Friday, December 30, 2022

Cuti Sekolah Hujung Tahun 2022 | Aktiviti Anak Beranak

Cuti Sekolah Hujung Tahun 2022 | Aktiviti Anak Beranak | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Hari ini merupakan hari terkahir bekerja bagi tahun 2022. Selasa depan anak-anak akan mula bersekolah semula sesudah cuti sekolah hujung tahun 2022 selama 3 minggu. Kalau hendak diikutkan sebenarnya, saya nak coretkan kenangan aktiviti anak beranak dikala cuti sekolah hujung tahun 2022 ini, minggu hadapan tau3. Tapinya, tetiber dok rasa alangkah lebih baik jika kenangan ini saya coretkan hari ini, dikala kita masih diambang penghujung tahun 2022 gitchew he3.


Untuk cuti persekolahan kali ini, kami sekeluarga tidaklah bercuti kemana-mana pun. Sememangnya kami sekeluarga akan elakkan bercuti sewaktu cuti sekolah (peak time), kerana lebih gemar bercuti dikala orang lain tidak bercuti gitchew. Menjimatkan kos dan tidak sesak kan3. Walau bagaimanapun, kami tetap akan cuba mengisi waktu cuti persekolahan ini dengan beberapa aktiviti yang boleh menggembirakan hati anak seketul tu la kan3. Iyerlah, kesian pula nanti bila sudah buka sekolah, kawan-kawan asyik bercerita bercuti disini, pergi kesana, buat itu ini kan3. Sekurang-kurangnya Boboboy seketul tu boleh la juga mengenangkan aktiviti cuti sekolahnya bersama kawan-kawan kan3. Baiklah, ajiom layan ceritera bergambar serba sedikit aktiviti kami dibawah haaaaaaaaa.


Wajib sarapan pagi dua beranak


Psstt, cuti sekolah Boboboy akan tinggal di taska. Makanya sebelum Ibu masuk kerja & Boboboy ke taska, kami akan sarapan berdua-dua-an gitchew. Favourite spot kami seperti biasa ialah restoran Subaidah USM, restoran Jaya Jalan Gottlieb, kompleks makanan JKP, kompleks makanan desa mayang, kompleks makanan mutiara idaman, dan Haji Roti Bakar Jalan Perak. So pusin pi pusin mai, tempat ni la kami dok rotate makan sewaktu hari berkerja dalam 3 minggu cuti persekolahan tu haaaaa


2 batang gigi siung Boboboy cabut 


Pssstt, bukan cabuit sendiri naaaaaa. Kami cabuit di Klinik Gigi. Boboboy panakur pahit nak cabuit sendiri weeeii. Walaupun gigi tu memang dah nak londeh sangat-sangat dah :P. Dan wajib pekena aiskrim Mc D setiap kali cabut gigi. Macaaaamm la kalau tak cabut gigi tak pekena aiskrim Mc D kan3. Alasaaaannn jantan seketul tuuuu :P


Aktiviti beriadah di Taman Bandar Pulau Pinang a.k.a Taman Belia


Psstttt, Ibu bawa Boboboy enjoy di Taman Belia sewaktu hari berkerja naaa. Hujung minggu jangan harap la piiiiiiii. Meremuuuttt umat manusia hooiiii. So Ibu ambil cuti half day, pagi-pagi terus sarapan dahulu, tapau serba sedikit makanan dan terus ke Taman Belia. Haaaaaa, berendamlah, mainlah, kayuh basikallah sehingga tengah hari, baruuu Ibu hantar Boboboy ke Taska dan Ibu masuk kerja sebentar gitchew. Dua kali jugalah Ibu & Boboboy beraktiviti disini (hari berbeza, selang seminggu). Itu pun Boboboy tak puas hoooiiii
v
v
v
v
v
v


Pesta Pulau Pinang 2022


Pssstt, yang ni pun Ayah eh bawa kami 3 beranak pada hari biasa, merempit ja hoi. Punya nak elak orang meremuit ramai :P. Ramai tu memanglah masih ramai, tapi tidaklah seteruk hujung minggu tau3. Lagi satu kami pergi belah petang. Manusia masih tak ramai. Jalan sekejap, Main sekejap, lepas manghrib macam tu dah setel semua, boleh keluar dari tapak pesta dan go for dinner gitchew
v
v
v
v
v
v
v

Game kereta langgar ni ja yang Boboboy naik :P


Psstt, main game ni beberapa round dah cukup dah anak seketul tu. Ibu ayah tak main apa pun. Mahaiiiii nak mampuussss :P. Pelepas anak seketul berseronok sudeeeehhhh he3


Movie time


Psstt, dah tentu-tentu la kena bawa Boboboy tengok Mechamato kan3. Ayah eh tak follow sebab kami pergi pagi, hari bekerja. Kan pesen kami dah, elak time orang ramai :P


Train ride 3 beranak keeeeeee.....
v
v
v
v
v
v
v
v

Tepeeeeeeennn


1st stop, ziarah kubur arwah Opah eh
Al-Fatihah
Norsiah binti Dahanan


1st foodie stop di Bismillah Restoran


Pssst, dari zaman saya kanak-kanak, sehingga kini, memang port wajib sarapan kalau ke Tepen. Ghoti canai atau capati makan dengan kuah daging eh. Boboboy tu dok aim nak makan nasi minyak/briyani eh, tapinya time kami pi hari tu masih awal, so tak siap lagi


2nd stop foodie, Bismillah Cendol


Pssstt, wajib juga ni. Wajib taaaauuuu, tak namanya te Tepen la kalau tak singgah sini naaaaa: Dah la sdap, murah nak mmaaammmpppus weei. Tengoklah sendiri harga tuuuuu


3rd stop foodie, aiskrim potong Lake Garden


Riadah anak beranak di Taiping Lake Garden
v
v
v
v
v
v
v
v

Cap Ayah dan anak ja yang kayuh bekst, Ibu seperti biasa jadi phtog la keeeeennnn :P


Kembali ke pangkal jalan pabila tibanya petang


Ninjiaaaaa hasil akhir semasa train ride pulang ke pangkal jalan :P


Aktiviti steamboat & grill dirumah


Pssstt, ini merupakan aktivi wajib kami 3 beranak jika ada kelapangan dan cuti panjang. Saya pernah up enrty DI SINI


Aktiviti riadah di Persiaran Karpal Singh


Stock up ubat di minggu terakhir cuti


Pssstt, sebagai penutup wajib stock up ubatan di akhir-akhirnya naaaa. Bukannya apa, berdasarkan kepada pengalaman sebelum ini, memang perlu stock up ubat siap2. Iyerla, dah sakan dok berjalan, panas sejuk, hujan bagai. Pergi merata-rata. Berendam bagai kan3. Kemungkinan untuk terkena batuk, selsema, berkahak tu mesti ada. So better prepare awal-awal, untuk mengelakkan melarat sehingga demam bagai pula kan3



~~~ The End ~~~

0