Iblis / Syaitan/ Jin / Hantu ?????? | Kewujudan Alam Ghaib (Part 2)

10:01:00 AM

Iblis / Syaitan / Jin / Hantu ????? | Kewujudan Alam Ghaib (Part 2)

'Benda Singgah' Dalam Badan Boboboy ????? | Kewujudan Alam Ghaib

'Benda Singgah' Dalam Badan Boboboy ????? | Kewujudan Alam Ghaib | Assalammualaikum & selamat pagi uols semua. Kan dalam ENTRY INI, iols dah kabor nak bawak Boboboy pergi ambil 'air penawar' kan2. So weols pergi Klinik Zainal. Untuk makluman uols Kinik Zainal ni ada servis perubatan moden & juga perubatan secara traiditional (islamik). So hari ahad (27.9.2015), pagi2 weols rempit la 3 beranak. Memang dah agak klinik FULL. So bertabah la tunggu turn :).

Elok sampai turn weols tu, masuk bilik doktor. Hubby yang dukung Boboboy, duduk sebelah doktor Zainal. Iols duduk berdepan dengan doktor. Doktor pandang Boboboy, pandang Hubby & pandang iols, SENYUM. Lepas tu, dialog weols :

Doktor Zainal : haaaa, sakit apa???demam ka????
(doktor masih dok senyum pandang iols)

Iols : Demam dah baek doktor. Kami mai ni nak minta air penawar, air bagi lembut hati anak ni. Lepas baik demam ni lain macam sikit la perangai dia doktor. Keja nak marah & bebai ja. Naik risau saya. bla...bla...bla..bla..
(Iols terang panjang lagi masalah bebai Boboboy tu, tapi dah lupa butiran dialog :P he3)

Doktor Zainal : Kat dalam bilik ada bear besaq ka???
(masih tersenyum pandang iols)

Haaaaaaaaa, time tu iols dah berdebor2 hokeyh. Hubby pandang iols. Time tu muka iols memangt dah berkerut habis ghasernya. Dalam hati dah syak benda tak elok dah. Tapi dok bawak bersabor lagi la kan3.

Iols : Haah doktor, ada. Dah lama dah bear tu.

Doktor Zainal : Tak pa. Tak dak apa, ada 'benda' dok singgah badan anak ni. 'Dia' dok dalam bear tu. 'Dia' kacau emosi anak. Dok main2. bla...bla...bla...
(Yang ni pun doktor terang agak panjang, tapi iols lupa lagi butir dialog itu :P)

Haaaaaa, kali ni memang seram sejuk rasa nak menangis dah. Si Boboboy dah tak senang duduk, asyik dok bisin nak mai duduk kat iols. Tapi Boboboy takda la nangis, dok peluk rapat Ayah dia & mulut dok bisin kata nak duduk kat Ibu. Last2 iols tukor tempat dengan Hubby, iols dukung Boboboy duduk dekat sebelah doktor. Doktor dah mula minta pembantu dia sediakan bahan2 ubat untuk Boboboy. Dialog iols, Hubby & doktor Zainal still continue (tak berapa ingat butiran :P).

Tapi, secara kesimpulannya doktor bagitau 'benda' tu dok singgah badan Boboboy & maen emosi Boboboy. 'Benda' tu akan masuk bila time nak kacau Boboboy. Tu yang Boboboy selalu bebai, cari pasai & tak senang duduk. Masa puncak waktu maghrib. Memang betul pun tau3. Iols memang perasan elok time maghrib memang menjadi2 perangai Boboboy. Dengan sengaja cari pasai nak bagi kita marah dia & kerap dok merengek2 & menangis2 tau3. 

Lagi satu, time maghrib tu nak control & cool down Boboboy memang payah sesangat la. Sedangkan kalo ikutkan 'prosedur' memujuk yang weols pakai sama macam sebelum2 ni (yang terbukti keberkesanan :P). Tapi bila time maghrib memang 'keras' betul Boboboy. Lagi satu 'perangai pelik' baru yang Boboboy buat masa bebai tu, dia macam merengus2 (suara garau), dok keraskan tangan & dok buat mata semacam tau3. Iols memang pantang bab2 melawan ni haaaaaaaaa, aternya penyudahnya kena rotan la si Boboboy. Sedih bila ingat2 balik tau3, sob3.

Doktor cakap bagus mai awai, kalo dak takut sebati dengan anak & perangai tu boleh bawak sampai besor. Lepas tu doktor bagi iols sebiji telur (dia bubuh dalam bag pastik hitam). Dia suruh iols gosok telur tu dekat Boboboy (dari ujung kepala sampai ujung ibu jari kaki). Kena baca Bismillah, dan niat dalam hari 'insyaAllah keluar'. Buat tujuh kali, then masukkan balik telur dalam plastik hitam tu dan bagi balik dekat doktor. Pembantu doktor ambil & doktor takda pun terang apa2 pasal 'prosedur' tu. Weols pun tak tanya banyak part yang tu.

Lepas tu, doktor Zainal suruh buang bear besar dalam bilik tu, sekali dengan bear kecik kat luar bilik (ada 2). Doktor kata yang 'paling jahat' hat bear besor tu la. Sedihnya hati iols ni time tu tau3. Iols yang silap pi simpan segala bear2 dalam rumah. Mak dah banyak kali kata soh bagi kat sesapa ja bear besor tu. Ater iols bukannya dok pakai pun. Tapi iols kata sayang, sebab tu hadiah dari Hubby masa cintan cintun dulu. Hubby pun kata tu kenangan, sayang la nak buang.

Lepas tu doktor Zainal kata kena 'cuci', & 'pagar' balik rumah untuk 3 kali magrib. Kena jugak mandikan Boboboy dengan air limau untuk 2 kali maghrib. Lagi satu kena bagi Boboboy minum air yassin. Setiap kali nak bagi minum air yassin kena maca Bismillah, selawat & niat dengan izin Allah 'untuk keluarkan segala benda tak elok dalam badan anak' & boleh juga tambah niat kalau nak anak lembut hati ka, dengar kata ka, apa2 ja la yang kita nak niat untuk kebaikan anak kita.

Memang lepas balik dari klinik tu, hati iols sedeh sangat2. Memang rasa sebak sebab dok marah2 Boboboy, dok rotan Boboboy. Tak sangka pulak ada 'benda' lain. Dok ingat perangai Boboboy 'keras' & degil. 


Hari Pertama Proses Berubat | Kewujudan Alam Ghaib

Hari Pertama Proses Berubat | Kewujudan Alam Ghaib | Lepas balik dari Klinik Zainal, sampai jer kat rumah Hubby terus bungkus semua bear besar & kecil & terus buang dalam tong sampah utama apartment weols. Iols pun mula bagi Boboboy minum air yassin. 

Dalam pukui 2.00pm cenggitu iols pun suruh Boboboy lena. Hubby & Opah lena sama. Weols anak beranak landing kat hall ja, Opah dalam bilik. Tapi iols tak lena pun. Iols memang dok pasang surah 3qul & surah yassin. Elok dalam 30minit Boboboy lena, terus ber'bunyi'2. Kali ni memang kuat, nyaring & panjang sangat. Iols terus gerak Hubby. Memang lama tau Boboboy berbunyi2 tu. Sekali sekala macam mendengus (marah). Iols kuatkan lagi volume surah2. Iols urut2 dada boboboy, peluk cium dia. Iols baca surah 3-qul & surah yassin dekat kepala Boboboy & hembus. Dalam 3 kali la iols buat. Sayu betui rasa hati iols tau3. Tak reti nak cerita kat uols. Sedih, rasa bersalah, marah & geram. Semua bercampur aduk. 

Hari tu memang iols & Hubby plan tak mau bagi Boboboy lena lama2. Just biar few hours untuk hilangkan penat badan dia. Iols & Hubby mula cuba gerak Boboboy secara lembut masa pukul 3.30pm cenggitu. Alhamdulillah, Boboboy bangun. Bebai tu ada jugak tapi sikit2 ja.

Masa tu iols baru sudah masak, so jamu makan la. Our late lunch sebenornya :). Alhamdulillah, lalu Boboboy makan. Pastu Boboboy sambung play dengan Ayah, Ibu & Opah. Ada jugak sekali sekala bebai, tapi tak teruk la. Bila bebai ja, weols pujuk, tak marah2 dah. Kalau pujuk tak jalan weols peluk, dukung & alih perhatian dia. Alhamdulillah, taktik tu berkesan.

Elok masuk maghrib weols terus mulakan sesi 'cuci' rumah, 'pagar' rumah & mandikan Boboboy. Ayah 'cuci' rumah, Opah 'pagar' rumah & iols mandikan Boboboy. Untuk makluman uols, masa 'cuci' rumah tu, Boboboy tak berenti dok tanya soklan dekat iols tau3 ~ ayah buat apa, kenapa kena cuci rumah la, kenapa abang tak sehat la, kenapa abang kena mandi la, macam2 lagi la. Memang la si Boboboy ni jenis suka menyoal, tapi iols memang terasa lain sikit dengan2 soalan2 Boboboy time tu tau3. Iols cuba jawab, tapi berkias2 la kan3. Iols cakap la kena 'cuci' rumah bagi 'bersih' baru abang 'sehat'. Kiranya time maghrib tu Boboboy tak sempat nak 'bebai' ater dok seronok mandi air limau gitew. Elok sudah mandi, Opah pakaikan 'minyak celak' kat Boboboy. Boboboy siap 'solat' maghrib lagi :). Memola solat dengan Opah, pastu sambung pulak solat dengan Ayah, he3.

Malam tu weols anak beranak tido dekat hall. Memang dari Boboboy baek demam weols tido dekat hall, sebab nak lebih lapang, & better air circulation gitew. Dalam pukul 9.30pm weols mula nak tido. Lampu memang tutup semua, kecuali lampu tandas (pintu tandas tutup). Still cerah sebab ada lampu koridor rumah.

Elok nak tido tu iols & Hubby peluk boboboy, iols nampak mata Boboboy dok pandang tingkap depan hall, tak berkelip, pastu dia pandang iols, pastu jari dia tunjuk kat cermin tu dan cakap 'Ibu, HANTU'. Untuk makluman uols, weols bahasakan 'hantu' tu "aum" tau. Boboboy tak pernah sebut perkataan hantu, tapi akan sebut 'aum'. Iols & Hubby pandang sesama sendiri, & terus pujuk Boboboy pejam mata & peluk2 weols. Malam tu memang sepanjang malam iols pasang surah ruqyah, surah 3-qul & surah yassin. 

Alhamdulillah, sepanjang malam takdak langsung Boboboy dok berbunyi atau bebai dalam tido. Tapi, Ayah pulak yang kena kacau malam tu. Uols nak tau, elok dok sedap tido malam tu, tetiba Hubby cuit iols. Terkejutla iols, ingatkan apa2 jadi kat Boboboy. Rupanya Hubby cakap 'benda' tu kacau abang. Meremang la bulu roma iols. Weols terus bangun. Iols tengok jam time tu 12.30 tengah malam. Seb baek Boboboy elok ja lena. Lega la hati weols.

Hubby terus buka lampu bahagian dapur bagi cerah sikit. Iols 'cuci' sekali lagi rumah dengan air limau baki yang guna tadi. Pastu weols sambung tido balik. Tapi memang tak lena la kan3. Aternya pantang Boboboy bergerak sikit, weols hubby wifey mangkit tengok. Takut 'benda' tu kacau Boboboy. Nak dekat Subuh baru tertelap sekejap. Esok tu baru la Hubby cerita detail. Hubby kata time tu Hubby tido menerap, tetiba rasa macam meremang bulu roma dari tangan, tengkok & kepala. Pastu memang rasa 'benda' tu pijak2 belakang Hubby. Time tu hubby macam kena 'tindih'. Tak boleh gerak & bercakap. Lama la jugak baru lepas. Tu yang Hubby terus gerak iols bagitau tu.

Apa pun weols memang bersyukur sebab malam tu Boboboy memang lena & tak da apa2 berlaku dekat dia sepanjang malam. Pagi tu bangun pagi pun ceria ja. Alhamdulillah.


Hari Kedua Proses Berubat | Kewujudan Alam Ghaib

Hari Kedua Proses Berubat | Kewujudan Alam Ghaib | Masa hari kedua tu, iols & Hubby dah mula kojer dah. So iols just tepon my Mak time tengah hari & petang tanya keadaan Boboboy la. Iols memang dah pesan kat mak, bagi Boboboy minum air yassin & make sure dia tak lena lepas dari pukul 4.00pm. 

My Mak memang bagitau haritu mood Boboboy memang baek. Makan pun lalu. Tido time tengah hari kejap ja. Masa iols dok tepon tu memang dok sembang jugak dengan Boboboy. Ceria ja suara dia. Dok tanya Ibu pi mana, dok cerita tadi dia pi kedai ngan Opah, dok cerita dia maen dengan Opah la, makan dengan Opah la :). Lapang dada dengar sora dia haritu tau3.

Iols balik rumah macam biasa & Boboboy sambut depan pintu. Terus peluk cium nak berdukung. Manja sungguh anak Ibu. Mulut dok tak habis cerita apa dia buat hari tu (maen, pi kedai, makan, tengok kartun, bla bla bla :P). Memang iols dok layan sembang & maen Boboboy. Elok nak dekat maghrib tu ada la jugak dia nak mula bebai. Tapi tak 'keras' macam sebelum ni. Dah boleh nego. & dipujuk. 

Bila dia bebai ja, iols terus cakap elok2 "abang, tak baek marah2 macam tu, mai sini kat ibu sayang, cerita kat ibu apa abang nak". Tiap kali bebai & merajuk memang Boboboy lari menyorok belakang tirai la, belakang sofa la. So iols panggil, & hulur tangan ajak dia duduk dekat iols. Alhamdulillah, sekali cakap ja dia mai dekat iols, tapi dok merengek2 sket2 lagi la. So iols just peluk dia, usap2 kepala & mula tanya apa yang dia nak & cakap dia anak ibu yang baik so tak baek bebai2 & marah2 macam tu, nanti berdosa, Allah marah. Lepas tu terus Boboboy good mood & macam lupakan perkara yang dia marah tu. Alhamdulillah. Kalau tak silap iols ada la dalam 2-3kali Boboboy bebai time nak maghrib tu.

Elok saja azan maghrib my Mak terus mula 'cuci' rumah & 'pagar' rumah. Iols pulak mandikan Boboboy. Hubby OT haritu. Patutnya balik dalam 7.30pm, tapi hubby dah bagitau iols dia akan lewat balik haritu sebab nak tunggu lepas waktu maghrib baru balik rumah. Kan tak elok balik time maghrib :). Elok semua dah siap, 'cuci' & 'pagar' rumah serta mandi & pakaikan minyak celak kat Boboboy baru hubby sampai rumah (8.30pm cenggitu).

Masa time malam tu, dalam dok tengok tv ada jugak dalam 2-3kali Boboboy dok nak tunjuk bebai2. Tapi Alhamdulillah under control. Memang terasa la perubahan. Walaupun tak la hilang sepenuhnya, tapi sangat kurang dah perangai pelik2 Boboboy tu. Bila kita pujuk, tegur & marah, Boboboy dah boleh terima & faham. Alhamdulillah.

Masa tido malam pulak, Alhamdulillah tak dak bunyi2 & bebai2 dalam tido dah. Weols masih lagi dok pasang surah ruqyah, surah 3-qul & surah yassin sepanjang malam. Alhamdulillah malam tu semua OK.


Hari Ketiga (Akhir) Proses Berubat | Kewujudan Alam Ghaib

Hari Ketiga (akhir) Proses Berubat | Kewujudan Alam Ghaib | Masa hari ketiga tu Boboboy dah tak payah mandi air limau. Opah just kena 'cuci' & 'pagar' rumah ja. 

Boboboy dari nak dekat maghrib sampai maghrib tu, ada la 2 kali nak bebai. Minor punya ja. Masa dia nak bebai time maghrib tu, iols dah mula bertegas dengan dia. Iols suruh dia duduk depan iols, & iols bagi 'tazkirah' sikit. Walaupun dia macam nak bebai (lari2) tapi dia tak bangun terus, cuma dok kata nak pi sana, nak pi sini cenggitu. Iols cakap la "Tak boleh, ibu tak habis cakap lagi. Abang kena janji dengan ibu, tak mau lagi dok marah2 & bebai macam ni tau. Lepas ni kalau abang buat ibu rotan terus yer. Ibu sayang anak ibu, ibu tak mau marah2 & rotan2 abang tau. Abang faham tak???". Dalam dok merengek2 sikit tu Boboboy jawab "Abang faham". Terus lepas tu iols depa tangan ajak peluk. Alhamdulillah, Boboboy mai duduk atas iols & weols peluk2. Merengek2 manja tu ada lagi sikit. Tapi dalam 2-3minit dah mood ok balik. Alhamdulillah.

Malam tu Ayah ada TTS dengan group motor, so time tengok tv just ada Ibu & Opah saja la. Time tu Alhamdulillah takderla bebai2 apa pun. Cumanya besala, Boboboy tak reti dok diam. Kejap2 ngusik Opah, ajak dok bergomoi :P. Sampai Opah naek marah la jugak. Ater sakit kot hoooiiiii, he3. Dengan iols memang iols dah warning awai2, Ibu tak mau maen2 camtu, sakit. Memang Boboboy kalau nak maen kasar2 sket dia cari Opah dengan Ayah dia. Ni Ayah takdak kan3, sah2 la dia serang Opah he3. Masa Opah marah dia tu, Alhamdulillah takda la dia nak bebai atau merajuk2 lagi dah. Cumanya dia dok tak berhenti ngusik tu la. Last2 iols terus ajak landing2, minum air yassin, sambil tengok tv :).

Malam tu tido pun alhamdulillah semua OK. Ayah balik pun weols anak beranak tak sedor he3.


Masih Dalam Tempoh Pemantauan | Kewujudan Alam Ghaib

Masih Dalam Tempoh Pemantauan | Kewujudan Alam Ghaib | Walaupun segala proses 'berubat' tu dah SETEL. Tapi doktor Zainal ada pesan untuk terus pantau tindak tanduk si Boboboy dalam tempoh seminggu. Kalau masih ada masalah kena jumpa doktor semula.

Doktor pun ada maklumkan, perlu ambil masa untuk hilangkan sepenuhnya masalah tu. Sebab kadang2 tu anak dah terbiasa dengan sikap tu, so kena cuba hilangkan pelan2. Air yassin kena terus minum & terus doa kepada Allah. Perlu terus didik anak untuk berubah & lebih sabar gitew. 



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

7 comments

  1. semoga Boboboy kembali sihat sepenuhnya.. itulah kan risau plak bila dengar macam tu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah boboi dah makin pulih ye Sha... teruskan berdoa....
    seram sejuk baca entry ni..memang wujud gangguan dlm alam nyata ni... kena juga kita berhati2 dan doa moga dijauhkan dr segala gangguan jin & syaitan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulilah semoga dijauhkan benda-benda x elok dari boboboy.

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah... semoga Boboboy sihat seperti sedia kala...

    ReplyDelete
  5. takutnya bnda2 gini ya..
    mksudnya bnda2 gitu mmg mnyorok dlm patung di rumah ke??

    ReplyDelete
  6. memang CT bila dah masuk sek menengah.. tak ada teddy bear dah dalam rumah..
    yg ada skarang ni pun sbb org bagi tapi mmg ada yang dah bungkus kasi orang..
    kalo budak kecil main xpa.. sbb dia anggap tu mainan.. tapi bila kita beli saja suka2 sbb comel tu yang malaikat pun x masuk..

    elok akak kongsi ni.. jadi iktibar untuk semua =)
    harap Boboboy cepat sembuh..

    ReplyDelete

Blog Dekat di Hati