Friday, August 28, 2020

Alhamdulillah Boboboy Ada Ibu, Ada Mak, Ada Mama | Al-Kisahnya Anak Nan Seketul

Alhamdulillah Boboboy Ada Ibu, Ada Mak, Ada Mama | Al-Kisahnya Anak Nan Seketul | Assalammualaikum dan selamat pagi semua. Kali ini izinkan saya membebel berjela-jela tanpa gambar berceritera yang bertingkek-tingkek seperti kebiasaan entry saya sebelum ini naaaaaa. Ini merupakan sesi mencatat, sesi berkongsi rasa, sesi meluah perasaan seorang Ibu tentang anaknya nan seketul gitchew.


Ninjiaaaaaa anak nak seketul itu

Baby Ibu Ayah

Abang Ibu Ayah

Bam bam boooommmmm Ibu Ayah

Pipi paaaauuuu Ibu Ayah


Bagi yang follow blog saya atau yang mengenali saya secara alam maya mahupun nyata, rasanya sudah pasti mengetahui yang anak nan seketul saya a.k.a si Boboboy ni sedari baru lahir di dalam jagaan arwah Opah eh sahaja (pabila Ibu Ayah kerja la kan3). Pabila arwah Opah telah tiada, yang mana ketika itu Boboboy berusia 6tahun, saya masih tidak menghantar Boboboy ke pengasuh mahupun taska. Hanya tadika pada sesi pagi sahaja. Selesai sesi persekolahan pagi, Boboboy akan datang ke ofis sehingga tamat waktu kerja Ibu, dan terus kami bersama-sama pulang kerumah. Kemudiannya tadika Boboboy ada membuat sesi transit (sehingga petang), barulah Ibu teruskan persekolahan Boboboy dari pagi sehingga petang. Kiranya bila Ibu tamat waktu kerja, baru Ibu ambil Boboboy dan kami pulang bersama-sama. Tetapi pabila tiba musim cuti sekolah hujung tahun, sekali lagi Ibu usung Boboboy ke ofis Ibu setiap hari.


Sebenarnya Ibu memang tidak senang hati dan takut untuk melepaskan Boboboy kepada orang lain yang tidak dikenali. Itu merupakan FOBIA Ibu sedari awal lagi. Alhamdulillah, Ibu mempunyai bos yang sangat memahami, sentiasa cuba yang terbaik untuk memahami kondisi stafnya serta cuba sedaya mungkin untuk tidak menambahkan beban stafnya. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Memanglah Ibu dapat mengagak bahawa pasti akan timbul isu (sooner or later) kerana membawa anak ke tempat kerja, tetapi Ibu sebaiknya mengelakkan sebarang masalah serta sentiasa memastikan segala kerja dan tanggungjawab Ibu tidak terjejas sepanjang Boboboy ada. But still, even kalau kita tidak mempunyai masalah dengan bos dan kerja kita sendiri, bos2 yang lain atau rakan sekerja yang lain kita tak tahu kan3. So, buat masa itu, Ibu just go with the flow selagi tiada isu ditimbulkan.


Seterusnya, apabila Boboboy memasuki darjah satu, Ibu daftarkan sekolah kebangsaan (pagi) serta KAFA (petang), yang dekat dengan ofis Ibu. Kerana sekali lagi Ibu masih FOBIA lepas anak ke tangan orang lain. Makanya Ibu memang set dah untuk uruskan anak nan seketul itu sendiri. Pagi hantar kesekolah, tengah hari ambil dari sekolah dan bawa ke pejabat untuk makan serta salin baju untuk sesi KAFA, kemudian hantar ke KAFA. dan akhirnya bila tamat kerja ambil Boboboy dan terus pulang kerumah bersama-sama. Jika tiba musim cuti sekolah, sekali lagi Ibu akan angkut Boboboy ke ofis bersama Ibu. Masih dengan konsep, biar didepan mata Ibu, tidak akan melepaskan kepada orang yang tidak dikenali. Alhamdulillah sekali lagi bos sangat memahami dan bertolak ansur.


Rutin ini berlarutan sehinggalah penghabisan sesi persekolahan darjah satu Boboboy dan tiba musim cuti sekolah hujung tahun yang panjang ituuuuuuu. Pada ketika itu, bos menasihatkan untuk mula mencari pengasuh atau transit untuk anak nan  seketul. Saya faham dengan kerisauan bos tentang isu anak di tempat kerja. Tidak mahu terus menyusahkan bos, makanya degan berat hati saya mula mencari pengasuh seawal 2 bulan sebelum tibanya cuti sekolah. Memang saya totally tiada saudara mara atau kenalan yang boleh ditumpangkan anak seketul itu. Makanya opsyen yang ada hanyalah mencari secara dalam talian iaitu iklan FB. Ramai yang saya jumpa, ramai yang saya buat lawatan untuk meninjau kesesuaian untuk meletakkan anak seketul itu, dan tidak ada satu pun yang meyakinkan hati. Ciwi??? Banyak songeh??? Over react??? Ada aku kessaaaahhhh. Yang penting, sebelum apa2, sebelum meletakkan anak seketul ketangan siapapun, Ibu kena yakin, Ibu kena senang hati dengan orang itu kan3. 


Akhirnya dengan izin Allah, out of sudden ada rakan sekerja yag menyuarakan adik iparnya mengasuh budak. Setelah berhubung, dan meninjau sendiri, akhiiirnyaaaaa Ibu sedap hati he3. Makanya bermulah rutin baru Ibu menghantar Boboboy ke rumah Mak (pengasuh) sebelum Ibu pergi kerja. Dari hari pertama sehingga habis cuti sekolah, Alhamdulillah semua sangaaaaaattt baik. Sehingga hari terakhir di rumah Mak, memang dah setkan akan menghantar kembali Boboboy bila ada mana-mana cuti sekolah lagi selepas itu. Mak siap wasap lagi seminggu selepas itu yang rindu dengan Boboboy, anak nan seketul tu pun sama rindu Mak dia. Alhamdulillah, serasi sungguh mak dengan anak seketul tu he3.


Tibanya semasa PKP, memang la Boboby #dudukdirumah sahaja dengan Ibu. Setelah PKPP, Ibu dah mula bekerja dan sekolah masih belum dibuka, Boboboy sambung duduk dengan MAK. Kemudian sekolah kebangsaan (pagi) mula dibuka, tetapi KAFA (petang) masih tidak dibuka, sekali lagi Ibu mula pening. Ini kerana rumah Mak dekat dengan rumah kami. Boboboy bersekolah dekat dengan ofis Ibu, yang mana jaraknya jika tidak sangkut jam dalam 15-10minit, tetapi jika sangkut jam boleh jadi lebih dari sejam tau3. Makanya Ibu tidak akan sempat untuk menghantar Boboboy ke rumah mak selepas selesai sesi sekolah pagi, dan kembali semula ke ofis, yang mana waktu rehat Ibu cuma satu jam. Makanya Ibu kena mencari semula pengasuh yang berdekatan dengan ofis Ibu. Sekali lagi Allah permudahkan jalan. Ibu rakan sekelas Boboboy rekemen pengasuh yang sama untuk anak dia. Alhamdulillah, lega la hati ni sebab Boboboy bersama kawan sekelas dia di rumah pengasuh kan3. Rumah pengasuh pun satu tempat dengan KAFA tau3. Pabila berjumpa dengan pengasuh pun sedap ja rasa hati Ibu ni haaa. Kali ini Boboboy dapat Mama pula. Alhamdulillah, dengan Mama pun Boboboy serasi, tambahan sebab bersama rakan sekelas kan3.


Kiranya rutin sekarang ini, jika cuti sekolah, Boboboy akan duduk dengan Mak. Bila bersekolah dan tiada KAFA, Boboboy akan duduk dengan Mama. Untuk masa kedepan ni, Ibu plan nak sambung ja duduk dengan Mama walaupun KAFA bermula. Ini kerana sebelum ni kan Ibu kena bawa Boboboy ke ofis untuk makan dan salin baju sebelum ke KAFA. Memang tak sempat nak mandi ka rehat sekejap ka sebelum mula sekolah agama petang. Rushing la juga sebab kena siapkan dalam tempoh sejam lunch break Ibu kan. Dah ada rumah Mama, so lebih baik Ibu akan ambil dan hantar ke rumah Mama, so bolehlah fayyad makan, mandi dan rehat sekejap sebelum ke sekolah agama petang. Dah KAFA dengan rumah Mama tempat yang sama, so mudah sangat-sangat la. 


So huntung anak seketul ni, sekarang dah ada Ibu, ada Mak dengan ada Mama kan3. Alhamdulillah.



~~~ The End ~~~

2

Thursday, August 27, 2020

Semuanya Di hujung Jari Part Two | Di Kala Musim PKP

Semuanya Di hujung Jari Part Two | Di Kala Musim PKP | Sambungan dari entry sebelum ini iaitu WW Semua di Hujung Jari Part One, kali ini saya akan membebel lebih panjang ya pembaca kesayangan. Kasi caaaaannn laaaaa, dah lama koooottt tak membebel di blog picisan kesayangan ni kan3, he3. 


Sebelum meneruskan bebelan, sebagai kata pembukaan, saya ingin membuat  satu 'confession', saya merupakan sejenis manusia yang TIDAK SUKA, sekali lagi saya ulang dalam bahasa yang lebih mudah, iaitu saya NOT INTO (gittcchheww) pembelian secara diatas talian. Apatah lagi nak bershopping online bagai tu haaaaaaa. 


Tetapi detik di kala negara kita berada di dalam fasa PKP, saya telah terjebak dengan pembelian atas talian. Pelbagai platform di atas talian telah saya gunakan demi memastikan bekalan keperluan seisi rumah tidak putus bagi menjamin kelangsungan hidup kami 3 beranak sepanjang #dudukdirumah, haaaaa gitchheewww :P. Sejujurnya kami memang dengan TAAT #dudukdirumah dan tidak #kesanakesini langsung tau3. Kereta sampai nak kong bateri la, punya dok tak gerak kemana dari MULA hingga TAMAT PKP.


Memang sedari awal saya telah berniat untuk mencoretkan kenangan ini di dalam blog picisan saya ini, cumanya masaaaaaaa sangat mencemburui. Hari ini, sepantas kilat (pantas la sangaaattt :P), saya up kan entry ini sebagai kenangan di masa hadapan gitchew. 


Segala pembelian atas talian yang saya lakukan sememangnya merupakan keperluan hidup (konooonnn :P, sila iyerkan yer he3). Sebenarnya, pada peringkat permulaan ianya lebih kepada keperluan asas hidup, dan pabila semakin lama semakin berhawa nafsu he3, tapi tidaklah sampai ketahap membazir ke apa ke kan3. Dari barangan keperluan dapur (kering dan basah), ke barangan penjagaan diri dan kebersihan, sehinggalah ke barangan makanan frozen serta makanan sedia dimakan terus he3. 


Pada entry kali ini saya akan share beberapa pembelian yang saya lakukan bagi barangan DAPUR (BASAH) sahaja naaaaa. Sebabnya kalau nak share semua sekaligus pitaaaaammmmm :P. Perkongsian belian barang basah ini juga hanya sebahagian yang sempat saya snap yang mana merupakan menu kesukaan dan 'repeat' kami sepanjang PKP. Ajoooommm layan gambar dibawah.


Bahan-bahan dapur basah seperti ayam, ikan, daging lembu, gearbox, paru lembu, perut lembu, kerang, kepah, ketam, udang, sotong, bebobola ikan/ayam/daging, daging kisar, sayur-sayuran dan termasuk juga bekalan santan segar

Psssttt, menu di atas merupakan menu yang kerap kali saya ulang dan ulang dan ulang he3. Ini kerana supplier-supplier ini membekalkan barangan yang segar, service yang terbaik dengan harga yang berpatutan. Sebelum finalise supplier kesukaan ini, banyak juga supplier lain yang saya cuba. Yang mana yang tidak bersesuaian, memang saya tidak akan saya rekemen dan sekali itu sahajalah saya menggunakan perkhidmatan mereka. Dalam jual beli, hubungan pembeli dan peniaga, kena ada WIN WIN situation kan3. Dua2 pihak puas hati dan gembira dengan urusniaga yang dijalankan kan3. Barulah berkat gitchew


Bagi pembelian barang dapur basah, saya menggunakan platform FB page, iaitu dari Delivery Makanan Penang (C.O.D). Setahu saya page ini dimulakan untuk membantu pengusaha makanan kecil-kecilan di dalam Pulau Pinang. Tambahan dari niat untuk membeli barangan keperluan pada permulaannya, saya mula menambah kapasiti belian dengan niat untuk membantu perniagaan orang Melayu kita semampu yang boleh. Iyerlah, ramai yang terkesan dengan PKP, yang mana pendapatan terjejas, terutamanya para peniaga kecik kita kan3. Bagi saya yang masih diberi rezeki dari Allah, saya rasakan adalah lebih molek jika saya juga turut menyumbang sedikit dalam menjana ekonomi mereka yang terjejas kan3. Tidak banyak, sedikit pun Alhamdulillah. Selain membeli, saya juga turut mem-promote kepada kenalan-kenalan saya. Luaskan lagi rantaian rezeki itu. Moga dengan izin Allah kita semua baik-baik sahaja, amin.


~~~ The End ~~~

2

Wednesday, August 26, 2020

Semua Di Hujung Jari Part One, Di Musim PKP  | Wordless Wednesday #3/2020

Semua Di Hujung Jari Part One, Di Musim PKP  | Wordless Wednesday #3/2020 | Assalammualaikum dan selamat tengah hari. Ajooommm sambung WW di kala musim PKP. Tema kali ini, semuanya dihujung jari, klik2, pm2, teruuuusssss sampai depan rumah, haaaaa gitttchhhewwww he3.


Belian online dari GRAB


Belian atas talian dari Shoppee

FREE GIFT dari Shoppee for 1st timer di awal pembabitan di dalam belian atas talian he3


Belian dari kenalan FB




~~~ The End ~~~

0

Stok Bahan Dapur Di Musim PKP  | Wordless Wednesday #2/2020

Stok Bahan Dapur Di Musim PKP  | Wordless Wednesday #2/2020 | Assalammualaikum dan selamat pagi. Jom layan WW dengan tema stok barang dapur silih berganti semasa fasa PKP.


Dari dalam peti ais, ke bahagian dapur
Dari barangan kering ke barangan basah
Psstttt, hat ni sebahagian sajaaaa naaaa. Yang lain tak sempat snap gambar he3



~~~~ The End ~~~

4

Instagram