Tuesday, June 5, 2018

Areca Hotel Penang | Tempat Penginapan Dan Makan Menarik Di Pulau Pinang

Areca Hotel Penang | Tempat Penginapan Dan Makan Menarik Di Pulau Pinang

Areca Hotel Penang | Tempat Penginapan Dan Makan Menarik Di Pulau Pinang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Salam Ramadhan yang ke 21. Allahu, kita sudah semakin menghampiri penghujung Ramadhan dan semakin menghampiri Syawal. Semoga amalan dan ibadat kita sepanjang Ramadhan ini diterima dan mendapat keberkatan Amin.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi dengan para pembaca blog berkenaan sebuah tempat penginapan dan makan yang unik serta menarik di Pulau Pinang. Apa yang unik? Apa yang menarik tentang hotel ini? Sudah pastilah konsep yang diketengahkan iaitu vintage a.k.a warisan klasik. Ini memang bersesuaian kerana hotel ini terletak di dalam ruang kawasan 'UNESCO World Heritage'. Malahan nama hotel ini juga unik kerana asalnya dari  'Areca palm' yang turut lebih dikenali sebagai pokok Pinang dan merupakan nama asal bagi Pulau Pinang. Sungguh klasik kan3.

Bukan sahaja konsep ini digunapakai didalam hiasan dalaman malahan turut terserlah di dalam tawaran menu masakan yang ditawarkan di cafe hotel. Apa kata kita layan ceritera saya yang seterusnya.

Areca Hotel Penang

Pssttt, terserlah ciri-ciri klasikal dan tradisi dahulu kala kan3. memang unik dan pastinya menarik setiap mata yang memandang

Ini merupakan ruang lobi hotel

Psstt, ruang ini luas dan praktikal dimana terdapat ruang menunggu dan aktiviti untuk anak-anak

Tuan blog dengan Boboboy
Anak seketul itu sekejap senyum sekejap sebek. Bukannya apa, sebab dah bertake-take gambar yang disnap makanya dari manis meleces jadilah masam mencuka itu he3

Keunikan Areca Cafe Dengan Hidangan Bertemakan Fusion | Areca Hotel Penang

Keunikan Areca Cafe Dengan Hidangan Bertemakan Fusion | Areca Hotel Penang | Sebagai permulaan, saya akan berceritera tentang cafe hotel iaitu Areca Cafe. Cafe ini terletak di aras bawah selari dengan lobi. Konsep yang dimainkan di ruang cafe ini masih berkonsepkan warisan klasik dan traditional. Tetapi bagi menu masakan yang ditawarkan, ianya mengetengahkan konsep barat dan diselitkan penambahan ciri fusion. Tanpa melengahkan masa, jom layan ceritera bergambar saya dibawah.


Ruang 'table sitting' di Areca cafe

Psstt, saya memang kagum dan sangat tertarik dengan perincian yang dilakukan bagi hiasan dalaman cafe, yang mana ianya sungguh terperinci dan terserlah konsep utama hotel dan cafe.

Antara barisan menu pada malam kejadian

Pssttt, penuh meja kan3. Bukan sahaja kami dijamu dengan meriah, bertambah ceria lagi pabila sepanjang sesi bersantap (cecewah3 :p), kami ditemani oleh si cantik manis Cik Lila, wakil dari pengurusan Areca Hotel.
v
v
v
v

Mixed Green Salad

Psstt, salad ini diubah sedikit kearah fusion dengan menambahkan beberapa item tempatan seperti tempe, tauhu dan keropok sayur. Yang memberikan rasa 'kick' adalah dressingnya. Memang WIN. Compliment to the chef. Sebenarnya agak berebut juga saya dengan Opahnya dengan salad ini he3

Bersempena dengan bulan Ramadhan, pihak cafe memperkenalkan set Nasi Dulang Ayam Penyet

Pssstt, memang meriah yer set ini. Sebenarnya satu dulang ini boleh dimakan dua orang. Kandungan yang termasuk dalam set ini adalah, ulam ulaman, telur masin, tempe & tauhu goreng, rempeyek, keropok sayur, kuah dalcha, sambal berlada, buah kurma, jeruk, sagu gula melaka, sup kosong, nasi biru, dan ayam goreng rangup kriuk2 he3. Bersama set makan ini juga disertakan juga air bandung dan pilihan coffee atau teh

Thai Beef burger

Psssst, beef patty ini adalah homemade yer. Turut menyelitkan elemen fusion di dalam sosnya


Grilled Salmon

Pssttt, ini merupakan 'guest favourite' yer. Memang segar dan rangup kulit ikan salmon. Twist yang dilakukan bagi menu ini adalah gravynya. Ia memasukan elemen kuah lontong sebagai elemen fusionnya. Sesuai juga dimakan bersama nasi putih. Iyerlah kan3, sudah namanya tekak Melayu, nasi mesti ada kan3 he3


Sagu Gula Melaka

Pssttt, iyeeeerrr sekali lagi dengan sagu gula Melaka. Macam tahu-tahu saja chef tentang kesukaan hati saya. Memang favourite saya sagu gula Melaka ini tau3. Kan tadi ada sagu gula Melaka didalam set dulang ayam penyet, tetapi malangnya saya tidak dapat merasa, kerana Opah eh laju menghabiskannya sob3 he3. Makanya bernasib baiklah saya pada malam kejadian apabila sekali lagi dijamu dengan menu sagu gula Melaka yang lebih istimewa. Haaa, yang istimewanya menu sagu gula Melaka pada kali ini apabila chef telah memberikan sentuhan magis dengan twistkan menu ini kearah fusion. Diselitkan dengan caramalised banana dan juga vanila icecream. Peeeerghhhh, memang sesudu itu seolah-olah cair didalam mulut. Dengan wangi caramalised, dengan sejuk aiskrim, dengan manis dan lemak sagu itu. Peeerrghhhh, WIN sangat pencuci mulut ini. Again, compliment to the chef.

Haaaa, nampak dop ceria muka Boboboy dihadapan sagu gula Melaka Ibu eh :P he3

Seleksi Pilihan Bilik Penginapan | Areca Hotel Penang

Seleksi Pilihan Bilik Penginapan | Areca Hotel Penang | Terdapat empat pilihan jenis bilik di Areca Hotel. Harganya diantara RM200.00++ - RM600++. Setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kipas, penghawa dingin, tv, pengering rambut, peti simpanan keselamatan, telefon, komplimetari kemudhahan minuman teh/coffee, komplimentari kemudahan wi-fi dan kad access keselamatan untuk bilik.

Heritage Room


Heritage Loft


Family Suite


Garden Room


View persekitaran hotel yang sungguh mendamaikan


Bilik 'Childrens Play Room'


Satu lagi tarikan utama di Areca Hotel
Landskap yang menghijau ini sering menjadi lokasi pilihan untuk sesi bergambar

Maklumat Perhubungan | Areca Hotel Penang

Maklumat Perhubungan | Areca Hotel Penang | Jika anda berminat untuk menikmati sendiri suasan menginap dan bersantap di Areca Hotel, boleh rujuk perincian dibawah. Diharap ini serba sedikit dapat membantu anda kan3.



Laman Web :

Alamat :
No 5, Jalan Khoo Sian Ewe, George Town, 10050, Penang

No Tel :
04-2610050

Google Maps:



~~~ The End ~~~
1