Wednesday, July 27, 2022

Lama vs Baru | Wordless Wednesday #9/2022

Lama vs Baru | Wordless Wednesday #9/2022 | Assalammualaikum dan selamat pagi. Layan ja la nooooo WW hari ini.......


Yang lama


vs


Yang baru


Alhamdulillah



~~~ The End ~~~

0

Monday, July 25, 2022

Hari Raya Aidiladha 2022 | Coretan Sambutan  Keluarga Kecil Kami

Hari Raya Aidiladha 2022 | Coretan Sambutan Keluarga Kecil Kami | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Walaupun sudah lebih 2minggu Hari Raya Aidiladha berlalu, tetapiiiiiii, saya tetap ingin berkongsi cerita sambutan keluarga kecil saya didalam blog ini. Semestinya ini adalah untuk memahat kenangan gitchew.


Seperti biasa, sambutan bagi keluarga saya memang sederhana sahaja. Iyerla, hanya kami 3 beranak sahaja kan3. Kalau hendak diikutkan, sebelah saya dan suami, kami dah tiada siapa2. Mak mertua dan ayah mertua dah meninggal, begitu juga dgn arwah Opah eh. Adik beradik sebelah husband pun sibuk dengan keluarga masing2. Jika berkesempatan, baru akan jumpa sekali sekala. Kakak saya tidak dapat pulang raya haji kali ini. Tetapi seminggu sebelum raya sempatlah kami family vacation dua beradik di Taiping, Alhamdulillah. Dengan itu kebiasaanya bila tiba hari raya, memang saya akan buat program pengisian kami 3 beranak sahaja. Dan mungkin sekali sekala, akan terselit aktiviti ziarah sanak saudara gitchew. Mungkin sambutan kami ini dimata orang lain tiada makna apa2, tapi besar maknanya bagi kami sekeluarga. Walaupun tidaklah semeriah mereka yang ada Ibu Bapa, kampung halaman, sanak saudara yang rapat dan ramai bagai, tetapi kami tetap bersyukur kerana kami bertiga bersama-sama, Alhamdulillah. Baiklah, ajiom layan ceritera bergambar hari raya kami......


Cap Ayah dan anak bersiap untuk solat hari raya


Psssttt, Ibu tak join, sekadar menyiapkan rumah dan kelengkapan untuk aktiviti raya seterusnya sahaja. Dulu masa arwah Opah eh masih ada, Ibu join la sama. Tapi sejak arwah tiada, memang Ibu tak pergi dah solat hari raya lagi. Belum ada kekuatan untuk solat seorang diri. Dulu arwah Opah eh dan Boboboy ada disisi. Sekarang arwah dah tiada, Boboboy pun dah join Ayah eh kan3. Usai pulang dari solat raya, kami sekeluarga sarapan dahulu lauk avodo ja puunnnn. Sebabnya malam sebelum raya Ibu kena migrain attack, so nan hado laaaaa menu pagi raya. Hanya sekadar nasi goreng avodo jaaa. Itu pun syukur dengan rezeki Allah kurnia. Selesai sarapan kami terus sambung sesi bermaafan pagi raya cepat2. Sebabnya masa itu kejar masa nak collect kunci untuk staycation raya. Tapiiiiiii, sebelum itu kami singgah beraya di dua rumah Ibu saudara saya di Pulau Pinang dahulu. Oleh kerana kaluuiiit, gambar memang nan hadooooo he3 :P


Gambar raya kami pun sekadar dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke kampung halaman


Psstt, setel collect kunci (otw nak balik kampung, singgah ambil kunci homestay dulu), kami teruskan perjalanan ke kampung halaman Taiping, Perak la keeennnnn. Walaupun hanya sekadar menziarahi kubur (arwah Opah eh, dan sanak saudara lain yang telah meninggal, termasuklah arwah Opah saya dan juga mak saudara saya).


Al Fatihah
Arwah Opah eh
Norsiah Binti Dahanan


Bukan senang ooiiiiii nak gambor raya sekeluarga dengan seketul Boboboy tuuuuuuuuuuuu


Ninjia, upah selepie Ibu sengsorang pula he3


Selesai ziarah kubur, kami singgah sebentar di Aeon Taiping untuk tea time dan beli serba sedikit kudapan sebagai bekalan sesudah check in di homestay nanti. Baiklah, takat ni sahaja untuk entry kali ini, nanti kita sambung dengan staycation raya kami pula naaaaaaaaa.




~~~ The End ~~~

0