Wednesday, January 15, 2020

Whizz Burger Cafe | Makan BEST Di Pulau Pinang

Whizz Burger Cafe | Makan BEST Di Pulau Pinang

Whizz Burger Cafe | Makan BEST Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca saya sebuah cafe yang boleh dijadikan lokasi persinggahan pabila ke Pulau Pinang. Dengan kata yang lebih mudah adalah sebuah cafe sebagai port jalan-jalan cari makan di Pulau Pinang.

Whizz Burger Cafe, nama diberi. Dimiliki oleh sepasang suami isteri, Encik Fahmy dan Kak Fauziah. Merupakan pengusaha Bumiputera berasal dari Pulau Pinang. Konsep cafe yang diketengahkan adalah menu masakan barat (HOMEMADE) yang diberikan sentuhan fusion. Segala resipi adalah hasil olahan tersendiri dari Kak Fauziah. Nak tahu lebih lanjut, jom baca perincian di dalam entry ini seterusnya.


Whizz Burger Cafe, Lorong Kinta, Georgertown, Pulau Pinang


Menu Homemade Masakan Barat Dengan Sentuhan Fusion | Whizz Burger Cafe

Menu Homemade Masakan Barat Dengan Sentuhan Fusion | Whizz Burger Cafe | Terletak di lokasi yang strategik, iaitu di tengah-tengah kotaraya bandar Georgetown. Sangat mudah dijumpai hanya dengan menggunakan waze (sudah semestinya :P), ataupun boleh menjadikan Kamdar serta Mekio Home Furnishing sebagai penanda lokasi, insyaAllah anda pasti bertemu cafe ini. Kemudahan tempat letak kereta juga mudah disepanjang jalan serta terdapat juga pusat tempat letak kereta bersebelahan Mekio Home Furnishing.

Whizz Burger Cafe terletak di dalam bangunan gerai dua tingkat bertentangan dengan Mekio Home Furnishing. Makanya, jika anda bertemu dengan Mekio Home Furnishing, bermaksud anda telah tiba dilokasi yang betul he3.


Pintu masuk di tingkat satu

Psssttt, dapat dilihat terdapat dua logo didalam gambar di atas kan3. Min's Barber Cafe serta Whizz Burger Cafe. Jangan keliru naaaaa. Betul dah la tu, boleh terus maju masuk kedalam cafe (Sila baca selanjutnya untuk penerangan yang lebih jelas dan nyata)
v
v
v
v
v
Pabila malangkah masuk kedalam, jangan TERKEJUT kerana anda akan nampak barber shop :p
Iyeeerrrrr, konsep cafe ini merupakan kombinasi ala-ala barber shop cafe gitew
Barber shop di tingkat bawah dan cafe di tingkat atas
v
v
v
v
v
Haaaaaa, makanya silalah menggunakan tangga untuk naik ke tingkat dua kerana cafe terletak di tingkat dua yaaaaaaaaa

Tadaaaaaa, pemandangan dekorasi cafe di tingkat dua yang berkonsepkan hipster
Simple, cozy serta sedap mata memandang


Sebelum saya teruskan dengan menu-menu menarik di Whizz Burger Cafe, meh sini saya belanja gambar Boboboy seketul sewaktu menikmati hidangan
Haaaaaa, nampak daaakkk??
Pulun kan3, aternya kesukaan hati dia tau3 segala menu-menu di Whizz Burger Cafe ini


Kentang gila

Psssttt, diberi nama sebegini rupa kerana, sekali anda mencubainya, sudah pasti anda akan menggilainya. Gigitan pertama sudah terserlah haruman serta rasa herba (perapan) serta sos resipi istimewa yang dimainkan di dalam menu ini. Tekstur kentang yang tebal, garing diluar serta lembut didalam, pasti membuatkan kita terleka dari satu suapan ke suapan yang seterusnya


Half kilos beef & chicken burger

Pssstt, memang kombinasi yang pasti memuaskan hati. Patty homemade (ayam dan daging), yang mana setiap satunya 250gram. Untuk makluman, konsep burger yang ditampilkan oleh Whizz Burger Cafe, bukanlah jenis yang sos meleleh banjir sampai kembang bonyeh burger segala tu ya. Konsep less is more ditekankan. Sepertimana yang dimaklumkan oleh tuan punya cafe, rasa yang ingin diketengahkan ialah dari patty itu sendiri. Juiciness form the patty gitew. Serta diserikan lagi dengan kesegaran salad (lettuce), cheese serta sedikit sos istimewa homemade mereka


Whizz portobello burger

Psssttt, dah lamaaaaa sebenarnya cravings untuk merasai sendiri portabello burger tau3. Akhiiirrnyaaaaaa, diberi peluang di Whizz Burger Cafe. Bagi peminat tegar cendawan, sah2 la saya menyukainya kan3. Apa yang unik, Whizz portobello burger ini adalah terdapat mozarella cheese didalam patty portabellonya itu tau. Memang feel betul


Pasta carbonara with chicken strips 

Pssstt, haaaaaa, meh sini saya nak beritahu, ini merupakan pasta carbonara pertama yang saya dapat nikmati sehingga titisan terakhir tau3. Untuk makluman, saya ni sejenis yang sensitif dengan rasa dan bau berasaskan susu. Cheese tak apa, tapi susuuuu memang tak boleh. Terus jadi muak, nak terkeluar balik tau3. Setakat sesudu tu boleh lagi, itu pun lelaju minum air untuk menghilangkan rasa kesusuan itu he3. Tapiiiiiiiiiii pasta carbonara with chicken strips di Whizz Burger Cafe ini, sayalah orang yang melicinkan gravynya hingga titisan terakhir he3. Ini kerana, rasa kesusuan di dalam pasta itu telah diseimbangkan dengan rasa herba yang enak tau3. Hendak tahu bagaimanakah rasanya, sila cuba sendiri he3


Pasta aglio olio 

Psstt, menu ini juga memikat hati saya. Apa yang nyata menu-menu yang dihidangkan di Whizz Burger Cafe memang penuh dengan rasa herba yang menghasilkan hidangan yang enak tau3

Senorita chicken chop

Pssstt, perapan tepung bagi ayam adalah menggunakan tepung homemade yang menjadikannya rangup diluar serta mengekalkan jus isi ayam didalamnya. Sehingga detik ini saya masih lagi kagum dengan kerangupan hasil dari perapan tepung di Whizz Burger Cafe ini tau3. Selain itu, sos yang didatang bersama adalah merupakan kombinasi sos lada hitam serta sos cendawan. Hasilnya adalah secukup rasa, yang mana kesimbangan rasa lada hitam dan cendawan di dalam satu sos


Whizz meatball lover with cheese fondue

Pssttt, kelainan meatball ini adalah dari mozarella cheese fondue yang digunakan. Kombinasi meatball, sos istimewa serta cheese fondue memang serasi

Nasi arab mendy citarasa Malaysia

Psssttt, resipi nasi mandy ini diberikan twist citarasa melayu dan didatangkan bersama sup. Sambal merah yang didatangkan bersama set ini juga berbeza, dan memang umph

Pilihan minuman yang ditawarkan di cafe ini hanya yang asas sahaja. Ini kerana pihak pemilik ingin fokuskan kepada makanan gitew. Antara air yang ada ialah jus didalam tin, minuman berkarbonat dalam tin serta air dari set coffee machine (teh tarik, white coffee)

Setelah perut kenyang, jangan lupa mengabadikan kenangan berselfie didalam cafe yang cun melecun


Akhir sekali, nindia upah gambar Boboboy seketul, yang perut maju kedepan akibat kekenyangan he3 :P

Whizz Burger Cafe



~~~ The End ~~~

3 comments:

  1. Replies
    1. Kan3
      memang sedap tak hengga
      puas hati abehlah malam tu kan3

      Delete
  2. alamak.. pg2 dh tgk. memang terliur tgk. entah bila nk repeat lg

    ReplyDelete