Kisah Anak Nan Seketul | Boboboy Ibu Ayah

3:04:00 PM

Kisah Anak Nan Seketul | Boboboy Ibu Ayah

Kisah Anak Nan Seketul | Boboboy Ibu Ayah | Assalammualaikum dan selamat petang. Sempena hari Jumaat yang penuh barokah, semoga kita semua didalam lindungan dan rahmat Yang Maha Esa. Semasa ini, kesemua Ibu Bapa pastinya dalam fasa kerisauan dan berjaga-jaga dengan penularan virus influenza di Malaysia. Khususnya bagi beberapa buah negeri seperti Johor, Selangir, Pulau Pinang dan terkini, Negeri Sembilan. Semoga kita serta anak-anak kita dilindungan AMIN.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru 2020 kepada seluruh pembaca blog picisan saya ini (cececewaaaaaaahhh, perkataan 'seluruh' tu weeeeiiii he3 :P). Semoga tahun ini kita semua akan melaluinya dengan lebih bahagia dan berada dalam lindungan Allah, Amin.

Baiklah, sebenarnya sudah agak lama saya tidak mencoretkan kisah kehidupan didalam blog kesayangan ini kan3. Asyik2 entry makanan ajeeerrr :P. Harap2 anda tidak bosanlah ya dengan blog seketul saya ini. Bukannya apa, kekangan masa serta kestabilan emosi sebelum ini, membataskan saya untuk mencoretkan perihal-perihal lain selain, entry wajib rview yang sememangnya merupakan tanggungjawan seorang #foodblogger kan3.

Seoalah-olah agak hilang arah dalam pencoretan peribadi setelah arwah Opah eh tiada. Sehingga kini masih lagi cuba membulatkan kati, menerima kenyataan. Tapi pabila melihat anak nan seketul, pastinya memori bersama arwah muncul. Ini merupakan salah satu sebab, sudah lebih dari setahun tiada entry personal dari diri ini. Kalau ada pun hanya sekadar entry WW.

Kisah anak nan seketul yang sempat dicoretkan di dalam entry WW pun hanya pada Ogos 2019 nuuuuuunnn. Ditempek-tempek sahaja gambar anak seketul itu kan3, he3. Rindu pula nak membebel berceritera. Banyak sebenarnya yang hendak diceritakan, sehingga tidak tahu nak mulakan dimana tau3. Oooookkkkkkk, shall we start???? Bismillahirrahmanirrahim.

Boboboy Darjah Dua | Kisah Anak Nan Seketul

Boboboy Darjah Dua | Kisah Anak Nan Seketul | 2 Januari 2020, Boboboy seketul telah melangkah masuk ke darjah dua. Sekejap betul masa berlalu. Entry sebelum ini, hanya sempat mencoretkan kisah Boboboy di fasa persekolahan tadika sahaja kan3. Fasa kemasukan ke aliran perdana persekolahan, darjah satu, tidak sempat Ibu semadikan didalam blog kesayangan ini. Ibu sebenarnya seolah-olah baru sahaja merasa berdebar-debar sewaktu mendaftarkan Boboboy seketul di sekolah rendah (Darjah satu) tahun lepas (2018), tanpa kehadiran arwah Opah eh, sob3.

Sebenarnya, mengikut perancangan awal, sepatutnya Boboboy bersekolah berhampiran dengan rumah. Opah eh akan menghantar dan mengambil Boboboy setiap hari. Ibu & Ayah memang sudah merancang untuk membelikan basikal elektrik untuk digunakan Opah eh & Boboboy. Iyerlah, walaupun Opah eh memang sudah ada basikal manual, tetapiiiiiiiii, ko ghaser mampu ka Opah eh nak kayuh anak seketul tembun Ibu Ayah tu haaaaa tiap-tiap hari. Kesiaaaannn Opah eh semput kan3. Opah eh pun memang kerap bercerita nak kayuh basikal berdua-dua dengan cucu kesayangan seketul dia ni haaaaaa. Tetapi, kita merancang, Allah yang menentukan segalanya.

Sehingga hari ini, Boboboy masih lagi sekali sekala membisikkan dia ingin berempat (Opah, Ibu, Ayah dan Boboboy), dia lebih suka berempat. Luluh hati Ibu. Ibu tahu Boboboy menerima Opahnya sudah tiada, tapi sama seperti Ibu, kadang-kadang perasaan ingin Opah itu ada bersama kembali akan tetap timbul. Yang merasai kehilangan yang sama sahaja akan mengerti. AL-Fatihah, Norsiah Binti Dahanan.

Berbalik kepada ceritera kemasukan Boboboy ke darjah dua pada tahun ini, 2020, persediaan Ibu Ayah sederhana sahaja. Kebanyakan pakaian, alatan dan lain-lain masih menggunakan yang sebelum ini sahaja, kerana masih dalam keadaan baik. Jom layan ceritera bergambar dibawah.

Sepasang baju uniform sekolah baru

Pssstt, yang dibeli baru hanya sepasang. Yang lain hanya guna semula yang sedia ada dari darjah satu. Ada baju 3 helai, seluar 2 helai. Ini kerana bukan setiap hari akan beruniform kan3. Semasa darjah satu, sehari sahaja berpakaian pendidikan jasmani (PJ), untuk darjah dua ini dua hari tau3. Si Boboboy siap cakap nanti darjah 3, 3 hari dia PJ, sampai darjah 6, 6 hari dia PJ. Haaaaaaaa, ko mampu, sekolah 5hari, PJnya sampai 6 hari, he3

Tahun ni Ibu balut kesemua buku teks, buku kerja dan juga buku latihan

Psssttt, masa darjah satu tu, Ibu tak balut buku latihan (yang warna coklat tu tau3). Ada yang kelepek segala bagai, tapi tidaklah sampai ketahap 'belacan'. Cumanya Ibu masih juling mata melihat pabila itu terjadi, makanya untuk darjah 2 ini, Ibu balut semua. Alaaaaa, bukan susah pun, bukan mahal pun. Beli instant book wrapper dekat kedai 2hengget ja pun kan3. Tag nama tu Ibu print & lekat dekat setiap buku

Sesi 'catch-up' bersama rakan sekelas setelah sebulan lebih tidak bersua muka gitew he3


Perhimpunan pertama anak-anak di tahun 2020

Psssttt, walaupun anak seketul dah darjah dua, tetapi masih lagi WAJIB ya untuk Ibu Ayah jadi penunggu di sekolah pada hari pertama. Kiranya awal pagi hantar, tunggu sehingga habis perhimpunan dan anak-anak selamat memasuki kelas. Keluar sebentar dan kembali semula kesekolah beberapa minit sebelum sesi rehat pagi. Tunggu sehingga selesai perhimpunan selepas rehat dan anak-anak selamat kembali ke kelas semula. Keluar sebentar dan kembali semula beberapa minit sebelum anak-anak habis sesi persekolahan hari pertama. Ambil anak seketul dan balik rumah bersama-sama. Tudiaaaaaaaaaa he3

Tragedi di tahun 2020

Pssttttt, haaaa, nampak dop kesan calar dekat pipi gebu anak seketul itu????? Ibu xlarat nak taip semula, meh sini Ibu tepek status Ibu dalam FB berkaitan tragedi Januari 2020 ini........




~~~ The End ~~~

You Might Also Like

2 comments

  1. Selamat tahun baru! Jemput singgah ke blog saya https://najihahzahid38.blogspot.com/2020/01/how-to-be-closer-with-allah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah
      InsyaAllah saya akan balas kunjungan dan tinggalkan jejak

      Delete

Blog Dekat di Hati