Friday, September 30, 2022

Cuti-cuti Hari Raya Aidiladha 2022 |  Mandi Manda Di Bukit Merah Laketown Waterpark

Cuti-cuti Hari Raya Aidiladha 2022 |  Mandi Manda Di Bukit Merah Laketown Waterpark | Assalammualaikum dan selamat petang Jumaat semua. Sebelum kita mengakhiri minggu terakhir September 2022, meh sini saya nak coretkan ceritera sambutan Hari Raya Aidiladha 2022 kami pada bulan July yang lalu. Macam laaaa tak biasa keeennn, entry backdated, entry flashback bagai ni adalah kezaliman di dalam blog picisan saya ini kan3 :P. Lambat piiii la macam mana pun, tetap wajib dicoretkan di dalam blog. Dalam entry di SINI, saya sudah mencoretkan serba sedikit corat coret sambutan Hari Raya Aidiladha kami 3 beranak dah kan3.


Then, sebelum ini saya telahpun mencoretkan secara terperinci ceritera Cuti-cuti Aidilfitri 2022 kami 3 beranak di perantauan, iaitu dalam entry berangkai bertingkek-tingkek di SINI, SINI, SINI, SINI, SINISINI dan SINI. So kali ini kita akan sambung pula dengan ceritera secara terperinci Cuti-cuti Aidiladha 2022 keluarga kecil saya pula la naaaaaa.


Sepertimana yang sudah saya katakan dalam setiap kali entry raya, memang sudah menjadi kelaziman kami sekeluarga untuk memanfaatkan cuti sambutan hari raya untuk bercuti-cuti bersama keluarga kecil kami. Sedari arwah Opah eh ada lagi tau3. Memang kami akan berhari raya sebentar sahaja dan terus sambung dengan cuti-cuti keluarga pula. Kiranya sambil menyelam kita minum air la kan3. Alang-alang dah memang cuti, adalah lebih manfaat jika diraikan dengan bercuti bersama yang tersayang kan3. Makanya untuk cuti Hari Raya Aidiladha 2022, kami 3 beranak telah ke Bukit Merah Laketown Waterpark. Walaupun percutian singkat, iaitu hanya sekadar 2hari 1malam, tapi kami puas meluangkan masa bersama-sama sepenuhnya. Untuk review tempat penginapan saya akan up entry lain naaa, untuk kali ini ajiom layan ceritera bergambar kegumbiraan kami 3 beranak bermandi manda di Bukit Merah Laketown Waterpark.


Kami 3 beranak di pagi hari kedua, Hari Raya Aidiladha di Bukit Merah Laketown Waterpark


Pssstt, kami telah menginap di homestay berdekatan dengan Bukit Merah Laketown Waterpark pada hari raya pertama. Ini bagi memudahkan kami untuk gerak dan tiba di Bukit Merah Laketown Waterpark lebih awal pada hari raya kedua tu tau3. Sebabnya risaaaauuuu orang ramai kalau lambat-lambat. Alhamdulillah all went well. Masa kami sampai tu masih awal, dalam jam 8.00pagi mcam tu. Kaunter tiket dah buka, so kita beli tiket dahulu. Harga tiket masuk ada promosi, untuk waterpark hanya RM25/dewasa dan RM20/kanak-kanak. Selepas itu sambung dengan sesi explore kawasan sekeliling Bukit Merah Laketown Resort dahulu la. Iyerlah, waterpark hanya akan dibuka pada jam 10.00am tau3. Gerai-gerai di hadapan waterpark pun baruuuu beberapa sahaja yang buka :P. Itu puuunn Boboboy dah pau dah dengan water gun bagai tu haaaaa. Hai la anak. Sebenarnya kami sekeluarga dah beberapa kali ke Bukit Merah Laketown Resort. Dah pernah juga up entry dekat SINI dan SINUN. Masatu arwah Opah eh masih lagi ada. Ikutkan Bukit Merah Laketown Resort ni ada few attractions tau3, seperti waterpatk, ecopark, adventure park, dan recreation park. Penginapan pun ada tau3 (hotel dan chalet). Oklah, ajiom layan dulu sesi jalan-jalan & posing kami 3beranak di sekitar Bukit Merah Laketown Resort pada hari kejadian :P.....

v
v
v
v
v
v
v

Kami.......


Pssttt, memang banyak port OOTD di sepanjang jalan menuju ke Kampung Air Water Chalet, di tepian tasik tu haaaaa. Ikutkan banyak lagi port nak posing, tapi Boboboy seketul tu tidak memberi kerjasama, kerana dah tak lalu nak pose, dah mula boring dan tak sabar nak masuk waterpark :P. Makanyaaaaaaa.....
v
v
v
v
v

Isi masa dengan bagi ikan dan itik di tasik makan la pulaaaaaaaa


Psssttt, ikutkan ada juga servis sewa basikal, trycycle, skuter  elektrikal dan lain-lain. Boboboy tu dok rikiiiii nak naik skuter tu haaa. Ibu tak bagi laaa, sebab aim utama nak masuk waterpark kan3. Monyok la kejap jantan seketul Ibu Ayah tu. Tu yang ayah eh layan bagi itik & ikan makan. Sebab tu yang paling murah :P. Cukup sekadar isi masa sebentar tara nak masuk waterpark kan3. So dalam 9.30am kami dah mula jalan menuju ke pintu masuk waterpark he3. Siap beratur, nyanyi lagu Negaraku sebelum dibenarkan masuk he3


Floor plan Bukit Merah Laketown Waterpark


Psssttt, kami ni antara orang terawal yang membuka pintu rezeki #eh3 pintu masuk Bukit Merah Laketown Waterpark pada hari itu. Orang memang tak ramai sangat, so selesa la. Tak perlu beratur lama dan berebut-rebut. Tapi keadaan aman tu tak lama he3. Dalam jam 11.30pagi orang dah mula datang dan meramaikan majlis suasana :P. Ajiioooom layan ceritera bergambar di dalam waterpark pulaaaaaaaa
v
v
v
v
v
v
v

Family splash adventure


Psssttt, mula-mula masuk, yang ni laaaaaa Boboboy nampak dan terkam dulu he3. Memang heaveeeeeennn sebab orang tak ramai tau3. Tapi pada awalnya Boboboy tu mahu tapi malu, #eh3 takuit :P. Jenuh Ayah eh pujuk baru nak naik ke atas dan slide down. Tu pun yang slide pusing tu dia tak berani lagi tau3
v
v
v
v


Ohooiiii, hensem pula tok laki mak time ni :P lariiikkkkkkk


Psstttt, sapa lagi nak puji suami sendiri keeeeennn. Baik puji suami sendiri dari puji suami orang kan3, ok bye :P


Kids adventure river


Sandy beachfront wave pool


Giant bubble slide


Repeat slide di kids adventure river


Repeat sandy beachfront wave pool


Repeat giant bubble slide


Lain-lain section di dalam Bukit Merah Laketown Waterpark, seperti boomerang, racer slide, crazee cone, giant tube rides, & activity pool


Psssttt, semua section kat atas ni kami tak main/mandi pun. Kami just pergi sebentar untuk tengok sahaja. Sebabnya Boboboy memang dok pulun 4 section yang awal tadi tu ja haaaaaa. Satu lagi sebab adalah, ada juga section tu budak-budak tak boleh main/masuk, dan Ibu Ayah pun memang sejenis bukan adventure sangat pun. Masuk waterpark pun semata-mata teman anak ja kesahnya :P. So sah-sah la memang kami hanya layan section yang anak boleh masuk ja la kan3. Itupun dah rasa nak patah kaki dengan pinggang dah weeeii. Owh ya, standard la kalau waterpark makanan luar memang tak boleh bawa masuk la kan3. Tetapi nasib baik, makanan yang dijual di dalam waterpark tidaklah mencekik sangat harga eh. Rasanya, vareity-nya dan harganya mampu lagi diterima gitchew. Ada nasi, ada goreng2 (mee/koteow), ada burger, ada minuman panas/sejuk/tin/botol dan ada kudapan (keropol, aiskrim etc). Harga memang lebih mahal jika dibangdingkan dibeli di luar lakan3, tapi boleh diterima lagi. Makanan dia range harga dalam RM4-RM8 macam tu, dan minuman dalam RM2-RM5. Pada hari kejadian, kami masuk sedari awal 10.00am dan kami beransur pulang dalam jam 4.00pm. 


~~~ The End ~~~

0