Tuesday, January 21, 2020

Festive Buffet Dinner Di Olive Tree Penang | Best Chinese New Year Buffet 2020 Di Pulau Pinang

Festive Buffet Dinner Di Olive Tree Penang | Best Chinese New Year Buffet 2020 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang. Berkesinambungan dari entry Meraikan Ketibaan Tahun Baru Cina Di Olive Tree Hotel Penang, kali ini saya akan berkongsi pengalaman saya secara personal sewaktu menghadiri Festive Buffet Dinner baru-baru ini.

Kegembiraan Bersama Keluarga Sambil Menikmati Hidangan Makan Malam | Festive Buffet Dinner Di Olive Tree Penang

Kegembiraan Bersama Keluarga Sambil Menikmati Hidangan Makan Malam | Festive Buffet Dinner Di Olive Tree Penang | Sepertimana yang telah saya makluman dalam entry sebelum ini, Festive Buffet Dinner di Olive Tree Hotel Penang adalah pada 17, 18, 26 serta 32 Januari 2020. Saya bersama Boboboy seketul, ditemani seorang teman sekerja (ex-colleagues sebenarnya), telah diberi peluang untuk merasai sendiri kemeriahan Festive Buffet Dinner di Olive Tree Hotel Penang pad 17 Januari yang lepas. Dengan ini, jom bersama-sama saya dalam perkongsian serba ringkas kemeriahan serta kegembiraan di malam kejadian. Pssstt, untuk makluman, memang FULL-HOUSE ok.

Yee Sang & condiments

Seleksi pembuka selera dari sushi, maki, rojak buah, pelbagai jenis salad, keropok, serta sliced ginger with century egg

Baked rice with cheese & chicken ham

Wok fried prawn with chili bean sauce

Squid in Chef superior sauce

Mustard herb rub roasted lamb leg with tomato pizzaiela sauce

Stewed chicken with arrow head & ginger

Grilled seabass fillet with pineaple salsa & capers beurre blanc

Fish colisomme with salted vegetable

Sweet corn crab & chicken chowder

Braised assorted mushroom, bean curd skin with garden green

Braised black mushroom, dry oyster & fatt choy & brocolli 

Steamed siew mai

Assorted lok-lok with condiments

Oriental crispy duck wrap in flower bun

Steamed big seabass with lime sauce

Aiskrim

Buah-buahan

Aneka jenis pencuci mulut dari chinese egg tar, 'nian gao'', pelbagai jenis kek dan cupcake, herbal jelly in glass, chilled sesame peanut roll, chinese petit four cookies, tau foo fah, fresh milk with papaya & peach jelly, dan juga chocolate fountain


Pinggan mangkuk kami dua beranak di malam kejadian

Pssstttt, WAJIB anda cuba kesemua menu tau3. Bagi diri saya secara personalnya, antara menu yang melekat dihati saya adalah rojak buah,  fish colisomme with salted vegetable, grilled seabass fillet eith pineaple salsa & capers beurre blanc, lok-lok, lai chee kang, oriental duck wrap ib flower bun, steamed big seabass with lime sauce, chinese egg tart, dan juga chinese cookies. So sila jangan tunggu lagi, sila lelaju tempah Festive Buffet Dinner di Oilve Tree Hotel Penang sekaaaaaraaangggg, he3



~~~ The End ~~~
1

Friday, January 17, 2020

Kisah Anak Nan Seketul | Boboboy Ibu Ayah

Kisah Anak Nan Seketul | Boboboy Ibu Ayah | Assalammualaikum dan selamat petang. Sempena hari Jumaat yang penuh barokah, semoga kita semua didalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa. Semasa ini, kesemua Ibu Bapa pastinya dalam fasa kerisauan dan berjaga-jaga dengan penularan virus influenza di Malaysia. Khususnya bagi beberapa buah negeri seperti Johor, Selangir, Pulau Pinang dan terkini, Negeri Sembilan. Semoga kita serta anak-anak kita dilindungan AMIN.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2020 kepada seluruh pembaca blog picisan saya ini (cececewaaaaaaahhh, perkataan 'seluruh' tu weeeeiiii he3 :P). Semoga tahun ini kita semua akan melaluinya dengan lebih bahagia dan berada dalam lindungan Allah, Amin.

Baiklah, sebenarnya sudah agak lama saya tidak mencoretkan kisah kehidupan didalam blog kesayangan ini kan3. Asyik2 entry makanan ajeeerrr :P. Harap2 anda tidak bosanlah ya dengan blog seketul saya ini. Bukannya apa, kekangan masa serta kestabilan emosi sebelum ini, membataskan saya untuk mencoretkan perihal-perihal lain selain, entry wajib rview yang sememangnya merupakan tanggungjawan seorang #foodblogger kan3.

Seoalah-olah agak hilang arah dalam pencoretan peribadi setelah arwah Opah eh tiada. Sehingga kini masih lagi cuba membulatkan kati, menerima kenyataan. Tapi pabila melihat anak nan seketul, pastinya memori bersama arwah muncul. Ini merupakan salah satu sebab, sudah lebih dari setahun tiada entry personal dari diri ini. Kalau ada pun hanya sekadar entry WW.

Kisah anak nan seketul yang sempat dicoretkan di dalam entry WW pun hanya pada Ogos 2019 nuuuuuunnn. Ditempek-tempek sahaja gambar anak seketul itu kan3, he3. Rindu pula nak membebel berceritera. Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan, sehingga tidak tahu nak mulakan dimana tau3. Oooookkkkkkk, shall we start???? Bismillahirrahmanirrahim.


Boboboy Darjah Dua | Kisah Anak Nan Seketul

Boboboy Darjah Dua | Kisah Anak Nan Seketul | 2 Januari 2020, Boboboy seketul telah melangkah masuk ke darjah dua. Sekejap betul masa berlalu. Entry sebelum ini, hanya sempat mencoretkan kisah Boboboy di fasa persekolahan tadika sahaja kan3. Fasa kemasukan ke aliran perdana persekolahan, darjah satu, tidak sempat Ibu semadikan didalam blog kesayangan ini. Ibu sebenarnya seolah-olah baru sahaja merasa berdebar-debar sewaktu mendaftarkan Boboboy seketul di sekolah rendah (Darjah satu) tahun lepas (2018), tanpa kehadiran arwah Opah eh, sob3.

Sebenarnya, mengikut perancangan awal, sepatutnya Boboboy bersekolah berhampiran dengan rumah. Opah eh akan menghantar dan mengambil Boboboy setiap hari. Ibu & Ayah memang sudah merancang untuk membelikan basikal elektrik untuk digunakan Opah eh & Boboboy. Iyerlah, walaupun Opah eh memang sudah ada basikal manual, tetapiiiiiiiii, ko ghaser mampu ka Opah eh nak kayuh anak seketul tembun Ibu Ayah tu haaaaa tiap-tiap hari. Kesiaaaannn Opah eh semput kan3. Opah eh pun memang kerap bercerita nak kayuh basikal berdua-dua dengan cucu kesayangan seketul dia ni haaaaaa. Tetapi, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Sehingga hari ini, Boboboy masih lagi sekali sekala membisikkan dia ingin berempat (Opah, Ibu, Ayah dan Boboboy), dia lebih suka berempat. Luluh hati Ibu. Ibu tahu Boboboy menerima Opahnya sudah tiada, tapi sama seperti Ibu, kadang-kadang perasaan ingin Opah itu ada bersama kembali akan tetap timbul. Yang merasai kehilangan yang sama sahaja akan mengerti. AL-Fatihah, Norsiah Binti Dahanan.

Berbalik kepada ceritera kemasukan Boboboy ke darjah dua pada tahun ini, 2020, persediaan Ibu Ayah sederhana sahaja. Kebanyakan pakaian, alatan dan lain-lain masih menggunakan yang sebelum ini sahaja, kerana masih dalam keadaan baik. Jom layan ceritera bergambar dibawah.


Sepasang baju uniform sekolah baru

Pssstt, yang dibeli baru hanya sepasang. Yang lain hanya guna semula yang sedia ada dari darjah satu. Ada baju 3 helai, seluar 2 helai. Ini kerana bukan setiap hari akan beruniform kan3. Semasa darjah satu, sehari sahaja berpakaian pendidikan jasmani (PJ), untuk darjah dua ini dua hari tau3. Si Boboboy siap cakap nanti darjah 3, 3 hari dia PJ, sampai darjah 6, 6 hari dia PJ. Haaaaaaaa, ko mampu, sekolah 5hari, PJnya sampai 6 hari, he3


Tahun ni Ibu balut kesemua buku teks, buku kerja dan juga buku latihan

Psssttt, masa darjah satu tu, Ibu tak balut buku latihan (yang warna coklat tu tau3). Ada yang kelepek segala bagai, tapi tidaklah sampai ketahap 'belacan'. Cumanya Ibu masih juling mata melihat pabila itu terjadi, makanya untuk darjah 2 ini, Ibu balut semua. Alaaaaa, bukan susah pun, bukan mahal pun. Beli instant book wrapper dekat kedai 2hengget ja pun kan3. Tag nama tu Ibu print & lekat dekat setiap buku


Sesi 'catch-up' bersama rakan sekelas setelah sebulan lebih tidak bersua muka gitew he3



Perhimpunan pertama anak-anak di tahun 2020

Psssttt, walaupun anak seketul dah darjah dua, tetapi masih lagi WAJIB ya untuk Ibu Ayah jadi penunggu di sekolah pada hari pertama. Kiranya awal pagi hantar, tunggu sehingga habis perhimpunan dan anak-anak selamat memasuki kelas. Keluar sebentar dan kembali semula kesekolah beberapa minit sebelum sesi rehat pagi. Tunggu sehingga selesai perhimpunan selepas rehat dan anak-anak selamat kembali ke kelas semula. Keluar sebentar dan kembali semula beberapa minit sebelum anak-anak habis sesi persekolahan hari pertama. Ambil anak seketul dan balik rumah bersama-sama. Tudiaaaaaaaaaa he3


Tragedi di tahun 2020

Pssttttt, haaaa, nampak dop kesan calar dekat pipi gebu anak seketul itu????? Ibu xlarat nak taip semula, meh sini Ibu tepek status Ibu dalam FB berkaitan tragedi Januari 2020 ini........





~~~ The End ~~~
3

Instagram