Recent Post

Friday, January 24, 2025

Restoran Ayam Goreng Kee Chap | Makan Best Di Penang

Restoran Ayam Goreng Kee Chap | Makan Best Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Baiklah, hari ini saya akan berkongsi sebuah lagi port mapkan best di Penang. Restoran ini terletak di tengah-tengah bandaraya Georgetown, dan nama eh Restoran Ayam Goreng Kee Chap.


Dari nama pun dah nampak unik kan3. Bukan setakat nama eh ja tau3, konsep yang ditampilkan juga unik tau3. Cozy, simple dan unik. Haaaaa, nak tahu lebih lanjut, ajiom layan ceritera bergambar pengalaman saya sekeluarga menikmati hidangan menu dari Restoran Ayam Kee Chap dibawah...............


Restoran Ayam Goreng Kee Chap


Menu utama pilihan kami di hari kejadian
v
v
v
v
v
v
v
v

Nasi goreng ayam Kee Chap, RM9.90 sahaja


Psssttt, nasi goreng eh macam smokey2 and ada rasa halia. Ayam goreng kee cha itu memang best makan panas2 tau3. Dicicah bersama dengan sos sambal istimewa Kee Chap itu lagi mengancam rasanya. Manakan tidak, ayam goreng Kee Chap ini merupakan resepi warisan sejak dari tahun 1998 tau3


Mee goreng ayam Kee Chap, RM9.90 sahaja


Sos sambal signature dari Restoran Kee Chap


Psstt, hanya RM 13.00 sebotol tau3. Boleh dimakan terus, dan membuat penaik rasa


Keropok lekor dengan sos sambal istimewa Kee Chap, RM7.90


Pisang goreng Kee Chap, RM8.90


Psssttt, pisang goreng ini istimewanya ialah bancuhan tepung resepi istimewa tersendiri dari Kee Chap tau3. Tidak akan dapat dekat tempat lain


Teh tarik ais


Pssttt, untuk air, terdapat dua pilihan iaitu teh tarik ais ataupun lemonade. Hanya tambah RM3 boleh dapat free flow drinks ok. Memang berbaloi-baloi


Bagi yang berminat ingin cuba boleh rujuk perincian dibawah ini :


Restoran Ayam Goreng Kee Chap
No 172, Lebuh Mc Nair, Georgetwon, Penang (berdekatan Deen Maju)
FB : Ayamgorengkeechap
IG : ayamgorengkeechap



~~~ The End ~~~

0

Tuesday, January 14, 2025

Meraikan Ketibaan Tahun Baru Cina Di Olive Tree Penang | Best Chinese New Year 8-Course Meal 2025 Di Pulau Pinang

Meraikan Ketibaan Tahun Baru Cina Di Olive Tree Penang | Best Chinese New Year 8-Course Meal 2025 Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Entry kali ini saya dengan berbesar hatinya akan share tawaran menarik dari Olive Tree Hotel Penang untuk perayaan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi iaitu dengan tema Lunar New Year 8-Course Packages. Ajiom layan ceritera bergambar dibawah........................


Crabmeat Spinach Chowder with Dry Scallop (Abundance Package)


Psssstt, seriously this is the best ever chowder yang saya pernah makan. Lain daripada yang lain. Gabungan crabmeat dan spinach itu memang menaikkan keunikan serta keenakan chowder itu tau3. Hirup sampai 3 mangkuk pun tak sedar he3


Steamed Sea Garoupa with Indonesian Batong Sauce (Abundance Package)


Psssstt, sekali lagi kelainan menjadi yang ditampilan oleh pihak Olive Tree Hotel. Kombinasi rasa fusion terbaik. Wajib cuba tau3


Roasted Lamb Flat Ribs with Barbecue Sauce (Prosperity Package)
Pssttt, tengoklah lelemaks ribs kambing ituuuuu. Teringat sehingga sekarang tau3. Rupa dan rasa yang simple tetapi melekat di minda naaaaaaa


So jangan tunggu lagi, tempahlah meja anda untuk menikmati segala hidangan terbaik dari Olive Tree Hotel Penang bersempena dengan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi
v
v
v
v
v








~~~ The End ~~~

0

Friday, December 20, 2024

Tidings of Christmas Joy Di Olive Tree Hotel | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang

Tidings of Christmas Joy Di Olive Tree Hotel | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua pembaca. Bersempena dengan kedatangan sambutan Krismas yang tidak lama lagi, baru-baru ini, saya berkesempatan untuk turut serta di malam media review buffet makan malam terkini di Olive Tree Hotel Penang. Untuk tahun ini, pihak Olive Tree Hotel Penang menampilkan menu yang bertemakan "Tidings of Christmas Joy" dan ianya menonjolkan kepentingan kemampanan, sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 14: Kehidupan Di Bawah Air. Berpegang. Ianya mementingkan nilai-nilai alam sekitar, dan dengan ini pihak hotel dengan bangganya menggabungkan amalan mesra alam ke dalam perayaannya. 


Bermula dengan lokasi di luar, anjung hadapan hotel, pokok Krismas setinggi 15 meter yang menakjubkan. Dihiasi dengan perhiasan yang diilhamkan oleh makhluk laut. Suasana perayaan berterusan ke dalam hotel, di ruangan lobi, di mana pokok Krismas dalaman yang mempesonakan berkilauan dengan perhiasan biru, hijau dan perak. Hiasan, termasuk ikan, kuda laut dan obor-obor, dibuat sendiri menggunakan bahan kitar semula, mencerminkan komitmen hotel terhadap kemampanan.


Tersergam indah pokok Krismas dari luar sehingga ke dalam Olive Tree Hotel Penang


Tidings of Christmas Joy di Olive Tree Hotel


Aneka pilihan menu pembuka selera seperti cream of cauliflower hazelnut soup with garlic bread, assorted canapés, cold cuts, salad bar bersama aneka dressing seperti Thousand Island, French, and Italian. Bagi penggemar salad, anda boleh menikmati pilihan seperti classic waldorf salad, Greek Salad, and Japanese Potato Salad. Serta menu wajib semestinya gourmet cheese board bersama aneka condiments


Barisan menu utama seperti grilled striploin steak with mustard sauce, sauteed brussel sprout with mushroom, karachi chicken, wok fried flower crab in Pumpkin Creamy Butter Sauce, grilled eel fried rice with chinese celery, oriental crispy duck with chef master sauce, potato dauphinoise


Pssttt, untuk menu utama ini, yang terpaling enak tak terkata semestinya ketam, striploin steak dan itik ituuuuuu. Seriously menu yang ditampilkan nampak simple, tetapi sekali rasa terus menusuk kalbu wei. Seriously, untuk ketam itu, gravynya terbaik, cukup lemak, masin dan manis original ketam. Steaknya itu memang saban tahun menjadi pujaan hatiku tau3. Untuk itik itu pula, kulirnya rangup dan terserlah rasanya pabila dinikmati bersama denga sos master chef itu tau3. Meh sini saya belanja zoom in ketiga0tiga menu pojaan hati dinda, gitcheeewwww......
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



Carving station dengan menu Whole Roasted Chicken with Raisin with Chestnut Stuffing Gilbert & Cranberries sauce serta Salmon Wellington 


Pssttt, adududuiiiii, Salmon Wellington itu memang sedap teramat weeii. Kena dengan white sauce itu lagiiiii terangkat. Isi salmon di dalam pastry wrap tu memang bapak tebal, isi yang segar dan moist. Memang akan bertambah pabila menikmati menu ini tau3


Terdapat juga Japanese delight dengan aneka menu sushi & maki 


Kids corner dengan pilihan menu seperti spaghetti bolognese, popcorn chicken, twister fries dan mini hawaiian pizza


Barisan pencuci mulut juga meriah dengan barisan menu seperti Christmas Tiramisu Cake, Christmas Pudding with Vanilla Anglaise, Mixed Fruit Cake, aneka biskut dan tart,, Chocolate Pudding, Blueberry Cream Brulee, Yule Log Cake, Ginger Bread, Festive Mango Cheese, Cake, Lemongrass Panna Cotta, Seasonal Fruits, Assorted Ice Cream, serta Pink Chocolate Fountain bersama condiments


Tadaaaaaa, our choosen menu for the night


TIDINGS OF CHRISTMAS JOY

Festive Buffet Dinner at Sukkah Coffee House, Level 2


20 & 21 December 2024 | 6:30pm – 9:30pm

MYR138 nett adult | MYR108 nett senior citizen | MYR69 nett child


Christmas Eve Buffet Dinner at Sukkah Coffee House, Level 2

24 December 2024 | 6:30pm – 9:30pm

MYR148 nett adult | MYR118 nett senior citizen | MYR79 nett child


Christmas Day Buffet Lunch at Selah Café, Level 1

25 December 2024 | 12:00pm – 3:00pm

MYR108 nett adult | MYR88 nett senior citizen | MYR69 nett child


Child price aged 6 – 12 years old. Below 5 years old DINE FOR FREE with a minimum of 2 paying adults. Senior Citizen aged 60 years and above


During each of the buffet sessions, diners will be entertained with Christmas carolling from various choirs and performers:

20 December 2024 : Reservoir of Baptist Church | Church of Divine Mercy

21 December 2024 : Church of Lady of Sorrows | Dunamis & Living Keys 24 December 2024 : Mayson Music Station

25 December 2024 : Penang Cheshire Home



~~~ The End ~~~

1