Warna Rasa, Iftar Di Royale Chulan Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang
Warna Rasa, Iftar Di Royale Chulan Penang | Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang | Assalammualaikum dan selamat petang semua. Pejam celik, pejam celik, tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak dah kan3. Lebih kurang bersisa dua minggu sahaja lagi tau3.
Semestinya, seperti tahun-tahun sebelum ini, sebagai seorang food blogger, adalah merupakan satu tanggungjawab untuk saya berkongsi dengan para pembaca blog saya, tentang tawaran buffet Ramadhan di Penang, dan tahun ini juga tidak terkecuali. Makanya, sebagai pembuka tirai "Best Buffet Ramadhan Dinner 2024 Di Penang", untuk entry kali ini, saya akan berkongsi tentang tawaran Buffet Ramadhan 2024 di Royale Chulan Penang. Masih mengekalkan tema Iftarnya seperti tahun sebelum ini, iaitu "Warna Rasa". Menu yang ditawarkan untuk tema ini menampilkan aneka warna, tekstur, serta rasa yang pastinya akan mewarnai selera setiap orang yang menikmatinya. Bermula dari 16 Mac sehingga 8 April 2024, serta erdapat dua jenis menu rotation yang berbeza tau3. Tanpa melengahkan masa lagi, ajiom kita bersama-sama melayari ceritera bergambar di bawah.........
Warna Rasa, Buffet Ramadhan di Royale Chulan Penang
PEMBUKA SELERA
Barisan pembuka selera seperti aneka jenis kerabu, aneka jenis acar, aneka jenis salad, aneka jenis ulam-ulaman bersama sambal belacan, aneka jenis buah-buahan, yam yoon sen, tabouleh, pasembur Penang, chicken rolls with beancurd, sambal bilis kacang manis, kurma, serta smoked salmon platter
MENU UTAMA
Barisan menu santan utama terdiri daripada nasi Royale safron kabsah, nasi hujan panas, gulai kawah daging utara, ayam masak rose kapitan, black pepper lamb, ketam masak cili Royale, ikan tenggiri petai berbunga kantan, udang berlada dan sayur campur
Pssstt, wajib untuk nikmati nasi kabsah kambing itu, nasi hujan panas itu, gulai kawah itu, kambing lada hitam itu, dan udang berlada itu naaaa
KAUNTER AKSI (SAJIAN PONDOK)
Laksa Penang
Pssstt, asam laksa Penang asli naaaaaaaaaaaa
Bakar-bakar dengan baked whole fish served with local pico de gallo dan juga ikan bakar air asam (ikan kembung, sotong ring, ikan pari, siput)
Pssttt, ohoooiii, menjejes air liur melihat semula ikan siakap sekor dengan ikan pari bakar itu. Memang tangkap leleh bila dicicah bersama air asam eh
Sup tulang rawan nusantara dan sup ayam akar teratai
Psstt, turut menjadi rebutan pengunjung semestinya sup tulang rawan ini. Enak dihirup bergitu sahaja ataupun dicicah bersama roti benggali itu
Lemang 10 kaki, ketupat, rendang ayam, dan serunding
Satay ayam dan daging bersama kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang potong
Kambing paggang
Pssttt, kalau yang ni tak cuba, tidaklah namanya anda ke Warna Rasa, Iftar di Royale Chulan Penang
Bawal perak goreng dan ayam goreng korea
Psstt, disediakan pana-panas, fresh dari dapur aksi eh. Ikan dan ayam eh rangup kriuk-kriuk wweeeiii. Memang antara menu terbaik
Aneka jenis gorengan panas seperti goreng pisang, keledek, keladi, cucur kodok, kuih keria serta jagung bakar
Pssttt, ish2, yang ini pun terkenang-kenang sehingga kini. Cekodok eh, pisang goreng cicah sambal kicap eh. Layaaannnn weeiii
Aneka jeni bubur seperti bubur lambuk, bubur kacang, bubur gandum dan bubur pulut hitam
ABC dan aiskrim
Aneka jenis minuman sejuk dan panas
PENCUCI MULUT
Barisan pencuci mulut semestinya dengan aneka jenis kek, puding, jeli, tart, pastri, kuih muih traditional Melayu serta chocolate fountain
~~~ The End ~~~