Friday, May 24, 2024

The Pirate's Menu Yang Teristimewa Bagi Pencinta Makanan Laut | Weekend Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang

The Pirate's Menu Yang Teristimewa Bagi Pencinta Makanan Laut | Weekend Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Sudah agak lamaaaaaaa menyepiiiiii dari entry di blog kesayangan ini kan3. Apakan daya tugas hakiki membatasi saya untuk senantiasa mencoret di sini, sob, sob, sob. 


Tetaaapiiiiiii, kali ini saya sudah tidak sabar lagi untuk berkongsi dengan anda semua tentang tawaran menu buffet makan malam terkini, terbaru, sensasi dan terbaik dari sebuah hotel berprestij di Pulau Pinang, iaitu Royale Chulan Penang semestinya. Tema yang ditampilkan kali agak ganaaaassssss bunyinya iaituuuu The Pirate's Menu. Haaaaaaaa, ganas kan kan kan. Eehhhhhh, tetapiiiii jangaaaannn takuuuiiit, segala menu yang dipersembahkan dijamin sedap-sedap belaka, serta semua staf F&B team Sri Tanjung Cafe ni semuaaaaaaa lanun maneh-maneh, hensem-hensem serta mesra peramah orangnya tau3. Meh sini saya kongsi ceritera bergambar The Pirate's Menu di Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang.


The Pirate's Menu di Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang


Hiasan dalam Sri Tanjug Cafe yang menyerlahkan tema yang ditampilkan


Team pengurusan & dapur Royale Chulan Penang yang bertanggungjawab menjayakan Weekend Themed Buffet Dinner, The Pirate's Menu


PEMBUKA SELERA

Barisan pembuka selera seperti seafood on ice (dengan pilihan aneka makan laut segar seperti udang, scallops, oyster, siput), sashimi on ice (salmon, white tuna, dan octopus), smoked salmon platter, miang kham,  seafood yam woon sen, serta aneka jenis salad (seeweed salad, tomato basil salad, mixed salad, cowboy salad, citrus salad, caesar salad, salad mangga bersama udang, kimchu salad, korean clam noodle salad) dan juga dressings & condiments


Pssstt, terpaling sedap semestinya caesar salad itu tau3. Selain itu semestinya menu yang wajib dinikmati untuk section ini adalah the sasshiiiimiiiiii, smoked salmoooonnn dan segala binatang-binatang segar di bahagian seafoods on ice tu naaaaaaaaa


MENU UTAMA

Barisan menu utama seperti udang bawang putih Szhechuan, ikan kerapu goreng bersama sos hawaiian, daging bulgogi bersama sayuran, arrow squid kapitan with kafir lime serta braised beancurd with minced seafood


Psssstt, wajib untuk nikmati udang bawang putih Szhechuan, daging bulgogi serta tofu telur makanan laut itu tau3. Sememangnya terserlah kesegaran setiap item di dalam list menu di atas ini tau3, dan ini semestinya menjanjikan rasa enak dan manis asli yang membangkitan selera setiap orang yang menikmatinya


Spicy honey chicken, stir fired crabs with glass noodles dan deep fried shishamo with salted egg sauce


Pssstt, terpaling unik ialah menu shishamo itu tau3. Makanya wajiblah mencuba bagi mereka yang tidak pernah rasa kan3. Tuuuuuu, drumstick itu dari mata kasar pun dah memanggil-manggil dah kan3. Bapoookkkk busat oooiiiii paha dia tu haaaaaaaaa. Habis kokak seketui tu dah kenyang pueeeehhhh hatiiii kesahnya he3


Kari kepala ikan kerapu


Pssstt, menu ini boleh dinikamti bersama roti benggali potong ataupun nasi putih


Seafood paella, nasi briyani lamb shank dan seafood lasagna


Pssstt, meriaaaaaahhhh kan3. Tuuuuuu lasagna tuuuu, dalam dia bersepaaaaahhh makanan laut wooo. Calamari eh, udang eh, clams eh tau3. Memang teringat-ingat keenakannya sehingga hari ini. Wajiiiiiiiibbbb nikmati tau3. Begitu juga dengan briyani kambing itu tau3, dan juga seafood apella ituuuuuu. Ketiga0tiga menu section ini memaaaaanngg wajib untuk nikmati tau3


KAUNTER AKSI

Mee kari ketam Nyonya


Roasted Australian striploin


Psstt, ohoooiiiiiii, ini memang kaunter paling seksi dan menjadi tumpuan di malam kejadian. Dengan abam lanun herlok tu yang senantiasa tersenyum maneh ketika menghiris nipis daging striploin penuh jus, di hidangkan di dalam pinggan, di curahkan dengan penuh kasih sayang gravy diatasnya, serta di beberikan kepada pengunjung. Tak dapat wooooo servis terbaik dan rasa menu terbaik seperti ini di tempat lain tau3. Tapiii serious cakaaappp daging ini meemmmaanngg thorbaeekk, tiga kali ulang pun tak sedar he3


Steamed whole Barramudni


Deep fried silver pomfret, squid balss & prawn meat


Pssttt, haaaaa ikan bawal putih garing goreng panas-panas cicah dengan sos ala thai eh ni memang layaaaann betul. Dah jadi mcm kudapan dah aaaa. Sambil sembang sambil kokak ikan eh, tau3 dah habis sepinggan, tambah lagi sepinggan he3


Traditional BBQ station dengan pilihan item seperti udang, clams, siput, mussels, sotong, siput buluh, ketam, scallops, hirisan daging kambing, hisiran daging lembu, jumbo suasage serta hirisan isi ayam


Pssttt, untuk BBQ ini pilihan sosnya adalah kung po atau sambal tau3. Yang ini pun sah2 la wajib anda nikmati kan3. Dah nama pun buffet makanan laut, tentu2 la wajib BBQ kan3, barulah lagi in to the scene he3


Soup station dengan pilihan menu sup adalah seafood potato leek soup dan double boiled chicken with Chinese herbs


Pssstt, kedua-dua sup ini boleh dinikmati bersama roti serta butter


PENCUCI MULUT

Barisna menu pencuci mulut seperti aneka jenis kek (orange butter cake, pandan layered cake), creme caramel, pavlova, panna cotta, layered pudding, tiramisu cream, jelly longan & honey, hot chocolate pudding with vanila sauce, pengat pisang, chocolate fountain with condiments, serta aneka jenis kuih muih tempatan


Psssttt, menu wajib section ini semestinya puding coklat panas cicoh vanila sos itu, pengat pisang itu serta jelly longan & honey sejuk2 ituuuuuuuuuu


ABC & aiskrim


Pilihan minuman sejuk seperti calamari jus, blue lagoon, dan pink guava


Pssttt, untuk minuman terdapat juga minuman panas seperti coffee & tea, teh tarik serta nescafe tarik





So jangan lepaskan peluang, ajiioomm beramai-ramai bersama saudara rakan taulan mengisi hari hujung minggu anda 





~~~ The End ~~~

0