Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies | Resipi D'Dapor

2:49:00 PM

Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies | Resipi D'Dapor

Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies | Resipi D'Dapor

Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies | Resipi D'Dapor | Assalammualaikum & selamat petang uols. Dah lama kan iols tak kongsi Resipi D'Dapor dengan sayam2 semua. Sebenornya resipi yang dok dalam waiting list bertingkek2 ni haaaaaaaa. Aternya iols ni haaaaaa, belom sempat nak up entry he3.

Kan ker dalam entry Hubby 32nd Birthday, iols ada kabor all the menu for the majlis MAKAN MALAM, iols yang sediakan kan3. So meh la iols share RESIPI2 yang berkaitan yer sayam2. Iols molakan dengan KEK birthday Hubby la kan3. Eh3, bukanla kek sebenornya, brownies sajork. Tu pun iols google resipi paaaaaliiinggg MUDAH. Katanya la mudah kan2, tapi bila iols buat, ooohoooooiiiiiiii berpoloh ketiak hokeyh :P. Mekaseh naaaa ENY untuk resipi brownies kedut uols. Sayam Eny :).

Walopun hasil akhir tak semenggah, tapi iols tetap bangga. Aternya tak pernah iols mem-baking hokeyh. Ni 1st time ever in my life, iols baking. Walopun it's just a brownies, tapiiiiiiii hazab la jugaks he3. Meh iols share dengan uols ghoper Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies my version gitew.................................
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Taaadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.........................
Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies

Psstttt : Uols nampak dak betapa banyak batang candles itu???? tu la pasai iols xsempat nak seperaihkan Hubby malam tu haaaaaa. Nak nyalakan 13 batang candles hokeyh :P 
Kalo tak paham iols cakap apa, sila rujuk ENTRY INI

Bahan-bahan | Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies

Bahan-bahan | Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies | Kan ker iols dah kabor iols pinjam resipi Eny-ku sayam kan. So most of the bahan2 weols sama la kan. Tapi ada jugak yang iols durhaka gitew :P. 

Hersheys semi-sweet chocolate (3bar)
150g butter (brand Anchor)
120g gula perang 
50g gula castor
4biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanilla
100 g tepung naik sendiri (brand blue key)
Untuk hiasan : kepingan badam & coklat NIPS

Psssttt : patutnya ada serbuk koko & garam kasar, tapi iols durhaka tak bubuh :P

Cara Penyediaan | Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies

Cara Penyedian | Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies | Seperti biasa iols akan berceritera melaui gambor yer sayam2 semua. So moh ler kita layaaaaaaaaaannnn :)

Sila panaskan oven 160C
Kemudian coklat dipotong halus (macam dlm gambor ateh)

Cairkan butter menggunakan double boiler (sila kacau rata)
Kemudian cairkan pulak coklat mengunakan kaedah double boiler juga (sila kacau rata)
Hasil akhir adalah........
v
v
v
v
v
v
v

Seterusnya, satukan telur, butter cair, gula  castor dan gula perang dalam mangkuk besar
Masukkan esen vanila
Kacau sebati semua bahan (iols guna whisker, tapi uols boleh juga guna senduk kayu atau sudu)

 Sila ayak tepung terlebih dahulu 
Kemudian masukkan tepung diselang seli dengan coklat (yang dicairkan) 

Kacau rata adunan
Sila jangan habehkan semua coklat itu naaaaaa, simpan sedikit coklat untuk dimasukkan di akhir sekali
Setelah masukkan baki coklat, sila kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu/sudip

 Sila gunakan kertas minyak sebagai lapisan bawah (untuk memudahkan brownies dikeluarkan bila sudah masak gitew)
Tuangkan adunan kedalam loyang & taburkan hirisan badam di atas

Psssttt : patutnya iols kena guna loyang (10x10inci) lebih besor. Tapi iols hentam sajork guna my loyang L.O.V.E he3

Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi
Masak selama 30-40 minit
Sila cucuk brownies dengan lidi untuk check sama ada sudah masak atau belom :)

Ni iols nak reveal hasil FRESH from the oven ni haaaaaaaaaa
Tapi uols jangan gelak tau3
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
My own Brownies merekah #eh3 Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies 

Tips Penting Penyediaan | Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies

Tips Penting Penyedian | Resipi Brownies Kedut a.k.a Chewy Gooey Brownies | Walopun ghoper brownies iols tu tak berepa semenggah tapi my Hubby, Boboboy, Opah & my officemate yang makan my brownies kata SEDAP he3. Bagi iols SANGAT SEDAP he3. So betui la "don't judge the brownies by its' look" :P. 

Meh iols kongsi beberapa tips yang iols gunapakai untuk bake my brownies (lagi sekali mekaseh Eny-ku sayam, he3) :

~ Guna Coklat  Couverture  atau coklat compound yang bermutu tinggi ( Contohnya ; Callebout, Hershey atau Beryl's)
~ Pastikan coklat dimasukkan pada akhir adunan
~ Jangan guna mixer dan jangan overmixed adunan. Adunan juga tidak boleh dikacau terlalu lama. Cukup sehinga semua adunan sebati
~ Guna butter yang berkualiti
~ Jangan terlebih bakor. Brownies yang sedap sedikit moist didalamnya. Kalau terlebih bakor, brownies akan cepat mengeras dan  kerinng
~ Selepas siap dibakor, sila biarkan sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit
~ Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong
~ Jangan sesekali masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras (Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk)

Akhir sekali, meh iols belanja sayam2 semua my slice of Chewy Gooey Brownies with ice cream & chocolate NIPS :)






~~~ The End ~~~

You Might Also Like

9 comments

  1. wah sedapnya..nak belajar buat boleh?hihihi

    ReplyDelete
  2. husna dah ambek dah resepi yg hari tu kak el bagi tp sampai la tak buat lg.. hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Nak buat, tapi tak terbuat lagi..

    ni sebab tengok brownies kedut akak la ni... terpengaruh

    ReplyDelete
  4. alahaiii sedapp bebenor.... rajin nya baking... :)

    ReplyDelete

Blog Dekat di Hati

Blog Archive