Friday, October 12, 2018

Royale Affair Wedding Showcase | Royale Chulan Penang

Royale Affair Wedding Showcase | Royale Chulan Penang

Royale Affair Wedding Showcase | Royale Chulan Penang | Assalammualaikum dan selamat petang. Masih berbaki satu hutang entry. Kali ini saya akan berkongsi event terakhir yang saya hadir bersama Boboboy dan arwah Opah eh, iaitu Royale Affair Wedding Showcase di Royale Chulan Penang. Event ini juga berlangsung pada bulan July. Bulan terakhir kami sekeluarga bersama arwah Opah eh. 


Al Fatihah
Norsiah Binti Dahanan

Saya dengan ini ingin menyusun seupuluh jari dan meminta maaf kepada pihak Royale Chulan Penang, terutama sekali Ms Vaysnavee kerana terlewat (sangat terlewat sebenarnya) untuk mencoret entry di dalam blog picisan saya ini. Saya juga amat terharu dan berterima kasih kerana pihak Royale Chulan Penang sangat memahami situasi semasa saya pada ketika itu.

Berbalik kepada entry ini, pihak Royale Chulan Penang telah menjemput saya untuk hadir sama memeriahkan bulan promosi bagi Royale Affair Wedding Showcase. Jom bersama saya menerokai serba sedikit pengalaman pada hari kejadian.



Royale Affair Wedding Showcase
Royale Chulan Penang


Hari Perasmian Dan Pembukaan | Royale Affair Wedding Showcase

Hari Perasmian Dan Pembukaan | Royale Affair Wedding Showcase | Hotel Royale Chulan Penang merupakan sebuah hotel yang terletak di dalam kawasan Tapak Warisan Georgetown World Heritage. Bersesuaian dengan tema dan juga seni reka bangunan hotel ini, ianya memang merupakan salah sebuah hotel yang menjadi pilihan bagi para bakal raja sehari untuk mengabadikan hari istimewa meraka. Maka selari dengan ini, pihak hotel telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu showcase bagi memberikan peluang dan ruang pada yang berminat untuk melangsungkan perkahwinan mereka di Royale Chulane Penang. Ini merupakan peluang keemasan bagi bakal raja sehari untuk mendapatkan promosi menarik dengan harga terbaik.

Tanpa melengahkan masa, jom kita bersama-sama melayari kemeriahan pada hari perasmian Royale Affair Wedding Showcase di Royale Chulan Penang.


Ucapan aluan dan perasmian dari pihak pengurusan Royale Chulan Penang

Red carpet menuju ke ruang pameran Royale Affair Wedding Showcase


Sungguh anggun busana pengantin dan hiasan-hiasan di hari istimewa raja sehari

Kenangan Boboboy bersanding dengan arwah Opah eh


Boboboy menikmati kemeriarahan di hari perasmian 

Sebagai penutup, kami dijamu dengan hidangan yang menyelerakan


Pihak Royale Chulan Penang turut menawartkan pakej untuk raja sehari berserta Bridal Suites

Walaupun showcae ini telah tamat, anda tidak perlu bimbang. Ini kerana anda masih lagi mempunyai ruang dan peluang untuk mendapatkan promosi dan diskaun istimewa terkini. Jika anda berminat sila jangan segan silu untuk menghubungi terus pihak hotel.


Royale Chulan Penang
No 1 & 2, Pengkalan Weld
Georgetown,
103000, Penang

No. Tel. : 04 259 8888
Fax : 04 250 1111

FB : royalechulanpenang

IG : royalechulanpenang

Website : www.royalechulan-penang.com





~~~ The End ~~~
2

Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Makan Best Di Pulau Pinang

Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Makan Best Di Pulau Pinang

Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Makan Best Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Berkesinambungan dari enrty semalam (100 Days New Malaysia Sunday Buffet). Promo tu kan untuk bulan Julai 2018, makanya kali ini saya akan update promosi terkini (Oktober) dari Flamingo Hotel By The Beach Penang untuk Sunday Buffet Lunch.


Penang Lang Porridge Fest
Sunday Buffet Lunch
Promosi bermula Oktober 2018


Kemeriahan Tawaran Menu Masakan Berasaskan Bubur | Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang

Kemeriahan Tawaran Menu Masakan Berasaskan Bubur | Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Seperti nama yang diberi, sudah pastinya menu yang ditawarkan bagi buffet lunch kali ini berasaskan dan berkisar tentang BUBUR. Walau bagaimanapun, janganlah pula anda risau, ini kerana walaupun ianya bertemakan bubur, namun pihak Flamingo Cafe tetap menwarkan pelbagai menu lain untuk melengkapkan selera anda. Untuk lebih jelas apakah pilihan yang ditawarkan, boleh rujuk video dibawah.

Antara bubur yang ada ditawarkan adalah bubur kosong, bubur kentang, bubur 'goji berry' dan bubur ayam
Ini dilengkapan lagi dengan pilihan condiments yang melengkapi bubur seperti kacang goreng, telur masin, ikan masin, ikan bilis dan banyaaaaaaaakkkk lagi
Tidak cukup dengan itu, terdapat juga pelbagai menu masakan berasakan ayam, ikan, daging dan lain-lain
Pendek kata janganlah anda bimbang tentang seleksi pilihan menu (pembuka selera, menu utama dan pemcuci mulut) yang akan anda nikmati kerana ianya pasti berbaloi2 dengan barisan menu yang pelbagai serta meriah


Maklumat Buffet dan Lokasi | Penang Lang Porridge Fest Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang

Maklumat Buffet dan Lokasi | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Sebagai rujukan untuk anda semua, bolehlah merujuk perincian seperti dibawah bagi maklumat lanjut lunch buffet di Flamingo Hotel By The Beach Penang.

Flamingo Cafe
Flamingo Hotel By The Beach Penang
Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia
Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777
Email: rsvn@flamingo.com.my

website :





~~~ The End ~~~
0

Thursday, October 11, 2018

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Makan Best Di Pulau Pinang

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Makan Best Di Pulau Pinang

100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Makan Best Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh yang Maha Esa untuk kembali menjunguk serta mencoret di ruangan blog ini. Agak lama menyepikan diri. Cuba menenerima kenyataan, cuba mengatur kembali langkah hidup, cuba memulakan kembali. Sehingga kini masih lagi dalam proses mencuba. Kehilangan yang sungguh terkesan. Satu-satunya insan yang sentiasa disisi MAK a.k.a OPAH eh.

Al-Fatihah
Norsiah Binti Dahanan


Sebelum pemergian arwah Opah eh, saya berkesempatan untuk membawa Opah untuk review '100 Days New Malaysia' Sunday Buffet Lunch di Flamingo Hotel By The Beach Penang. Apakan daya, saya tidak sempat untuk mencoret di dalam blog pengalaman kami tiga beranak menikmati buffet terlibat. Saya sangat berterima kasih dengan Encik Mokhtar diatas jasa baik beliau yang sangat memahami keadaan saya ketika itu. Walaupun pada ketika itu saya tidak mampu berkongsi pengalaman menikmati buffet lunch di Flamingo Hotel By The Beach Penang, tetapi pada hari ini saya tetap ingin mencoret serba sedikit.

Nak tahu apakah istimewanya?? apakah kelainannya?? dan apakah yang menjadikannya WAJIB untuk anda mencuba sunday buffet lunch di Flamingo Hotel By The Beach Penang??? Jom baca entry saya seterusnya.



Pelbagai Seleksi Makanan | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang

Pelbagai Seleksi Makanan | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Barisan menu yang diketengahkan oleh pihak Flamingo Cafe, Flamingo Hotel By The Beach Penang memang cukup meriah. Untuk makluman anda, Flamingo Cafe memang sentiasa mempelbagaikan menunya untuk hidangan para pengunjung. Hotel ini merupakan antara pilihan utama saya untuk menikmati buffet, tidak kiralah untuk makan tengah hari mahupun makan malam. Ini kerana harga yang ditawarkan sudah pastinya berbaloi-baloi dengan hidangan yang disajikan. Sejak dari dahulu lagi (back to the year 2009), memang menjadi port wajib saya bersama keluarga dan rakan-rakan  untuk buffet Ramadhannya tau3.

Bagi promosi 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch ini, ianya jauh lebih meriah. Sudah seperti satu acara keraian besar-besaran tau3. Dari seleksi pembuka selera, ke seleksi hidangan utama, dimeriahkan lagi dengan seleksi gerai-gerai aksi, dan diceriakan dengan seleksi pencuci mulut. Nak tahu lebih lanjut, jom ikut saya melayari pengalaman dihari kejadian 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch di Flamigo Cafe, Flamingo Hotel By The Beach Penang.


100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Cafe, Flamingo Hotel By The Beach Penang

Seleksi pembuka selera
Pasembur, sotong kangkong, roasted chicken platter, ulam-ulaman dan sambal, kerabu dan acar, chinese cold cut platter, samosa dan banyak lagi


Hidangan utama
Nasi putih/beriani, stir fried clam with black pepper and curry leaf, kurma ayam, otak-otak, sweet potatoes & baby carrot with curry leaf salad, barley bean curd, beef cooked with spiced & tomato paste, boiled egg with spiced and soy, japanese tofu stick with shimeji mushroom, salted fish bone curry with bean puff cockies, stir fried crispy buttered chicken with salted eggs, stir fried nyonya jiu hy char and chili paste, and stir fried seafood mee sua with chive

Seleksi pencuci mulut
Pelbagai jenis puding, kek serta kuih muih tempatan, koktail serta bubur


 


Gerai aksi Mee Goreng & Rebus


Gerai aksi Pondok Panggang/goreng


Gerai aksi Crispy Fried Fritters

Gerai aksi Yam Cake


Gerai aksi Hokkein Mee


Gerai aksi Murtabak


 
Gerai aksi Ayam Golek


Gerai aksi Hor Fun & Shang Mee

Bread, butter & soups

Gerai aksi Cendol Pulut

 
Gerai aksi Aiskrim Goyang


Oleh kerana sambutan yang memang hangat, pihak pengurusan turut menyediakan ruang tambahan di ballroom selain di Flamingo Cafe


Antara seleksi makanan yang menjadi pilihan kami tiga beranak dihari kejadian


Last but not least, saya nak kongsi juga gambar kami tiga beranak pada hari kejadian.

Psssttt, walaupun gambar Opah eh kabur tapi ianya jelas nyata di mata dan hati saya, sob3. Ini merupakan review makanan terakhir yang saya sempat bawa Opah, sob3.

Maklumat Buffet dan Lokasi | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang

Maklumat Buffet dan Lokasi | 100 Days New Malaysia Sunday Buffet Lunch Di Flamingo Hotel By The Beach Penang | Sebagai rujukan untuk anda semua, bolehlah merujuk perincian seperti dibawah bagi maklumat lanjut lunch buffet di Flamingo Hotel By The Beach Penang.

Flamingo Cafe
Flamingo Hotel By The Beach Penang
Jalan Tanjung Bungah
11200 Tanjung Bungah, Penang, Malaysia
Tel: +604-8927 111
Fax: +604-8904 777
Email: rsvn@flamingo.com.my

website :


~~~ The End ~~~
0