Thursday, April 22, 2021

Hotel Sentral Seaview, Penang | Weekends Short Vacation

Hotel Sentral Seaview, Penang | Weekends Short Vacation | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Rasanya sudah agak lama tidak berkongsi al-kisah percutian keluarga di dalam blog kesayangan ini kan3. Iyerlah, dengan keadaan semasa yang sentiasa tidak menentu dek wabak Covid-19 ini, segala percutian pun tergendala. 


Ketika cuti sekolah baru-baru ini (di bulan Mac 2021 yang lepas), pada permulaannya Ibu Ayah memang tak plan untuk bercuti kemana-mana. Iyerlah, Penang masih lagi dalam fasa PKPB. Rentas negeri sah-sah la tidak boleh. Dalam negeri sendiri pun asyik tertunda percutian kerana sememangnya hotel di Penang sentiasa penuh, terutama pada hujung minggu. Tambahan lagi pada waktu cuti persekolahan. Ayah eh berkerja di Batu Feringhi, so dia memang maklumkan memang jalan jam dan dapat dilihat dengan jelas banyak kereta parking di tepi-tepi jalan, yang menandakan hotel penuh dengan penghuni. Makanya Ibu Ayah sepakat untuk tidak kemana-mana sewaktu cuti seminggu persekolahan. 


Itu perancangan pada peringkat awal naaaaaaaa. Pabila menghampiri penghujung cuti sekolah, tiba2 Ibu terdetik, eh, kesian pula anak seketul tu tak kemana. Rumah saudara mara pun tak ada nak ziarah ka apa ka. Makanya terus riki Ayah eh, dan dalam kesekejapan sahaja Ayah eh kata cari mana-mana hotel mampu milik untuk weekends short vacation anak beranak. So, setangkas kilat, di petang Jumaat itu Ibu cari dan terus booked Hotel Sentral Seaview. Makanyaaaaaaa, balik rumah terus pack baju dan Sabtu check in. Ajooommm layan gambar berceritera dibawah.


Sakaaaaaaaannn bercanda ditepian pantai dua ketul lelaki kiriman Tuhan untuk Ibu ni tau3

Psssttt, seawal jam 9am kami sudah keluar rumah, dan bersarapan terlebih dahulu, dan seterusnya terus ke Hotel Sentral Seaview. Ibu mendaftar siap-siap walaupun tahu belum boleh check in. Ini supaya mudah nanti by the time utk check in just collect kunci sahaja. Setelah settle pedaftaran, terus menuju ke pantai. Masa diwaktu itu dalam 10.30pagi. Ibu cari port bentang saperah di bawah rimbunan redup pokok. Makanya mulalah scene-scene bercanda tepian pantai dua beranak itu. Ibu peratiiiiiiii ja dari kejauhan. Jeles pun ada, bahagia pun ada. Mix feelings bak kata omputih he3 :P.

Tak sampai sejam dah terpacak dua ketul lelaki kiriman Tuhan untuk Ibu tu

Pssstttt, al-kisahnya, tengah dok syok-syok cap Ayah dan anak itu dok bercanda, tetibaaaaaaaaa Boboboy ternampak sekor anak ketam kecil secoet yang dah mati hanyut dibadai ombak. Teruuuiiiihhh pacak bangun laaaaaa. Dasar penakut pahit oooiiiii jantan kecil Ibu Ayah itu :P. Ayah terus kutip ketam itu dan buang ke atas pasir pantai. Diajaknya anak seketul sambung bercanda, tak maaaaauuu dah weeeeeeeii. Sentut teruih he3. Macam-macam Ayah pujuk, ajak mandi semula, tetap tak jalan. Aduuiii la anak. Waktu diketika itu sudah menghampiri 11.30pagi, makanya Ibu terus ajak sambung di kolam renang hotel
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Sambung di kolam renang hotel

Psssttt, pada mulanya hanya ada beberapa orang sahaja lagi guest yang masih mandi di kolam renang hotel itu. Akhirnya bila menghampiri jam 12 tengah hari hanya tinggal dua ketul lelaki kiriman tuhan untuk Ibu sahaja weeeeeeiiiii. Heaven sungguh la dua ketul cap Ayah dan anak tu.
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tuuuuuuuuuu, nampak dak muka bahagia diorang berdua :P

Last sekali siap belanja gambar posing senyum nampak gigi haaaaaaa :P

Psssttt, makanya kali ini lagiiii sakan dua beranak tu berendam dan bercanda. Sehingga dalam jam 1.30 tghri, Ibu telah berjaya mendapatkan kunci bilik. Makanya sudah tiba masa check out dari kolam renang untuk check in masuk bilik, haaa gitchew

Makan tengah hari kami 3 beranak yang dah siap di tapau sebelum datang ke hotel, nasi ayam

Pssssttt, selesai menjamu selera, terus sambung landing2 dan berehat. Lebih kurang jam 4petang Ayah eh dah kena keluar untuk bekerja sebentar (buat Grabfood). Makanya cap Ibu dan anak ja la sambung landing2 dan berehat di dalam bilik hotel
v
v
v
v
v
v
v


View dari balkoni bilik, partial seaview

Sesi berendam keseorangan Boboboy di sebelah petang

Psssttt, dalam lebih kurang jam 6petang, Ibu dan Boboboy turun ke kolam renang semula untuk sesi berendam sekali lagi. Kali ini, Boboboy keseorangan. Makanya hanya mandi di kids pool section. Itu pun sekejap sahaja, kerana semakin lama semakin ramai, so Ibu decide cukuplah, takuit pula ramai2 keeeennnn. Boleh elak kita elak kekdahnya. Sebelum naik ke bilik, lepak lobby sekejap kerana Ibu nak order makan malam dengan food panda
v
v
v
v
v
v
v
v
Makan malam 3 beranak dibilik hotel dengan McD dan Empire Sushi

View dari balkoni bilik pada keesokannya harinya, hujaaaaaannn di awal pagi

Psssttt, bila hujan, tak dapatlah nak mandi kolam renang, so frustlah anak seketul tu kan3. Tapinya Alhamdulillah dalm 9.30am, hujan dah berhenti, cuma mendung awan berarak berlalu githcew. Makanyaaaaaaa, Ayah eh layan la lagi anak seketul tu berendam
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Ibu seperti biasa, peratiiiiiii ja dari jauh :P

Pssstt, tapi akhirnya dari perati sahaja, Ibu pun turut terjun join berendam dengan 2 ketul lelaki kiriman Tuhan untuk Ibu tu haaaaaa. Ada la dalam 30minit. Jadiklaaaaaaaa kan3 :P. Ayah dan anak tu sambung lagi, lebih kurang dalam jam 11 pagi dah kena check out kolam renang kerana umat manusia mula bertambah he3. Balik ke bilik hotel, kemas barang, mandi, dan check out awal. Ini kerana nak makan tengah hari pula, sebab dah mula lapar kerana pagi hanya makan baki sushi semlm dan keropok2 jajan sahaja :p. Makanya berakhirlah penginapan 1 hari 1 malam di Hotel Sentral Seaview, Penang.

Psssttt, untuk bilik saya tak mau review sebab not in my choosen list kalau nak menginap disebabkan bilik dia na. Kalau next time repeat pun disebabkan harga yang murah bagi hotel yang ada kolam renang dan pantai. Ikutkan hotel lain di kawasan yang sama jauh lebih mahal kekdahnya. So in total OKlah untuk menginap sekadar semalam untuk quick and short weekends vacation



~~~ The End ~~~

0

Wednesday, April 21, 2021

Dandy Modern Food  | Makan BEST di Penang

Dandy Modern Food  | Makan BEST di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sebenarnya kalau nak diikutkan, terdapat banyaaaaaakkk pending list review makan best di Penang yang saya nak kongsikan dengan para pembaca semua. Tapiiiiinyaaaaaaa, dah nama pun blogger separuh masa, macam-macam kekangan yang membuatkan ianya terus tergendala. Ada yang diluar kawalan atau tidak disengajakan dan ada yang disengajakan, he3. 


Satu contoh yang abadi sedari dulu adalah kemalasan diri sendiri ini haaaaaaaa :P. Iyerlaaaa, untuk membuat entry, perlu dimulakan dengan memilih, menyusun dan mengedit segala gambar yang ada, barulah boleh disusuli dengan membebel secara pentaipan #eh3 ada ka perkataann ini :P? penulisan. Ini seeeeeemuaaaa perlukan mood. Kalau dah mood itu kelautan dalam, memang malas la jadinyaaaa kan3 he3. Hanya digagahkan juga diri untuk menghabiskan entry review, yang sememangnya merupakan tanggungjawab sebagai seorang blogger. Dah terima task review, kenalah tunaikan tanggungjawab kan3. Profesionalism kena dijaga walaupun malas macam mana pun. Bila tiba entry personal, mulaaaaa la asyik bertangguh :P.


Baiklah, sementara mood dok mariiiiiii, meh sini saya nak kongsi pengalaman kami 3 beranak menikmati hidangan makan tengah hari di  Dandy Modern Food. Sebenarnya dah lamaaaaa saya teringin untuk mencuba masakan di restoran ini, tetaaapiiiiiii asyik bertangguh kerana memang dok nampak dan rasa seperti restoran ini untuk orang ado-ado :P. Kami ni yang rakyat marhaen takuit la sikit keeennn, he3. Bila agak2 poket sedikit tebal dan ada keyakinan, barulah terjah Dandy anak beranak haaa, gitchew. Ajooommm, layan ceritera bergambar saya, pengalaman menikmati menu masakan di Dandy Modern Food.


Dandy Moderm Food, Arena Curve, Bayan Lepas

Psssstt, Dandy di Penang ni ada dua outlet. Satu di dalam Queensbay Mall, dan satu lagi di Arena Curve. Untuk terjahan kali ini, kami anak beranak memilih outlet di Arena Curve sebab lebih mudah untuk parking kereta dan terus ke restoran. Lagipun saya lihat disini restorannya lebih besar dan lebih cantik rekabentuk dan hiasan dalamannya he3. Sebenarnya pada permulaan saya agak keliru restoran Dandy ini konsep menunya adalah apa. Western ka, local ka, apa ka. Cumanya memang pertama kali tertarik untuk mencuba adalah kerana terlihat barisan kek dan pencuci mulut di dalam restorannya (di QB mall). Setiap kali ingin mencuba, penuh. Then, Ayah eh bagitau ada outlet dekat Arena Curve, so lajuuuuu la ajak kan3, he3. Haaaaaaa, berbalik kepada konsep menu asal di Dandy, setelah menelaah FB page dan Websitenya (haaaaaa, buat background chek :P), barulah tahu konsepnya adalah berasaskan modern Mediterranean cuisines.

Tadaaaaaaaa, our choosen menu for that day

Psssstt, makanan tu memula kami order 2 sahaja, lepastu barulah Ayah eh kata nak tambah satu lagi, sebab tu la gambar mula2 tu ada 2 plates of foods sahaja. Yang order tambahan lambat sikit sampai

Our beverages : Double Choco Frappe, Lychee Iced Tea, and Purple Kissed Iced Tea

Psssttt, tiga-tiga air sedapsssssss. Range harga air standard la untuk restoran ala-ala orang ado-ado ni kan, dalam RM9-RM16 secawan/segelas

The Mighty Chicken Burger, RM25

Pssssttt, ini menu pilihan Boboboy seketul. 2 ketul chicken patty, chicken ham, dengan cheddar cheese dan sayur-sayuran. Side dia bagi fries dan tomato salsa. Sedap di tekak anak seketul itu. Nasib baik Ayah eh sempat rasa semulut, sebelum licin dihabiskan anak seketul itu he3

Dandy Beef Shawarma Rice, RM21

Psssttt, ini menu pilihan Ibu. Menu ini didatangkan dengan long grain rice, beef shawarma, garlic sauce, muhammara sauce, tabbouleh salad, dan sup sayur. Nasi tu memang sedap, cumanya bagi kami suami isteri, hirisan daging itu agak kering dan tidak berjus. Rasa enak daging fresh itu ada, cumanya memang dry. Tidak pasti sama ada overcooked ka apa ka. Sos tu pula saya meminati garlic sauce yang berwarna putih itu

Dandy Kebab, RM25

Psssttt, ini menu pilihan Ayah eh. Menu ini kita boleh memilih 2 side dish dan juga 1 sauce. Kami memilih long grain rice, roasted potato, dan black pepper sauce. Seriously wei, memang sedaaaaaapppp gila shish kebab itu taaaaauuuuuu. Kalau nak dibandingkan dengan beef shawarma, macam langit dengan bumi haaaaaa. Penuh berjus isi shish kebab itu tau3. Sehingga kini saya boleh rasa wangian dan jus memenuhi rongga mulut setiap kali menikmatinya. Ini merupakan menu WAJIB ORDER kalau ke Dandy


Baiklah, dipengakhiran lawatan sambil belajar #eh3 lawatan kami 3 beranak di Dandy Modern Food, Arena Curve ini, bolehlah dikatakan berpuas hati. Pertama sekali sememangnya selesa dan layanan mesra pelanggan. InsyaAllah akan repeat, cumanya tidaklah boleh kerap-kerap sangat kerana bagi saya secara personal harga makanan dan minuman agak pricey. So seperti yang telah saya perkatakan di awal tadi, bagi rakyat marhaen seperti kami, sekali sekala boleh la kan3. Cumanya yang pasti next visit akan repeat shish kebab itu, dan try others menu pula, InsyaAllah.


~~~ The End ~~~

1

Monday, April 19, 2021

Aneka Citarasa Buffet Ramadhan Di Ixora Hotel Penang  | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang

Aneka Citarasa Buffet Ramadhan Di Ixora Hotel Penang  | Best Ramadhan Buffet Dinner 2021 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang Isnin semua. Alhamdulillah kita telah memasuki minggu kedua Ramadhan 2021, dan hari ini merupakan Ramadhan ke 7. Untuk makluman semua, hari ini juga merupakan hari pertama bermulanya Buffet Ramadhan di Ixora Hotel Penang tau3.


Saya telah berpeluang untuk merasai terlebih dahulu suasana di malam Media Preview Aneka Citarasa Buffet Ramadhan di Ixora Hotel Penang pada hari pertama Ramadhan yang lepas. Pada malam tersebut, majlis bertambah meriah apabila pihak pengurusan Ixora Hotel turut menjemput anak-anak yatim untuk turut merasai kegembiraan berbuka puasa. Syukur Alhamdulillah. 


Baiklah, tanpa melengahkan masa, ajoomm saya kongsikan bersama anda semua serba sedikit perkongsian menu dan masakan yang terhidang di malam kejadian.


Seperti biasa, belanja dulu gambar cap Ibu dan Boboboy di di malam Media Preview Aneka Citarasa Buffet Ramadhan di Ixora Hotel Penang


Pengalaman Kulinari Pelbagai Yang Pasti Menggembirakan | Aneka Citarasa Buffet Ramadhan Di Ixora Hotel Penang

Pengalaman Kulinari Pelbagai Yang Pasti Menggembirakan | Aneka Citarasa Buffet Ramadhan Di Ixora Hotel Penang | Pihak Ixora Hotel Penang menawarkan pelbagai menu masakan yang semestinya akan menggembirakan hati para pengunjung bersempena dengan Aneka Citarasa Buffet Ramadhannya. Team kulinari diketuai oleh Chef Mok Tai Heng, yang mempunyai pengalaman lebih dari 48 tahun. Untuk melihat lebih lagi apakah yang menu-menu menarik, ajooommm layan ceritera bergambar dibawah.


Barisan buffet indoor dan juga outdoor di Ixora Hotel Penang bersempena Aneka Citarasa Buffet Ramadhan


PEMBUKA SELERA

Terdapat buah kurma, aneka biskut raya, aneka jenis kerabu, seafood deli, sambal ikan bilis dengan kacang goreng, salad&condiments, aneka jenis jeruk, keropok ikan dan papadom, serta aneka ulam-ulaman bersama sambal


MENU UTAMA

Nasi Hujan Panas

Nasi Putih

Sambal Nyonya Udang

Ikan Masak Assam Pedas

Daging Masak Kicap

Daging Masak Kari

Ayam Masak Madu

Sambal Kacang Buncis Dengan Tau Kua

Braised Taiwanese Cabbage With Bean Knots

Psssttt, semestinya kesukaan Ayah eh & Boboboy seketul ialah nasi hujan panas bersama dengan ayam masak madu itu. Lagi satu kesukaan Boboboy ialah ikan masak assam pedas. Dua kali tambah, sedap Boboboy seketul meratah ikan itu tau3. Ibu pula mememang tak makan nasi, hanya ratah2 lauk shja. Ibu sangat menyukai menu sambal kacang buncis dengan tau kua dan sambal nyonya udang

Bubur Lambuk Makanan Laut

Soto Kambing Mamak

Psssttt, kedua-dua menu ini merupakan kesukaan Ibu dan Ayah. Memang layan sungguh soto kambing mamak iu tau. Ini kerana lelemak yang terapung-apung tu weeeii. Dengan sukacitanya saya mencedok lelemak itu, dan slurp3 dimakan panas2 bersama kuah soto, memang layaaaaaannnnn


KAUNTER AKSI

Shawarma Ayam

Kambing Golek bersama Sos BBQ dan Sos Pudina

Psssstt, satu lagi menu HIT dimalam kejadian. Serasi dimakan bersama sos BBQ dan pudina. Gabungan yang meletops, sehingga 3 pinggan kami suami isteri menikmatinya he3

Penang Assam Laksa

Psssttt, yang ini puuuuuun sedapssss. Memang sedap sungguh. Sejujurnya saya bukan peminat asam laksa. Kerana saya lebih meminati laksa utara atau laksa Kedah. Tetapi Penang Assam Laksa ini berjaya menambat hati saya. Kuahnya yang sedang2 sahaja rasa masamnya, memang kena dengan tekak saya. Begitu juga dengan suami. Saya siap meratah kuah sahaja semangkuk taaaauuu, he3

Pasembur

Thai Tomyam Ikan Nyok-nyok

Mee Goreng Mamak

ABC


PENCUCI MULUT

Aneka jenis kuih muih, bubur kacang hitam, kek, puding, tart, creme puff dan juga jelly

Aneka jenis minuman sejuk (sirap bandung, soya, kurma, laici dan oren) dan panas (kopi dan teh tarik)

Psssttt, sejujurnya kaunter kopi tarik dan teh tarik ini dekat 4 kali saya ulang tau3. Memang umph sungguh kedua-dua menu air panas ini tau3

Aiskrim Malaysia pelbagai perisa

Aneka Citarasa Buffet Ramadhan di Ixoral Hotel 
Penang 
19 April - 10 May 2021
7.00pm - 10.00pm

RM88nett (Adult), RM58nett (Child)

Lokasi
Ixora Hotel Penang

Contact
04-382 8888

Laman sesawang

Facebook

Instagram

~~~ The End ~~~ 

0