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Ct,
      oohooiiiiiiiiiiiii
      keraih la yang ooiii mandi ayor ketui :P

      Delete
  8. Ramai pesakit yang datang klinik sebab sakit kepala. Selain stress, masalah resdung, banyak caffeine intake juga menyumbang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam nazeck,
      nak kata stress tak kot (koje memang relax, family pun selamber sajork he3)
      resdung ada, tapi takla serious sgt
      iols tak minum nescafe langsung, tapi kopi tu kerap la

      Delete

Blog Dekat di Hati

Blog Archive