Showing posts with label Fayyadh. Show all posts
Showing posts with label Fayyadh. Show all posts

Friday, February 9, 2024

Sambutan Kecil-kecilan Keluarga Kecil Saya | Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Tahun 2024

Sambutan Kecil-kecilan Keluarga Kecil Saya | Ulang Tahun Kelahiran Ibu & Boboboy di Tahun 2024 | Assalammualaikum dan selamat pagi semu. Allahu, begitu pantas masa berlalu. Sebenarnya saya dah draft enrty ini dari pertengahan Januari lagi tau3. Niat memang nak share sebelum berakhir Januari dek kerana nak post ini wujud dalam Birthday month. Tetapiiiiiiiiiii, kita merancang, Allah yang menentukan. Harapan tinggal harapan. Ni haaaa dah masuk Februari baruuuuu dapat published post coretan ceritera sambutan ulang tahun kelahiran saya dan Boboboy seketul itu di dalam blog kesayangan ini. Demi kenangan masa hadapan gitcheeewww.


Para peminat setia blog ini, semestinya tahu kan3, pabila tiba bulan Januari, makanya ianya merupakan bulan ulang tahun kelahiran saya dan Boboboy kan3. Saya pada 8 Januari, manakala Boboboy seketul pada 12 Januari. Untuk tahun ini, kami hanya membuat sambutan ala kadar sahaja. Tiada percutian keluarga pun tahun ni, sepertimana tahun-tahun sebelum ini. Ikutkan plannya memang sekadar beli hadiah dan makan-makan 3 beranak sahaja. Tetapi tiba-tiba si Boboboy teringin nak buat sambutan di sekolah. Makanya dalam jangka waktu seminggu sebelum hari ulang tahunnya laaa baru Ibu kelam kelibut membuat segala persiapan. Manakan nak sedia goodies, dan tempahan kek lagi. Apa pun syukuuuurrr semua berjalan lancar dan dapat menunaikan permintaan Boboboy seketul itu, Alhamdulillah.


Memang tak akan puas kalau sekadar bercerita tanpa gambar kan3. So, ajiioooomm kita sama-sama layan ceritera bergambar serba sedikit kenangan sambutan ulang tahun kelahiran Ibu & Boboboy untuk tahun 2024 ini.


Tahun pertama Boboboy seketul beli sendiri, guna duit tabungan sendiri untuk hadiah Ibu eh


Pssstt, sebelum-sebelum ini, hadiah Ibu eh, Boboboy akan petik dekat Ayah eh untuk beli he3. Kali ini dia nak beli sendiri. Seminggu jugalah si Boboboy tu menyimpan duit belanja harian sekolah yang Ayah eh bagi untuk beli hadiah birthday Ibu eh. Syukur Alhamdulillah, tersentuh hati Ibu. Bukannya memilih yang mahal ka, yang hebat ka apa ka. Asal ikhlas dari hati, Ibu dah bebesar hati anak oooiiiiii. Meh sini Ibu belanja hasilnyaaaaaa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Tadaaaaaaa...... hasil capaian dari kedai Eco


Pssstt, hat kotal seketul warna putih tu dari adik sayam di ofis Ibu haaaaa


Ni hadiah dari Ayah eh he3


Psstt, seperti biasa sekarang ni memang konsep hadiah dari Ayah eh, Ibu pilih sendiri, Ayah bayor jaaa. So, tahun ni Ibu pilih rak besi boleh lipat ituuuuu, suka3. Bolehlah buat dapor rakyat marhaen Ibu gitcheewwww


Ni rezeki on Birthday day Ibu


Psstt, adik-adik sayam & bos di ofis yang belikan semua ni. Ada chesee tart, egg tart, cream puff, chocolate moist cake & SR slices cake


Dua ketui SR slices cake ni dari bos Ibu, hat seketul lgi dengan writing tu dari Ayah eh


Pssttt, Ayah eh memula kabor nak antor balloon seperaih apa segala tu dekat ofis. Ayah eh tu bukan boleh berahsia dengan Ibu, sehari sebelum birthday, dia terpecah rahsia nak buat seperaih tu, Ibu terus tak bagi. Sebelum ni dah buat so, cukuplah buat ghaso ghaso. Tak payah la tetiap tahun nak buat, sebab rasa membazir. Duit tu buat makan lagi pueh weeeii, he3. Tup2 Ayah eh buat seperaih antor kek sekutui. Ikutkan, kek pun Ibu tak bagi, sebabnya birthday jantan kecik tu tak berapa hari lagi dah nak menge-kek lagi kan3. Tu yang Ayah eh beli one slice ja tuuuuuuu he3. Tapi last3 jadi sampai 3 slice sbb campur dengan yang bos bagi kan3


Ninjia brownies birthday Boboboy seketul 


Pssttt, brownies ni untuk Boboboy bawak ke sekolah untuk sambutan bersama kawan-kawan kelas dan cikgu sehari awal sebelum his actual birthday, which is 12 Januari. Tapi sebab jatuh hari cuti, so kita awalkan sehari untuk sambutan di sekolah
v
v
v
v
v
v
v

Alhamduillah kenangan sambutan birthday Boboboy bersama kawan-kawan di tahun 2024 on his 12th birthday


Pssttt, goodies untuk kawan-kawan sempat men-shopee clear pocket file dan pensil set. Then tambah serba sedikit kudapan yang beli di kedai borong. Jadiiilllaaahh, asal anak-anak semua seronok


Yang ni pula kesah sarapan on birthday day Boboboy


Pssttt, Boboboy cuti sekolah Jumaat tu, hari birthday dia. Tapi Ibu kerja. So kena ikut Ibu masuk ofis la kan3. Sebelum masuk ofis, kita singgah sarapan nasi tomato kegemaran Boboboy. Dalam dok makan tu Boboboy ada kelas online. So Ibu suaplah birthday boy seketul ituuuuu


Yang ni supper on birthday day pula


Pssttt, kan birthday Boboboy is a working day untuk Ibu Ayah, so sambutan sebenar di postpond next day, which is saturday. Tapiiiii tetaaaappp kena sambutan sampingan untuk burthday day kan3. So pagi dah brekafast dengan Ibu, menu pilihan Boboboy. Supper malam pun menu pilihan Boboboy


Celebration birthday Boboboy pada hari Sabtu tu dimulakan dengan the real makan-makan for Boboboy birthday celebration dengan brunch di Hameediyah Sg Ara on the next day
v
v
v
v
v
v

Penuh meja menu, kenyang tersandor siap kena tapau sebab tak habis


Selepas birthday brunch terus lepak taman anak beranak, beriadah la kononnya. Dua ketui anak bulus tuuuuu, mengkala kata dekat rumah, pantang kita buka pintu mencanak lari keluor. Bukan kemana pun, dekat depan rumah ja pun. Habis jauh pun dekat koridir satu unit sebelah rumah kami ja. Time Ayah balik kije tetengah malam pun deme kaluit. Kesian asyik terperap, bawa la jalan dekat luar. Haaaa, bila bawa tengok la tuuuuuuu. Dok berkepit berdua dalam bag. Penakut pahiiiiittt oooiiiiiii


Celebration di hari itu diakhiri dengan tea time menu kesukaan Boboboy jugaaaaaaa, si cendol puluuuiiiiiitt & ABC



~~~ The End ~~~

1

Thursday, September 21, 2023

School Break August 2023 | Melayan Anak Nan Seketul 

School Break August 2023 | Melayan Anak Nan Seketul  | Assalammualaikum dan selamat pagi semua.  Entry kali ini merupakan catatan peribadi untuk mengenang aktiviti keluarga kecilku gitcew. Pada penghujung Ogos yang lalu kan cuti sekolah. Pada permulaannya saya dan suami memang tidak merancang untuk mengambil cuti pun. Sebabnya seperti biasa kami ni memang tak gemor la haaaiii nak bercuti-cuti time cuti sekolah bagai ni. Memang sedari dulu lagi, jika cuti sekolah, kami hanya akan meluangkna masa di dalam negeri sahaja, cecewaaaahhh. Memang mencari merba la kata orang Penang kalau dok bercuti time cuti sekolah. Kami tak kuat iman untuk bersabar he3. Makanya kami hanya akan bercuti selain dari waktu cuti sekolah, public holiday macam tu haaaa.


Makanya untuk cuti sekolah kali ini, perancangannya juga sama. Cumanya tiba-tiba saya ambil cuti di saat-saat akhir sebab nak melayan Boboboy seketul itu di dalam Penang sahaja. Ayah eh tak ambil cuti pun, cuma cuti hujung minggu, sabtu ahad sahajalah melayan anak nan seketul tu. So kiranya cuti dua hari yang Ibu ambil ni memang untuk OUR TIME, CAP IBU & ANAK gitcheewww. Nak melayan jimba-jimba di dalam Penang sendiri pun sebenarnya mencari merba weeeiii time cuti sekolah ni haaaa. Celah manaaaa dalam Penang ni yang tak sesak masa time cuti sekolah haaaaaa. Tambah-tambah tepi pantai ka, nasi kandar ka, kedai makan ka, bukit bendera ka, taman rimba ka apa ka, apa sajalah lokasi herlok yang ada, memaaaannnggg dah namanya negeri yang menjadi tumpuan para pelancong luar dalam negara Penang ni haaaaa. Sooo, sebagai orang yang bermastautin di Penang lebih dari 20tahun ni, memang kami akan berhibernate bila time cuti sekolah :P. Tapiiiii, dek kerana kesiankan jantan seketul mak tu, makanya Ibu buat juga last minute plan apa adanya sahaja. So ajiiooom layan aktiviti kami dua beranak ber-OUR TIME dikala cuti sekolah baru-baru ini, gitcheewww.


Selama 2 hari memang sarapan berdua sebelum Boboboy ikut Ibu ke pejabat


Psssstt, untuk sarapan, dua-dua kali memang di Jaya Restoran. Port kesukaan kami untuk menikmati menu tosai, bihun goreng vegetarian, capati.  Sesi lunch memang Ibu masak bento la kan3, walaupun cuti sekolah. So dari jam 9am-5pm, Boboboy bersama Ibu di pejabat. Ibu sorok di tempat rahsiiiiaaaa :P. Hanya untuk dua hari, dan 2hari lagi Ibu ambil cuti, dan sehari ialah cuti umum Hari Merdeka


Boboboy new addiction iaitu Tripple Cheese Corn Sausage dari Family Mart


Pssstt, dalam minggu cuti sekolah tu, EMPAT kali ok dok repeat Tripple Cheese Corn Sausage dari Family Mart. Nasib baiklah memang FM memang dok ada offer 2nd item 50%. Kalauuuu dak kaaaaaaa, pitam Ibu weeeeiiii


1st Day Ibu cuti kita ber-movie tiiiimmmmmmmeee


Psssttt, nampak dop tu Boboboy masih nak bercorndog FM :P. Dah namanya buy 1, 50% 2nd one, so sah2 la Ibu pun grab satu kan3


Setel movie terus sambung pooling di Taman Belia pula haaaaaaaa


Psssttt, kita balik sebelum jam 5ptg untuk elak jam la kan3


Next day masih juga dengan terselit aktivit di FM dan ditambah dengan memenuhi cravings Ibu pula dengan puluuiiittt udang tersedapsssss


Pssttt, sebelum mentapau, FM & puluit udang itu, Boboboy ikut Ibu dari pagi untuk beberapa urusan rasmi di bank-bank. Then kami brunch mee kicap bayan baru (hat tu nanti saya up seperate review entry naaaa). Then kami singgah tesco untuk top up barang rumah dan otw nak balik kami mentapau untuk minum petang la kan3


Ini sesi BBQ steambot oden di malam hari 3 beranak


Pssttt, ber-bbq oden ni memang aktiviti wajib di kala cuti sekolah naaaaaaa. Puas hati makan buat sendiri dirumah sendiri gitchheewww


Dua menu permintaan Boboboy seketul sebagai penutup cuti sekolah iaitu choco granola dan juga meatball mac & cheese



~~~ The End ~~~

0

Monday, July 17, 2023

Zaman dah Berubah | Tusyen & Mengaji Secara Atas Talian

Zaman dah Berubah | Tusyen & Mengaji Secara Atas Talian | Assalammualaikum dan selamat petang Isnin semuaaaaa. Hari ini saya nak kongsi al-kesahnyaaaa si Boboboy belajar secara atas talian. Iyerlah, Boboboy ni dari darjah dua dah terperangkap dengan PKP, PKPP, PKPD segala mak nenek tu haaaaaa. So memang alam persekolahan banyak yang tertangguh dan hanya dirumah sahaja kan3


Sekolah kebangsaan dan juga sekolah KAFA ada juga buat pembelajaran di atas talian, tetapi tidaklah kerap sangat sesi itu dilakukan. Ini adalah kerana, ada ramai murid yang tidak mempunyai akses sempurna untuk belajar atas talian ni tau3. So, belajar atas talian hanya dibuat sebagai melepaskan batuk ditangga sahaja. Nak salahkan cikgu atau pihak sekolah pun tak boleh, kerana faham, mereka juga memikirkan anak-anak lain yang tiada akses tu kan3. Nanti ada sebahagian yang dapat belajar, sebahagian lagi tidak dapat, makanya pabila sudah memulakan persekolahan bersemuka, akan menyukarkan pihak sekolah kerana ada dua kumpulan pelajar pula kan3. So sememangnya semasa dalam tempoh 2-3 tahun PKP, PKPP, PKPD segala bagai itu, persekolahan bagi sekolah kebangsaan dan juga KAFA memang banyaaaaakk yang tertinggal la kan3. Redha ja la. Tapiiiii, kita sebagai Ibu Bapa secara sendiri perlulah mencari alternatif sendiri demi untuk anak masing-masing kan3. Tidaklah boleh hanya mengharapkan sekolah semata-mata kan3.


Makanya pabila Boboboy dah memasuki darjah 4, saya mula memikirkan untuk mencari kelas tambahan dan kelas mengaji bagi Boboboy seketul. Oh, btw, saya mengambil keputusan untuk memberhentikan Boboboy dari kelas KAFA sedari darjah 3. Ini kerana saya tidak berapa yakin pada waktu itu tentang SOP persekolahan KAFA itu sendiri. Dengan Boboboy yang belum vaksin, semestinya saya risau dengan jangkita Covid-19 di kala itu kan3. 


Sebenarnya, memang dari permulaan lagi saya tidaklah beria sangat untuk menghantar Boboboy ke sekolah petang KAFA. Ini kerana saya sendiri dahulu pun tidak pernah ke sekolah agama petang. Arwah Opah eh pun tidak menghantar kami adik beradik ke sekolah agama petang. Tetapi kami hanya mengikuti kelas mengaji pada waktu malam sahaja. Ini kerana pada pendapat kami, ianya memenatkan anak-anak. Yang penting adalah belajar mengaji. So untuk Boboboy pun saya plan perkara yang sama. Tetapi pabila arwah Opah eh meninggal, Boboboy terpaksa juga saya hantar ke kelas KAFA sesi petang. Itulah sahaja opsyen yang saya ada untuk Boboboy bagi mengisi waktu sebelah petangnya sesudah habis persekolahan pagi, sementara hendak menunggu saya habis kerja. Setiap hari memang nampak ketara Boboboy keletihan, tertidur di dalam kereta. Balik rumah nak buat homework sekolah pagi lagi. Memang pack la jadual harian weekdays Boboboy. 


Alhamdulillah, selepas dunia dilanda Covid-19, dan kita mula kembali untuk menjalani kehidupan seperti biasa, pada waktu itu Allah permudahkan urusan kami dalam mendapatkan Taska/transit untuk Boboboy pada sebelah petangnya, syukuuuuurr. Dan pada ketika inilah saya mula dengan giatnya mencari opsyen kelas tambahan dan kelas mengaji bagi Boboboy seketul secara atas talian.


Kenapa atas talian????? Kerana pada ketika itu saya masih belum yakin dengan pembelajaran secara bersemuka, kecuali bagi sesi persekolahan kebangsaan Boboboy sahaja. Yang lain memang saya lebih prefer atas talian sahaja. Dan sekali lagi Allah permudahkan urusan kami dalam pencarian guru dan ustazah untuk Boboboy. Tusyen Boboboy dengan cikgu dari Sabah tau3. Subjek yang di ambil adalah 4, iaitu, Bahasa Melayu, Bahasa English, Matematik, dan Sains. Manakala bagi kelas mengaji, Boboboy mula dengan Iqra', dan ustazahnya dari Kelantan. Habis Iqra'sambung dengan Al-Quran, dan ustazahnya dari Kedah. Alhamdulillah, sekarang sudah hampir 2tahun semua kelas atas talian Boboboy ini tau3, dan saya akan terus sambung sehingga akhirnya (tamat darjah 6 dan khatam Al-Quran).


Boboboy semasa kelas tusyennya bersama Cikgu Halim kesokaan eh, he3


Pssstt, al-kisahnya, si Boboboy ni, nampak ja sado, tapi dalam hati ada taman weeeeeeiiii. Hanya dengan Cikgu Halim dia sahaja yang dia boleh cope. Ikutkan, sebelum dengan Cikgu Halim, saya dah cuba dua tusyen yang lain, tetapiiiii tak kena dengan Boboboy. Alhamdulillah, dengan Cikgu Halim menjadiiiiiii weeeiii. Syukur sangat-sangat time tu. Bukan apa, Boboboy ni di awal permulaan tusyen tu, memang dia perlukan perhatian. Kerana dia memang jauuuhhh ketingglan dari segi pelajaran tau3. Dan dia sejenis perangai macam Ayah eh :P, nak bertanya tu punyaaaa liaaat nak buka mulut. Sudahnya asyik dok menangis sewaktu tusyen kerana tidak faham yang diajarkan cikgu. Tetapiiiii, dengan Cikgu Halim eh, bukan maheeeeennn. Ditatang-tatang wweeeiiii. Cikgu Halim dia tau, kalau screen tu jadi hitam, maksudnya Boboboy off-video, dok nangis leteeewww. Lajuuu jaaa Cikgu Halim dia pujuk, ajar pelan-pelan, fokus sebentar dengan Boboboy sampai Boboboy faham. Syukur Alhamdulillah. Sehingga sekarang Boboboy memang tergedik-gedik, excited setiap kali ada tusyen dengan Cikgu Halim dia :P. Saya nampak ketara perubahan pembelajaran dan yang paling penting keyakinan diri Boboboy itu. Sekarang Boboboy dah tak menangis langsung dah sewaktu belajar, dah semakin lancar memahami sesi pembelajaran. Bukanlah nak kata Boboboy dah terer, score A dalam peperiksaan bagai, tetapiiii perkembangan positif depan mata saya sebagai Ibu, itulah yang paling saya syukurkan. InsyaAllah saya berdoa, seiring dengan usaha, semoga Boboboy memperoleh keputusan yang cemerlang di masa akan datang, amiiiiinnnnn

Whatsapp : 0102430873

Kelebihan kelas  tusyen Cikgu Halim : 
1) Yuran pendaftaran RM100 untuk pelajar baru
2) Yuran bulanan serendah RM100
3) Cikgu yang berpengalaman lebih dari 5 tahun!
4) Kelas diadakan secara online dan bersemuka.
5) Group komunikasi untuk ibu bapa
6) Hari kelas : Isnin hingga Sabtu
7) Jadual mengikut subjek

Mata pelajaran:
Sekolah Rendah
Bahasa Melayu
English
Matematik / Mathematics
Sains / Science 

Sekolah Menengah
Bahasa Melayu
English
Sejarah
Geografi 
Sains
Matematik

Boboboy semasa sesi mengaji Al-Quran dengan ustazah
v
v
v
v
v
v
v

Tuuuuu si bulus kecil tu dok meneman abg eh mengaji he3




~~~ The End ~~~ 

1

Tuesday, July 4, 2023

Abang Sudah Ada Adik Bulus | Boboboy Wish List Fulfilled

Abang Sudah Ada Adik Bulus | Boboboy Wish List Fulfilled | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Berkesinambungan daripada entry DI SINI, sambutan Hari Lahir Ibu & Boboboy tahun 2023. Kan Ibu bagi surprise si bulus kecil. So kali ini saya akan ceritera lebih lagi tentang sibulus ituuuuuu.


Memang dari dah dapat tu, Boboboy terus google nama kucing Nabi. Sebabnya disekolah ustaz ada cerita tentnag kisah kucing kesayangan Nabi. Antara semua nama-nama kucing jantan Nabi, akhirnya Boboboy memilih nama IZAAN yang membawa maksud KETAATAN. Alhamdulillah sekarang sudah memasuki bulan ke tujuh kami sekeluarga bersama Izaan. Ajiioomm layan ceritera bergambar di bawah.........


Scene masa minggu pertama ada Izaan


Psssttt, masa tu memang Boboboy puluuunnn. Asyik melekat dengan adik dia tuuuuuu. Sat2 adik, sat2 adik, sat2 adik.  Masa ni adik dia dok malu-malu kucing, so folloooowww ja atoq abang dia. suruh duduk, dia duduk, suruh tidoq dia tidoq2 ayam. Takleh la adik dia dia tu gerak sikit, dia polok suruh duduk juga2 dekat dia, he3. Ibu yang tengok pun lemaaaaiiih. Tapi biarkan waktu permulaan tu sebab nak bagi bonding adik beradik gitcheeewwww he3


Haaaa, ni adik kena kurung sebab degil tak mau makan kibbles he3


Pssstt, ni kejadian masa 1st day dapat Izaan. Ambl dari pagi, sampai ke malam dia tak nak makan weeeiii. Dok pujuk, do sua2 depan muka pun dia buat deerrrkk jaaaa. Last2 Ibu terus kurung la. Mula-mula kena kurung bising kejap, Ibu bebel petir kata selagi tak mau makan jangan harap dapat keluar, sentot sait. Lepastu mula makan kibbles. Haaaa, pahaaaaam pun. Walaupun makan tak la banyak tapi kurang2 makan la juga kan3


Dalam 1-2 minggu pertama memang Izaan tidur atas sofa sebelah katil abang eh


Enjoying his home made wet food


Pssstt, memang wet food Ibu home made setiap minggu. PCkan dengan Noxxa and frozen. Menu biasanya ayam dan carrot atau ayam dan labu. Pernah few times gantikan ayam dengan ikan, tapi Izaan tak berapa nak berselera. Even kalau compare labu dan carrot, dia suka labu lagi. Kibbles tu pula kadang pakai jenama Whiskas, kadang Pro Diet, dan yang terbaru saya pakai jenama PCG, hairball control


Tempat lepak pertama kesukaan Izaan iaitu tingkap bilik abang eh


Tempat lepak kedua kesukaan Izaan, tingkap di ampaian baju


Psstt, Izaan ni jenis suka merenung keluar jendela he3. Kalau tingkap bilik abang dia (hadapan koridor), atau tingkap bilik Ibu Ayah, taklah risau ka apa ka. Sebab tahu selamat, kerana habis2 pun Izaan hanya sekadar jengui kepala keluar tingkap sikit sahaja untuk ambil angin. Tetapiiiiiiii, jika di tingkap ampaian baju tuuuuu, memang Ibu selalu kena petir si bulus kecik tu hooiiiii. Sebab dulu masa mula-mula memang dia kerap akan terus ke bahagian ampaian yang berlubang2 besi tu haaaaa. Bahayaaaaa laaa kawasan tuuu, jerluih jatuuuhhhhhhh, tingkat 14 hooiiii. Kena petir, kena jentik telinga, kena piap telinga, kena rotan telinga. Dan sekarang dah faham bahasa dah. Kadang-kadang tu cuba juga buat akai, dok lepak atas mesin basuh, dok ushar2 kita dekat hall, atau masa tengah masak dekat dapur. Konooonnn, nak dapatkan green light la kan3. Tapiiii, memang tak dapat la, memang asal dia naik jer atas mesin basuh memang Ibu warning, lajak ja pi keluor tu memang kena dengan Ibu, terus buat muka kedip2 mata, sebek2 mata kuyu, muka tak bersalah dia tu :P


Manja abang eh


Psssttt, ni kalau mai time nak manjaaaaahh dengan abang dia laaa. Mai time depa nak bertumbuuukkkkk, ohoooii. Sungguh bertinju weeeii dua beradik nii, yang adik tu puunn sakan melawan siap pacak tangan dua2 nak tomoi abang dia kalau time gaduh. Selalunya depa akan mulakan dengan dok main kejar2 atau main acilut2 dulu, dah tuuu, dua2 naik syeikh, mulaaaa la nak bertumbuk, bercakor. Dah Ibu petiiiiirrrr baru dua2 duduk diam menikus kejap. Kejaaappp ajeeerr, karang deme dua mula balik


1st time outing


Pssstt, Izaan tu penakut pahit hooiii. Kalau duduk rumah beria sangat nak keluar. Pantang tingkap buka, sakan dok jengui kepala. Pantang pintu buka, berlari keluar dia macam nak pi mana ja. Tapiiii, bila kita bawa keluar, menikus, dok kalut bisiiinnn, peraaakkk. Ni 1st time kami bawa Izaan ronda-ronda dekat pantai QB. Masa mula-mula tu dia memang perak, penakut. Ibu yang pegang and handle, then dia dah calm dow,. So pass la dekat abang eh untuk bawak jalan-jalan. Tiba-tiba ada orang lalu dekat dengan kami, terus dia cakar abang eh. Tuuuuu, Ayah eh dok pujuk abang la tuuu. Nasib baik cakar tak dalam and teruk sangat. Izaan memang takut dengan orang lain, dan akan bertindak agrressive utk melarikan diri. So after this 1st incidents, we are much aware and dah tahu how to handle him la. Tapi Ibu la selalunya yang kena handle anak bulus sekoq niiiiii, sebab Ibu yang paling dia takut kan3 :P


Ni outing kitorang yang kali ke 3 ka empat entah, tak ingat sangat dah


Psstt, biasanya outing akan bawa ke taman permainan atau padang, atau tepi pantai ja tau3


Abang eh melayan adik eh ambil angin petang di korodor rumah


Budak kecik kena marah dengan Ibu


Pssssttt, haaa, time ni pun kena petir, kena jentik telinga, kena piap telinga, kena rotan telinga. Sebabnyaaaaaaa, petang balik kije, Ibu tengok dia dah poo poo and shi shi atas sofa kecil dia hooooiiiii. Geraaaaaammm betul time tu. Ikutkan waktu tu 2nd day tukar pasir kepada tofu tau3. The day efore ok ja dia dok poo poo and shi shi. Boleh pula next day tu dia buat perangai. Haaaaaa, memang mendaoat la dengan Ibu. Duduuukk la keras situ selagi tak kencing berak. Dekat 15minit la juga, baru dia kencing semula. Mukaaa tuuuu dok macma tu la juga. Buat muka kesian diaaaaa. Faham bahasa sebenarnya, tapiiii saja dok cari pasaaaaiii. Memang mendapat la kalau dengan Ibu kan3


Nampaaaaakkk, herlok jaaaaa dok poo poo and shi shi kan3


Mengadaaaaaaaaaaa betuuiiii la anak seketul niiiiii


Si manja Ibu Ayah & abang eh


Ni gambar masa his 1st vaksin last month


Psstt, sekarang Izaan dah complete vaksin. So next just yearly punya sahajalah. And end of this month nak kena spay dia dah. Wardedkan 2-3hri untuk better care baruuu bawa balik rumah. Doakan semuanya baik-baik laaaaaaa. Nanti saya up lagi entry terkini sibulus kecik ni naaaaaa



~~~ The End ~~~

0