Thursday, January 12, 2017

Today Is The Day | Happy 5th Birthday Boboboy

Today Is The Day | Happy 5th Birthday Boboboy

Today Is The Day | Happy 5th Birthday Boboboy

Today Is The Day | Happy 5th Birthday Boboboy | Assalammualaikum & selamat pagi. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, di atas segala rahmat & kurniaan selama 5tahun. Satu ANUGERAH yang paling berharga dalam hidup saya, hubby & Opah. Hari ini, our beloved Boboboy turns 5years old. 


AMZAR FAYYADH BIN MOHAMAD JOHARI
TURNS 5YEARS OLD
(12 JANUARY 2012)

Down With Memory Lane | Happy 5th Birthday Boboboy


Down With Memory Lane | Happy 5th Birthday Boboboy | Seriously memang rasa sangat2 cepat masa berlalu. Rasa macam baru saja kahwin #eh3 :P, lepas tu macam baru pregnant, lepas tu macam baru deliver baby, lepas tu macam baru lepas pantang, lepas tu rasa macam baru celebrate Boboboy 1st Birthday, then tetiba now dah celebrate Boboboy 5th Birthday. Sob3, sebak, memang sebak sangat2. Ni sambil dok taip entry ni dok berdegup kencang & berombak dada, tapi ku tahan jebat :P, sob3.

Anak seketul tu la 'baby', anak seketul tu la 'abang', anak seketul tu la 'sayang', anak seketul tu la 'manja', dialah penawar, dialah pak lawak, dialah yang buat Ibu naik hantu he3 :p. So sempena dengan hari yang penuh istimewa di hati saya sekeluarga, saya nak share beberapa gambar terindah the one & only Boboboy dalam tempoh 5 tahun perkembangannya.


Muka kekenyangan Boboboy on his 1st time BF

Psstttt : Masa ni kami sekeluarga masih dalam keadaan sedih dan risau. Iyerla time tu saya baru boleh berjalan selepas emergency czer bersalinkan Boboboy. On the 2nd day saya dah boleh visit & BF Boboboy dekat nursery room, then paed. Boboboy inform that dia kena tahan lagi Boboboy due to 'high glucose level'. Time tu memang terkejut & terpinga2, memang tak pernah dengar that medical terms. Biasanya untuk new born baby, the most frequent problem related dengan kuning la kan. Then doc. explaine, hal ni boleh membahayakan baby kalau tak dirawat segera & dipantau level glucose tu. Even masa the day Ibu discharge from hospital (hari ke empat), Boboboy still kena tahan. Sampai la hari ke enam. Barulah khabar berita semua dah ok & Boboboy boleh discharge. Alhamdulillah

Hari ke enam
Raut wajah Ayah yang gembira sebab Boboboy dah boleh balik rumah


Budak dembot Boboboy masa umur 3bulan


Boboboy masa umur 6 bulan

Psssttt : Opah sedang suap makanan lembut (dah tak ingat apa makananya he3). Masa time ni Boboboy dah mula demam beberapa kali sampaikan berat badan dah mula susut, sob3.

Boboboy 8months

His 1st steps

Psssttt : Masa time ni sehari sebelum Boboboy masuk umur setahun.

Antara koleksi gambar Boboboy masa tahun 2013

Psssttt : Walaupun Boboboy cikeding ja, tapi Alhamdulillah selera makan macam biasa. Cumanya berat ja tak nak naik he3.


Boboboy umur 2tahun

Pssttt : Masa ni kiranya 1st time bagi Boboboy try aiskrim. Iyer, masa dah umur 2tahun baru dapat merasa sedikit aiskrim. Dalam sesudu dua ja. Saya memang tak benarkan Boboboy makan aiskrim ataupun minuman berais, sebab Boboboy ada history batuk sehingga kena jangkitan kuman. So dah serik & takut, sob3.

Antara koleksi gambar Boboboy masa tahun 2014


Boboboy 3 tahun


Antara koleksi gambar Boboboy masa tahun 2015

Pssttt : Bila dah cecah umur 3 tahun baru saya berani nak bagi Boboboy nikmati aiskrim on his own he3. Tu pun jarang2 sangat, he3. Ada satu kisah sedih pada penghujung tahun 2015 yang mana Boboboy kena warded untuk tempoh paling panjang dalam pengalaman hidup kami (hampir dua minggu). Saya ada cerita sedikit dalam entry INI. Sebenarnya memang niat nak up entry yang lebih terperinci, tetapi tak berkesempatan lagi, he3.

Boboboy 4 tahun


Psssttt : Masa ni kiranya Boboboy dah stop school he3 :P. Nak tahu cerita tentang school ni pun boleh rujuk entry INI.


Koleksi terkini gambar Boboboy a.k.a masa tahun 2016

Gambar semalam semasa pre birthday celebration for Boboboy

 Gambar TERKINI Boboboy


Pssttt: Wajah anak Ibu & Ayah, cucu Opah pagi tadi sewaktu hantar pergi tadika. Time ni dok happy lagi hooiiiii. Tetiba time nak beratur untuk perhimpunan pagi school, Boboboy sebek pulaaakkkk. Aduuiiii la anak seketoi hooiii. Dah dekat 2 minggu school, semua lancar, happy & ok, tiba2 harini dia boleh buat sebek nak nangis tak bagi Ibu kerja. Ni ada harapan la Ibu akan EL untuk petang ni, sob3.

Birthday celebration postponed seminggu, sebabnya time tu Ibu akan cuti panjang, so boleh celebrate puas2 he3. Sempena dengan ulang tahun kelahiran Boboboy yang ke lima tahun ini, Ibu berdoa semoga Amzar Fayyadh Bin Mohamad Johari akan sentiasa di dalam RAHMAT, LINDUNGAN & KEBERKATAN Allah. AMIN.



~~~ To Be Continued ~~~

2 comments: