Berhari Raya Normal Baru Di Kala Perintah Kawalan Pergerakan | Hari Raya Aidilfitri 2020
Assalammualaikum dan selamat petang semua. Allahu, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana negara tersayang kita, telah berada di dalam fasa pemulihan dari ancaman COVID-19. Berkat kerjasama diantara kerajaan serta seluruh rakyat, kita sudah boleh menghela nafas lega serta meraikan kemenangan bersama mengharungi detik getir dikala negara dilanda musibah COVID-19. Tanggal 1 Julai 2020 merupakan detik kegemilangan yang patut kita mensyukuri kerana negara kita mencatatkan kes harian COVID-19 terendah (1kes import), dengan tiada kes jangkitan tempatan. Namun begitu JANGAN ALPA, terus PATUHI SOP yang digarikan dan membiasakan diri serta orang tersayang kita dengan NORMAL BAHARU.
Hari Raya Aidilfitri tahun ini akan terus menjadi kenangan kepada semua kerana kita meraikannya dengan normal baharu. Walaupun kerajaan telah memberikan kelonggaran serba sedikit, namun ianya tetap berbeza. WAJIB untuk saya coretkan kenangan Aidilfitri keluarga kecil saya di dalam blog kesayangan ini untuk tatapan masa hadapan kan3, ajoooooomm.
Hanya Meraikan Bersama Ibu, Ayah dan Boboboy | Hari Raya Aidilfitri 2020
Walaupun pabila menghampiri Aidilfitri 2020, pihak kerajaan telah membenarkan aktiviti kunjung mengunjung dan ziarah hari raya, namun keluarga kecil saya masih mengekalkan pintu tertutup. Iaitu, kami mengambil keputusan untuk tetap tidak berziarah hari raya ataupun membuka pintu rumah kami untuk sebarang ziarah hari raya.
Namun, kami masih meraikan kemenangan berjaya berpuasa sebulan dan berhari raya ya, bukanlah terus tidak berhari raya he3. Tambah pula Boboboy seketul sekali lagi berjaya PUASA PENUH sebulan seperti tahun yang lepas, Alhamdulillah. Meraikan hanya sekadar antara keluarga kecil saya sahaja, Ibu, Ayah dengan Boboboy.
Tadaaaaaaaaaaaaaa....
Simple ja untuk 3 beranak kami
Kuih muih hidang terus dari bekas plastik
Menu utama di dalam dulang berputar
Milo ais satu jug
Menu utama di pagi Aidilfitri
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Lemang nan sebatang
Pssttt, nampak dak tu lelemaks di kepala lemang??? Haaaaaaa, itu kesukaan arwah Opah eh tau3
Rendang cili api kepah ala2 negeri sembilan
Ninjiaaaaaa Boboboy seketul menjamu selera
Psssttt, kesukaan hati eh sah3 la nasi minyak dengan ayam masak merah
Rempitan 3beranak di pagi raya
Pssstt, dek kerana tidak boleh solat raya dan tiada ziarah hari raya, makanya kami mengambil keputusan untuk rempit 3 beranak mengelilingi Pulau Pinang sahaja
Ayah eh upah toys dekat Boboboy sebab berjaya puasa penuh 30hari
Alhamdulillah
Pssstt, kami suami isteri tak pernah janjikan apa2 reward kepada anak untuk satu2 perkara yang berjaya dia buat, tambah2 kalau ianya memang wajib dan merupakan tuntutan
Contohnya macam berpuasa ni la
Saya dan suami lebih kepada kalau yang wajib makanya wajiblah disempurnakan tanpa mengharapkan apa2 ganjaran ataupun balasan
Tetapiiiii, jika Ibu dan Ayah ada rezeki lebih dan hendak memberikan ganjaran dikemudiannya, itu merupakan BONUS
Ambil kesempatan round island dengan menyinggah pasar nelayan di Pulau Betong untuk membeli stok ikan
Tengok la wajah Boboboy seketul yang tiada feel bermain bunga api
Tak sudah suuudaaaah dengan penakut pahit eh dengan bunga api
Iyyeeerrrrr, bukan mercun puuunnn, bunga api ja pong weeeeeiiii
Penakut pahit sungguh, punyalah tak mau main, dia tala suruh Ayah eh yang main, dia tala suruh bagi dekat jiran sebelah rumah
Ohhoooiii la anak ooiii
In merupakan menu Aidilfitri hari kedua
Lontong in the house uols
Pssttt, pertime ni haaaaaaa buat sendiri, Alhamdulillah menjadi la untuk anak tekak kami 3 beranak he3
~~~ The End ~~~