Thursday, June 13, 2019

Boboboy Adalah Peminat Tegar Tobikko Sushi | Food Court AEON Queensbay Mall

Boboboy Adalah Peminat Tegar Tobikko Sushi | Food Court AEON Queensbay Mall

Boboboy Adalah Peminat Tegar Tobikko Sushi | Food Court AEON Queensbay Mall | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Kini kita kembali semula kepada rutin harian seperti biasa setelah sebulan dengan rutin berpuasa kan3. Semoga kita akan diberi kesempatan untuk bertemu sekali lagi Ramadhan ya Karim, Amin. Apapun, masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog picisan saya ini. Tidak kiralah kita hanya berkenalan di alam maya (dunia blog atau FB atau IG atau youtube) ataupun anda juga mengenali saya di alam nyata. Dengan ini saya mengambil kesempatan ini menyusun sepuluh jari, memohon maaf zahir dan batin. Semoga perkenalan dan ukhwah yang terjalin tidak terputus, Amin.

Rasanya seolah-olah sudah agak lama saya tidak bercoret berkaitan perihal anak seketul a.k.a Boboboy di dalam blog saya kan3. Adakah sesiapa yang rindu :P. Iyerla, Ibu ni kira nak update review makanan sahajaaaaaa. Makanya kali ini meh sini saya berceritera serba sedikit perkembangan anak seketul Ibu dan Ayah.

Menghiburkan Hati Anak Seketul | Boboboy Adalah Peminat Tegar Tobikko Sushi

Menghiburkan Hati Anak Seketul | Boboboy Adalah Peminat Tegar Tobikko Sushi | Memang Boboboy ni menurun arwah Opah eh, peminat sushi. Sushi yang sentiasa menjadi pooojaaann hati Boboboy adalah Tobikko sushi atau sushi telur ikan. Memang hantu sungguh dengan sushi Tobikko ni. Dia seorang sahaja pun boleh habiskan sehingga 6 biji tau3.

Baru-baru ini, kami berkesempatan berkunjung ke food court AEON Queensbay Mall. Memang syurga makanan la kan3. Dalam banyak2 makanan tu, sushi teeetaaaappp menjadi pilihan Boboboy seketul. 


Haaaaaa, nampak tak ketekunan dan kekusyukkan Boboboy seketul dalam menikmati Tobikko sushi

Dah makan sushi bertingkek2, esoknya baru Boboboy insaf dan membakar lemak di gym ofis Ibu
Sakan Boboboy dok berjalan dan berlari atas treadmill
beratus kilometer ok, dah bakor lemak bertingkek2 haaaa
tak berhenti disitu, Boboboy sambung pula dengan dumb bell
Haaaaa, berketak-ketak la badan Boboboy lepas ini :P



~~~~ The End ~~~~

2 comments:

  1. sushi aeon memang sedap.
    aida pun pembeli tegar.
    aida & kak nurin peminat.
    hampir semua sushi situ kami da cuba :)

    ReplyDelete
  2. Sushi EON sis suka juga! murah tapi best.... eh, Rupanya kita fren kat fb tp blog x follow lg... sis follow blog awak... =D

    ReplyDelete