Friday, October 18, 2024

The Return Of Poseidon | Weekend Seafood Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang

The Return Of Poseidon | Weekend Seafood Buffet Dinner Di Royale Chulan Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Setelah 2 tahun berlalu, akhirnya sekali lagi Royale Chulan Penang mengembalikan semula bufet makan malam makanan lautnya yang bertemakan "The Return Of Poseidon Kitchen". 


Sekali lagi para pengunjung akan dapat menikmati tawaran bufet makan malam makanan laut ini setiap hari Jumaat dan Sabtu, bermula dari 12 Oktober 2024. Seperti biasa lokasi bufet adalah bertempat di Sri Tanjung Cafe, bermula dari jam 6.30pm - 10.00pm. Para pengunjung akan dihidangkan dengan aneka pilihan menu berasaskan makan laut yang mewah serta dijamin segar dan enak. Ini termasuklah menu baru serta menu pilihan ramai sebelum ini yang ditambah baik demi memaksimakan kepuasan citara setiap pengunjung. Chef Nadzri Mastan, Executive Sous Chef, Royale Chulan Penang, menyatakan bahawa buffet makan malam hujung minggu ini dihasilkan bukan sahaja untuk meraikan keenakan makanan laut semata-mata, tetapi ianya adalah untuk mencipta satu pengalaman dan detik terindah yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga yang tersayang. So ajiom kita layan ceritera bergambar dibawah.


The Return Of Poseidon, bufet makan malam hujung minggu di Sri Tanjung Cafe, Royale Chulan Penang


JAPAN MIYAGI OYSTER

Sesi istimewa penampilan (ceceewwaaahh penampilan gitchew) Japanese Miyago Oyster di bufet makan malam The Return Of Poseidon
v
v
v
v
v
v
v

Ninjiaaaaaa zoom in THE MIYAGI OYSTER


Pssstttt, sepanjang sesi makan akan terdapat dua sesi khas penawaran istimewa Miyagi Oyster ini. Iaitu pada 7.45pm dan 8.45pm. Seriously inilah oyster tersedaks, terbesor, terfresh, yang pernah saya nikmati tau3. Sejujurnya saya bukanlah peminta tegar raw oyster ni naaa. Tetapi setiap kali kalau berkesempatan menikmati menu ini, pasti saya akan mencuba. Kebiasaannya raw oysters ni di letakkan di dalam section seafoods on ice. Pernah ja saya 'terkena' versi tak fresh la, versi saiz secoet la. Tetapi untuk kali ini, sememangnya The Royale Chulan Penang telah mencuri hati saya untuk menu ini secara spesifiknya tau3. Sudahlah saiz oyster tu bapok besor, dia punya fresh tuuuuuuu hooii. Dengan titisan tobasco, dan lemon, peerrghhh, terus terangkat rasa eh tau3. Sluuurrppp, sekali telan, meresap terus. Thumbs up untuk menu ini, memang thoorbaekkkk


CHILEAN SNOW CRAB

Ninjiaaaaaaa THE CHILEAN SNOW CRAB


Psssttt, bagi setiap pembelian 5pax, anda akan sekali lagi diraikan dengan menu istimewa secara PERCUMA, iaitu the chilean snow crab tau3


PEMBUKA SELERA

Barisan menu pembuka selera di bufet makan malam The Return Of Poseidon


Menu yang ditawarkan semestinya seafodd on ice (udang, ketam, kepah, escargor, gong-gong, black mussels, golden scallops, yabbi), sashimi (salmon, octopus, magura tuna, butter fish), platter (smoked salmon & cheese), meang kam, seaweed salad, seafood yam woon sen, tomato basil salad, hodomaki sushi, citrus salad, caesar salad, mixed salad, tangerine chicken salad, young manggo shrimp salad, serta aneka dressing & condiments


Double boiled chicken with chinese herbs supu & seafood chowder with vegetable soup, bersama roti


MENU UTAMA

Barisan menu utama seperti seafood lasagna, seafood paela, slipper lobster with spicy salted egg, stir fried crabs with glass noodles, Szechuan garlic prawns, prawn & squid sambal petai,  grilled salmon served with ginger torch salsa, slow cooked grouper with three flavour sauce, spicy honey chicken, beef bulgogi with vegetables dan stir fired hotate sea scallops with vegetabels


KAUNTER AKSI

Poseidon BBQ dengan aneka pilihan makanan laut seperti ketam, udang, kepah, sotong, mussels, scallops, siput, serta hirisan daging & ayam


Pssttt, menu ini akan dimasak panas-panas di atas pilihan dan permintaan pengunjung. Sila pilih binatang makanan laut anda, kemudian sila pilih jenis bbq sos yang anda inginkan iaitu samada kungpo sos atau korean bbq sos. Kemudian boleh terus nikmati menu bbq anda fresh-fresh, panat-panas. Memang mengujakan sesiapa sahaja yang menikmatinya


Crispy corner dengan pilihan baby crab, seabass belly, udang, ikan bawal putih dan snake head fish yang digoreng celup tepung panas-panas juga tau3. Kemanisan asli makanan laut itu yang rangup diluar dek celupan tepung serta ditambah dicicah dengan sos cili bawang putih eh, peerrrrghhhhh, memang layan sungguh. Tak sedar licin sepinggan weeeiiii, he3


Salt crusted baked barramundi


Gratinated golden scallop dan oyster with dill cream sauce


Roasted lamb leg & roasted beef striploin bersama sos black pepper


Noodle corner dengan menu snapper noodle with kombu umami stock


PENCUCI MULUT

Barisan pencuci mulut dengan aneka pilihan kek, jelly, puding dan chocolate fountain yang dihasilkan cantik dengan bertemakan kebiruan laut. Terdapat juga kuih muih tepatan, pavlova, pengat pisang, aiskrim, dan halo-halo


MINUMAN PANAS & SEJUK

Aneka pilihan minuman panas dan sejuk seperti teh tarik, nescafe tarik, brewed coffee, jus buah pala, fruit punch, blue lagoon dan pink guava



Hasil di malam kejadian....................


Pssttt, makanya jangan lepaskan peluang anda untuk turut sama menikmati hidangan enak dan terbaik di bufet makan malam hujung minggu "The Return Of Poseidon" di Royale Chulan Penang
v
v
v
v
v
v



~~~ The End ~~~

0