Mee Wantan Killer Di Kulim | Makan Best Di Kedah
Mee Wantan Killer Di Kulim | Makan Best Di Kedah | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Entry terakhir untuk tahun 2023. Saya ni sememangnya peminat tegar ITIK. Sukaaaaanyaaaa lahaaaiii kalau dapat makan itik. Sememangnya bukan mudah untuk mendapatkan lokasi kedai makan yang menawarkan juadah berasaskan itik yang dijamin halal kan3. So kalau jumpa, semestinya saya akan cuba terjah untuk merasainya.
Untuk kali ini saya nak share pengalaman menikmati juadah makanan berasaskan itik di Kulim, Kedah nuuuunnnnn. Sebenarnya saya ni membesar di Kulim tau3. Saya mengikit keluarga berpindah ke Kulim sewaktu saya darjah 4, dan terus menetap disitu sehinggalah saya masuk ke Universiti tau3. So kiranya menetap di Kulim dalam lebih kurang 12 tahun la juga. Pada waktu itu Kulim bukanlah port JJCM githew. Tapiiiii sekarang ini Kulim best wwooooo untuk kita ber-JJCM. Dan Restoran Mee Wantan Killer ini adalah salah satu darinya tau3.
Mee Wantan Killer Kulim, Kedah
Psstt, lokasi restoran terletak di deretan rumah kedai di hadapan Sekolah Menengah Sultan Badlisha tau3. Nak mudah waze ja, confirm sampai depan kedai he3. Interior restoran unik dengan lakaran kartun didinding dan table seating yang simple. Konsep membuat pesanan disini ialah, pabila kita duduk di meja, akan ada menu, kertas order dan pensel. So silalah ambil masak anda untuk meneaah menu yang ada, pilih dengan bijak mengikut tekak dan bajet masing2. Dah setel, boleh terus ke kaunter bayaran, bayar dan kembali ke meja untuk menunggu pesanan anda di hantar ke meja anda. Tapi kalau anda nak menikmati dim sum, sila bangun ke tong dim sum yang terletak di hadapan kedai, pilih dan letakkan di dalam pinggan dan bayar dahulu naaaaa. Gitcheeewww
Menu pilihan kami 3 beranak di hari kejadian
Nasi santan itik & nasi santan ayam
v
v
v
v
v
v
v
Nasi santan, sup & sambal halia eh
Pssstt, seriously mula-mula tengok menu dia, macam hairan la kenapa nasi santan??? Nasi itik ka nasi ayam ka pernahlah dengar kan3. Ni nasi santan diberi nama. Ghopernyaaaa, sungguhlah ada touch of the santan fragrance & flavour tau3. Sedap3. Memang lain dari yang kebiasaannya. Unik dan tersendiri
Itik panggang bersama taugeh & daun salad
Ayam panggang bersama taugeh & daun salad
Psstt, portion itik dan ayam tu memang selambak weeeiii. Puaslah makan tau3. Perapan ayam dan itik disini memang lain. Bukan sejenis yang kicap tiram punya tu tau3. Rasa eh, macam ada herba2 dan manis2 cenggitu. Ayam & itik akan disiram kicap siap2, manakala sambal/sos halia dihidangkan asing. So saya suka cicah ataupun tuang terus ke atas nasi ja sambal tu tau3. Haaaaa, bab sambal halia eh tu haaaa, memang sedap sungguh weeeiii. Husband memang cakap sebiji The Chicken Rice Shop tau3. Husband kata guna TCRS punya niiii, yang botol tu haaaaa, kan ada jual. Saya memang tahu memang homemade Restoran Mee Wantan Killer yang punya. Sebab dalam fb page mereka pun ramai yang petik perkara yang sama he3. Yang nasi tu tu pula disebabkan sedap sangat memang akan rasa tak cukup, sedangkan memang dah normal serving portion dah nasi tu
Mee Wantan Sup Daging
Psssttt, wweeeii hat ni pun sedap giler weeeeiii. Isi daging tu memang manis sesungguhnya. Bukan manis gula naaa, manis daging taauuu. Seriously masa mula menikmati hirisan isi daging itu, terbayang mee tarik masa saya makan di Taiwan dulu tau3. Betapa segarnya isi daging itu tau3. Bau dan rasanya memang berbeza. Dumpling tu pun sedaaappp. Broth tu seperti clear sup tapi penuh rasaaaaa. Dimakan bersama sambal tu memang kick. BTW, sambal tu memang pedas dan kuat bau dan rasa udang kering eh tau3. Saya suka rasanya
Pilihan minuman kami ialah ciklat ais dan kopi susu santan ais
Pssttt, weeeiii sedap giler weeeii kopi tuuuuuu. Memang tak cukup satu he3
Dumpling dan dim sum pilihan di hari kejadian
Pssstt, taste wise bagi saya secara personal, biasa-biasa sahaja
~~~ The End ~~~