Nasi Dalcha Kassim Mustafa | Makan BEST di Pulau Pinang

10:30:00 AM

Nasi Dalcha Kassim Mustafa | Makan BEST di Pulau Pinang

Nasi Dalcha Kassim Mustafa | Makan BEST di Pulau Pinang

Nasi Dalcha Kassim Mustafa | Makan BEST di Pulau Pinang | Assalammualaikum & selamat pagi uols. Weewiiiittt, jom teruskan entry dengan tingkek ke dua, kerasukan nasi kandar Penang untuk hari ni he3. Tapi kali ni iols nak ceritera tentang nasi dalcha pulop hokeyh. 


Untuk makluman uols selain nasi kandar a.k.a nasi putih, Penang pun PEMES dengan nasi dalcha & nasi beriyani. So sama seperti nasi kandar, restoran yang menyediakan nasi dalcha & nasi beriani ni pun bersepah2 dalam Penang ni yer :).

Sebagai permulaan, jom layan ceritera iols tentang Nasi Dalcha Kassim Mustafa. Sebenornya restoran ni ada banyak branch hokeyh. Tapi dia punya original a.k.a HQ adalah dekat Georgetown yer sayam2 semua.

Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa

Penang ORI | Nasi Dalcha Kassim Mustafa

Penang ORI | Nasi Dalcha Kassim Mustafa | Iols mula makan nasi dalcha dekat Kassim Mustafa ni masa study USM. Kiranya dalam tahun 2000 gitew. Memang jadi port PEBERET la time tu. Tapi lepas "KES" terkena kat Kassim, iols dah BLACKLIST sekejap makan kat sini tau3.

Apa pun bukan tempoh yang mudah yer masa blacklist Kassim tu. Ooohooiiii, petuanya jangan jangan bagi mata ternampak atau terbau nasi & lauk pauk dia tau3. Kalo idak kaaaaaaaaaa, memang tak jadi la blacklist itu he3. Sebab tu ada sesetengah orang panggil nasi dalcha Kassim Mustafa ni "nasi ganja". Aternya sekali pekena pasti nak lagi gitew.

Kaunter makanan Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa

Kaunter roti nan, ayam tandoori, roti canai di Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa

Tema warna rasmi restoran ini adalah hijau kuning naaaaaaa :)

Menu | Nasi Dalcha Kassim Mustafa

Menu | Nasi Dalcha Kassim Mustafa | Dah namanya restoran nasi dalcha, dah tentu2 la menu utama dia nasi dalcha kan3 :P. Tapi kat sini ada jugak nasi putih & nasi beriyani naaaaa. Lauk pauk memang meriah & pelbagai la yer. Jom layan gambor berceritera uols .

Bertingkek2 lauk pauk di Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa

The Nasi Dalcha di Kassim Mustafa

Semua kuah2an di restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa
Tapi yang paling WIN
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Masak hitam daging

Kari burung puyuh

Pssttt : Sebenornya kari ayam kampung dia pun superb tau3. Lagi satu yang MUST TRY adalah dia punya ayam tandoori (roti naan) yer sayam2 semua :)

Personal Rating | Nasi Dalcha Kassim Mustafa

Personal Rating | Nasi Dalcha Kassim Mustafa | Tidak dapat dinafikan lagi keSEDAPan nasi dalcha di Kassim Mustafa ini. Cumanya iols kabor sesiap la, terutama bagi orang luar Penang, kena la lebih berHATI2 bila makan di sini. Kan ker kat atas tadi iols ada bagitau tentang "KES" yang menyebabkan iols blacklist Kassim kan3. Haaaaa, meh iols ceritera sebagai langkah berjaga2 uols sama naaaa.

Topik dia adalah HARGA. Yer uols kena berhati2 tentang harga makanan bila uols makan disini. Bagi makanan yang sudah ada harga tetap (roti naan/ayam tandoori) tak perlu risau. Yang iols maksudkan ialah lauk pauk itu yer sayam2 semua. 

Kadang2 deme suka "GORENG" harga makanan tu, terutama bila time festive seasons yer. Semangkuk kecil (4-5kali sudu dah abes) gulai perut ayam atau seketul ayam kampung regenya boleh jadik sampai RM12.00-15.00. Sedangkan harga sebenar hanya dalam range RM6.00-8.00 saja. Haaaaa, iols terkena "KES GORENG" ini tu yang terus blacklist Kassim tu. Tersentuh hati iols tau3 kena "GORENG". Ater iols orang Penang, membara la kan3 :P.

Kiranya dekat 3tahun la jugak weols blacklist tu tau3. Iols sefamilia mula start makan balik dekat Kassim dalam tahun ni yer sayam2 semua.Ater bila dah lama, hati iols dah sejuk yer dop he3 :). Tapi setakat ni sejarah di goreng belum berulang gitew :P. So secara TOTAL iols kasi rating 4.3/5 untuk Nasi Dalcha Kassim Mustafa.

Lokasi | Nasi Dalcha Kassim Mustafa

Lokasi | Nasi Dalcha Kassim Mustafa | Meh iols share info lokasi Nasi Dalcha Kassim Mustafa dengan sayam2 semua :)



Restoran Nasi Dalcha Kassim Mustafa
Lebuh Chulia,
10200, Pulau Pinang




~~~ The End ~~~

You Might Also Like

5 comments

  1. terliur pagi2 tgk lauk pauk nasi kandaq ni
    sapa x makan nasi kandaq mmg rugi hehe

    ReplyDelete
  2. Haishh! Asal weekend je, masing2 blogging pasal makanan. Jauhnye laaahhh Penang! *telan air liur je lah*

    ReplyDelete
  3. dulu time bcinta tmpt i besarkn badan kt sini la...boleh kata hari2 mkn nasi kandaq kassim mustapa...hahahaha

    ReplyDelete
  4. nasi.kandar lagi ahhahaah terliur tengok ni

    ReplyDelete

Blog Dekat di Hati

Blog Archive