Mee Kari Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor
Mee Kari Mudah & Sedap | Resipi D'Dapor | Assalammualaikum dan selamat pagi, selamat hujung minggu yang panjang semua. Selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi yang meraikannya.
Untuk entry dihujung minggu, meh sini kita teruskan entry dengan tema eh hari ini iaitu resepi d'dapor. Sebenarnya entry ini ada dalam draft dari tahun 2022 tau2, tapi akhirnya jadi entry 2023 he3 :P. Resepi ini merupakan percubaan pertama kali saya tau3. Hasil carian google dan saya oleh serba sedikit mengikut suka hati (biasalah kan3, mestilah kita nak olah ikut tekak kita anak beranak, personal touch gitchew :P). So ajiiooooom layan ceritera perkongsian saya tentang resepi Mee Kari.
Mee Kari air tangan Mami Tepen
Bahan-bahannya :
4/5biji bawang merah (dikisar halus)
1 labu bawang putih (dikisar halus)
3-4 sudu cili kisar
2pek kecil rempah kari daging (bancuh bersama sedikit air)
rempah 3 sekawan
segenggam ikan bilis (dikisar halus bersama sedikit air)
RM3-4 santan segar
2 kiub pati ayam
stok ayam
ayam 1/2 ekor (dipotong kecil)
fishball
tauhu kering
Bahan topping :
fishcake (digoreng asing)
sawi (dicelur sebentar)
taugeh (dicelur sebentar)
telur rebus
limau kasturi
Cara-cara penyediaannya :
~ panaskan minyak sedikit dan tumis rempah 3 sekawan bersama bahan kisar (bawang merah, putih, cili)
~ bila dah naik bau, masukkan rempah kari dan sambung tumis sehingga naik bau lagi dan pecah minyak
~ masukkan ikan bilis yang telah dikisar
~ kemudian masukkan ayam, batang sawi, dan juga fishball, tumis sebentar
~ kemudian masukkan air dan santan secukupnya (agak-agak kepekatan mengikut citarasa masing-masing)
~ masakkan sebentar sehingga mendidih, kemudian masukkan kiub pati ayam dan garam/gula secukup rasa
~ akhir sekali masukkan tauhu kering, dan masak sebentar (3-4minit)
~ pabila kuah sudah mendidih, boleh tutup api dan dihidangkan
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Tadaaaaaa, seperiuk besor haaaaaaaa. Hadap la situ dari pagi sampai ke malam selagi tak habis :P, he3
v
v
v
v
v
v
v
Semangkuk mee kari yang tidak dapat di track lagi mangkuk yang dah keberapa :P, he3
Pssstt, mangkuk yang kemudian ni saya tambah twist sikit dengan menambahkan bawang putih goreng rangup dan juga chilly oil homemade saya. Memang sedap ditekak saya kerangupan bawang putih goreng dan kepedasan dari chilly oil itu, baru bertambah kick he3
~~~ The End ~~~