'Let's Get Crackin' This Christmas!' Di Olive Tree Hotel | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang

10:33:00 AM

'Let's Get Crackin' This Christmas!' Di Olive Tree Hotel | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang

'Let's Get Crackin' This Christmas!' Di Olive Tree Hotel | Best Christmas Buffet Dinner Di Penang | Assalammualaikum dan selamat pagi. Kita telahpun memasuki fasa cuti sekolah bagi anak-anak, Alhamdulillah. Tidak lama lagi kita akan memasuki bulan yang terakhir setiap tahun iaitu bulan Disember. Tibalah juga masanya untuk perayaan Krismas sebagai penutup tahun 2019.

Berkesinambungan dari sebelum ini, tujuan entry ini adalah kerana saya ingin berkongsi dengan para pembaca blog kesayangan, satu lagi tawaran buffet bersempena perayaan Krismas, iaitu yang ditawarkan oleh Olive Tree Hotel, Pulau Pinang.


Ibu, Ayah dan Boboboy seketul di malam 'Festive Food Review', Olive Tree Hotel, Pulau Pinang.


Inilah Masanya Untuk Berkumpul, Bersuka Ria Dan Menjamu Selera | 'Let's Get Crackin' This Christmas!' Di Olive Tree Hotel

Inilah Masanya Untuk Berkumpul, Bersuka Ria Dan Menjamu Selera | 'Let's Get Crackin' This Christmas!' Di Olive Tree Hotel | Sepertimana kebiasaannya, pihak Olive Tree Hotel, tidak pernah melepaskan peluang untuk turut sama memeriahkan perayaan Krismas. 

Dengan penuh usaha pihak Olive Tree Hotel ingin memberikan rasa istimewa kepada para pengunjungnya dengan menjadikan seolah-olah melangkah masuk kedunia animasi 'The Nutcrackers' apabila mengunjungi hotel. Bermula dengan hiasan luaran hotel itu sendiri, yang terdiri daripada 2 buah pokok Krismas yang besar serta 3 buah yang eco-freindly dan ini diceriakan lagi dengan dekorasi berkerlipan, santa dan juga rusa magikalnya. Seterusnya pabila melangkah masuk kedalam hotel, rasa itu masih akan terus mekar apabila dihidangkan dengan 'Christmas Nutcracker' dan hiasan dalaman yang mesra alam sekitar.


Di tingkat 1, terdapat bahagian khas iaitu 'Christmas Corner'. Pada bahagian ini akan terdapat pelbagai pilihan kraftangan serta dekorasi Krismas yang boleh dibeli bagi sepanjang bulan Disember. Hasil dari jualan ini akan didermakan kepada Pertubuhan Permata Al Mahabbah, Pulau Pinang. Ini merupakan satu insentif khas yang diterapkan oleh pihak hotel dalam berkongsi dan memberi rezeki bersama-sama.

Olive Tree Hotel's Christmas Corner

Tidak hanya terhenti disitu, pihak Olive Tree Hotel Penang juga telah bersedia untuk meraikan Krismas dengan menawarkan buffet makan malam. Tema yang ditampilkan pada tahun ini adalah 'Let's Get Crackin' This Christmas!'. Inilah masanya untuk berkumpul, bersuka ria dan menjamu selera bersama keluarga serta rakan-rakan yang tersayang di Olive Tree Hotel. Jom kita lihat apa yang menarik.


Barisan buffet line di Sukkah Coffee House, Olive Tree Hotel, Pulau Pinang bersempena 'Festive Buffet Dinner'


PEMBUKA SELERA

Menu pembuka selera yang pastinya akan 'trigger your taste bud' dengan barisan menu antaranya honey & citrus roasted beetroot, tomato and mozzarella cheese salad, Russian salad with meat loaf, seafood terrine, salmon gravlax, chicken gelatine, salad bar, seafood on ice, dan cheese platter. 

Ini pula tawaran menu pembuka selera ala-ala Japanese style dengan assorted maki roll, sushi serta cold saba & condiments, yang enak dinikmati bersama japanese soy sauce, wasabi, pickle ginger dan japanese pickles

Pssttt, bagi pembuka selera sah2 salmon itu yang menjadi pujaan hati Ibu. Bagi Boboboy seketul pula cheese platter dan sushi/maki la kan3



MENU UTAMA

Sun dried tomato spinach pilaf rice

Pssssttt, Yaaaaaa ammpuuuunnn. Pertama kali mendengar, pertama kali melihat serta pertama kali merasa nasi ini. Memang WIN, memang SEDAP, memang TERBAIK. Ibu, Ayah dan Boboboy sepakat mengundi nasi ini sebagai 'STAR of the night'. Haruman nasi memang memikat, begitu juga dengan rasanya. Seolah-olah nasi tumisan ala-ala Melayu tu haaaa (mcm nasi minyak etc) tetapiiiii, terdapat twist dalam rasanya. Mungkin datang dari bahan tumisan ataupun dari sayuran yang digunakan. Memang mempunyai rasa tersendiri, compliment to the Chef. WAJIB tau anda nikmati


Stir fired udon noodles

Pssssttt, ini lagi satu menu WAJIB cuba. Nampak simple, tapi memang sedap. Saya tak dapat menerangkan rasanya, tetapi memang dapat dirasai manis udang serta tumisan itu menaikkan rasa udon ini. TERBAIK

Pan fried Atlantic salmon with orange

Psstttt, haaaaa, sedap lagi, he3. Tak henti-henti menu yang memberikan rasa umphh di malam kejadian. Saya menyukai gravy bagi menu ini. Serasi pabila dimakan bersama isi ikan. It compliment each other perfectly. Aduuuuussss, teringat-ringat la pulaaaaa


Grilled prawn with chimichurri sauce

Pssstt, menu ini tidak kurang hebatnya juga. Menjadi rebutan dimalam kejadian. Rasa pedas2 manis yang dihasilkan dari gravynya membuatkan kita tidak sedar diri sewaktu menikmati menu ini. Walaupun level kepedasan menu bagi saya memang sedikit sahaja, dan kurang kick, tapi saya tetap enjoy menikmatinya

Grilled chicken with mango curry sauce

Pssttt, nindia menu kesukaan Boboboy seketul. Dua kali ulang la makan he3

Slow roasted lamb shoulder with lamb juice


Chinese braised oxtails

Pssttt, haaa, kedua-dua menu diatas ini merupakan pujaan hati Ayah eh. Saya sendiri juga menggemari lamb shoulder itu. Ayah eh kan peminat tegar daging. Mengkala kata dapat kambing ka, ekor lembu kaaaa, memang habis hati la

Buttered vegetables brussels sprout


Roasted apple & pumpkin


Creamy watercress soup


Imperial seafood chowder with silken bean curd


KAUNTER AKSI

Yorkshire pudding & roasted sirloin


Whole roasted Turkey with raisin chestnut stuffing


Honey glaze turkey square with pineapel

Sos pencicahnya : blackpepper sauce, gilbert sauce, & cranberries sauce

Pssttt, tak Krismas la kalau tidak ada carving section ini kan. WAJIB ada Yorkshire pudding yang dimakan bersama daging sirloin yang dipanggang, dan juga ayam turkey kan3. Bertambah enak pabila dinikmati bersama dengan pelbagai gravynya dari blackpepper, ke gilbert ke cranberries. Saya secara personal memang suka mencampurkan sos blackpepper dan juga gilbert. NIKMAT dan WAJIB anda cuba


Korea spicy rice cake with cheese sauce (tteokbokki)


Raspberry duck confit served with tortilla


ABC


PENCUCI MULUT


Aneka pilihan kek, jeli, puding, biskut, gula-gula, macaroon, buah-buahan serta aiskrim



Antara pinggan mangkuk kami tiga beranak yang sempat saya snap dimalam kejadian

Antara kesemuanya, inilah sekali lagi ingin saya tekankan dua menu diatas inilah yang paling WIN kebaboooooooommm dihati saya, iaitu salmon gravlax dan juga 'sun dried tomato spinach pilaf rice'. Bukan nak menidakkan kehebatan menu-menu yang lain, tetapi kedua-dua menu ini yang bagi saya secara personal merupakan satu signature tersendiri yang hanya boleh dinikmati di Olive Tree Hotel, Penang bersempena dengan Krismas ini. Makanya pastikan anda mencubanya jika berkunjung tau3



Thaaaannnkkk yoouuu soooo muucchh Olive Tree Hotel, Penang untuk KEJUTAN yang superb dan tidak dijangka langsung. Early Christmas present untuk kami & we are so touched

Tidak hanya terhenti disitu, satu lagi insentif yang dilakukan pihak Olive Tree Hotel dalam meraikan Krismas adalah dengan persembahan 'carolling' oleh Straits International School, Persatuan Jiran Baik Pulau Pinang, Air Itam Gospel Centre dan juga Trinity Methodist Church pada 7, 14 dan juga 21 Disember 2019.


Terdapat pelbagai pilihan kek serta manisan Krismas yang boleh didapati di Selah Cafe, Olive Tree Hotel bermula 1 Disember 2019 sehingga 7 Januari 2020

Sila rujuk risalah di atas untuk perincian tawaran Festive Buffet Dinner, Christmas Eve Buffet Dinner dan Christmas Day Buffet Dinner di Olive Tree Hotel, Pulau Pinang



~~~ The End ~~~

You Might Also Like

0 comments

Blog Dekat di Hati