Tuesday, September 24, 2019

Irama Dining | Makan BEST Di Penang

Irama Dining | Makan BEST Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Memang tepatlah seperti yang diperkatakan, Pulau Pinang merupakan syuuuuuurgaaaa makanan. Kalau dah mai ke Penang kaaaa, tak pekena makanan best2, sedap2, sempoi2, tak namanyalah ke Penang, giitteewwwww.

Pada tanggal 22 Spetember 2019 yang lepas, saya bersama Boboboy seketul telah diberi peluang keemasan untuk bersama-sama di malam majlis perasmian pembukaan sebuah lagi restoran yang akan menjadi port popular jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang, iaitu Irama Dining. Mendengar namanya sahaja sudah membuatkan kita tertarik kan3. InsyaAllah kalau anda merasai hidangannya, akan bertambah da'boom tau3. Tanpa melengahkan masa, jom bersama-sama saya di dalam perkongsian serba sedikit alkisahnya di malam kejadian gitew he3.



Irama Dining : Classical Malay Dining Experience


Pengalaman Santapan Hidangan Klasikal Melayu | Irama Dining

Pengalaman Santapan Hidangan Klasikal Melayu | Irama Dining | Merupakan sebuah restoran yang mengetengahkan masakan melayu klasik yang berkonsepkan 'fine dining'. Lokasinya yang sangat strategik dengan pemandangan yang indah merupakan satu bonus yang sudah semestinya akan menarik ramai pengunjung, Amin.

Bagi penggemar masakan tradisi klasik melayu di Pulau Pinang, sudah semestinya mengenali Cafe Lagenda. Haaaaaaaa, Irama Dining ini merupakan 'sister outlet' Cafe Lagenda tau3.

Terletak didalam bangunan Penang Chinese Chambers of Commerce (PCCC), iaitu berhadapan dengan Padang Kota Lama

Pintu masuk Irama Dining

Kemudahan lif untuk ke tingkat dua

Pintu masuk Irama Dining di tingkat 2


Hiasan dalaman serta table sitting di section indoor tingkat dua, Irama Dining

Pssstt, menampilkan seni reka yang simple, elegant dan classy. Sedap mata memandang. Memang calm dan eksklusif sangat pabila pertama kali melangkah masuk ke dalam ruang restoran

Ruang outdoor di tingkat dua Irama Dining

Psssttt, di tingkat dua Irama Dining ini, para tetamu mempunyai pilihan sama ada untuk menikmati santapan secara inddor ataupun outdoor. Ruangan outdoor adalah lebih kepada ciri casual dan santai. Dari sini, anda boleh menikmati pemandangan padang kota serta pantai. Ditemani angin sepoi2 bahasa, memang layan bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga

Nampak dop Boboboy seketul menuju kearah tangga itu?????
Haaaaa, selain level di tingkat dua, Irama Dining juga menyediakan ruang santapan yang istimewa di roof top tau3


Konsep yang lebih romanik untuk dining di roof top

Psssttt, pertama kali melihat konsep yang ditampilkan di roof top ini, terus zaasssss di dalam otak perrghhhh, best ni kalau sambut anniversary ka, birthday ka, atau hari-hari istimewa yang lain di sini tau3. Tambahan pabila malam hari, lagiiii romantik suasana dengan kerlipan neon yang menaikkan seri, tiupan angin yang meniup jaringan langsir, seolah-olah membuai2 irama gitew. Memang terbaiklah. Betul dak?? betul daakkk??? he3


Romantik doopppp Ibu dan anak berdetim berdua kenkonon gitew

Tu diaaaaa anak seketul layaaaaann perasaan dengan pemandangan luas terbentang di hadapan

Pssssstt, seriously kalau anda berkunjun ke Irama Dining, WAJIB untuk ke roof top ni tau3. Tak namanya ke Irama Dining kalau tidak ke roof topnya haaaaaa gitew


Ibu dan Boboboy yang sudah bersiap sedia untuk menikmati santapan klasik Melayu di Irama Dining



Pembuka Selera

Pulut kelapa, rendang kerang dan ayam pandan


Tadaaaaaa, versi zoom in my plate of the pulut kelapa, rendang kerang dan ayam pandan

Psssttt, memang klasik, memang tersendiri, memang unik. Apa yang boleh saya katakan, hidangan nampak mudah, tetapi pabila ianya dinikmati, terus perrrghhhhh, NIKMAT. Cukup lemak, cukup segar, cukup rasa. Memang terbuka sungguh selera seluas-luasnya untuk hidangan utama seterusnya time tu tau3



Menu Utama

Nasi, sambal, ulaman, kerabu, ayam, itik dan ikan

Psssttt, cukup lengkap sajian utamanya. Melihat dari rupanya memang berwarna-warni serta menarik selera kan3. Jom kita ke satu persatu menu diatas


Ulam raja bersama air asam kerisik, sambal hijau petai, dan raitar

Pssstt, saya secara peribadinya amat menyukai sambal hijau petai. Walaupun tahap kepedasan hanyalah moderate, (bagi saya yang merupakan peminat pedas berseding), ianya tetap enak pabila dinikmati bersama petai didalamnya. Air asam kerisik juga tidak kurang enak tau3

Kerabu kacang botol kerang

Psssttt, yang ini memang terbaik. WIN sungguh dihati saya. Compliment to the chef. Secukup rasa semuanya didalam kerabu ini. Kesegaran bahan hijau (kacang botol, taugeh, pucuk paku, bawang merah, cili merah), bersama kerisik, serta perahan limau. Rasanya memang terserlah dan membangkitkan selera tau3. WAJIB anda cuba jika berkunjung ke Irama Dining


Nasi beringin


Smoked duck massamman curry

Pssstt, pertama kali menengar serta merasai masakan 'massamman curry'. Sehinga kini tidak dapat menerangkan secara benar apakah rasanya he3. Tetapi yang pasti SEDAP, SANGAT SEDAP. Mau tak sedap, memang licin selicin-licinnya plate itu diakhir peristiwa tau2. Bukan saya sahaja yang menggemari menu ini, kesemua rakan subahat semeja saya turut menikmati sesungguhnya menu ini tau3. Isi itik yang agak tebal, memang terserlah rasa smoked duck itu. Serasi bersama kuah massamman curry. Saya betul2 tidak dapat membantu anda untuk menerangkan bagaimanakah rasanya, makanya untuk mengetahui, silalah rasa sendiri :P he3


Pais barramundi

Psssstt, menu ini bukan sahaja WIN di hati saya malahan WIN di hati Boboboy seketul. Isi ikan siakap yang segar, berjus. Perapan yang digunakan untuk pais ini juga kena dengan selera kami dua beranak

Ayam percik

Psssttt, menu kesukaan Boboboy seketul. Licin dua ketul ayam percik gitew he3. Kuah ayam percik ini tidak pedas dan sesuai untuk dinikmati kanak-kanak


Sekali lagi iols belanja my plate view of the main dish gitew


Pencuci Mulut

Bubur SumSum

Pssstttt, saya telah banyak kali mendengar nama pencuci mulut ini, tetapi tidak pernah merasainya sendiri. Makanya ini merupakan pertama kali merasainya, dan saya SUKA. Lemak, manis, masin dan sejuk. Kombinasi rasa yang WIN sebagai penutup gitew


Ini bukti Boboboy enjoy the foods dimalam kejadian he3

Selain hidangan yang enak, kami turut juga dipersembahkan dengan persembahan tarian klasik sepanjang sesi santapan


Akhir sekali meh sini belanja sekeping dua keping tiga keping selfie Ibu dan Boboboy

Psssttt, bessstttt weeeeeiii, selfie sebalik langsir di roof top he3 :P Jangan lupa cuba tau pabila singgah di Irama Dining


Irama Dining
Tingkat 2, No. 2,
Penang Street, Georgetown
10200, Pulau Pinang

Tel : 012-914 0908

Operation Hours : 11.00am - 1.00am

FB : Irama-Dining

IG : irama_dining



~~~ The End ~~~
1

Instagram