Tuesday, February 25, 2020

Dapur Masliana Teluk Kumbar | Makan BEST Di Pulau Pinang

Dapur Masliana Teluk Kumbar | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang Selasa. Laksa Penang, saya pasti ramai peminatnya kan3. Sehinggakan ada yang sanggup datang ke Pulau Pinang dari jauh semata-mata untuk menikmati laksa Penang. Betapa sinonimnya laksa dengan negeri Pulau Pinang kan3.

Memang terdapat banyaaaaaakkk pilihan gerai, restoran dan cafe yang menawarkan menu laksa Penang. Tetapi yang mana satukah yang sedap dan berbaloi-baloi untuk dicuba kan3???? 

Nindiaaaaaaa >>>>>>>>>> Dapur Masliana Teluk Kumbar 
Haaaaa, meh sini nak layoq gambar sekeping buat tatapan terlebih dahulu sebelum meneruskan kata-kata gitew..................
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

v
** ihsan gambar dari FB Dapur Masliana Teluk Kumbar 
Haaaaaaa, kerana gambar iniiiilaaahhh yang membuatkan saya tidak keruan tau3

Nak tahu siapa yang bertanggungjawab??????

Menu Rakyat Marhaen Yang Pasti Memikat Jiwa | Dapur Masliana Teluk Kumbar 

Menu Rakyat Marhaen Yang Pasti Memikat Jiwa | Dapur Masliana Teluk Kumbar | Kerana laksa semangkuk dengan sebijik telur, saya telah terpanggil untuk mencuba menu di Dapur Masliana Teluk Kumbar. Daripada buku menu yang telah saya teliti (cecewaaahhh), apa yang boleh saya katakan, menu yang ditawarkan oleh Dapur Masliana Teluk Kumbar, adalah merupakan menu makanan yang dekat di hati rakyat marhaen serta harganya dijamin mesra poket rakyar marhaen. Ajooommm kita bersama-sama merungkai memori sepetang di Dapur Masliana Teluk Kumbar. 

Dapur Masliana Teluk Kumbar terletak di deretan shop lot (berhampiran apartment Saujana Heights)
Kirinya terdapat Klinik Tanah Melayu, dan kanannya terdapat kedai dobi layan diri

Pengunjung sentiasa PENUH dan silih berganti sepanjang lebih kurang 2jam saya berada di Dapur Masliana Teluk Kumbar pada hari Ahad yang lepas

Menu pilihan kami dua beranak dipetang kejadian

Laksa 

Pssssttt, sudah semestinya WAJIB try laksa di Dapur Masliana Teluk Kumbar. Cukup pekat, tidak lokek isi ikan tau3. Dengan telur SEBIJI weeeiiii. Perrgghhhh memang ummpphhh
v
v
v
v
v
v
LICIN
Sekian :P

Korea chicken wings

Aksi mencicah korea chicken wings kedalam cheese sauce

Pssttt, sememangnya saya sangat mneyukai rasa yang ditampilkan bagi menu Korea chicken wing dari Dapur Masliana Teluk Kumbar ini tau3. Pendapat peribadi saya ialah gabungan citara Korea serta citarasa tempatan. Ada pedasnya (sedang2 shja), ada manisnya (seolah manis madu), lemak masinnya (dari sos cheese). Kombinasi yang WIN

Nasi ayam

Psssttt, haaaa, nasi ayam ini pilihan hati Boboboy. Kalau nak tengok video aksi anak seketul itu melicinkan sepinggan nasi lemak ini, sila terjah IG saya naaaaaaaaa

ABC

Psssttt, untuk makluman semangkuk penuh ABC ini hanya berharga RM3.00 sahaajaaaa. Mana nak dapay weeiiii. Tidak kedekut bahan, manisan serta susu tau3

Aneka pilihan minuman sejuk dan panas
(Chocolate ice blended, Mango ive blended, Strawberry fantasy)

Sebenarnya, kadang-kadang pabila kita nak berJJCM di satu2 negeri atau tempat, kena cari lokasi gerai / port makan yang orang tempatan suka kunjung tau3. Saya memang perasan, di Dapur Masliana Teluk Kumbar, pengunjungnya memang ramaaaaiiiiiii orang tempatan. Oleh kerana itu ianya sentiasa tidak putus-putus pengunjung.

Bagi anda yang ingin menikmati hidangan di Dapur Masliana Teluk Kumbar boleh rujuk perincian dibawah. Semoga perkongsian saya serba sedikit ini dapat membantu ya.



Dapur Maliana Teluk Kumbar



~~~ The End ~~~
4

Tuesday, February 18, 2020

Restoran Slim Pizza | Makan BEST Di Pulau Pinang

Restoran Slim Pizza | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi Selasa para pembaca blog kesayangan saya. Pastinya anda ternanti-nantikan perkongsian seterusnya port menarik makan BEST di Pulau Pinang dari saya kan3. Untuk perkongsian kali ini, saya telah menjumpai satu port baaaaaiiikkkk punya yang WAJIB anda masukkan kedalam list JJCM Pulau Pinang anda. Dimanakah? Menu Apakah? Sedapkah? Apa yang menariknya? Haaaaaaaaaaaa, WAJIB baca entry ini sampai penghujung tau3.



Restoran Slim Pizza


Buffet D.I.Y Pizza Pertama Di Uatara | Restoran Slim Pizza

Buffet D.I.Y Pizza Pertama Di Uatara | Restoran Slim Pizza | Mendengar dari nama restoran ini sahaja, sudah pasti anda semua tahu apakah menunya kan3. TETAPIIIIIIII, tungguuuuu duluuuu. Restoran Slim Pizza ini bukan sekadar restoran pizza seperti yang kebiasaannya itu taaaaauuuu. Pernah dengar BUFFET PIZZA. Eat all you can a.k.a free flow? Do it yourself (DIY) your own pizza? Haaaaaaaaa, nindiaaaaa di Restoran Slim Pizza-lah lokasinya.

Restoran Slim Pizza telah beroperasi hampir 3 tahun dan merupakan restoran pertama yang menampilkan buffet DIY pizza di Utara. Sebenarnya, saya secara peribadinya tidak pernah lagi menjumpai mana-mana restoran (dalam Malaysia) yang mengetengahkan konsep unik seperti ini. Makanya apabila saya menjumpai Restoran Slim Pizza ini, sememangnya keterujaan untuk mencuba pertama kali itu sudah tidak dapat ditahan lagi. Tambahan pula kami sekeluarga memang penggemar makanan bercheese dan pizza.

Pemilik Restoran Slim Pizza merupakan seorang pengusaha muda, En. Hadi. Dimaklumkan dengan sokongan dari keluarga, dia memberanikan diri mengetengahkan konsep lain dari yang lain disewaktu kemuncaknya perusahaan restoran berasaskan stemboat dan grill yang tumbuh bagaikan cendawan slepas hujan gitew.

Alhamdulillah berkat dorongan dan sokongan keluarga, walaupun ada getir dan cabaran pada peringkat awal, tetapi akhirnya perusahaan ini dapat bertahan sehingga memasuki tahun ketiga. Apa yang dapat saya katakan adalah niat suci untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan menampakkan hasil. Untuk makluman, sebenarnya, niat utama pemilik Restoran Slim Pizza ini mengusahakan konsep restoran seperti ini adalah untuk memberikan ruang dan peluang untuk mengeratkankan hubungan kekeluargaan. Sambil bersama-sama DIY pizza, bergelak ketawa, dan mengisi masa bersama keluarga dengan gembira.

Baiklah, tanpa melengahkan masa lagi, jom bersama-sama saya melayari gambar berceritera di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Restoran Slim Pizza.


Restoran Slim Pizza di Sungai Petani 
Bersebelahan dengan OYO Hotel


Table sitting di luar (hadapan cafe) sebagai tambahan


Table sitting dibahagaian dalam  restoran

Terdapat juga satu kontena kecil dihadapan restoran sebagai kaunter take away pizza

Barisan buffet line di Restoran Slim Pizza

Pssstttt, meh sini nak beritahu sesiap, di Restoran  Slim Pizza, ianya bukan sahaja menyediakan menu pizza didalam buffet linenya tau3. Untuk segala perincian menu eh, sila baca selanjutnya naaaaaaaaaaaa :P

Roti pizza mini a.k.a the pizza base bread gitew

Psssttt, comei2 weeeiii roti eh. Kecil molek he3. Pada permulaannya, saya merasakan roti ini macam agak tebal. Ini kerana saya lebih menggemari pizza base yang jenis nipis a.k.a crust tu haaaaa. Rangup kriuk2 gitew. Tetapiiiiii, pabila mencuba roti pizza mini ini, #eh3 sedap la pula he3. Memang sedang2 elok sahaja saiznya, ketebalannya tau3. Rotinya gebu elok pabila dibakar tau3. Lebih terasa ke-pizza-an eh jika menggunakan roti pizza mini seketul-seketul begitu tau3


Barisan toppings didalam freezer yang boleh dipilih

Pssstt, memang meriah tau barisan toppingnya. Dari pilihan jenis sayuran (cendawan, hirisan nenas, bawang holland, jagung, tomato, buah zaitun, lada benggala, cicli merah), peperoni (peperoni daging, peperoni ayam, sosej ayam) , bonito, daging (daging black pepper, daging cincang, daging salai), ayam (ayam masak merah, ayam cincang), pelbagai jenis bebola (fishball, crab stick, bebola ayam, bebola daging), isi tuna, seaweed, cendawan, mozarella cheese, dan juga sos pizza istimewa

Mozarella Cheeeseeeeeeeeeeeeeee

Pssstttt, inilah item yang dinanti-nantikan oleh Ibu dan Boboboy, he3. Kami kan hantu cheeeeeseeeeeeee :P


Sos pizza resipi istimewa olahan peribadi dari Restoran Slim Pizza

Pssttt, sepertimana yang dimaklumkan oleh Hadi, sos pizza ini dihasilkan mereka sendiri kerana sos merah (tomato) yang kebiasaannya digunakan itu kadang-kadang tidak kena dengan tekak sesetengah pengunjung. Mungkin kerana rasanya lebih masam (kan tomatooooo gitew). Dengan ini pihak Restoran Slim Pizza menghasilkan sos istimewa mereka sendiri. Kira mcm signature tersendiri Restoran Slim Pizaa haaaa gitew


Barisan topping yang boleh digunakan secara konsep free flow a.k.a eat all you can

Mushroom soup

Spaghetti carbonara dan marinara


Ayam goreng


Nuget


Buah tembikai dan roti bawang putih

Psssttt, roti bawang putih itu hanya perlu dibakar dan boleh terus dimakan begitu sahaja ataupun dicicah bersama sup cendawan


Nasi arab berserta air asam salatahara


Kari

Pelbagai jenis minuman (bergas, ice lemon tea, air bandung, ais kosong)


Alatan tambahan yang boleh diguna pakai semasa sesi mempizza gitew


Tadaaaaaaaaaaa
Ajjooooommm kita mulakan sesi mempizza DIY

Alatan utama untuk mempizza DIY


Barisan pilihan (permulaan) dalam mempizza kami 3beranak di hari kejadian he3


Garlic bread dan juga spaghetti sepinggan sebagai pembuka selera sementara menunggu pizza masak gitew he3


Sesi demo mempizza oleh pemilik Restoran Slim Pizza, En. Hadi


Nindiaaaa anak seketul mempizza

Pssstt, habis hati haaa Boboboy seketul dapat mempizza sendiri secara DIY. Nampak tak penuh mozarella cheese atas pizza tu, he3. Sedaaapppp weeeeeiiii. Tunggu sat saya belanja gambar sesi menikmati pizza yang telah siap dimasak
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tediaaaaaaaa
Meleleh haaaaaaaa weeeiii
Dugaan sungguhlah menjadi seorang food blogger ni kan3
Walaupun baru sahaja menikmati hidangan ini 2 hari yang lepas, tetapiiiiii pabila menatap gambar pizza di atas ini sekali lagi peerrrgghhhh, tak tertahan rasanya

Psssttt, untuk makluman, sebenarnya dalam tempoh dua hari ini, sudah ada dua jadual untuk repeat Restoran Slim Pizza ini tau3. Satu dengan rakan2 dan satu lagi dengan kakak sekeluarga haaaaa. Semua pakat sudah tidak tahan melihat kami 3 beranak mempizza DIY Sabtu lepas. Pakat tergoda selepas saya spam gambar dan video bertingkek2 di laman IG dan FB saya he3. Seriously ini merupakan pengalaman yang berbaloi2. Memang return on investment haaa. Kalau tidak takkanlah saya sanggup dari Pulau Pinang, menyeberangi laut untuk ke Sungai Petani nuuuunnn


Roti bawang putih dan sup cendawan ini memang terbaiiiiikkkkk

Pssstt, feel sungguhlah weeiii pabila mencicah roti bawang putih yang baru dibakar panas2 fresh dari mini oven depan mata, di celup di dalam sup cendawan itu. TERBAIK

Nasi arab yang dimakan bersama air asam salatahara


Nindiaaaaaa cheese tarik time Boboboy seketul

Psssttt, anak seketul tu punyalah excited bercheesy time sehinggakan setiap kali dia nak menikmati pizza eh, dia akan request rakam video eh. Seronok dok main tarik2 dengan cheese kekdahnya he3


The damage yang terhasil dipengakhirannya :P

Pssstt, sebenarnya pinggan mangkuk itu sedikit lagi dari damage sebenar yang berlaku. Kami 3 beranak cover tahap melantak dengan mengulangpakai pinggan mangkuk ini tau3. Barulah nampak bilangan yang sama sedangkan pusingan sebenar dah 2-3 kali weeiiii :P


Restoran Slim Pizza



~~~ The End ~~~
1