Resipi Nasi Minyak | Resipi D'Dapor
Resipi Nasi Minyak | Resipi D'DaporAssalammualaikum & Selamat Tengah Hari Uols,
Jom kita sambnug tingkek ke DUA Resipi D'Dapor untuk hari ini :)
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Nasi Minyak SEDAP & MUDAH
Haaaaaaaaaaaaa......
Uols boleh ja rujuk resipi Nasi Minyak macam dalam gambor ateh ni hokeyh
Credit to fb Resipi Nasi
Psssttt : TAPI iols idak ler ikut sebijik resipi ni tau3. Ada penambahan & pengurangan bahan & kaedah gitew. Kalo nak tahu, jom layan CARA2 iols untuk masak Nasi Minyak
Bahan-bahan | Nasi Minyak Sedap & Mudah
Planta, ghee, susu cair F&N (2 cup), beras basmathi (3cup), halia (seinchi), bawang besar (sebiji), bawang putih (5 ulas), kulit kayu manis (2 batang), bunga cengkih (5 biji), bunga lawang (3 biji), & biji pelaga (4biji)
Cara Memasak | Nasi Minyak Sedap & Mudah
Panaskan 2 sudu planta & 3 sudu ghee
Tumiskan bawang putih, bunga cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang & biji pelaga sehingga naek bau (3-4minit)
Kemudian masukkan bawang besar & halia & tumiskan bersama
Tumis semua bahan sehingga agak kuning keemasan (4-5minit)
Masukkan 3 cup air & 2 cup susu cair
Gaul sebati & biar mereneh sehingga mendidih (5minit)
Sila gunakan api KUAT
Psstt : PETUA supaya nasik kembang elok & tidak mentah atau lembik adalah sukatan air & beras yang digunakan mesti SAMA :)
Masukkan beras basmathi & kacau sebati
Masukkan garam secukup rasa
Biar sehingga mendidih sekali lagi (dalam 3-4minit) & terus pindahkan masakan ke dalam RICE COOKER
Psstt : Sila jangan dok pulun kacau sangat naaa... nanti hancur beras itu :P PETUA kaedah mengacau adalah sila gunakan kaedah KAUP BALIK gitew :)
Biar Nasi Minyak masak dengan menggunakan RICE COOKER
Anggaran dalam 10minit sahaja hokeyh
Apabila nasi sudah KEEP WARM, sila buka penutup (gambor hasilnya macam gambor ateh ni naaaaa)
Boleh mulakan sesi meWARNA nasi :p
Caranya uols boleh rujuk dalam entry Nasi Briyani INI
Hasil Akhir | Nasi Minyak Sedap & Mudah
Nasi Minyak SEDAP & MUDAH
~~~ The End ~~~
proses yg sama kalau husna nak buat.. goreng2 masuk periuk nasi je senang cita.. hahaha..
ReplyDeleteBlom pernah mencuba..inshaAllah suatu hari nanti.
ReplyDeleteSedapnya. Lama tak makan nasi minyak...
ReplyDeleteSedap dan menarik.. hehehe..
ReplyDeletebelum pernah lagi buat boleh cuba nanti
ReplyDeletesedap & rajin.mkn byk tp x gemuk.
ReplyDeletejeles tau
arghhhh tidakkkkkkkkkkkkkkk
ReplyDeletepapa legend bab buat nasi minyak ni. tapi anak dia legend bab makan je kihkihkih
ReplyDeleteperhg nampak sedap-sedap je ni , tq share reseipinya =) ~ https://resepiasia.com
ReplyDelete