Fried Chicken Master Malaysia | Makan BEST Di Penang

10:09:00 AM

Fried Chicken Master Malaysia | Makan BEST Di Penang

Fried Chicken Master Malaysia | Makan BEST Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi para pembaca kesayangan iols. (Sila membaca dengan nada menyanyi ya untuk ayat seterusnya ini :P) Hai ayam goreng, hooiii ayam goreng, sungguh enaaaaaak, sungguh seeeeedaaap, dimakan di Fried Chicken Master (#eh3). Tetiba pula bernyanyi2 he3.

Sebenarnya gembira betul rasa hari ini, sesudah bercuti selama 4 hari. Cuti awam hujung minggu yang panjang dan ditambah extra sehari lagi, nikmaaatttttnyaaaa. Dengan bercuti, dapatlah meluangkan masa bersama anak seketul a.k.a Boboboy sepuas-puasnya. Melayan segala kerenah serta requestnya. Antaranya adalah dengan mencuba menu dari Fried Chicken Master Malaysia, White House, Hutton Lane, yang telah didambakan oleh Boboboy seketul itu, he3. 


 Fried Chicken Master Malaysia, White House, Hutton Lane


Ayam Goreng Halal, Resipi Klasik Dari Taiwan | Fried Chicken Master Malaysia

Ayam Goreng Halal, Resipi Klasik Dari Taiwan | Fried Chicken Master Malaysia | Untuk makluman para pembaca, saya sudah mula terliur dengan ayam goreng dari Fried Chicken Master (FCM) lebih dari sebulan tau3. Selalu sangaatttt haaaaa, dok lalu lalang di wall laman muka buku saya. Bila saya skodeng FB page FCM, perrrgghhh, lagiiiii laaa tidak dapat menahan keterujaan untuk merasai sendiri ayam goreng versi Taiwan ini.

FCM merupakan peneraju utama rangkaian ayam goreng Halal di Taiwan, dan sekarang ianya telah mengembangkan rantaiannya di Malaysia. Lokasi pertama yang menjadi pilihan ialah di dalam Pulau Pinang. Yippiiiieeeee, he3. FCM bukan sahaja mempunyai sijil Halal dari Taiwan, malahan kini secara rasminya FCM Malaysia telah mendapat kelulusan Halal JAKIM bagi premisnya di White House, Hutton Lane. Dengan ini, tidak perlulah ragu-ragu untuk menikmati hidangan FCM Malaysia ini ya.

Baru-baru ini saya telah diberi kesempatan untuk menikmati menu di FCM Malaysia, White House, Hutton Lane. Jom bersama-sama saya melayari ceritera selanjutnya.


Antara view hadapan dan dalam FCM Malaysia, White House, Hutton Lane

Psssttt, untuk makluman memang mudah untuk spot bangunan White House ini, ianya betul2 di selekoh sebelum menghala ke Hotel Royal. Bangunan berwarna putih, dengan seni reka heritage. Bila anda lalu sahaja Hutton Lane sudah pastinya anda akan ternampak lokasi ini tau3. Lokasi yang mudah ditemui. Susun atur dalaman serta 'table sitting' FCM Malaysia ini memang selesa, luas dan simple. Sangat sesuai sebagai lokasi untuk berkumpul bersama keluarga

Tadaaaaaaaaaaaa......
Antara barisan menu yang ditawarkan oleh FCM Malaysia, White House, Hutton Lane di hari kejadian

Psstttt, ini merupakan menu signature dari FCM Malaysia ya. Sudah semestinya pelbagai jenis ayam goreng. Sapaaaaaa la kat dunia tak suka ayam goreng kan3. Boleh meroyan hooiiiiii, kalau masuk FCM Malaysia niiiiii tau3. Toleh kiri ayam goreng, toleh kanan ayam goreng, dengan pelbagai bau-bau-an gorengan ayam yang menusuk kelubang hidung. Boboboy seketul dari pagi hari review dah tersengeh2 tau3, sebabnya dia tahu, hari itu merupakan hari ayam gorengnya he3. Untuk makluman penyediaan bahan2 di FCM Malaysia ini adalah tersendiri, yang mana cara pemotongan serta perapan terhadap ayamnya dibuat secara professional untuk memastikan hasil akhir yang rangup diluar, berjus dan lebut didalam serta perapan terasa sehingga kedalam sehinggga ketulang. Inilah cara klasikal bercitarasa Taiwan

Chicken Steak : Fried Chicken Breast


Chicken Steak : Fried Chicken Thigh

Pssstt, kedua-dua menu chicken steak ini memang memberikan sentuhan tersendiri FCM. Dari segi harumannya, dari segi rupanya serta dari segi rasanya. Memang rangup diluar, serta berjus didalam. Perapan istimewanya meresap sehingga ke tulang. Kalau nak diikutkan portion ayam ini besar tau2. So, sudah pastinya ianya juga merupakan sharing portion

Crispy chicken

Psssttt, untuk makluman, crispy chicken ini boleh dipilih dalam dua versi iaitu half chicken (8pieces) ataupun whole chicken (16pieces). Ini merupakan group meal, yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan. Secara personalnya, menu ini memang menjadi pujaan hati Boboboy seketul di hari kejadian. Ibu rasakan dekat 4 ketul Boboboy pulun sorang tau3. Tapi Ibu pun suka juga crispy chicken ini, cumanya Ibu tahan dari berebut dengan Boboboy he3 :P


Fried Chicken Drumstick

Fried Chicken Wing


Rice Bento : Spicy Szechuan

Psssttt, apa yang uniknya tentang rice bento ini adalah sambal (yang berwarna hitam di atas nasi itu). Memang terangkat terus menu ini pabila dimakan bersama-sama. Bagi saya pelengkap dan penaik selera untuk menu ini sudah semestinya sambal hitam itu. Nak tahu apa rasanya, silalah cuba sendiri he3


Jimbo Bites

Jimbo Bites : Taiwan Salt & Pepper


Jimbo Bites : Salted Egg

Pssttt, antara kedua-dua jimbo bytes ini, saya paling menyukai perisa salted egg. Memang terserlah rasa telur kuning telur masinnya tau3

Potato Cheese Ball

Pssstt, rasa cheese ball ini lemak masam pedas. Kombinasi rasa masam dan lemak cheese serta ditambah 'kick' dengan sedikit kepedasan

Golden Fries


Emoji Fries


Onion Rings

Wajah-wajah penuh kegembiraan kami dua beranak a.k.a Ibu dan Boboboy yang sedang menikmati menu2 di FCM Malaysia

Apa yang boleh saya katakan adalah bagi penggemar ayam goreng, memang WAJIB untuk mencuba kelainan yang ditampilkan oleh FCM Malaysia ini. Terutama sekali jika Ibu Bapa ingin membeli jiwa anak-anak, inilah lokasi yang paling sesuai. Sudah semestinya anak-anak kita akan tersenyum lebar tatkala melangkah masuk kedalam FCM Malaysia ini tau3. Sebagai rujukan lebih terperinci boleh rujuk di bawah :

225, Jalan Hutton, 10050, Georgetown, Penang
Tel : 016-3750222

Email : friedchickenmastermy@gmail.com


Haaaaaa, bersebelahan dengan Fried Chicken Master Malaysia, White House, Hutton Lane ini turut terdapat Xing Fu Tang
Makanya, bagi peminat brown sugar boba milk jangan lepaskan peluang keemasan ini ya
Kiranya one stop centre di White House, Hutton Lane gitew



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

0 comments

Blog Dekat di Hati