Mee Udang Banjir Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor
Mee Udang Banjir Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor
Mee Udang Banjir Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor | Assalammualaikum & selamat pagi. Haaaaaa, hari ini semangat nak kongsi resipi dari dapur secoet. Kan dah laamaaaaaaaa saya tidak berkesempatan berkongsi resipi dengan anda semua. Ada yang rindu kaaaa???? Harap2 ada la, kan3.
Sebenarnya, saya dah lama teringin nak masak sendiri mee udang. Tapinya setiap kali beli udang mesti termasak resipi yang lain he3. Alhamdulillah kali ini berjaya jugak saya menjayakan niat nak ber-mee udang banjir 'homemade'.
Mee Udang Banjir Ahkak Echah
Bahan2 & Cara Memasak | Mee Udang Banjir Mudah & Sedap
Bahan2 & Cara Memasak | Mee Udang Banjir Mudah & Sedap | Tanpa membunag masa, boleh rujuk senarai bahan2 serta cara-cara yang saya gunapakai untuk membuat mee udang banjir. Untuk makluman, sebenarnya sebelum masak saya google dahulu resipi yang ada, kemudian saya olah mengikut rasa tekak dan ikut suka saya. Memang saya ni kalau bab masak suka buat ikut resipi sendiri. Iyerla, resipi sendiri baru sesuai dengan anak tekak sendiri & keluarga sendiri kan3. Kalau anak tekak orang lain tu tak tahu la pulak he3. So kalau ada dikalangan pembaca blog saya ni nak cuba rasa mee udang banjir versi anak tekak saya, boleh rujuk dibawah ye he3.
Bahan2 Kuah Mee Udang Banjir
** kisar halus semua bahan:
bawang merah kecil ~ 4 ulas
bawang putih ~ 3 ulas
halia ~ 1/2 inci
udang kering ~ 10-15ekor (rendam bagi kembang sedikit)
cili kering ~ 10 tangkai
udang saiz sederhana/besar ~ 1/2 kilo
tomato ~ 2 biji (potong)
sos tomato (10 sudu besar)
sos cili (5 sudu besar)
sos tiram (2 sudu besar)
air (7cawan)
ubi kentang (1biji - sila rebus & lenyek lumat. Ini untuk memekatkan & menambah perisa/lemak kuah mee itu)
Cara2 memasak Kuah Mee Udang Banjir
~ panaskan minyak (dalam 4 sudu besar)
~ tumis bahan kisar hingga naik bau / pecah minyak
~ masukkan sos tiram & kacau sebati
~ masukkan sos tomato & kacau sebati
~ masukkan sos cili & kacau sebati
~ masukkan air (kuatkan api) & renehkan sehingga mendidih
~ masukkan ubi kentang yang telah dilenyek halus & kacau sebati
~ masukkan udang & kacau sebati (dalam 5-7minit)
~ masukkan tomato & perisakan dengan garam
(sila adjust rasa mengikut kesesuaian tekak masing2, masa ini la boleh tambah mana yang kurang untuk sesedap rasa)
~ terus reneh sehingga mendidih
~ tutup api & sedia dihidang
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
Kuah Mee Udang Banjir Ahkak Echah
Bahan2 hidangan lengkap Mee Udang Banjir Ahkak Echah
~ Mee kuning (sila celur dengan air panas)
~ Taugeh (sila celur dengan air panas)
~ Bawang goreng
~ Tokua goreng
~ Daun bawang & daun sup
~ Telur rebus
~~~ The End ~~~