ASEAN Feast Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites | Best Buffet Dinner Di Penang
ASEAN Feast Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites | Best Buffet Dinner Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Yaaaaa ammppuunnn. Masih belum habis lagi dengan entry makaaanaaaannnn, he3. Dah itu kesokaan segenap umat manusia kan3. Sudah namanya #foodblogger, pabila mendapat tahu tempat yang bagus, tawaran yang hebat, sudah semestinya harus dikongsi bersama para pembaca kan3.
Baiklah untuk kali ini, saya ingin berkongsi tentang satu lagi tawaran buffet makan malam yang terkini yang ditawarkan oleh VOUK Hotel Suites, Penang. Untuk makluman, pihak hotel aktif memperbaiki serta berinovasi dalam penawaran tema serta menu terbaru untuk tawaran buffetnya, tidak kiralah untuk makan malam mahupun makan tengah hari. Makanya jomlah bersama-sama saya menyelidik serba sedikit tawaran terkini bagi buffet makan malam VOUK Hotel Suites, Penang.
Cap Ibu dan anak di ASEAN Feast Buffet Dinner, VOUK Hotel Suites, Penang
Harga Mampu Milik Dengan Menu Menambat Selera | ASEAN Feast Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites
Harga Mampu Milik Dengan Menu Menambat Selera | ASEAN Feast Buffet Dinner Di VOUK Hotel Suites | Untuk makluman para pembaca, sebelum ini pihak Bagi tema terbaru ini, pihak Cést Si Bon Restaurant, VOUK Hotel Suites, Penang ini pernah menampilkan pelbagai tema seperti chu-char ikan bakar, 3 abdul buffet dinner, serta Fat-bulous dinner. Ianya mengetengahkan menu masakan chinese style, original Penang style, masakan barat, serta asia.
Untuk tema kali ini, ASEAN Feast Buffet Dinner, sudah semestinya ianya mengetengah masakan ASEAN yang dekat dengan hati. Kelainan yang disuntik untuk tawaran kali ini adalah harganya yang MURAH serta mampu dibeli oleh kebanyakan masyarakat. Dengan itu jangan lepaskan peluang keemasan ini ya. Untuk gambaran serba sedikit tawaran ini, jom baca ceritera bergambar dibawah.
Barisan buffet line bagi ASEAN Feast Buffet Dinner di VOUK Hotel Suites
PEMBUKA SELERA
Salad bar
Pssttt, memang segar sungguh bahan-bahan hijau, purple, oren dan merah ini tau3. Kriuk3 & crunchy. Sungguh nikmat menikmati salad ini
Potato salad
Smoked salmon salad
Unagi japanese seaweed
Psssttt, sedaaaaapppp tau3 smoked salmon salad dan unagi japanese seaweed ini. Saya sebagai peminat salmon, sudah semestinya akan menyukai smoked salmon salad. Sebenarnya saya tidak berapa menggemari unagi tau3. Tetapi untuk menu unagi japanese seaweed ini, saya jatuh hati. Seolah-olah memberi rasa uumpph & trigger keenakan unagi itu. Seaweed itu rangup kriuk2 dan unagi itu lembut dengan rasa asap2 gitew. WAJIB cuba
Aneka keropok dan jeruk buah
Sup ayam
MENU UTAMA
Nasi minyak
Pssttt, dua pinggan haaaaa Boboboy seketul nikamti menu ini. So anda nilai la sendiri sedap ka tidak he3 :P
Stir fried mussels with kam heong style
Ayam percik
Psssttt, satu lagi menu yang menambat selera hamba di malam kejadian. Seriously memang sedap sehingga menjilat jari weeiiii. Secukup rasaaaaaaaa tau kuah percik itu. Wangiannya, lemaknya, rempah ratus perapannya, rasa kerisiknya, manisnya, masinnya, semuaaaalaaah bergabung seindah berirama bersama. Sehingga menjilat2 saya dibuatnya tau2. 3 kali tambah untuk menu ini he3. Sekali lagi WAJIB cuba
Deep fried fish with tao cheong
Telur bawang
Vegetable of the day
Pssttt, menu ini juga saya suka. Nampak simple tapi cukup lengkap rasanya tau3
Stewed tofu with pickled lettuce and minced chicken
Spaghetti marinara sauce
KAUNTER AKSI
Mee udang
Pssstttt, haaaa hat ni sedaaaaappp jugaaaaa. Saya suka, saya suka, saya suka, saya suka, saya saaanggaaattt suka3, he3. Tak mau cakap banyak dah, cuma senyum, dan WAJIB cuba sahaja :)
Crepes
ABC
Fruit punch
PENCUCI MULUT
Bubur gandum
Aneka jenis kek, puding, jelly dan tart
Buah-buahan
Aiskrim
Coffee & tea
Tadaaaaaaa
Barisan pinggan, mangkuk, cawan dan gelas kami dua beranak di malam kejadian
ASEAN Feast Buffet Dinner di VOUK Hotel Suites
150 mins express lunch di VOUK Hotel Suites
~~~ The End ~~~