Thursday, August 31, 2017

Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Dikesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 60 TAHUN. Walaupun kita ni sebenarnya mempunyai fahaman politik dan berbeza, namun sambutan kemerdekaan merupakan lambang kesyukuran kita terhadap rahmat Allah yang memberikan kita ruang dan peluang untuk hidup sebagai manusia bebas dimuka buminya yang sementara ini. Semoga kita semua sebagai rakyat Malaysia terus dilindungi dan diberkati AMIN.

Baiklah, untuk entry kali ini, saya degan sukacitanya (cecewah3 he3) ingin sekali lagi berkongsi satu lagi resipi dengan periuk ajaib Noxxa. Resipi kali ini adalah Sup Tulang & Gear Box.


Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa


Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box

Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box | Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha, makanya, resipi ini boleh dijadikan rujukan untuk menyediakan juadah hidangan kepada para tetamu. Bahan-bahan dan cara penyediaan seperti biasa memang MUDAH dan CEPAT. Kiranya dijamin pejam mata boleh masak juga yer he3. Jom layan ceritera resipi D'Dapur Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa.


Bahan-bahan Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa :

~ Ekor Lembu (dalam 500g)
~ Gear Box (2 ketul)
~ Perencah sup Adabi (2-3dudu) - dibancuh dengan air
~ Bunjut sup 
~ Lada hitam (10biji)
~ Bawang putih (3-4ulas) - diracik
~ Halia (1inci x 2)
~ Batang daun bawang (2ketul)

Psssssttt, MUDAAAAHHH sangat-sangat kan3. Seperti biasa kita lempar masuk periuk, tumis sebentar dan terus setkan timer memasak dalam periuk ajaib Noxxa


Kaedah Memasak Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa :


Seperti biasa sila rujuk video penuh kaedah memasak sup tulang dan gear box periuk ajaib Noxxa


Hasil akhir setelah dimasak didalam periuk ajaib Noxxa selama 50minit

Video hasil akhir Sup Tulang & Gear Box Periuk Ajaib Noxxa

Memang slurp2 menikmati bersama keluarga



~~~ The End ~~~
2

Wednesday, August 30, 2017

Resipi D'Dapur Nasi Mandy Ayam | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Nasi Mandy Ayam | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa

Resipi D'Dapur Nasi Mandy Ayam | Mudahnya Memasak Dengan Periuk Ajaib Noxxa | Assalammualaikum dan selamat tengah hari. Baiklah dari segmen review JJCM cuti-cuti, mari kita beralih arah pula kepada entry Resipi D'Dapur. Sebelum ini saya telah up entry pertama resipi periuk Noxxa di SINI (Sup Ayam 15 Minit).

Kali ini saya ingin sambung lagi resipi dapur secoet saya dengan menggunakan periuk ajaib NOXXA. Masih lagi mengekalkan tema yang sama iaitu MUDAH, CEPAT dan insyaAllah dijamin SEDAP, jom kita layan ceritera resipi dari dapur saya.


Nasi Mandy Ayam Periuk Ajaib Noxxa

Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Nasi Mandy Ayam

Bahan-bahan Dan Kaedah Memasak | Resipi D'Dapur Nasi Mandy Ayam | Kalau nak diikutkan terdapat pelbagai jenama rempah Mandy di pasaran. Ada yang untuk Mandy ayam dan ada untuk daging/kambing. Memang sesuai sangat kalau anda ingin menyediakan resipi Nasi Mandy ayam ini bersempena dengan Hari Raya Haji yang akan tiba hujung minggu nanti. Dengan itu, kali ini saya akan berkongsi ceritera versi saya sendiri tentang Resipi D'Dapor Nasi Mandy Ayam. Jom laayaaaaannnnn.


Bahan-bahan Nasi Mandy Ayam Periuk Ajaib Noxxa :

 ~ Rempah Mandi Ayam jenama Al-Hexa (3-4sudu)
~ Beras basmathi (4cawan) - direndam di dalam air

~ Ayam bahagian paha (2ketul) - disapu dengan rempah mandy & diperap sementara
~ Minyak sapi (2-3sudu) - untuk menumis
~ Bawang besar (1biji) - diracik (untuk menumis)
~ Bawang merah (3-4biji) - diracik (untuk menumis)
~ Bawang putih (3-4ulas) - diracik (untuk menumis)
~ Halia (1inci) - diracik (untuk menumis)
~ 3 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih) - untuk menumis
~ Buah pelaga (2-3biji) - untuk menumis
~ Air (4cawan)


Kaedah Memasak Nasi Mandy Ayam Periuk Ajaib Noxxa :

Video kaedah penyediaan Nasi Mandy Ayam Periuk Ajaib Noxxa

Psssstttt, sila abaikan keadaan dapur secoet saya yang bersepah itu yer, sila fokus, FOKUS kepada kaedah penyediaan nai mandy sahaja he3 :P


Tadaaaaaaaa
Nasi Mandy Ayam
Hasil 'hot & fresh' dari periuk Noxxa-ku sayang gitew


Saya belanja satu lagi video di saat Nasi Mandy Ayam digembar-gemburlan he3 :p

Tadaaaaaaaaaaaaa (lagi)
Hasil akhir Nasi Mandy Ayam Periuk Ajaib Noxxa yang telah sedia untuk dijamah bersama keluarga tersayang

Ini pula dalcha Opah yang memang terangkat bila dimakan dengan Nasi Mandy Ayam

Psstttt, dalcha ni Opah masak guna dapur konvensional yer :p



~~~ The End ~~~
2

Tuesday, August 29, 2017

Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Cuti-cuti JJCM di Perlis

Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Cuti-cuti JJCM di Perlis

Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Cuti-cuti JJCM di Perlis | Assalammualaikum dan selamat tengah hari semua. Ini merupakan entry terakhir berkisar tentang cuti-cuti JJCM saya sekeluarga ke negeri Perlis. Sebagai penutup saya akan berceritera tentang tempat penginapan kami sekeluarga sepanjang berJJCM di negeri Perlis iaitu Hotel Seri Malaysia Kangar.


Hotel Seri Malalaysia Kangar | Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar

Hotel Seri Malalaysia Kangar | Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Saya telah membuat tempatahn Hotel Seri Malaysia melalui laman web Traveloka (Pssssttt, memang laman web ini menjadi pilihan saya oleh kerana harga yang ditawarkan lebih murah, dan ditambah lagi dengan tawaran diskaun tambahan melalui voucher).  Harga sebenar bilik yang saya ambil ini +-RM140.00/malam, tetapi selepas ditolak kupon voucer dari Traveloka, saya hanya perlu membayar +-RM104.00/malam. Muraaaaahhhhh dan sangat berbaloi bagi rakyat marhaen seperti saya he3. Jom layan ceritera bergambar mengenai review saya tentang hotel ini.


Saya memilih Standard Twin room dengan 2 single bed

Ruangan meja kerja berhadapan dengan katil
Serta terdapat juga side table bersebelahan


Ruang bilik memang luas dan selesa

Ruang masuk (pintu utama) dengan side build in cabinet dan pantry

Ruang dalam almari dan juga kemudahan standad pantry


Ruang mandi dan tandas

Psssttt, walaupun ruang ini agak terhad tetapi masih lagi selesa

Gazebo di ruang taman di hadapan bilik di Hotel Seri Malaysia Kangar

Psssttt, ruang ini memang bersih dan luas. Memang sesuai untuk bersantai bersama keluarga di kala petang. 

Tempat PEBERET Boboboy seketul
vvvvvv
Kolam renang

Psssttt, memang luas kolam renang di Hotel Seri Malaysia Kangar ni. Ruang renang dewasa dan kanak-kanak diasingkan

Sesi poolin Boboboy dengan Ayah

Dengan robocar poli kena rejam mandi :P

Iols belanja video keterujaan Boboboy dok main 'fire-fire' dengan Ayah eh dalam pool


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Tempat Penginapan Murah Dan Selesa di Kangar | Untuk makluman anda semua, oleh kerana negeri Perlis ini KECIL sahaja, makanya tidak kisahlah anda menginap di Kangar atau di Arau atau Kuala Perlis atau lain-lain daerah di dalam negeri Perlis, anda tidak akan mempunyai masaalah untuk menjelajah keseluruh negeri Perlis yer.

Contohnya, kami sekeluarga menginap di Kangar, tetapi kami tetap boleh makan malam, makan tengah hari dan membeli belah di Kuala Perlis, Arau, dan Padang Besar. Jarak perjalanan tidak begitu jauh. Memang dekat-dekat sahaja. So, kalau anda berminat untuk menginap di Hotel Seri Malaysia Kangar Perlis, boleh rujuk maklumat seperti di bawah ini yer. Harap dapat membantu anda serba sedikit he3.


Hotel Seri Malaysia Kangar

Alamat :
Lot 8101, Mukim Utan Aji,
Kangar Perlis

No Tel :
04-977 1777



~~~ The End ~~~

2

Monday, August 28, 2017

Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik di Perlis

Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik di Perlis

Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik di Perlis | Assalammualaikum dan selamat pagi. Alhamdulilah, kita diberi kesempatan untuk berjumpa diminggu yang baru. Semangat sungguh minggu ini he3. Iyerla, kita kan akan bekerja untuk 3 hari sahaja lagi dan seterusnya bercuti semula untuk 4 hari bagi menyambut hari kemerdekaan dan Raya Haji.

Baiklah, untuk entry kali ini, ianya merupakan entry terakhir untuk misi Jalan-jalan Cari Makan di Perlis. Kali ini saya akn berkongsi dengan anda semua satu lagi port WAJIB singgah untuk menikmati makanan enak dan murah di negeri Perlis. Nak tahu dimana???? makanan apa????
v
v
v
v
v
v
v
v
Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

Masakan Kampung Orang Melayu Original | Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

Masakan Kampung Orang Melayu Original | Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Konsep makanan di gerai Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar ini adalah masakan kampung orang melayu ORIGINAL. Sewaktu kami sekeluarga singgah makan disini ianya masih lagi awal (kira-kira jam 12.30 tengah hari), TETAPI lauk pauk sudah mula kehabisan he3. Nampak sangat gerai ini diserang lebih awal.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakkan pelanggan gerai ini adalah orang tempatan. Mungkin peduduk tempatan gemar kesini kerana harga yang memang MURAH selain rasa masakan yang sedap.


 Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

 Barisan lauk pauk yang ditawarkan

Pssttt, maaf la yer, oleh kerana sewaktu ketibaan saya disini, lauk pauk kebanyakkannya sudah mula habis, makanya saya tidak tangkap gambar setiap lauk itu. Secara keseluruhannya, lauk pauk yang ada adalah ayam/daging/ikan/ masak lemak, sambal tumis, masak asam, sup, masak merah, rendang dan lain-lain.

 Terdapat juga ulam-ulaman, sambal belacan dan ikan masin

Yang paling WIN
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dah tentuuuuuuuuu la
 Ikan keli bakar

Ikan keli goreng


Psssttt, memang FRESH dan ENAK sungguh isi ikan keli ini tau3. Antara keli bakar dengan keli goreng saya paling suka keli goreng. Kriuk2, kriuk saya kunyah segala tulang temulang ikan itu sehingga kepala tau3. Sedaaaappp ya amat. Serious, anda WAJIB cuba tau3.


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | | Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | | Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar | Seperi biasa, saya akan berkongsi dengan pembaca lokasi serta maklumat perhubungan jika anda berminat untuk mencuba Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar.


Fauzi Nasi Campur Ikan Keli Bakar

Alamat :
Kampung Batu Hampar, 02400, Kangar, Perlis

No Tel : 019-4785909 / 013-4980230



~~~ To Be Continued ~~~
2

Saturday, August 26, 2017

Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Seterusnya, hari ini kita akan terus sambung dengan port WAJIB JJCM di Perlis iaitu Edah Ikan Bakar Kuala Perlis. Sebenarnya gerai ikan makan ini terletak di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis.


Keluarga kecilku, Alhamdulillah

Nikmati Makanan Laut Yang Pelbagai | Edah Ikan Bakar Kuala Perlis

Nikmati Makanan Laut Yang Pelbagai | Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis ni memang macam-macam gerai iakn bakar yang ada. Rasanya lebih dari 10 gerai. Ada yang memang sudah menjadi sebutan dan dikenali. Tetapi, untuk hari kejadian, saya memilih untuk tidak 'go for the name'. Saya lebih kepada meninjau dengan sendiri dahulu jenis dan kepelbagaian makanan laut yang ditawarkan oleh gerai-gerai di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis itu.

Makanya, biasalah kalau dah namanya Medan Selera atau Medan Ikan Bakar, sudah pasti anda akan di dekati oleh pengusaha-pengusaha gerai untuk duduk dan makan di gerai mereka kan2. Saya FAHAM, tapi memang terkilan dengan satu pengusaha gerai ikan bakar yang agak ternama itu, yang seperti tidak menghormati pelanggan. Mereka seolah memaksa pelanggan untuk duduk dan makan di gerai mereka. Apabila kita memberi jawaapn nak lihat-lihat dahulu, boleh pulak dengan menjuihkan mulut terus berkata dengan nada memperli "Sama ja kak, pi la tengok kedai mana pun. Sama ja ikan n udang yang ada". #eh3, sama ka tak sama ka, itu hak pelanggan la kan3. Nak tengok ka, nak bertanya ka, nak makan ka. Saling menghormati hak masing-masing.

Saya memang menggalakkan jika anda ingin menikmati makanan laut di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis ini, silalah rajinkan diri untuk suvey dahulu sebelum membuat keputusan akhir untuk makan di gerai mana. Selain perbezaan jenis makanan laut yang ditawarkan, kesegaran serta harga juga dalah berBEZA yer. Maka pilihlah dengan bijak dan mengikut bajet anda. Oklah, saya tidak mahu membebel panjang lgi, jom layan ceritera bergambar pilihan makanan laut kami sekeluarga di hari kejadian.                                 

Tadaaaaaaaaa
Menu pilihan di gerai Edah Ikan Bakar Kuala Perlis :
Ikan Merah Bakar
Lala bercili
Sotong celup tepung
Kailan ikan masin
telur dadar
Ulam ulaman dan air asam
Air tembikai

WIN :
Ikan Bakar (Psssttt, saya memang suuukaaa sangat ikan bakar jenis tidak bersambal. Setakat ini hanya di Perlis sahaja saya dapat merasai ikan bakar yang jenis letak garam kunit ni sahaja. Memang terselah keSEGARAN dan manis ikan tu tau)
Sotong celup tepung (Psssttt, sotong tu memang saya pilih. Jenis sotong yang besar dan panjang tu. Sekali lagi memang SEGAR ya amat. Tepung celup tu pun memang sedap)
Ulam-ulam (Pssttt, memang mabeles sungguh laaaaa rebung dan terung bakar dia, teringat sampai sekarang)
Air Tembikai (Psstttt, memang fresh dan penuh rasa buah. Berbalo-baloi sebab memang satu jug besar tau3)

TOTAL Harga semua kalau tak silap tak lebih RM90.00
Bagi saya MURAH sangat2

Psssttt, cumanya agak terkilan dengan dua item iaitu lala bercili dengan kailan goreng. Ini kerana untuk lala tu, saya tidaklah pilih seekoe-seekor kan2, yang saya lihat dipamerkan didalam bekas (mentah) tu semua hidup2 lagi, tetapi malangnya bagi pinggan yang dihidangkan (masak) kepada kami, boleh dikatakan separuh dari lala itu busuk/hanyir a.k.a tidak segar. Saya malas nak komplen dekat pemilik gerai kerana cuba bersangka baik a.k.a mungkin memang lala mentah itu telah bercampur. Untuk kailan pula, portion yang dihidangkan tu sedikit sangat he3. Rasanya tu ok. Itu sahaja komen ikhlas berdasarkan pengalaman saya sendiri. 

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Edah Ikan Bakar Kuala Perlis

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Edah Ikan Bakar Kuala Perlis | Bagi anda yang ingin mencuba Edah Ikan Bakar, bolehlah rujuk maklumat seperti dibawah ini :





~~~ To Be Continued ~~~
0

Friday, August 25, 2017

Padang Besar  | Jalan-jalan Cari Makan Di Perlis

Padang Besar  | Jalan-jalan Cari Makan Di Perlis

Padang Besar  | Jalan-jalan Cari Makan Di Perlis | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Baiklah, sebelum sambung ke motif sebenar entry ini, ingin saya war-warkan terlebih dahulu, bahawasanya untuk tempoh beberapa hari ini, segala entry yang saya up adalah berkisar tentang misi Jalan-jalan Cari Makan di Perlis bersama keluarga tersayang saya yer. 

Sesudah memenuhkan perut sekeluarga dengan nasi daging bakar di Nostalgia Honey Daging Bakar, kami sekeluarga seterusnya meneruskan perjalan ke Padang Besar. Ini merupakan misi singkat jalan-jalan cuci mata dan juga jalan-jalan cari makan (sudah semestinya la kan3). Jom layan ceritera bergambar seterusnya.

 Padang Besar, Perlis

Membeli-belah Dan BerJJCM | Padang Besar, Perlis

Membeli-belah Dan BerJJCM | Padang Besar, Perlis | Sebenarnya kami singgah sebentar sahaja di Padang Besar ni. Saja-saja nak cuci mata dan poket. Kalau nak diikutkan tidak ada apa sangatpun yang kami sekeluarga borong. Saya cuma membeli 4helai tshirt untuk Boboboy. Opah seperti biasa memang akan beli buah mempelam he3. Mr. Hubby turut memborong beberapa helai seluar jeans. Haaaaaaa selain itu, Ayah & boboboy dah tersangkut membeli cermin mata hitam. Anak & Ayah beli yang sama, boria la kan3. Oleh kerana kami pergi tu waktu tengah hari, dah tentu panas berbahang. Memang tidak boleh lama. Cepat-cepat beli dan terus sambung dengan JJCM serba sedikit di Padang Besar. 


Pulut Ayam

Aneka minuman dan sosej

Nak saya upah gambar Boboboy dengan cermin mata hitam barunya :P


Sebenarnya kami lebih banyak beli minuman dari makanan di Padang Besar ni. Iyerla cuaca memang panas terik dengan bahangnya. Setel membeli-belah dan makan kami terus meneruskan perjalan untuk check in hotel. Entry selepas ini saya akan sambung dengan JJCM untuk makan malam dulu yer. Pada akhir episod baru saya akan up entry review hotel di Perlis. 



~~~ To Be Continued ~~~
1

Thursday, August 24, 2017

Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis

Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | Tempat Makan Best Dan Menarik Di Perlis | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Entry ini berkesinambungan dari entry Tempat Makan Best Dan Menarik di Perlis a.k.a Jalan-jalan Cari Makan di Perlis (JJCM). Dalam entry itu saya dan Mr. Hubby 'merempit' berJJCM di Perlis kan3. Seterusnya saya telah berceritera lebih lanjut tentang satu port WAJIB JJCM Perlis iaitu Restoran Kak Su Laksa Beras Asli Dan Segar

Selepas sesi rempitan JJCM hubby & wifey itu, kami sekeluarga sekali lagi bercuti-cuti dan berJJCM di Perlis. Bezanyanya misi JJCM kali ini adalah kami tidak merempit berdua sahaja, tetapi pergi bersama-sama sekeluarga. Kami juga bermalam di Perlis untuk meluaskan lagi misi JJCM he3. Memang jenis saya dengan Mr. Hubby, kalau kami berdua berpeluang untuk menikmati makanan yang BEST, kami akan pastikan Opah & Boboboy pun sama merasainya. Macam tak lengkap kalau satu keluarga tak sama-sama berJJCM dan bercuti-cuti bersama-sama kan3.

Sebagai permulaan, untuk entry kali ini saya akan berceritera dengan terperinci tentang port kedua yang WAJIB anda singgah jika berJJCM di Perlis iaitu Restoran  Nostalgia Honey Daging Bakar.


Restoran  Nostalgia Honey Daging Bakar, Kuala Perlis

Menu Daging Bakar : 100% Daging Segar Tempatan | Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Menu Daging Bakar : 100% Daging Segar Tempatan | Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | Dari nama kedai pun dah tahu menu utama restoran ini adalah daging bakar kan3. Tapi apa yang istimewanya daging bakar di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar ni?????? Haaaaaaaaaa, mari sini saya kongsi pengalaman mengJJCM bersama keluarga disini.


Hiasan dinding di dalam Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Psssttt, artis pun ada yang datang tau3. Restoran ini telah pun beberapa kali kelaur masuk surat khabar. Kiranya memang terkenal la gitew he3.

Barisan menu yang boleh dipilih di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Psssttt, restoran ini menawarkan set daging bakar dan juga ayam bakar ye. Boleh pilih yang biasa atau yang special. Terdapat juga set khas untuk baby/kanak2 (7thn kebawah) dan ianya adalah PERCUMA. Nasi juga boleh pilih sama ada nak nasi putih biasa ataupun nasi kuning.

FREE flow of kordeal water 

Psstttt, konsep minum disini adalah minum sampai kembung he3. Memang akan disediakan 2-3 jenis minuman kordeal dan ianya PERCUMA. Anda hanya perlu ambil sendiri di kaunter air. 

Taaadaaaaaaaaaaa
Menu pilihan kami sekeluarga di hari kejadian

Psssttt, kali ini saya memilih kedua2 jenis nasi, iaitu nasi putih dan nasi kuning. Untuk Boboboy saya ambil set baby (pinggan hijau) la yer, tetapi saya tukarkan daging kepada ayam, jadinya saya perlu tambah harga ayam sahaja. Yang menjadikan kemusykilan saya & Mr Hubby pada hari itu adalah, nasi yang dihidangkan kepada kami tu sekali nasi tambah. Sedangkan saya tak request pun. Untuk makluman semua, nasi tambah adalah PERCUMA juga yer. Sebenarnya tanpa nasi tambah pun nasinya sememangnya sudah lebih dari mencukupi tau3. Memang kami 3 orang tak dapat menghabiskan kesemua nasi tu. Siap boleh pulangkan semula sepinggan nasi kuning yang memang kami tidak sentuh. 

Haaaaaaa, zoom in view untuk nasi kuning daging bakar di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Ini pula zoom in view untuk nasi putih daging bakar di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Aaaaduuuiiiiiiii
Sendiri up gambar
Sendiri telan air liur
Bertabahla seorang blogger :P

Psssttt, paling WIN adalah nasi putih daging bakar. Memang lajuuuuuuu dimakan bersama SAMBAL dan SUP. Mabeleesssssss he3.

Saya memang tak boleh move on dengan SAMBAL di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar
Perrrrgghhhhhhh


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar | So, silalah berJJCM di Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar, Kuala Perlis. Boleh sahaja rujuk maklumat terperinci untuk memudahkan pencarian anda yer.


Peta Lokasi Restoran Nostalgia Honey Daging Bakar

Alamat : 
Kampung Telok, 02000 Kuala Perlis, Perlis

No Telefon : 
017-5021902 (Nisa)
017-4965299 (Pakcik Man)

Waktu Operasi :
Selasa - Ahad (9.30am-7.00pm)
TUTUP setiap Isnin



~~~ To Be Continued ~~~
3

La Herballe Medi & Spa | Pakar Penjagaan Kulit & Kesihatan Di Pulau Pinang

La Herballe Medi & Spa | Pakar Penjagaan Kulit & Kesihatan Di Pulau Pinang

La Herballe Medi & Spa | Pakar Penjagaan Kulit & Kesihatan Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Entry kali ini memang mengujakan tau3. Nak tahu kenapa??? Dah namanya 'ORANG PEREMPUAN' kalau dengar sahaja SPA ka, rawatan KECANTIKAN ka, rawatan 'SLIMMING' ka, rawatan ANTI-PENUAAN ka, dah tentu2 la teruja kan3. Tambah-tambah lagi saya ni yang dah bertahuuuuuuuunnnn tau tak memanjakan mukaku yang "plawless" ini :P. This is WOMAN natural la kan3.

Untuk para pembaca yang berada di Pulau Pinang serta kawasan yang sekitar, sekarang ini anda telah mempunyai satu pilihan TERBAIK untuk mendapatkan rawatan KECANTIKAN dan SPA. Nak tahu di mana???????????? Betul nak tahu???? Mari sini saya kongsi........................................
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaaaaaaaaaaaa.....
La Herballe Medi & Spa 

Majlis Perasmian Natural Medispa Pertama Di Pulau Pinang | La Herballe Medi & Spa

Majlis Perasmian Natural Medispa Pertama Di Pulau Pinang | La Herballe Medi & Spa | Untuk makluman semua pada 6 Ogos 2017, telah berlangsung acara pembukaan rasmi La Herballe Medi & Spa bertempat di Krystal Point, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Saya telah diberi penghargaan untuk turut serta bersama-sama di acara tersebut. Mari saya kongsikan dengan pembaca semua ceritera di hari perasmian tersebut.

 Grand Opening
La Herballe Medi & Spa
Natural Medispa PERTAMA di Pulau Pinang

Barisan tonggak UTAMA La Herballe Medi & Spa

Senyum manis dari saya dan adik-adik blogger Penang a.k.a blogger Lia & blogger Zafirah

Barisan produk-produk La Herballe Medi & Spa

Produk-produk ini kesemuanya adalah produk semulajadi dan halal yer. Terdapat pelbagai pilihan set (set percubaan juga ada) serta saiz dengan harga minium serendah RM20.00 sahaja. 

Sesi penerangan dari beautician Puan Wawa

Pssstttt, santek manis tau beautician kita ni. Hasil dari penggunaan produk La Herballe yang NATURAL semestinya kan3

Kelebihan rawatan di La Herballe Medi & Spa :
~ Medispa pertama yang berasaskan natural & teknologi di Pulau Pinang
~ 100% bahan semulajadi yang dijamin Halal
~ Pelbagai perkhidmatan kecantikan dan kesihatan
~ Menawarkan pilihan perkidmatan secara traditional atau berteknologi

Bilik konsultasi dengan pakar kulit

Bilik rawatan kecantikan

Bilik rawatan spa/body

Bilik rawatan 'slimming'

Perincian perkhidmatan yang ditawarkan di La Herballe Medi & Spa :

Kecantikan / Beauty : whitening/glowing/sooting, anti-aging, wrinkle/fine line removal, face lift/face shaping,/V-shape, acne &scar. melasma/pigmentation, dark circle/eye bag, face hair removal
Badan / Body : slimming, body shaping/body contour & lift, body whitening/glowing, body hair removal, body sauna, body spa


Sesi Rawatan Kecantikan | La Herballe Medi & Spa

Sesi Rawatan Kecantikan | La Herballe Medi & Spa | Saya telah diberi kesempatan untuk merasai sendiri pengalaman mendapatkan rawatan kecantikan di La Herballe Medi & Spa. Satu pengalaman yang tidak akan dilupakan. Ianya turut memberikan kesan yang positif terhadap kulit muka saya. Nal tahu dengan terperinci, jom layan ceritera seterusnya.

Saya bersiap sedia untuk menerima rawatan kecantikan di La Herballe Medi & Spa


Sesi rawatan yang dilakukan secara lemah lembut dan mesraaaaaaa oleh beautician Pn Wawa
Ini kiranya sesi pertama iaitu pembersihan muka yer (menggunakan foam dan juga scrub).

Sesi  face mask dengan menggunakan steam

Psssttt, punya rasa ringan dan sejuk muka saya pada waktu ini sehinggakan memang terlena dibuatnya he3. Sebenarnya rawatan steam dilakukan sebelum sesi pembuangan white\black head. Seterusnya adalah sesudah sapuan mask dibersihkan.

Sesi terakhir
(sapuan krim pelembab untuk mengekalkan rawatan yang telah dilakukan)

Wajah saya SEBELUM rawatan dimulakan

Wajah saya SESUDAH rawatan dilakukan

Psstttt, nampak perbezaan sebelum dan sesudah??? Jelas dan nyata kan3?? Saya yang merasainya lagiiiii laaaa. memang jelas terasa. Sebenarnya saya memang sedar diri, kulit muka saya ini jenis kusam dan tona tidak sekata. Jadinya apabila selesai sesi rawatan wajah saya terasa segar, ringan dan dapat dirasai kelembutan dan terlihat dengan jelas 'glowing' disitu he3


Saya bersama blogger Zafirah sesudah sesi rawatan kecantikan di La Herballe Medi & Spa

Nampaaaaaakkk dakkkk???
SUUUUKAAAAAAnyaaaa dua ketul blogger Penang ini :P

My happy face at La Herballe Medi & Spa

La Herballe Medi & Spa
Alamat : 303-01-30, Krystal Point 1, Jalan Sultan Azlan Shah, 11900, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Telefon : 012-4707799
Intagram : https://www.instagram.com/laherballe_medicpa_penang
Facebook : https://www.facebook.com/laherballepenang



~~~ The End ~~~
0