'Celebrate The Durian Season : Featuring Durian Dessert' di Cititel Penang | Best Buffet Lunch & Dinner Di Penang
'Celebrate The Durian Season : Featuring Durian Dessert' di Cititel Penang | Best Buffet Lunch & Dinner Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Bilaaaaaaa musim dorian, bla, bla bla. He3, tak reti weeii nak nyanyi lagu musim durian itu :p. Apapun bersempena dengan ketibaan musim durian yang telah pun bermula sekarang dan semakin menggalak sehingga bulan Julai nanti. Toleh kiri nampak durian, toleh kanan nampak durian. Di tepi jalan, di pasar malam, dan hampir di merata-rata telah mula dibanjiri gerai durian kan3.
Musim inilah yang dinanti-nantikan oleh penggemar raja buah ini. Pihak Cititel Penang, turut sama meraikan ketibaan musim durian dengan memperkenalkan tema makan tengah hari serta makan malam yang mengetengahkan menu pencucuci mulut berasaskan durian. Nak tahu apa yang menariknya, jom bersama-sama saya dimalam media review 'Featuring Durian Desserts'.
Buffet Makan Tengah Hari Dan Makan Malam Penuh Aroma Dan Kemanisan Durian | 'Celebrate The Durian Season : Featuring Durian Dessert' di Cititel Penang
Buffet Makan Tengah Hari Dan Makan Malam Penuh Aroma Dan Kemanisan Durian | 'Celebrate The Durian Season : Featuring Durian Dessert' di Cititel Penang | Untuk makluman para pembaca kesayangan saya, Cititel Penang menyediakan buffet makan tengah hari dan makan malam bertema untuk setiap hujung minggu. Tema ini menggabungkan menu masakan tempatan dan juga antarabangsa.
Bersempena dengan kehadiran musim durian, bermula bulan Julai ini pihak Main Street Cafe, Cititel Penang, telah mengadaptasi bersama menu pencuci mulut berasaskan durian didalam tema utama hujung minggunya. Menyerlahkan rasa manis dan lemak pencucui mulut durian, dan disediakan oleh Pastry Chef berpengalaman. Sudah pastinya ianya akan menarik hati para penggemar durian kan3. Tanpa melengahkan masa lagi, jom bersama-sama saya melihat serba sedikit bingkisan di malam media review 'Featuring Durian Desserts' di Main Street Cafe, Cititel Penang.
PENCUCI MULUT
Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....
Barisan pencuci mulut berasakan DURIAN yang ditawarkan di malam kejadian
Oleh kerana keistimewaan tema buffet kali ini berkisar tentang pencuci mulut berasaskan DURIAN, makanya saya mulakan dengan segmen PENCUCI MULUT la ya
Kita ada durian cheese cake, durian creme puff, durian creme cake, durian tiramitsu, durian creme caramel, durian mousse cake, durian white forest cake, pengat durian dan sudah pastinya aiskrim durian
Haaaaaaaaaaa, tu diaaaaaaa bertingkek-tingkek pencuci mulut durian
Pilih sahaja yang mana berkenan dihati, ataupun tiru macam saya, kita cuba sahaja kesemuanya he3
Selain pencuci mulut berasaskan durian, terdapat juga lain-lain pencuci mulut
Red velvet cake
Chocolate mouse
Lemon meringue pie
Apricot cobbler
Mini donut dengan pelbagai topping creme serta ABC
PEMBUKA SELERA
Salad bar
Rojak Penang
Aneka sushi
Psssttt, setiap kali, yaaaaaa, setiap kali berkunjung ke Citittel Penang, WAJIB, yaaaaaa, memang WAJIB, untuk menikmati sushi. Tak namanya berkunjung ke Cititel Penang kalau tak makan susui Main Street Cafe. Faham tak??? Ingat tau, WAJIB :p he3. Ni saya ni walaupun dah pulun habis dimalam kejadian, tetap dok meleleh air liur pabila menatap gambar sushi diatas ini. Ya ampuuuuunnnnn, bertabah la wahai seorang blogger he3
Seafoods on ice dan sashimi
Psssttt, sekali lagi, yaaaaaa, sekali lagi ya para pembaca, setiap kali berkunjung ke Citittel Penang, WAJIB, yaaaaaa, sekali lagi memang WAJIB, untuk menikmati sashimi. Tak namanya berkunjung ke Cititel Penang kalau tak menikmati sashimi Main Street Cafe. Sekali lagi faham tak??? Ingat tau, sekali lagi WAJIB :p he3
MENU UTAMA
Roasted Mediterranean Vegetables with Chestnut
Thai Fish Cake with special spicy dipping sauce
Roasted Duck
Grilled Prawn with Garlic Butter
Stuffed Crab Shell
Stir Fried Beef with Thai Basil
Roasted Lamb Leg with Garlic Sauce
Chu Chi Squid (Squid in Dry Red Curry)
Kaeng Som Salmon Head
Black Pepper and Herb Roasted Chicken
Seafood Fried Rice
Seafood Tom Yum Soup
Tomato Creme Soup
Bread, butter and cheese
ACTION COUNTER
Roasted Beef Ribs with
Spaghetti on Parmesan Wheel
Pssttt, seperti entry2 sebelum ini, bahagian action counter di Cititel Penang juga menawarkan kaunter grill (sate ayam/daging, sosej, lamb). Boleh rujuk ENTRY INI
Dimulakan dengan 'DURIAN DESSERT'
Psstttt, paling WIN ialah durian white forest cake. Memang kena sungguh dengan tekak saya. Pengar durian juga tidak kurang hebatnya. Tamabahn pula dimakan bersama aiskrim durian. Panas2 sejuk2, peerrghh, memang membangkitkan selera
Haaaaa nindiaaaaaa
Boboboy seketul dok pulun durian cheese cake
Ini pula antara barisan pinggan kami dua beranak sesudah berpencuci mulut durian he3
Pssstttt, Paling WIN adalah Kaeng Som Salmon Head. Sekali lagi (rasanya saya gunapakai sekali lagi ini untuk kali yang ketiga dah didalam entry ini kan3), yaaaaaa, sekali lagi ya para pembaca, adalah WAJIB pabila berkunjung ke Citittel Penang, yaaaaaa, sekali lagi memang WAJIB, untuk menikmati SALMON HEAD. Tak namanya berkunjung ke Cititel Penang kalau tak menikmati salmon head Main Street Cafe. Tapinya kali ini punya salmon head memang TERPALING WIN weeeiiiiii. Sebelum-sebelum ini, saya pernah menikmati kari kepala ikan salmon, salmon head teriyaki, dan masak kicap salmon head, tapiiiiiiiiii... kali ini pertama kali mendengar, melihat serta merasai sendiri menu Kaeng Som Salmon Head, memang TERBAIK, memang WIN. Dengan ini, ingat tau, sekali lagi WAJIB anda cuba sendiri
Akhir sekali, upah gambor Ibu dengan Boboboy lepak di lobby hotel he3
Maklumat Buffet Dan Lokasi | 'Celebrate The Durian Season : Featuring Durian Dessert' di Cititel Penang
Maklumat Buffet Dan Lokasi | 'Celebrate The Durian Season : Featuring Durian Dessert' di Cititel Penang | Bagi penggemar durian, sila jangan lepaskan peluang untuk merasai promosi hebat ini. Untuk perincian tawaran yang ada sila rujuk maklumat seperti dibawah.
JULAI 2019
Featuring Durian Desserts
Saturday & Sunday Buffet Lunch
Japanese, Seafood & Penang Local Delicacies
12.00noon - 3.00pm
RM63nett (Adult), RM31nett (Child), RM44nett (Senior Citizen)
Colourful Christmas Day Buffet Dinner
Friday Buffet Dinner
Japanese & Seafood
Saturday Buffet Dinner
Grill, Roast & Seafood
6.30pm - 9.45pm
RM103nett (Adult), RM52nett (Child), RM72nett (Senior Citizen)
Lokasi :
Main Street Cafe, Cititel Penang
Contact :
04-2911128
Laman sesawang :
Facebook:
Instagram :
~~~~ The End ~~~~