Thursday, March 12, 2020

Menu Terbaru Di 34 Bishop | Makan BEST Di Pulau Pinang

Menu Terbaru Di 34 Bishop | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua pembaca kesayangan. Allahu, keadaan sekarang di Malaysia dan termasuk juga di Pulau Pinang sudah semakin terasa bahang kerisauan dek kerana COVID-19. Mudah-mudahan kita semua berada dalam lindungan Allah S.W.T, amin.

Dalam dok risau pun kena makan juga, kena isi perut juga kan3. Makanya moh la kita kembali kepada motif utama entry kali ini, iaitu berkongsi sekali lagi tentang makan BEST di 34 Bishop. Bagi anda yang terlepas keretapi #eh3, terlepas entry pertama saya pengalaman menjamu selera di 34 Bishop, boleh rujuk di SINI.

Baru-baru ini saya mendapat informasi risikan dalaman, yang menyatakan terdapat menu terkini dan WAJIB untuk dicuba di 34 Bishop, makanya saya segera membariskan angkatan pejuang 'food tester' a.k.a 'food blogger' Pulau Pinang a.k.a rakan subahat gitew :P. Meh sini saya berkongsi peristiwa terindah di petang kejadian he3.

Tadaaaaaaaaa..........
Penuh meja panjang kami dengan menu terbaru, terkini, terangkat gitew

MINUMAN

Romantic Yuzu

Virgin Mojito

Iced Lemon Tea

Chocolate Mint Latte

Gula Melaka Matcha

Psstttt, antara kesemua minuman yang terbaris di atas ini, yang paling WIN dihati saya ialah Virgin Mojito dan Romantic Yuzu. Sekali hirup terus terasa kesegaran dan 'potong' habis segala rasa kenyang tedahak ka, mual ka, makanya boleh terus sambung makan dan makan dan makan he3 :P. Memang sangat rekemen untuk anda pilih dua minuman ini pabila berkunjung ke 34 Bishop


PEMBUKA SELERA




Chili Beef Fries


Buffalo Wings

Cheesy Chicken Wings

Psssttt, sejak dari dahuluuuuuuu lagi saya memang sudah jatuh cinta dengan Buffalo Wings dari 34 Bishop. Seriously weeeeiii menu WAJIB order, menu WAJIB cuba. Tak namanya ke 34 Bishop la kalau tidak mencuba Buffalo Wings eh tau3. Rasa tersendiri, memang merupakan signature 34Bishop, kerana bagi saya rasa yang dihasilkan memang tidak akan dapat di tempat lain tau3. Kombinasi yang cukup, lengkap dan seimbang bagi pedas, manis, masin, serta berempah. Saya memang akan menjilat2 weeii pabila menikmati menu ini. Cumanya bagi anak-anak kecil mungkin tidak sesuai kerana agak pedas. Tapiiiiiiii, jangan risaaauuu. Terdapat menu pembuka selera yang baru yang pastinya sangaaaattt sesuai dan akan disukai anak-anak serta dewasa iaitu Cheesy Chicken Wings


HIDANGAN UTAMA

Chili Lime Pasta With Salmon

Spaghetti Al Limone With Prawn Tempura

Spicy Seafood Thai Style Pasta

Honey Stung Chicken Chop

House Special Cheesy Chicken Chop

Grilled Chicken Burger With Black Pepper Sauce

Signature Braised Lamb Shank

Superstar Beef Burger With Chili Beef

Salmon With Moroccan Cream

Psssttt, banyak yang hendak diperkatakan sehingga tidak tahu nak mula dari mana he3. Secara keseluruhannya, keSEMUA menu utama di atas memang BEST. Tetapi yang paling melekat di hati saya secara peribadi adalah Salmon With Moroccan Cream, dan juga Superstar Beef Burger With Chili Beef. Gravy dari menu salmon memang 'kena' sungguh pabila dimakan bersama isi salmon, dan juga mashed potato itu. Thumbs up and compliment to the chef kerana berjaya menghasilkan sebuah karya ceceeewaaah gravy yang tersendiri and it's own signature. Bagi beef burger pula, memang puaasss ya amaaatt. Patty yang tebal dan ditambah dengan chili beef, peeerrrghhhh, layaaannn


PENCUCI MULUT

Bananas Foster French Toast

Chocolate Sundae Special

Psssttt, sekali lagi sejak dari dahuluuuuuuu lagi (sepertimana al-kisah buffalo wings eh), saya memang sudah jatuh cinta dengan Bananas Foster French Toast dari 34 Bishop. Menu WAJIB order, menu WAJIB cuba. Tak namanya ke 34 Bishop la kalau tidak mencuba Bananas Foster French Toast eh tau3

Boboboy enjoying his aquarium moments


Alamat: 
34, Bishop Street,
George Town, Malaysia 10200

Nombor telefon:
012-405 1784

Waktu operasi:
11:30 AM - 10:30 PM

FB :

IG :




~~~ The End ~~~

1

Wednesday, March 11, 2020

Nasi Pun Ada 7 Benua | Wordless Wednesday #1/2020

Nasi Pun Ada 7 Benua | Wordless Wednesday #1/2020 | Assaalammualaikum dan selamta petang Rabu. Ini merupakan WW PERTAMA bagi tahun 2020. Layaaaannnn.......

Nasi Putih, nasi hujan panas, nasi tomato, nasi minyak, nasi lemuni, nasi kacang, dan nasi lemak pandan

Nasi 7 benya dengan aneka lauk pauk (ayam goreng, dalcha, ayam masak merah, daging masak hitam)

Nasi 7 Benua di Koo Boo Kafe




~~~ The End ~~~~
4

Friday, March 6, 2020

Ibu turns 39th & Boboboy turns 8th | January Babies

Ibu turns 39th & Boboboy turns 8th | January Babies | Assalammualaikum dan selamat petang. Ohhooiiiiii, bertangguh lama entry ini weeeiii. Tapi tetap nak coret dalam blog sebagai kenangan. Kalau tidak takut jadi seperti 2 tahun sebelum ni. Dah terlepas dan terlupa terus untuk mencoret kenangan birthday kesayangan2. Kalau nak diikutkan, kali terakhir entry tentang birthday adalah sambutan hari lahir Opah eh yang ke 57 pada tahun 2017. Sob3.

Bulan Januari merupakan birthday month untuk Ibu dan Boboboy. Haaaaa, nampak dop planning baaaiiikkk punya Ibu Ayah, supaya senang Ayah ingat tarikh keramat birthday cap Ibu dan anak ini kan3.

Bukanlah satu celebration yang besar-besaran dan mewah. Difasa kewangan agak meruncing, cukup sekadar satu ingatan bersama yang tersayang gitew. Ayah eh kalau nak harap seperaih bagai tu memang sentiasa kantoi la kan3. Tahun2 sebelum ini, Ibu yang sentiasa advance planning birthday Boboboy seketul itu. Makanya ianya juga merupakan sabagai satu alarm kepada Ayah bahawasanya, birthday dua ketul (Mrs Wifey & Boboboy) akan tiba la kan3. Hilang segala elemen seperaih yang boleh Ibu harapkan. Kena korbankan la kan3. Time cintan cintun boleh la juga harap, tetapi selalunya Ayah eh tetap kantoi dengan Ibu :P. Ibu selalu ada six sense gitew :P. Tapinya untuk kali ini Ayah eh BERJAYA SPERAIH Ibu dan Boboboy wweeeeiiii. Haaaa, Tepuuuuukkkk :P

Bagi sambutan hari lahir yang ke 39 untuk Ibu dan yang ke 8 untuk Boboboy, ada dua acara potong kek. Satu tu Ayah buat seperaih kat ofis Ibu untuk Ibu & Boboboy. Satu lagi tu Ibu pula buat seperaih khas untuk Boboboy seketul. Jom layan gambar berceritera di bawah.

Tadaaaaaaaa our 1st birthday cake for 2020
Birthday kek Ibu dan Boboboy hasil seperaih dari Ayah eh

Psssttt, sebenarnya, kebiasaannya Ayah akan wish dekat Ibu awal2, kiranya tengah malam bila masuk2 shja 8 Jan tu tau3. Masa birthday Ibu kiranya boleh dikatakan Ibu cuma dapat wish sajia la tau3. Celebration (celebration la sangat keeennn, buat yang biasa2 sajia, cukup keluar makan2 & beli kek sepotong dua gitew) Ayah akan lump sum dengan birthday Boboboy a.k.a masa 12hb tu haaaaa. Tapiiiiiii kali ni tak puuuuuunnn. Bunyi apa pun takdaaaaaa masa masuk 8 hb tu tau3. Dahtu Ibu mula la cencorot muka sepanjang pagi dekat ofis. Ayah call pun, Ibu cakap macam nak taknak cakap sajia. Merajuk la konon2 keeenn. Pehtu tetiba kan3 time break lunch, Ayah eh datang bawak kotak kek besor. Ibu mula tersipu2 senyum laaaa kan3 :P. Ibu katalah buat apanya kek besar2, kita 3 beranak saja. Ayah kata kek ni utk potong & makan ramai2 dgn office mate Ibu a.k.a aunties2 Boboboy seketul tu haaaaa. Ayah kata kesian dekat Boboboy kalau celebrate kami 3 beranak ja tak la riuh a.k.a meriah. Ni buat dekat ofis Ibu, kita buat GHAMAAAIII la kekdahnya he3

Mek Piqah bizi pasang lilin, Ibu sebagai blogger tegar sah2 la kena kepochi tangkap gambor kek keeennn :P

Budak seketul bertuah ni dok kontrol malu, kontrol macho, kontrol tak heran koonooooonnnn


Haaaaaa, elok time nak nyanyi Happy Birthday dan2 tersipu2 maluuuuuuuu Boboboy seketul tuuuu


Cake cutting Ibu dan Boboboy

Sesi suap menyuap


Kesayangaaaaaannnsss yang sudi celebrate Birthday Ibu dan Boboboy

Psssttt, Ayah tak mau laungsung tangkap gambor. Rasanya maluuuuu sbb kwn Ibu semua gegirl :P


Tadaaaaaaa, Boboboy 2nd birthday cake for the year 2020

Pssstt, special thanks to Jason, from Lexis suites Penang sebab sudi sponsor kek comei ini


Budak seketul ni kan3, geram Ibu kali ni punya birthday dia asyik kontrol macho time nak bergambor


Gambor dengan Ibu sebagai kenangan

Alhamdulillah, syukur ya Allah kerana dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan serta kesempatan untuk bersama-sama suami, anak dan rakan2 tersayang untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini. Walaupun bagi sesetengah orang, sambutan begini seolah2 tiada apa2, tapi bagi diri saya dan anak seketul ianya BESAR maknanya. Yang penting ingatan serta kasih sayang kan3. Sekali lagi terima kasih dan semoga berjumpa lagi di ulang tahun kelahiran 2021 gitew.



~~~ The End ~~~
0