'Christmas Mystical White Wonderland' Di The Wembley Penang | Krismas Buffet Best 2018 Di Penang

10:12:00 AM

'Christmas Mystical White Wonderland' di The Wembley Penang | Best Krismas Buffet 2018 di Penang

'Christmas Mystical White Wonderland' di The Wembley Penang | Best Krismas Buffet 2018 di Penang

'Christmas Mystical White Wonderland' di The Wembley Penang | Best Krismas Buffet 2018 di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Pejam celik, pejam celik, kita semakin menghampiri penghujung tahun 2018. Sungguh cepat masa berlalu. Sudah pastinya, apabila bulan Disember berkunjung tiba, ini bermakna tibalah juga hari perayaan yang dinanti-nantikan oleh para penganut agama Kristian iaitu Hari Krismas.

Sudah pastinya pada ketika ini sudah ramai akan mula tercari-cari lokasi terbaik untuk menikmati hidangan teristimewa bersama keluarga tersayang. Dengan ini, pihak The Wembley Penang menawarkan pelbagai seleksi buffet untuk makan malam mahupun makan tengahri sepanjang minggu perayaan ini.

Dengan mengetengahkan tema "Christmas Mystical White Wonderland', yang bersesuaian dengan perayaan Krismas itu sendiri. Sudah pastinya para pengunjung akan dapat merasai persekitaran dan emosi perayaan yang dinantikan bersama keluarga dan sahabat handai. Tanpa melengahkan masa, jom bersama saya untuk melayari serba sedikit keunikan buffet bersempena perayaan Krismas 2018 di The Wembley Penang.


Pelbagai tawaran Christmas Mystical White Wonderland di The Wembley Penang bermula dari 23 Disember 2018 sehingga 25 Disember 2018

Puan blog ditemani Boboboy seketul di malam media review Christmas Mystical White Wonderland di The Wembley Penang

Pssttt, Mr Hubby tidak dapat turut serta kerana terikat dengan kerja yang tiada penghujungnya sob3

Kepelbagaian Hidangan Antarabangsa Dan Tempatan Menanti | 'Christmas Mystical White Wonderland' di The Wembley Penang

Kepelbagaian Hidangan Antarabangsa Dan Tempatan Menanti | 'Christmas Mystical White Wonderland' di The Wembley Penang | Para pengunjung boleh menikmati buffet bersempena perayaan Krismas di Wembley Cafe, The Wembley Penang. Sudah pastinya apabila melangkah masuk ke dalam cafe, para pengunjung akan terpukau dengan sinaran kemewahan dan eksklusif lampu chandilier dan juga dibahagian "buffet line". Memang lain dari yang lain. Ianya seoalah turut membangkitkan emosi dan suana penuh mistikal, bersesuaian dengan tema yang diketengahkan iaitu Christmas Mystical White Wonderland. Mari kita bersama-sama melayari serba sedikit pengalaman yang dapat saya dan Boboboy rasai pada malam kejadian.


Barisan buffet yang disediakan di Wembley Cafe, The Wembley Penang

Pssttt, barisan buffet ini merangkumi bahagian hidangan pembuka selera, hudangan utama, sushi dan sashimi, soup serta hidangan tambahan. Untuk perincian boleh rujuk entry seterusnya dibawah ini.


PEMBUKA SELERA

Seafood on ice

Pembuka selera bertemakan masakan tempatan


Sate ayam, sate daging, kuah kacang, keropok papadom, keropok ikan, bebola daging serta sos pencicah

Condiments a.k.a pencicah bagi pembuka selera (seafood on ice, sate dll)

Buah-buahan

Rojak

Bread pudding cherries


Ginger tea with dumpling

Bread and soup (kiam chai ark and winter squash soup with smoked chicken & ground nutmeg)


Cheese counter


Salad bar & condiments


Pembuka selera bertemakan Japanese food
(sushi, maki, and shashimi)



HIDANGAN UTAMA

Wok fried prawn & stink bean with cincalok


Wok fried mantis prawn with sweet & sour sauce


Ikan siakap


Nyonya chap chai with bean curd stick


Mussel with citrus cilantro mayonnaise & ebiko


Gratinated oyster with garlic & tomato sauce


Sliced lamb leg with Lebanese tomato salad


Almond crusted salmon, red pepper confit

Psssttt, ini merupakan antara hidangan kesukaan Boboboy dimalam kejadian. Berketul-ketul isi ikan salmon dinikmatinya tau3. Manis asli ikan salmon yang sudah pastinya segar, ditambah penaik rasa dari masakan yang disediakan, menjanjikan keunikan bagi hidangan ini dan adalah WAJIB untuk anda cuba


Smoked medallions of beef with chestnut & tarragon sauce

Saya sambil menaip entry ini, seolah-olah masih dapat menghidu aroma serta merasai rasa hidangan ini tau2. Memang terbaik bagi pendapat peribadi saya. Isi daging yang lembut, penuh jus, ditambah dengan gravy itu, peerrrghhhhhh. Sambil makan, sambil menikmati keharuman bau, sambil makan, sambil bau lgi tau3


Wok fried clam with tauchu

Pssstt, sebuah lagi hidangan pilihan saya dimalam kejadian. Memang sesuai sungguh clam itu dengan gravy tauchu. Saya penggemar masakan tauchu tau3, sudah pastinya melompat kegirangan pabila berjumpa menu ini he3

Inchi cabin & sos pencicah istimewa

Penang Char Koe Teow with prawn & cuttlefish


ACTION STATION

Tempura (sayur-sayuran, udang, cendawan, shishamo dan ubi)


Nasi ayam, itik dan ayam panggang sert ayam kukus


Psstt, jika anda pernah membaca entry2 review saya sebelum ini, sudah pasti anda tahu yang ianya memang menjadi satu keWAJIBan untuk saya menikmati itik panggang di The Wembley tau3. Boleh meroyan kalau tak ambil he3

CARVING STATION

Roasted turkey, chestnut stuffing with glazed sweet potatoes and brussels sprout, and cranberry sauce, giblet gravy



PENCUCI MULUT


Aiskrim & chocolate fountain

Pssttt, aiskrim di The Wembley Penang ni memang terbaik. Paling saya suka perisa coklat. Dia punya rasa memang original dan tekstur aiskrim tu memang lembut. Kadang-kadang macam 'chewy' tau3, tapi cair didalam mulut. 

Pelbagai jenis kek, tart, mouses, 'ginger bread', biskut, coklat, gula-gula, macaroon serta tidak ketinggalan kuih muih tempatan


Sudah semestinya wajib di setiap buffet iaitu ABC kaunter


Coffee and tea


Tu diaaaaaa haaaaaiiihhhhhh, bertingkek-tingkek pinggan mangkuk cawan kami dua beranak he3

Pssstt, seperti biasa, ini hanya diantara pinggan mangkuk cawan yang 'diusahakan' kami dua beranak yer he3. Yang lain-lain tidak sempat disnap dah :p. Antara kesemua menu, yang menjadi pojaan hati saya secera peribadi adalah masakan dagingnya (Smoked medallions of beef with chestnut & tarragon sauce), tempura (udang dan cendawan), itik panggang serta secawan cappucino. Haaaaaa, pertama kali menghabiskan secawan tau3. Punyalah sedap sehingga tidak boleh berhenti, dan akibatnya saya tidak dapat melelapkan mata sehingga jam dua pagi. Bagi Boboboy seketul, memang terserlah dia amat menyukai nasi ayam dan steamed chicken, ikan salmon (Almond crusted salmon, red pepper confit), pizza, serta aiskrim.


Akhir sekali meh saya belanja gambar Boboboy dengan penuh berselera pulun nasi ayam dan steamed chicken. Tak toleh kiri, tak toleh kanan he3 :p


Maklumat Buffer Dan Lokasi | 'Christmas Mystical White Wonderland' di The Wembley Penang

Maklumat Buffer Dan Lokasi | 'Christmas Mystical White Wonderland' di The Wembley Penang | Dengan ini saya berharap anda juga dapat merasai keunikan dan suasana magikal bersama yang tersayang. Sudah tiba masanya untuk meraikan musim cuti sekolah serta perayaan Krismas, dengan itu jangan tunggu lagi, segeralah menempah untuk menikmati buffet di The Wembley Penang. Maklumat perincian buffet dan harga ada;ah seperti di bawah.

White Neverland Christmas Buffet Dinner
23 Dec. 2018
6.30pm - 9.45pm
RM117nett (Adult), RM58nett (Child), RM82nett (Senior Citizen)
.
Mystical White Wonderland Christmas Eve Buffet Dinner
24 Dec. 2018
6.30pm - 9.45pm
RM140nett (Adult), RM70nett (Child)
.
Mystical White Wonderland Christmas Day Buffet Lunch
25 Dec. 2018
12.00noon - 3.00pm
RM67nett (Adult), RM33nett (Child), RM47nett (Senior Citizen)
.
Mystical White Wonderland Christmas Day Buffet Dinner
25 Dec. 2018
6.30pm - 9.45pm
RM117nett (Adult), RM58nett (Child), RM82 (Senior Citizen) 

Lokasi
Wembley Cafe, The Wembley Penang

Contact 
04-2598123

Laman sesawang

Facebook

Instagram



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

0 comments

Blog Dekat di Hati