Friday, May 6, 2022

 Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 | Raya Terkejut Tema Eh

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2022 | Raya Terkejut Tema Eh | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Entry hari ini entry ringkas, khusus untuk ucapan hari raya gitchew. Walaupun banyak yang hendak diceritakan, tapi kita postpond saaaiiiitttt, tunggu next entry naaaaaaaa.


Selamat Hari Raya Aidilfitri dari keluarga kecil aryshafayyadh

Pssstt, ni gambor ni masa Raya ke 3 baru dapat ambil ni haaaaaa. Al-kisahnya segala kejadian saya akan bebelkan di entry seterusnya naaaaaa, so tunggguuuuuuuu, he3



~~~ The End ~~~

2

Monday, April 11, 2022

Tarikh Keramat 11 April 2022 | Cash Out AdSense Pertama Kali

Tarikh Keramat 11 April 2022 | Cash Out AdSense Pertama Kali | Assalammualaikum dan selamat petang semuaaaaaa. Alhamdulillah syuuukuuuuuuuur. Hari ini buat pertama kalinya setelah bergelar seorang blogger, saya menerima bayaran AdSense pertama saya. 


Sebenarnya dah achieve 100usd dari tahun lepas lagi, dalam bulan Ogos kalau tak silap. Cumanya masa tu ada problem untuk set payment method. Asyiiikkkkkk dok keluar error. Then dalam last week cuba riki-riki Bro Hasrul Hassan untuk bantuan. Alhamdulillah, dalam sehari sahaja setel haaaaaaa problem. Zup Zap zup Zap dalam 3hari payment masyuuuuuuukkk, syukur, Alhamdulillah. 


My 1st ever AdSense cash out


Pssstttt, dah la ciput ja pong, dia pi potong pula 5hengget. Sajiaaaaaaa ja taaauuu CIMB :P

Perasaan teruja tu tak payah cakap la, memang excited habis he3. Bagi orang lain mungkin sikit sangaaaattt, tapi bagi saya Rahmat besar dah dapat banyak ni puuunnn. Ye la, setelah mula berblog dari tahun 2014, dan pejam celik pejam celik ini merupakan tahun ke 8 saya dah. Dan di dalam dunia AdSenese pula, saya bermula dari tahun 2019, dan ini merupakan tahun ke 3 saya. Sebagai part time blogger yang sekejap timbul sekejap tenggelam, saya boleh katakan ini boleh dijadikan sebagai benchmark pencapaian blog aryshafayyadh.blogspot.com.


Bermulanya aryshafayyadh.blogspot.com dengan AdSense pada Julai 2019


Dengan saya mohon doa semua para pembaca setia (cheeeewaaaahh) untuk terus support blog saya dan rajin-rajinkanlah untuk klik iklan AdSense saya naaaaaaaaaa. Bagi kachiinnggg, kachiinnggg gichewww he3. Doakan juga saya terus bertahan di dalam duni blog dan terus komited untuk share entry yang boleh menjadi rujukan semua, amiiinnnn.



~~~ The End ~~~

2

Wednesday, April 6, 2022

Boboboy & Kelas Renang Di USM | Wordless Wednesday #6/2022

Boboboy & Kelas Renang Di USM | Wordless Wednesday #6/2022 | Assalammualaikum dan selamat petang Ramadhan ke 4 untuk semua. Ajiom santai-santai layan WW Boboboy hari ini.









~~~ The End ~~~

1

Tuesday, April 5, 2022

Senandung Rasa By The Sea Di The Tamarra By Irama Dining | Best Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Penang

Senandung Rasa By The Sea Di The Tamarra By Irama Dining | Best Ramadhan Buffet Dinner 2022 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang Ramadhan ke 3 semua pembaca kesayangan. Alhamdulillah kita berpeluang sekali lagi, diberikan rezeki dan dipanjangkan usia untuk menikmati Ramadhan pada tahun ini. Bagaimana sambutan Ramadhan anda pada kali ini??? Sudah berpeluang untuk berbuka bersama keluarga tersayang di kampung halaman?? Moga-moga kita semua dapat menjalani keseluruhan bulan Ramadhan pada tahun ini dengan sempurna dan amalan kita semua diterimaNya, amiiinnn.


Baiklah, tujuan entry saya pada kali ini adalah untuk berkongsi sebuah lokasi buffet Ramadhan yang terkini di Pulau Pinang. Lokasi kali ini memang unik, istimewa dan dijamin akan menambat hati sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Saya sendiri secara peribadi memang teruja sangat pabila menerima jemputan untuk turut sama memeriahkan malam media review Ramadhan buffetnya tau3. Nak tahu dimanaaaaaaa????? Semestinya di The Tamarra By Irama Dining. Sekali lagi pemilik restoran melangkah selangkah kehadapan dengan mengetengahkan sebuah lagi cafe/restoran yang unik dan mempunyai imej tersendiri, seperti mana kesemua restoran/cafe miliknya sebelum ini, iaitu Lagenda Cafe, Irama Dining, Sutera Restaurant dan sekarang ini The Tamarra. Jika hendak ditelitikan, kesemua konsep yang diketengahkan di dalam keempat-empat cafe/restoran ini walaupun berbeza pada amnya, tetapi ianya mempunyai satu ciri utama yang sama iaitu masakan Melayu asli. Cumanya akan diberi sedikit plot twist bagi setiap cafe/restoran itu. Dan bagi The Tamarra ianya lebih kepada konsep menu 'modern Malay gastronomy' gitchew. Baiklah, tanpa membuang masa lgi, meh sini saya ceriterakan secara terperinci kejadian yang berlaku di malam media review perasmian buffet Ramadhan di The Tamarra By Irama Dining, dengan temanya Senandung Rasa By The Sea. Ajiiiooooooommmmm.....


The Tamarra By Irama Dining


Psssttt, avelanja gambor cap Ibu & anak sebaga kenangan untuk hari tua #eh :P. Belum masuk kedalam lagi dah terpesonaaaaaaaa taaauuu. Sebuah bangunan serba putih yang tersergam indah, dan laluan utama masuk ke dalam restoran dengan wall deco yang cukup jelita gitcew. Sah-sah akan menjadi port posim bagi semua yang bertandang ke sini tau3


Serba sedikit gambaran ruang menunggu


Table sittng indoor (berhawa dingin)


Table sitting outdoor (dengan standing blow fan dan angin original sepoy-sepoy lauuuuttt) dan juga pentas persembahan


Psssttt, sambil menikmati hidangan anda juga akan di persembahkan dengan nyanyian lagu-lagu melayu dan klasik tau3


Sea-side sitting area. Haaaa, hat ni memang totally opeeeeenn dan terus ke laut dalam he3


Laluan untuk ke persisiran pantai dari restoran


Ajiioooommm layan part menu-menu eh pulaaaaaaaaa
v
v
v
v
v
v
v
Pembuka Selera


Nasi kerabu bersama aneka kerabu dan juga ikan masin & sambal pencicah


Psssttt, haaaaaa ni port wajib cuba naaaaa. Memang tak namanya ke The Tamarra la kalau anda semua skip this section tau, serious akan menyesal bawa ke kubur :P. Nasi kerabu yang memang meriah dengan sayur-sayuran, solok lada dan juga telur masin. Bertambah menyengat jika dinikmati bersama aneka kerabu yang ada seperti kerabu kacang botol sotong, kerabu mangga, kerabu daging, dan kerabu jantung pisang. Peerrgghh teringat sehingga hari ini. Pertama kali dalam sejarah saya buat food review, saya mencuba kesemua menu kerabu yang ada taaauuu. Memang tak boleh kata tidak pabila mata memandang semua kerabu ini tau3 dan sememangnya menu kerabu ini semua adalah signature dishes sedari dari Irama Dining lagi


Menu Utama


Pilihan nasi putih dan nasi beringin


Pssttt, nasi beringin juga merupakan signature dish sedari dari Irama Dining lagi tau, so wajib cuba


Barisan lauk pauk bagi menu utama terdiri daripada itik salai masak lemak cili api, ikan asam pedas, daging kuzi, udang galah gulai nenas, ketam masak karipoole, fried taiwanese cabbages with mushrooms, ayam goreng berempah, kuah parpu, mee goreng mamak, dan juga ketupat kacang


Psstttt, ni mai sini nak habaq maaaaiiiiii, ampaaa mengkala kata mai dekat The Tamarra niiii kaaa, saya tak tau sebenarnya nak meminimumkan menu yang ampa wajib cuba taaaaauuu. Sebab ampa memang kena rasa semua he3. Semua sedaaappp nak matik weeeiiii. Betuuiiiii, serious cakap ni tau. Semuaaaaaa, semuaaaa yang ada di atas ni ampa kena makan, baik kambing eh, baik ikan eh, baik udang eh, baik ketam eh, baik ayam eh, baik itik eh haaaaa. Semuanya memang pure taste macam masakan mak-mak kita weeeiiii. Semua ayam ka, kambing ka, ikan ka, seafoods ka, semuaaaa segar-segar belaka, dan ditambah dengan jenis masakan yang menaikkan lagi rasa setiap menu itu. Dan sedari azali item yang paaliiiiinggg menjadi kegilaan saya sedari saya terjebak dengan Irama Dining adalaaaaaahhh......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Itik salaaaaiiii ni haaaaaa. Serious inilah dia masak lemak itik salai thoorrbaaiikk pernah saya nikmati sepanjang lebih 40thn hidup alam fana ini tau3. Sememangnya inilah menu signature thorbaik sedari Irama Dining dan rasanya tidak berubah langsung walau sudah tiba ke The Tamarra.Ye laaa, dah nama pun restoran anak beranak keeennn


Ya Allah Ya tuhanku, Kau tabahkanlah hati hambamu ini dikala ini yang tengah berpuasa. Ya Allah Ya tuhanku, Kau kuatkanlah iman hambamu ini, tatkala melihat segala dugaan duniawi yang melmanggil-manggil ini. Beginilah cabaran seorang blogger saban tahun sob3, kami redha, akan kami harungi jua demi tanggungjawab berkongsi bersama pembaca kesayangan gitchew :P


Nasi beriyani kambing


Psssttt, haaaaa ni laaa kesokaan Boboboy seketul ituuu. Anda nampak dak bergelimpangan segala lamb shanknya haaaaaa. Sekali terpandang pasti anda akan toleh tengok berkali-kali keeennn. Boboboy seketul tu dapat 2kali tambah nasi briyani ni dengan ayam goreng berempah dah setel lebih dari cukup dah hokeyh. Memang lembuuiiiittt ya amat lamb shank tu. Main kuih-kuih pakai senduk pun daging eh terlerai dari tulang temulang itu


Pencuci Mulut


Barisan buffet line bagi pencuci mulut


Aneka jenis juadah pencuci mulut tarditional Melayu seperti popia sira, bingka ubi kayu, serimuka pulut hitam, kuih cara berlauk, cucur badak, pulut inti, seri ayu, karipap pusing kuih talam, koleh kacang, bubur kacang hijau & durian, serta pengat pisang


Psssttt, memang dijamin puas hati dan berbaloi-baloi jika anda kesini untuk menikmati secara sebenarnya apakah itu kuih tradisi Melayu asli. Sekali lagi, semua juadah kuih muih diatas ini sememang sedap setiap satunya. Yang terpaling terkesan dihati saya adalah koleh kacang ituuuuuuu. Ya ampuuunnnn, inilah dia koleh kacang yang paling thoorrbaaiikk pernah saya nikmati sepanjang lebih 40thn hidup alam fana ini


Aneka jenis buah-buahan, tart, pastry, puding, jelly dan juga kek


Kaunter Aksi


Terdapat dalam 5 kaunter aksi yang menyediakan juadah seperti kambing golek, satay ayam&daging, kebab, sup ekor, laksa, gulai kawan, goreng-goreng dan juga cendol&ABC


Pssstttt, mana nak dapat cendol & ABC duriaaann weeeii dekat buffet Ramadhan lain haaaaa. Dekat The Tamarra ja taaauuuu. Tuuuuu kepala ikan ikan tu nampak daaaakkk??? Nalaaa besaq dok menanti anda. Kuah gulai kaw dia bagi sampai menjilat jari. Si kambing golek tak payah cakap laaaaaa, pasti licin sekoq kena bedal, sah-sah penanda aras kesedapan eh kan3. Lagi satu yang saya suka adalah satay eh. Baik daging mahupun ayam. Perapannya berbeza dari satay yang pernah saya nikmati. Kena dengan tekak saya


Barisan minuman sejuk dan panas


Macam serius pula muka Boboboy seketul tu keeennnn. Tengah kusyuk menikmati rasanya he3


Antara barisan hidangan yang menjadi pilihan kami pada malam kejadian


Sehingga penghujung acara anda akan dihidangkan alunan muzik tau3


Sebeleum beredar semestinya wajib berehat sebentar dan menikmati angin laut sambil meneropong


"Senandung Rasa By The Sea" Buffet Ramadhan
The Tamarra By Irama Dining


RM98.00nett (adults), RM78.00 nett (senior citizen), 50% discounts (children 6-12y/o) 


Promosi Early Bird
RM88.00nett (belian sebelum 7 April 2022)


Bermula 7 April - 1 May 2022
7.00pm - 10.00pm


Untuk tempahan (call/whatsapp) 
011-12487582



~~~ The End ~~~

0