Tuesday, April 30, 2019

Ramadhan Buffet Dinner Di G Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2019 Di Pulau Pinang

Ramadhan Buffet Dinner Di G Hotel Penang | Buffet Ramadhan Best 2019 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sekali lagi saya akan berkongsi sebuah lagi lokasi yang manawarkan Buffet Ramadhan Best 2019 di Pulau Pinang iaitu di G Hotel. 

Untuk makluman pembaca, G Hotel mempunyai dua cawangan iaitu di Gurney dan di Jalan Kelawai. Kedua-duanya menyediakan tawaran buffet Ramadhan. Untuk kali ini, saya akan berkongsi riang ria di malam media review Buffet Ramadhan di G Hotel Gurney.


Malam media review Ramadhan Buffet Dinner di G Hotel Penang


Buffet Yang Menjanjikan Pengalaman Gastronomi Terbaik | Ramadhan Buffet Dinner Di G Hotel Penang

Buffet Yang Menjanjikan Pengalaman Gastronomi Terbaik | Ramadhan Buffet Dinner Di G Hotel Penang | G Hotel Penang merupakan sebuah hotel terkemuka di Pulau Pinang yang turut serta menawarkan pakej iftar iaitu Ramadhan Buffet Dinner bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tidak lama lagi untuk para pengunjungnya. Pengunjung mempunyai pilihan sama ada untuk menikmati tawaran ini di G Hotel Gurney ataupun G Hotel Kelawai.

Taste Cafe, G Hotel Gurney menawarkan menu iftar berasaskan masakan tempatan Melayu serta menyelitkan juga menu istimewa berasaskan masakan barat. Menu harian adalah dalam terma 'rotation menu', makanya para pengunjung tidak perlu risau untuk berkunjung berkali-kali kerana terdapat kelainan yang disajikan untuk setiap hari. Tanpa melengahkan masa lagi, mari bersama-sama saya melayari seleksi tawaran yang ada pada malam kejadian.


Antara barisan buffet índoor'dan 'outdoor' di malam media review Ramadhan Buffet Dinner di G Hotel Penang


PEMBUKA SELERA

Seafood on ice

Kaunter salad dan dressing

Sashimi

Aneka jenis kerabu

Aneka pilihan ikan masin, telur masin, ulam-ulaman serta sambal

Penang Pasembur

Rojak

Sup cendawan

Pssstttt, memang membuka selera sungguh sup cendawan ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, tidak pernah mengecewakan. Rasa penuh dengan haruman cendawan, lemak berkrim serta kepekatannya yang sesuai. Enak dihirup begitu sahaja mahupun dicicah bersama roti. WAJIB cuba

Seafood hot & sour soup

Bubur lambuk

Psssttt, ini juga merupakan menu WAJIB cuba. Merupakan signatutre dish hasil air tangan chef


MENU UTAMA

Thai garlic chili squid

Fried noodles with seafood

Pasta Napolitana

Roasted potato with garlic

Telur berlado

Indian lamb rogan josh with yogurt dip

Unik dan pertama kali saya dengar nama masakan ini dan merasainya. Tidak tahu bagaimana hendak menerangkan rasanya, so anda WAJIB cuba sendiri. InsyaAllah anda tidak akan menyesal

Beef Steak with gravy

Sebuah lagi menu yang saya nantikan saban tahun he3. Isi daging yang lembut, dihiris sesuai saiznya untuk sekali ngap he3. Sos yang serasi dicicah bersama. WAJIB cuba

Tom yum mussel

Sambal prawn with petai

Kalau dah ada petai, sudah tentunya WAJIB cuba. Memang menari-nari petai didalam menu ini. Puas hati sungguh tau

Ayam goreng berempah

Fish curry with lady's finger

Haaaaa, nindia merupakan menu kegemaran Boboboy di malam kejadian. Boboboy ni nama sahaja anak mamak, tapi sebenarnya kari tak makan. Tapiiiiiiiii, pada malam kejadian, tiga kali tambah ikan ini tau2. Walaupun dok meleleh slurp2 air liur menahan pedas, tapi masih menimati bersungguh-sungguh kari ikan ini bersama nasi briyani. WAJIB anda cuba

Nasi Briyani


GERAI AKSI

Kaunter grill
'Malasy feast mini grill station'
Dengan aneka pilihan item grill seperti ketam, udang, ayam, daging, smoked duck, lamb, ketam, kepah

Psssttt, keunikan grill di G Hotel ini pernah saya coretkan dengan terperinci dalam entry INI. So rajin-rajinlah anda membaca ye. Memang lain dari yang lain dan anda WAJIB mencuba item grill di G Hotel ini tau3. Saya penggemar grill di G Hotel ini. Item yang paaaliiiiinggg menjadi kegilaan saya adalah smoked duck yang digrill, peerrrrrghhhhh, mana nak dapat weeeiii kat tempat lain, dekat G Hotel sahaja yang ada tau3

Kambing panggang

Ayam percik

Roasted duck with plum sauce

Pssttt, dah namanya itik, pastinya menu kesokaan saya he3. Iyerla, bukan mudah untuk mendapatkan menu itik yang halal tau3. So apabila ketemu jua, kita pulun laaaa kan3. WAJIB anda cuba

Ayam panggang kapitan

Honey glaze chicken meatloaf

Nasi ayam

Roasted beef with mushroom sauce

Roti canai bersama kari ayam


Kaunter char koey teow


Sedaaappp, memang sedap. Setiap pesanan dibuat fresh diatas permintaan. Penuh dengan isi fishcake, udang, telur dan sayuran segar, peerrghhhhhhhh. Terbaik & WAJIB cuba


Kaunter aiskrim

Kaunter goreng panas (pisang & keladi)

Banana strudel


Muah Chee

Bubur kacang



PENCUCI MULUT

Aneka pilihan puding, jeli dan agar-agar

Aneka pilihan tart

Aneka pilihan kek

Chocolate fountain

Aneka pilihan kuih muih tempatan


Minuman panas dan sejuk



Ibu dan anak seketul yang tidak sabar lagi hendak memulakan sesi menjamu selera di malam media review Buffet Ramadhan G Hotel Penang



Barisan seleksi pinggan dan mangkuk kami dua beranak di malam kejadian

Ibu dan Boboboy semasa sesi menjamu selera

Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang

Maklumat Buffet Dan Lokasi | Ramadhan Buffet Delight Di G Hotel Penang | Saya pasti sudah ada para pembaca blog saya tertarik dengan adegan-adegan seksi #eh3 menu-menu yang ditawarkan seperti di atas ni kan3. Dengan ini jangan tunggu lagi, cepat-cepat merasai sendiri di G Hotel Penang. 

Ramadhan Buffet Dinner
G Hotel Gurney
G Hotel Jalan Kelawai

Tarikh
6 Mei 2019 - 4 Jun 2019
6.30 - 10.30pm

Taste Cafe, G Hotel Gurney
Ahad - Khamis
RM125.00 nett/dewasa
Jumaat & Sabtu
RM160.00 nett/dewasa, 
Diskaun 50% untuk kanak-kanak & warga emas

Spoon Cafe, G Hotel Kelawai
Ahad - Sabtu
RM80.00 nett/dewasa, 
Diskaun 50% untuk kanak-kanak & warga emas

Promosi istimewa:
BUY 2 FREE 1

Laman sesawang

Facebook

Instagram



~~~ The End ~~~
0