Friday, December 29, 2017

Doli Kuey Teow Goreng | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Doli Kuey Teow Goreng | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Doli Kuey Teow Goreng | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak

Doli Kuey Teow Goreng | Tempat Makan Best Dan Menarik di Taiping, Perak | Assalammualaikum dan selamat petang. Untuk entry terakhir bagi tahun 2017, kali ini saya nak share tentang satu lokasi jalan-jalan cari makan di Taiping, Perak. Lokasi ni kiranya memang port wajib JJCM Taiping. Tidak lain dan tidak bukan pastinya >>>>>>>>>> Restoran Doli Kuey Teow Goreng


Restoran Doli Kuey Teow Goreng 

Hidangan Bercirikan 'Chinese Style' | Doli Kuey Teow Goreng 

Hidangan Bercirikan 'Chinese Style' | Doli Kuey Teow Goreng | Saya pasti ramai pembaca memang sudah tahu bekenaan restoran ini kan3. Apapun saya masih lagi ingin berkongsi pengalaman saya sendiri dengan restoran ini. Untuk makluman anda, Ibu saya a.k.a Opah eh berasal dari Taiping, even saya sendiri dilahirkan di Taiping he3. Opah eh memang dari kecik dah makan CKT Doli ini. Opah baeritahu, dulu-dulu CKT ini dijual ditepi jalan menggunakan kereta tolak sahaja. Dibungkus menggunakan daun (apa nama daun itu saya sudah lupa :P). Memang wangi sangat bau aroma CKT ini tau3. Saya sendiri mula menikmati CKT Doli ini dari saya kecil dan turut sama menjadi peminat tegar. Tanpa melengahkan masa, jom ikut saya menyelusuri pengalaman yang entah keberapa ribu kali menikmati CKT Doli ini.

Persekitaran di dalam restoran Doli CKT

Menu UTAMA Char Kuey Teow

Pssstttt, secara ikhlasnya dari pengalaman dan deria rasa saya personally, rasanya memang sudah lari. Kemeriahan CKT itu sendiri semakin kurang. Rasanya masih SEDAP, cumanya sudah kurang dari rasa asal dahulu.


Menu pilihan kami sekeluarga pada hari kejadian
Nasi Ayam
CKT
Mee Kari

Pssstttt, Secara keseluruhan nasi ayam dan CKT tu ok la. Cumanya yang memang out adalah mee kari.


Nasi ayam memang kesukaan Boboboy seketul


Opah eh sah-sah la dengan CKT Doli kan3


Kami tiga beranak di Doli CKT


Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Doli Kuey Teow Goreng

Lokasi Dan Maklumat Perhubungan | Doli Kuey Teow Goreng | Walaupun saya pasti ramai yang telah maklum tentang lokasi Doli CKT ini, saya masih akan berkongsi maklumat berkenaan untuk rujukan bersama.


Restoran Doli Kuey Teow Goreng

Alamat :
No. 12, Jalan Tupai, 34000, Taiping, Perak

Waktu Operasi :
Buka setiap hari
Jumaat tutup
11.00am - 11.30pm



~~~ The End ~~~

1 comment: