Friday, March 24, 2023

Iftar Hari Pertama Di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia | Ramadhan 1444H/2023M

Iftar Hari Pertama Di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia | Ramadhan 1444H/2023M | Assalammualaikum dan selamat petang Jumaat semua. Jumaat pertama kita untuk Ramadhan kali ini. 


Kali ini saya nak berkongsi dengan para pembaca port kesokaan saya berbuka puasa sedari 20tahun yang dulu iaitu di Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia. Lamaaaaaaaaaaa betul dah kan3. Iyerlah dari zaman universiti  & muda remaja, ke zaman alam pekerjaan & masih bujang, ke zaman sudah berumahtangga, sehingga kini yang masuk zaman keIbuan gitcheeww. Dulu-dulu masa zaman belajar tu, Opah eh pun sama terjebak tau3. Sampai tahun akhir arwah masih ada pun kami dok pi berbuka dekat sini juga. Sehiggalah sekarang, dah menurun ke Boboboy seketul tu sebagai tempat kesukaan dia untuk berbuka. 


Masa zaman dulu-dulu lagi meriah dan best sebenarnya tau3. Walaupun masa waktu itu tidaklah segah/sebesar sekarang, tetapi lebih intimate dan meriah bagi saya secara personal. Ini kerana waktu itu kami makan bersila diatas tikar getah di koridor masjid sahaja tau3, makan pun dalam talam besar, kongsi ramai-ramai. Kiranya satu talam tu dalam 4-5 org, itu syarat dia. Kalau tak cukup geng 4/5org, so org yang baru kenal masa tu yang akan join makan setalam dengan kita tau3. So biasanya saya, kawan saya sorang dan arwah Opah eh, so yang lagi 2orang tu memang orang asing la. Tapi no hal. Masa ni la kita boleh berkenalan dan beramah mesra. Dah makan setalam kan3. Duduk memang dalam bulatan talam tu, dok hadap muka masing-masing, lepastu makan lauk dan nasi yang setalam yang sama. Ukhwah terjalin sungguh manis. Sewaktu saya sambung belajar peringkat Master, dalam tahun 2005 macamtu dah mula upgrade duduk atas kerusi meja, bawah khemah di ruangan belakang masjid, berdekatan dengan tempat memasak. Sehingga saya sudah tamat belajar, kemudian kembali ke USM untuk sambung belajar lagi (PhD) sambil bekerja, berubah lagi. Masa tu dalam tahun 2009 rasanya. Dah ada khemah besar di hadapan masjid, kiranya dataran depan masjid. Sehinggalah sekarang ini haaa.


Tentang menu berbuka pula, sememangnya sedari dulu lagi speciality menu berbuka di Masjid USM ini ialah nasi tumis eh, seperti nasi minyak, nasi hujan panas, nasi tomato tau3. Lepastu guekan dengan ayam masak merah dia, daging hitam, gulai daging/ayam. Pernah juga dulu kami makan menu masakan melayu dengan ulaman dan sambal belacan. Perrgghhh, layan sungguh tau3. Lepastu saya rasa bermula tahun 2009 tu dah mula pula ada masakan Arab. Kiranya ada dua kaunter menu makanan la tau2. Satu dari Pusat Islam Masjid USM, dah satu lagi dari komuniti Arab USM. Kuanter nasi Arab ni sah2 la menyediakan menu nasi Aran dengan ayam, ada 2-3 jenis lauk/sayuran lain serta kadang-kadang ada pencuci mulut juga. 


Dulu-dulu masa zaman saya belajar tu, yang jaga kaunter makanan ni makcik-makcik (staff rasanya). Masatu ada sorang makcik kepo ni, dia memang tak bagi untuk bungkus tau3. Kiranya wajib makan/berbuka disitu, so kena guna ambil makanan menggunakan pinggan yang disediakan sahaja. Sebabnya ada ja pelajar atau pengunjung yang datang nak bungkus menu berbuka dan makan di asrama atau rumah masing-masing. Tapi kalau pi time makcik tu ada memang dia tak bagi. Yang herannya kalau time dia takda boleh pula. Makanya, memang berapiii ja kalau pi tengok makcik tu ada tau3. Tapinyaaaaa, sekarang ini memang sudah boleh tapau daaaahhhh. Sekarang pun yang jaga kaunter makanan adalah adik pelajar USM, sukarela. So jangan risau, sila bawa tipuware ka, tupperwar ka naaa. Boleh tapau, dan boleh makan disitu he3. Oklah meh sini saya avelanja gambar menu pertama kami 3 beranak di  Masjid Al Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia.


Nasi Arab Ayam, nasi minyak+ayam masak merah+sayur kobis goreng bersama kurma dan air oren. Yang bungkus tu bihun goreng tau3. Ada pihak yang sedekah


Nasi Arab vs nasi minyak


Program terkini dari Pusat Islam USM iaitu Infaq Ramadhan
v
v
v
v
v
v
v
v

Kaunter untuk drop segala produk yang ingin di infaqkan


Pssstt, marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab kita. Semoga segala sumbangan kita memberi sinar dan membantu pada yang memerlukan



~~~ The End ~~~

0

Thursday, March 23, 2023

10 Lokasi Terbaik Untuk Berbuka Puasa | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang

10 Lokasi Terbaik Untuk Berbuka Puasa | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang | Assalammualaikum dan Salam Ramahan 1444Hijrah / 2023Masihi. Semoga Ramadhan kali ini memberikan Rahmat dan Hidayah kepada seluruh umatNya, Amiinnnnn.





Bagi entry yang sebelum ini, untuk bulan Mac 2023, saya telahpun mencoretkan dengan terperinci beberapa pengalaman menghadiri buffet Ramadhan preview di sekitar Pulau Pinang kan3. Makanya, saya ingin mengambil kesempatan dalam entry hari ini untuk berkongsi secara keseluruhannya 10 lokasi terbaik untuk kita berbuka puasa di dalam Negeri Pulau Pinang. Kiranya 10 lokasi terbaik buffet Ramadhan 2023 di Penang haaaaaaaa. Ajiioooomm lihat senarai di bawah..........


Iftar Buffet Dinner di G Hotel Kelawai >>>> LINK ENTRY


Warna Rasa Iftar Ramadhan di Royale Chulan Penang >>>> LINK ENTRY


Ihya Ramadhan Alaf Baru di Olive Tree Hotel Penang >>>> LINK ENTRY


Nostalgia Ramadhan di Eastin Hotel Penang >>>> Review Enrty Will Be Updated Soon


Selera Timur Festival Buffet Dinner di Ascott Gurney Penang >>>> Review Enrty Will Be Updated Soon


Senandung Rasa by the Sea di The Tamarra >>>> Review Enrty Will Be Updated Soon


Set Hidang Ramadhan di Sutera Reastaurant


Gurindam Rasa Semi Buffet Ramadhan 2023 di Irama Dining


Rasa Ramadhan Buffet di Bahang Bay Hotel


Selera Utara Buffet Ramadan 2023 di Hompton Hotel Penang



~~~ The End ~~~

0

Tuesday, March 21, 2023

Koleksi Raya 2023 | Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf

Koleksi Raya 2023 | Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Saya pasti sudah ada antara kita yang sudah mula membuat persediaan Raya kan3. Iyerla, sekarang ni maa berlalu dengan cpeat, pejam celik, dari nak masuk Ramadhan, tiba-tiba dah nak Raya kan3. 


Kali ini saya memang teruja sangat untuk berkongi dengan para pembaca, pengalaman saya membeli keperluan raya untuk Boboboy seketul itu di Butik Aisy Asyraf. Haaaaaa, saya pasti ramaaaaiiii yang dah tahu tentang butik ini yang dimiliki oleh Imam Muda Asyraf, Juara Imam Muda musim pertama kan3. Kalau anda semua nak tahu, nama butik ini diilhamkan hasil dari gabungan nama Imam Muda Asyraf dengan nama anak beliau iaitu Aisy Raihan. Butik Aisy Asyraf merupakan sebuah Butik Fesyen Lelaki kontemporari dengan rekaan moden & terkini mengikut peredaran masa. Ianya mula beroperasi pada 4 Julai 2015 bersamaan 17 Ramadhan 1436 Hijrah. Pembelian boleh dilakukakn secara fizikal (di cawangan seluruh Malaysia) ataupun secara atas talian melalui laman web rasmi. Sekarang ini, duta Butik Aisy by Asyraf Imam Muda Asyraf adalah Dato' Awie, Fikry Ibrahhim dan juga  Angah Raja Lawak tau3.


Bagi negeri Pulau Pinang, cawangan pertama butik adalah di Bertam, dan tahun ini pihak butik telah membuka cawangan keduanya di Pulau Pinang iaitu di Kompleks Bukit Jambul. Mengkala kata orang Penang, kalau ampa tak tau celah mana Kompleks Bukit Jambul ni, sila terjun lauuuiiiitttttt :P. He3, dak haaaiiihh, lawak jeeerrr, kang ampa terjuin bebetui, matiklah maaaak :P. Kalau anda tidak tahu dimanakah terletaknya Kompleks Bukit Jambul, sila waze yer sayang-sayang sekalian, InsyaAllah tak susah mana pun nak sampai ke Kompleks Bukit Jambul ni haaaa. Parking jangan risau, dalam kompleks ada, luar kompleks pun adaaaaaa.


Butik Aisy Asyraf ada mengeluarkan koleksi Raya 2023 tau3. Mengetengahkan tema ‘back to basic’ dengan rekaan busana yang lebih simple dan bergaya. Aisy Asyraf telah mengeluarkan design terbaru iaitu Kurta Izzi, Kurta Zayne, Kurta Nasz, dan banyak lagi. Meh sini saya share dengan lebih jelas dan nyata melalui ceritera bergambar dibawah haaaaaaa.


Butik Aisy by Asyraf Imam Muda Asyraf, cawangan Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang


Pssstt, kiranya bila dah masuk ja Kompleks Bukit Jambul tu, sila ke wing/bahagian yang ada restoran KFC naaaa. Kemudian sila naik la escalator ataupun lift, ke tingkat dua. Butik terletak betul-betul bertentangan/dihadapan Taste Asian. Unit kedai bernombor 73&74


Ninjiiaaaa haaaaaaa gambar hadapan Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang

(koooootttt la ada sapa-sapa yang tak pernah dengar ka, jumpa ka apa ka kan3 :P)


Dalaman butik yang luas, dan berhawa dingin menjaminkan keselesaan semasa membeli belah kan3



Koleksi Raya 2023

Kurta Zayne, RM99.00


Kurta Afgan, RM109.00 dan Kurta Izzi, RM99.00


Kurta Lawla, RM109.00 dan Kurta Zia, RM99.00


Kurta Nahli, RM129.00


Kurta Nasz, RM109.00 dan Kurta Nasz Plussize, RM149.00


Kurta Fadani Plussize, RM149.00 dan Kurta Jurjani Plussize, RM149.00


Boboboy seketul mencuba beberapa helai baju Kurta Zayne


Pssttt, jantan kecik seketul ni kan badan sadoooooooo. Walaupun baru berumur 11 tahun, tetapiiiiiiiiii, mana nak ada dah saiz kanak-kanak yang dia muat hooiiii. Opsyen memang kena bedal saiz dewasa la kan3. Baruuuuuulah muat tang peruit eh tu haaaa :P. Lagi satu kalau saiz dewasa pun, tak boleh yang tangan panjang, kena yang tiga suku ataupun yang tangan pendek. Supaya tidak menjadi seperti Dopey (salah satu karaketer dwarf dalam cerita Snow White, sila google sendiri :P). So sememangnya Kurta Zayne ni sesuai sangat untuk Boboboy tau3. Rekaannya ringkas, potongan dan kainnya pun memang selesa. Paling penting adalah di bahagian tengkuk tu haaa. Boboboy seketul ni memang dari baby lagi hanya selesa dengan rekaan tengkuk teluk belangan ni haaaaa. Mengkala kata cekak musang kaaaaaa, dia punya rimaih tuuu, sampai kita pun rimaih tengok dia :P


Ini lagi satu rekaan yang sesuai dengan Boboboy, iaitu Kurta Nasz


Akhir sekali, Boboboy mencuba juga kurta yang ada SALE, iaitu Kurta Jauhari, yang hanya RM69.00 (RM199.00) sahaja taaaaauu


Pssstt, kurta lain yang turut ada SALE adalah seperti kurta Hatta RM119.00 (RM139.00), kurta Syirazi RM79.00 (RM129.00), dan kurta Zuhayli RM69.00 (RM119.00)

Ninjiiaaaa, sila layan video khas yang dibuat sewaktu sesi membeli belah kurta raya di Butik Aisy by Asyraf Imam Muda Asyraf



Tak cukup dok cuba pelbagai jenis kurta berjam-jam, dia cuba pulaaaaa pewangi 
dan akhirnyaaaaa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Seketul Boboboy yang gumbira dapat kurta dan minyak wangi raya dari Butik Aisy Asyraf by Imam Muda Asyraf
v
v
v
v
v
v

Packaging pun santeeeeeeekkk sangat kan3


So sesiapa yang turut berminat, cepat-cepat la ya berkunjung terus ke cawangan terdekat anda, ataupun terus ke laman web rasmi


Meh sini saya share details untuk kemudahan anda semua :
Butik Aisy Asyraf
3A-2-73 & 3A-2-74,
Kompleks Bukit Jambul,
Jalan Rumbia
No. tel : 019-4778210
Email : aisasrafbukitjambul@gmail.com
IG : aisyasyrafbukitjambul
FB : aisyasyrafbukitjambul
Laman Web : aisyasyraf.com



~~~ The End ~~~

1

Monday, March 20, 2023

Ihya Ramadhan Alaf Baru Di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang

Ihya Ramadhan Alaf Baru Di Olive Tree Hotel Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2023 Di Penang | Assalammualaikum dan selapat petang semua. Semestinya sekarang kita sudah mula untuk countdown hari-hari terakhir sebelum tibanya Ramadhan bagi tahun 1444 Hijrah. Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi, umat Islam akan mula berpuasa.


Untuk kali ini saya akan berkongsi tawaran buffet Ramadhan dari Olive Tree Hotel Penang. Mengetengahkan tema bertajuk Ihya Ramadhan Alaf Baru. Wowww, lain sungguh tema eh kan3. Apa yang menarik meh sini kita layan ceritera bergambar saya di bawah.


Pembuka Selera

Barisan pembuka selera, antaranya ialah aneka jenis kerabu dan ulaman bersama sambal, nasi ulam, ikan masin&kering, telur masin, kaunter salad dan juga buah-buahan


Menu Utama

Barisan menu utama yang terdiri daripada nais minyak, nasi putih, kambing masala, daging rendang, masak lemak cili api perut, ayam percik, sambal udang petai, ikan tiga rasa, kacang buncis masak pedal ayam,   pajeri nenas, dan bihun goreng


Pssttt, menambat jiwa ialah masak lemak cili api perut ittuuuuuuuu. Cukup lemak original santan eh, dengan perut yang lembut. Enak dimakan bersama nasi putih ataupun diratah begitu sahaja. Tidak dilupakan juga rendang daging eh, sambal udang petai eh dan juga ayam percik eh. Sememangnya masakan Melayu asli yang diketengahkan pada malam itu, ternyata jelas rasa aslinya tau3. Lemak santan eh, rasa kerisik eh serta ramuan rempah ratus dan cili eh tau3


Kaunter Aksi

Kambing panggang


Nasi Mandy


Pssstt, haaa nasi Mandy ni sah2 la pujaan hati dinda si Boboboy seketul tu kan3. Dinikmati bersama ayam percik


Shawarna


Ikan, udang dan sosej bakar bersama air asam


Bubur lambuk dan sup ekor


Pssstt, sup ekor itu memang dikenang sehingga kini. Lembuuiitt sungguh. Kuah supnya adalah yang clear sup. Terserlah manis asli dari ekor lembu itu di dalam supnya. Memang layan bila dihirup tau3


Tempura prawn with ramen noodles


Ketupat pulut dan lemang bersama serunding ayam dan daging serta tofu bergedil 


Psstt, tofu bergedil itu wajib nikmati tau3. Ngam betul bila dicicah dengan sambal kicap eh tu haaaaa. Isi daging penuh tau3


Sushi dan sashimi


Psssttt, satu lagi menu pujaan hati dinda si Boboboy di malam kejadian. Rasanya dekat 4 pinggan malam itu tau3. Manakan tidak, Ibu dah ambil sepinggan untuk Boboboy, then Ibu bangun ambil sepinggan yang lain kerana lihat Boboboy makan sakan. Elok sampai ke meja dah licin, so letak ja pinggan kedua, Boboboy dok sengih nak lagi. Sayangkan anak, bagi juga yang itu untuk anak la kan3. Ambil pinggan ke tiga, so baru Ibu dapat merasa. Elok Ibu habis, Boboboy pun sama habis his 2nd plate, tak puas lagiiii haaaa. So sambung lagi sepinggan, dan sebelum balik his final plate he3. Suka sungguh Boboboy dengan sashimi & sushi dari Olive Tree Hotel malam tu. Fresh betul, memang cair didalam mulut weeeii


Satay ayam, daging dan gado-gado bersama kuah kacang, serta aneka jeruk buah



Kids corner dengan pilihan menu seperti pizza, wedges, ayam pandan serta pop corn


Pencuci Mulut

Barisan pencuci mulut dengan aneka jenis kek, puding, jeli, serta kuih muih tempatan


ABC, cendol dan aneka pilihan minuman sejuk


Ihya Ramadhan Alaf Baru di Olive Tree Hotel Penang


~~~ The End ~~~

0