Semuanya Di hujung Jari Part Two | Di Kala Musim PKP
Semuanya Di hujung Jari Part Two | Di Kala Musim PKP | Sambungan dari entry sebelum ini iaitu WW Semua di Hujung Jari Part One, kali ini saya akan membebel lebih panjang ya pembaca kesayangan. Kasi caaaaannn laaaaa, dah lama koooottt tak membebel di blog picisan kesayangan ni kan3, he3.
Sebelum meneruskan bebelan, sebagai kata pembukaan, saya ingin membuat satu 'confession', saya merupakan sejenis manusia yang TIDAK SUKA, sekali lagi saya ulang dalam bahasa yang lebih mudah, iaitu saya NOT INTO (gittcchheww) pembelian secara diatas talian. Apatah lagi nak bershopping online bagai tu haaaaaaa.
Tetapi detik di kala negara kita berada di dalam fasa PKP, saya telah terjebak dengan pembelian atas talian. Pelbagai platform di atas talian telah saya gunakan demi memastikan bekalan keperluan seisi rumah tidak putus bagi menjamin kelangsungan hidup kami 3 beranak sepanjang #dudukdirumah, haaaaa gitchheewww :P. Sejujurnya kami memang dengan TAAT #dudukdirumah dan tidak #kesanakesini langsung tau3. Kereta sampai nak kong bateri la, punya dok tak gerak kemana dari MULA hingga TAMAT PKP.
Memang sedari awal saya telah berniat untuk mencoretkan kenangan ini di dalam blog picisan saya ini, cumanya masaaaaaaa sangat mencemburui. Hari ini, sepantas kilat (pantas la sangaaattt :P), saya up kan entry ini sebagai kenangan di masa hadapan gitchew.
Segala pembelian atas talian yang saya lakukan sememangnya merupakan keperluan hidup (konooonnn :P, sila iyerkan yer he3). Sebenarnya, pada peringkat permulaan ianya lebih kepada keperluan asas hidup, dan pabila semakin lama semakin berhawa nafsu he3, tapi tidaklah sampai ketahap membazir ke apa ke kan3. Dari barangan keperluan dapur (kering dan basah), ke barangan penjagaan diri dan kebersihan, sehinggalah ke barangan makanan frozen serta makanan sedia dimakan terus he3.
Pada entry kali ini saya akan share beberapa pembelian yang saya lakukan bagi barangan DAPUR (BASAH) sahaja naaaaa. Sebabnya kalau nak share semua sekaligus pitaaaaammmmm :P. Perkongsian belian barang basah ini juga hanya sebahagian yang sempat saya snap yang mana merupakan menu kesukaan dan 'repeat' kami sepanjang PKP. Ajoooommm layan gambar dibawah.
~~~ The End ~~~
Betul, area rumah saya pun masa PKP ada delivery barang basah, best dan senang, tapi itulah, sekarang dah tak buat sangat sebab runner semua dah kerja kan :)
ReplyDeletebetul3, sekarang mcm lebih sukar
Deleteada peniaga yg dah mula bekerja, ada runner yg juga telah bekerja
jadinya nak xnak kena beli sendiri di pasar atau kedai kan3