Tadika PERKIM, Pulau Pinang | Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Pra Sekolah

12:26:00 PM

Tadika PERKIM, Pulau Pinang | Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Pra Sekolah

Tadika PERKIM, Pulau Pinang | Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Pra Sekolah

Tadika PERKIM, Pulau Pinang | Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Pra Sekolah | Assalammualaikum dan selamat pagi. Allahu, kita sudah semakin hampir dengan penghujung 2017. Memang masa di akhir zaman ini cepat sungguh berlalu. Saya masih berasa seolah-olah saya baru sahaja menghabiskan hari pertama a.k.a hari orientasi bagi Boboboy di Tadika PERKIM. Tetapi yang nyatanya, Boboboy seketul sudah pun melepasi Hari Graduasi a.k.a Hari Penyampaian Sijil dan Konsert Tadika PERKIM.


Warna-warni Di Hari Kejadian | Tadika PERKIM, Pulau Pinang

Warna-warni Di Hari Kejadian | Tadika PERKIM, Pulau Pinang | Untuk kali ini pihak Tadika PERKIM telah memilih lokasi yang lebih selesa untuk acara hari penyampaian sijil, iaitu di dewan Auditorium, KOMTAR. Keluasan, kemudahan dan keselesaan dewan ini memang sesuai untuk acara seperti ini yang melibatkan kanak-kanak.

Untuk makluman anda semua, sebenarnya kami sekeluarga telah berpindah dari island Penang ke mainland Penang. Sebelum ini kami menetap di Bayan Lepas, dan sekarang kami telah menetap di Bertam. Perpindahan ini berlaku pada penghujung Julai. Dengan ini secara rasminya Boboboy telah berhenti dari Tadika PERKIM bermula Ogos. Setelah berpindah, Boboy telah kami daftarkan di Tadika Perpaduan pula. Rugi pula rasanya kalau duduk sahaja dirumah. Nak sambung di Tadika PERKIM jauh. Apa pun, untuk kali ini saya cuma nak fokus untuk mencoretkan perihal Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Tadika PERKIM. Bagi bahagian ceritera kronologi PERPINDAHAN ini insyaAllah saya akan up entry yang lain yer he3.

Walaupun sudah menamatkan pengajian di Tadika PERKIM, saya dan suami tetap meminta kepada pihak tadika untuk membenarkan Boboboy turut merasai kemeriahan hari graduasi tadika. Iyerla lebih setengah tahun bersama guru-guru dan rakan-rakan di tadika ini kan3. Sayang sangat klau tidak dapat bersama-sama di hari GUMBIRA gitew kan3 he3. Kiranya dari hari Boboboy berhenti sehingga ke hari graduasi adalah lebih kurang 4 bulan. Agak lama kan3.

Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Tadika PERKIM Kali Ke 39

Psssttt, Boboboy seketul dari kelas Matahari (nama kedua dalam senarai penerima kelas). Jumlah keseluruhan kelas yang ada di tadika ini kalau tidak silap ada lima dengan jumlah pelajar lebih kurang 80 orang. 

Ibu, Ayah dan Boboboy

Psssttt, waktu ini perasaan memang excited sangat-sangat. Ni anak seketul baru habis tadika jer pun, bukan Uni :P. Lantakkan sahaja disitu he3. Yang Boboboy dari mula sampai memang seronok tak terkira la jumpa kawan-kawan dia. RINDUUUUU he3

Persembahan nyanyian pembukaan dari anak-anak Tadika PERKIM

Psstttt, inilah satu-satunya persembahan yang Boboboy dapat turut sama terlibat. Rehearsal sehari sebelum hari acara. Terdapat persembahan yang lain selepas ini, dan ianya mengikut kelas. Malangnya untuk persembahan kelas itu Boboboy tidak dapat turut serta. Iyerla, latihan dilakukan disekolah sewaktu sesi persekolahan. Boboboy kan sudah berhenti. Ada insiden yang agak menyedihkan sewaktu persembahan kelas Boboboy tau3. Untuk makluman, semua anak-anak duduk dibahagian belakang pentas sepanjang acara sebenarnya. Kiranya acara bermula dengan nyanyian pembukaan, penyampaian sijil dan akhir sekali persembahan kelas. Bila tiba giliran persembahan anak seketul tu, tiba2 saya ternampak salah seorang cikgu pimpin tangan anak seketul tu di bahagian tepi dewan dan seolah-olah mencari-cari kelibat. Muka Boboboy time tu memang dah berkerut-kerut, mata dah berair. Apa lagi, lajulah Ibu ni bangun terus pergi dekat dia. Nampak ja Ibu terus Boboboy peluk sebam muka kat badan Ibu. Menangis anak seketul tu. Elok bawak duduk, bawak bertenang, pujuk-pujuk. Baru tanya, kenapa. Bebel la Boboboy kata, kawan tinggal dia, cikgu kata sekejap ja, cikgu dengan kawan tinggal abg lama sorang-sorang dengan kelas lain, abg tak mau duduk dengan kelas lain, abg nak kelas abg, sampai hati cikgu dengan kawan-kawan tinggal abg, blaaa, blaaa, blaaaa. Aduuiilaaah anak he3.

Boboboy bersama cik Zaili (cikgu kelas) menunggu giliran di tepi pentas untuk menerima sijil

Boboboy menerima Sijil Komputer

Pssstttt, di Tadika PERKIM, hanya anak-anak 6 tahun sahaja akan menerima sijil tamat pengajian. Bagi anak-anak 4 dan 5 tahun, mereka akan menerima sijil komputer sahaja. Ini kerana mereka sebenarnya belum lagi TAMAT PENGAJIAN he3.

Secara keseluruhannya memang meriah dan seronok dengan acara Majlis Penyampaian Sijil Dan Persembahan Konsert Tadika PERKIM. Walaupun anak seketul bukan lagi pelajar di tadika, tapi pihak pengurusan dengan baik hati masih membenarkan untuk turut serta untuk acara penamat. Boboboy tu pun menangis sekejap sahaja, itu pun sebab dia terasa hati tinggal sorang-sorang dekat belakang pentas dah tidak dapat bersama-sama dengan kawan-kawan membuat persembahan. Apabila saya menerangkan yang memang dia tidak dapat turut serta sebab tidk berlatih, dan kan sudah berhenti sekolah, barulah dia bertenang dan kurang merajuk he3. Alhamdulillah, dapat juga Boboboy merasai bersama hari graduasi dengan kawan-kawan dari Tadika PERKIM he3.



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

0 comments

Blog Dekat di Hati