The Golden Mushroom : House Of Steamboat & BBQ | Makan Best Di Penang
The Golden Mushroom : House Of Steamboat & BBQ | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua pembaca kesayangan. Bagi entry saya dikali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua, sebuah restoran HALAL yang menawarkan hidangan yang berkonsepkan steamboat dan BBQ di Pulau Pinang. Jom bersama-sama saya melayari ceritera terperinci pengalaman saya bersama keluarga tersayang menikmati hidangan makan malam di The Golden Mushroom : House Of Steamboat & BBQ.
Steamboat Halal, Murah, Sedap Dan InsyaAllah Menambat Selera | The Golden Mushroom : House Of Steamboat & BBQ
Steamboat Halal, Murah, Sedap Dan InsyaAllah Menambat Selera | The Golden Mushroom : House Of Steamboat & BBQ | Saya masih ingat lagi beberapa tahun sebelum ini, apabila kita mencari restoran steamboat dan bbq yang halal, sudah semestinya pilihan yang kita ada adalah Seoul Garden. Saya memang sejenis yang sangat menyukai menu masakan berasaskan steamboat dan grill. Kalau tidak ke Seoul Garden, satu lagi opsyen untuk saya menikmati hidangan berkonsep begini adalah pabila berkunjung ke Cameron Highlands ataupun ke Kuala Lumpur/Selangor. Haaaaaaa, nampak tak betapa gigihnya saya berusaha untuk menikmati hidangan steamboat dan grill ini???? Minat kata kau gitew, hingga kehujung dunia aku mencari juga he3.
Tetapi kini sudah bercambah seperti cendawan tumbuh sesudah hujan restoran Halal steamboat dan grill di utara Semenanjung. Tetapi (lagi), kesemua restoran ini (yang didalam pengetahuan saya la kan3) terletak di tanah besar (mainland) Pulau Pinang. Saya tidak pernah lagi bertemu mana-mana restoran halal steamboat dan grill di dalam pulau Pulau Pinang tau3. Tetapi (lagi dan lagi :P), kini jangan gusar, jangan gundah gulana, telah ada The Golden Mushroom : House Of Steamboat & BBQ.
Haaaaaaa, apa yang menariknya, The Golden Mushroom : House Of Steamboat & BBQ ini merupakan restoran steamboat dan grill berkonsepkan indoor. Yang mana ianya menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung dikala membakar dan bersteamboat gitew, kerana persekitaran restoran yang berhawa dingin, dan 'table sitting' yang luas serta selesa. Bak kata lain ianya bercirikan restoran yang 'high end' tetapi harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi. Haaaaaa, saya pasti anda sudah tidak sabar untuk mengetahui lebih lanjut kan3, so marilah kita bersama-sama melayari ceritera bergambar dibawah.
Barisan buffet yang menyediakan pelbagai pilihan item steamboat & bbq
Psssttt, 2 belah barisan buffet (kiri dan kanan), makanya para pengunjung tidak perlu berebut2 atau
Psssttt, juga terdapat dua wing table sitting (kiri dan kanan) yang luas dan selesa untuk para pengunjung. Ianya memang sangat sesuai untuk pengunjung yang berkunjung bersama keluarga ataupun dalam group besar bersama rakan sekerja. Mesra golongan kanak2 dan juga veteran
KAMBING
Jenis perapan : Paprika, bbq, satay dan lada hitam
Jenis perapan : Paprika, bbq, satay dan lada hitam
DAGING
Jenis perapan : Paprika, bbq, satay dan lada hitam
Jenis perapan : Paprika, bbq, satay dan lada hitam
AYAM
Jenis perapan : Paprika, bbq, satay dan lada hitam
IKAN
Jenis perapan : Paprika, bbq, satay dan lada hitam
Jenis perapan : Paprika, bbq, satay dan lada hitam
ANEKA SAYUR-SAYURAN
ANEKA MEE DAN BIHUN
Nasi goreng, cucur dan salad
Aneka minuman sejuk dan panas
Aneka perisa aiskrim Magnolia
Antara menu terbakor dan tersteam dimalam kejadian
Psssttt, harap maklum, apabila kami sekeluarga mula aktiviti bersteamboat dan membakar, memang dah tak toleh kiri dan kanan. Dia kira bakar makan, steamboat makan, bakar lagi makan, steamboat lagi makan. Berulang-ulang gitew. Nasib baik la my sis tetiba cakap "eh adik, hang tak tangkap gambar kita makan ka?". Haaaaaaaa, time tu barulah saya tersedar sebentar :P. Punyaaaaaaaa la kusyuk, punyaaaaa la menikmati sungguh momen-momen bersteamboat dan ber-bbq bersama keluarga. TERBAIKlah The Golden Mushroom : House Of Steamboat & BBQ. Saya memang sehingga hari ini tidak dapat melupakan keenakkan dan kesedapan tidak terhingga kesemua item bbq dan steamboat. Kedua2 sup steamboat memang cukup rasa (perisa sup dan perisa tomyam). Berganda2 kesedapannya pabila manis asli dari makanan laut bergabung didalamnya. Perrghhh, slurp, slurp dihirup. Anak-anak sudah pasti menggemari perisa sup asli, kami golongan dewasa sudah pasti menggemari perisa tomyam. Antara keseua item, yang paling menjadi kegilaan kami adalah KAMBING. Bukan satu atau dua item kambing tau3. SEMUA, keempat2jenis perapan kambing memang SEDAP. perapan yang menyerap sehingga kedasar tulang. Manis dan lembut sungguh. Tapi yang paling TOP2 MELETOP dihati adalah perapan perisa paprika. Memang WIN dan TERBAIK.

My Lovely familia
Psssttt, harap maklum ya, jika terdapat pembaziran/lebihan makanan, pengunjung boleh dikenakan caj. Makanya, adalah dinasihatkan para pengunjung untuk ambil bersederhana dan jangan risau, ianya adalah tiada had untuk anda menambah jika makanan sudah habis

Address:
29-01-48 & 49 The Golden Triangle, Jalan Paya, Terubong, 11900 Bayan Lepas, Pulau Penang
29-01-48 & 49 The Golden Triangle, Jalan Paya, Terubong, 11900 Bayan Lepas, Pulau Penang
Contact:
04-293 1859
~~~ The End ~~~~
berapa sekepala kak?
ReplyDeleteMaaflaaaa lambat reply
DeleteDewasa dalm RM36
utk kanak2 dia ikut umur